Sunday, October 30, 2011

Beli barang sebab nak hadiah.

Assalamualaikum wbt.

Hari semalam pergi Jusco nak beli barang pavlova.

Malas nak perjudikan tenaga berjalan ke Econsave KL Festival.

Mencari buah yang belum tentu ada.

Baiklah pergi Jusco yang memang dah pasti ada kan.

Lepas je selesai ambil dan timbang buah semua. Nak bayar.

Saja la kan, jadi mak-mak.

Belek barang.

Tengok harga.

 Banding harga. Tipu. Minah ni TAK PERNAH banding harga.

Apa yang dia tahu. Ambil. Bayar.

Kemudian.... ---------------------> Tiba-tiba... minah ni terpandang dekat satu barang.

Terpegun. Terdiam. Terpaku. Terpesona. TER... TER... TER...

Semua TERrrrrrrrrrrr lah ada dalam hati minah ni.

Pentingnya. Minah ni TERingin nak beli barang tu.

Kalau ikutkan keperluan minah tu (sayalah) takde lah terdesak pon nak pakai barang tu.

Disebabkan tawaran yang diberi membuatkan minah tu

(ehhh.. penat ahh guna minah-minah ni..! ;P)

ambil satu. Terus tanpa fikir dua kali ( kalau fikir dua kali mesti letak balik)

terus cepat-cepat pergi kaunter.  Nak bayar.

Apa la yang dibeli dek Irma ni..?



Sos Spaghetti Prego.

Saya bukan nak sos dia sangat.

Lebih TERuja nak dapat pengepit spaghetti tu.

Nampak menarik plak. Kaler merah. :)



Amacam... ada sesiapa yang tertawan sama..?? hihii.


Tak mahal pun. RM7.90 untuk dua tin.

Saya dah nampak korang yang senyum-senyum sambil baca entry ni.

Ya lah... kita geng kan..!

Beli barang sebab nak hadiah.

Betul dak..? tehee. ;)

12 comments:

mama tisya said...

aritu ingt nk bli gk cz anak sy peminat prego tp sos cabonara je yg tin biru tp set adiah tu ada sos tomato tu kn saper nk mkn..hehehe..tp suka gk bli brg dpt adiah..hehehe

Teratak Hami said...

Hahaha ... saya pun sama. Dulu prego ada kasi Fridge Magnet, gambar 2 tin Prego je. Tu pun saya beli. Sebab minat kumpul FM

Fazlinil Irma said...

mama tisya.. kalau rajin buat pizza boleh guna sos merah tu kan..

teratak hami..

waahh.. kan dah kata. hehe. mesti ada geng sy ni.. ;)

ADEEYA said...

Hahaha mak mak memang macam ni en. Mama saya pun macam ni hihihi ;)

Nadiah Sidek said...

hihi..macam2 la irma ni

nonierahman said...

yeay kita serupaaa.hari tue beli frozen fish fillet sebb nak cooling bag sebenarnya x minat sgt ikan.ngeeee

YATZAKIE said...

tau xpe kak..beli brg nak hadiah jer sya tau..hehe

diana said...

berbaloi2...kan??

mamaDiana said...

ehh, cm sama lak kita ni walau pn baru nak kenal2 kan!...emmh biasalah....ramai yg macam tu...haha jemput dtg ke blog sy kgk ye..

CIK JATT said...

alamak, dah tergoda. cantik sebab ada cop Prego tu.
by the way, salam kenal:)

PCL said...

ade lg ke ni ?...cm best je !

paen said...

wowow. nk juga penyepit tu, nak!!