Tuesday, October 4, 2011

Lepas ni dah takde video Nina.

Assalamualaikum wbt.

Dah hampir sebulan saya tak jenguk video Nina. Tadi bila klik dekat bookmark Youtube saya baru perasan dah lama tak jenguk video terbaru dia. Cepat-cepat klik bookmark dia.

Bila tengok video yang terbaru tiba-tiba rasa sedih. Ehmmm... nampaknya ni video terakhir dia. Lepas ni takde dah video baru. Alasan yang diberi oleh ayah dia memang betul la kan. Tujuan dia buat video bukannya untuk jadikan Nina selebriti. Asalnya lebih kepada nak bagi keluarga dia di US tengok cucu mereka. Serupa la dengan kita kalau berjauhan dengan keluarga. Berskype dan buat video nak bagi keluarga kita tengok. Lepas juga rindu tengok gelagat anak dan cucu.

Dalam hal ni, Nina ni cute sangat..! Sapa yang dah khatam video dia tahulah macamana gelagat Nina. Dia boleh buat saya gelak, sedih, kesian dan ada jugak rasa geram tengok muka dia yang montel masa kecik. Geram..!!


Ini video dia yang terakhir. Lepas ni takde dah video Nina. :(


1 comment:

Ain SSB said...

Aww tak penah tengok video Nina nih! But aww comel sungguh la dia! And she's so lucky...ayah dia buat video of her since she was little! Suka dengar dia cakap Japanese lagi dari English! :D