Thursday, October 6, 2011

Tumpang lalu.... Tumpang lalu...!!

Assalamualaikum wbt.

Tepi... tepi... saya nak lalu..!!! hehe.

Sapa... sapa nak lalu...?

Sayalah...!!

Sape awak....?


Eheemmm... Nama saya kek. Nama penuh saya Kek Bunga Ros Warna Ungu. Teheeee.

Cantik tak nama saya...?? ~pang sekali~

Nama saya cantik. Rasa saya laaaagiiii cantik. Eh.. bukan cantik tapi sedap. Semua orang terpegun melihat saya semalam. Cantik kata mereka. 'Mak Lang boleh makan ke kek ni..?' Senyum saya semalam. 


Ini tukang rasa pertama saya. Sekejap dia colek bunga tu. Pastu colek lagi. Kali ketiga dia colek, lepas tu saya cakap, 'kita tunggu kakak Wawa dengan Jihah balik ye.'

Itu cerita dah siap kek semua bagai. Meh kita patah balik cerita dari pagi. 

Ehm.... macam ni ceritanya. Semalam saya pergi belajar buat Italian Buttercream dan belajar buat bunga ros di Pandan Indah. Memang saya teruja sangat dengan bunga yang dihasilkan oleh pemilik Nina Cybercakes ni. Sangat cantik di mata saya. Bukan saja cantik. Tapi unik. Dengan warna dia yang tersendiri. Memang siapa yang tengok pasti terpegun lah. Eceh.

Lepas selesai sesi tanya dan jawab dengan Kak Nina. Makanya, saya pun dapat tarikh untuk belajar. Syukur saya diterima belajar walaupun lambat masukkan duit. Ini namanya rezeki saya. ;)

Makanya... hari Selasa pagi saya pun dengan kelam kelibutnya bersiap nak ke Pandan Indah. Bayangkan... tidur pukul 5.00 pagi. Pastu nak kena sampai kelas sebelum 10.30 pagi. Ya ampun... punyalah liat nak bangun mandi. Pukul 8 pagi dah buka mata. Pastu tengok awal lagi. Pejam balik. Pastu bangun pukul 9.00 pagi, mulalah kelam kelibut baju dan seluar tak gosok lagi. Nak mandi lagi. Nak sidai baju lagi. Aarrgghh.. inilah bahana tidur lambat. ;P

Pukul 10 pagi baru naik teksi. Dalam hati duk doa janganlah jem kat MRR2. Alhamdulillah... saya lewat 5 minit jewww. hehe.

Sampai je rumah Kak Nina saya memang tak segan dah. Sebab selalu tengok status FB dia memang status gila-gila. Jumpa depan mata memang sempoi. Ada ka dia suruh saya bawak laptop sambil duk tunggu buat kek. haha. Memang best lah kelas dia. 

Mula saya belajar buat buttercream. Bukan calang-calang buttercream. Italian buttercream. Memang sedap tip top. 


Kak Nina bagi saya rasa kek. Masuk mulut terus terdiam. Sedap. Saya dengan yakin bagitahu mesti Kak Nina guna butter SCS. Betul rupanya tekaan saya. Patutlah sedap sampai lupa nak minta bawa balik. Sebab kata Kak Nina, dia pun dah tak larat nak makan kepala kek. 


Mula-mula kena la bagi kek pakai baju kan. hihi. Kita tutup dengan buttercream. 


Pastu... Kak Nina kata, 'kita makan dulu...!!' 


Lepas makan baru kita mulakan dengan belajar buat bunga. 


Kak Nina tanya nak warna apa. Saya mula bingung nak pilih warna. Last.. Kak Nina pilihkan. haha. Bila tengok dia adun warna. Wallahhhh... Cantiknya warna. Terus jatuh hati.


Tadaaaaa...!!!


Inilah hasilnya. Alhamdulillah. Rasanya berbaloi sungguh pelaburan yang dikeluarkan untuk belajar dengan Kak Nina. Apa yang penting lepas ni kena banyak berlatih buat bunga. Baru lah boleh jadi secantik cikgu punya. :)

Oklah.. Dah ngantuk. Momentum nak bercerita pun dah merudum jatuh. Gedebushh..!!

Jumpa lagi nanti...







13 comments:

waiBee tokey aiskrim said...

cantek2!!

Lady Lavender said...

kagumnyaaa...memang sgt cantiikk :-)). tahniah irma.

Zack Zachoes said...

fuhyooo.. nk berguru buat bunga boleh? ngeh3..

mama tisya said...

cantik..permukaan kek b4 deco bunga tu...licin je

lina said...

salam irma cantik sgt...bila nak pi belajar juga baut bunga2 ni :)

eLLy said...

Cantikkkk ..... klu camtu ko charge berapa dik?

syidah - xiao hong said...

Salam,

Lawanya... Tulah Cik Irma bila nak panggil saya jadi anak murid ni...

p/s jemputla ke blog saya yang tak seberapa http://sejuta-warna-pelangi.blogspot.com/

CA said...

Salam Irma..

err..err borre dak nak jadi anak muwid irma plaksss...jelesszzzz tgk bunga kuntum demi kuntum tu..x tahanzzz....

fasheeha said...

Cantiknya kak. bestnya kalau dpt belajar buat bunga tu. warna ungu mmg boleh buat jatuh hati. cantik sgt!

Ain SSB said...

AMAZING! Cantik sungguh! :)

relax said...

kak irma terus belajar buat kat kek ke? .. wah terernya...

makdara TERdiva said...

memang cantik..macam bunga ros betul..rasa sayang nak dimakan :)

Aidah said...

salam.
nak tanya, macam mana buat bunga purple tu? menarik lahh..