Tuesday, October 18, 2011

Buah Markisa @ Passion Fruit.

Assalamualaikum wbt.

Pernah dengar nama buah Markisa..? Atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Passion Fruit...?

Saja la nak kongsi ilmu dengan korang semua.

Saya pun sebelum ni pernah minum air Sunquick Markisa ja. Buah dia tak kenal pung.

Semenjak berkecimpung dengan dunia Pavlova ni lah baru serius nak mengenali dengan si dia yang masam berdengung. ~Ewah. Pheewiit.~

Jadi korang yang tak kenal bentuk rupa dan rasa buah markisa ni tak perlu lah malu. Kita sama ja. Tak kenal pun sebelum ni.

Bermulanya... pertama kali saya tergerak hati nak cari buah ni masa beli buah untuk Pavlova. Saya cari dekat bahagian buah takde pun. Macamana saya cari. Saya tengok buah, pastu saya tahu nama. Bila dah semua buah saya kenal nama. Mana satu buah markisa ni..?

Saya pun tanyalah dekat pekerja bahagian timbang buah. Eheemmm... betulkan suara. ;P

' Kak... kat mana buah passion fruit?'

'Awak cari kat bahagian sana.' Sambil tangan tunjuk ke arah satu bahagian.

'Terima kasih kak.' Senyum.

Saya pun bergerak ke bahagian yang kakak tu tunjukkan. Memang ada satu bahagian buah yang saya tak tengok. Ingatkan situ bahagian buah yang berbungkus sikit bukan tempat buah markisa. Silap sangkaan daaa.

Sampai kat bahagian tu, saya belek satu persatu buah yang ada. Sampailah kat hujung sekali. Saya baca 'Passion Fruit.'

'Oh... ini ke buahnya.' Saya dan mak puas duk belek buah ni. Memang tak pernah jumpa langsung. Duk sama-sama tertanya, 'buah ni datang dari negara mana?' Sini jawapannya.

Bila dah senang dapat buah markisa. Saya gunakan sebagai ganti buah kiwi dalam Pavlova.

Perghhh... memang terbaik..!!

Bukti dia. SMS dalam entry yang lepas. :)

Itu satu dari banyak SMS yang saya terima. Alhamdulillah. Pavlova saya dapat diterima dengan baik oleh mereka. Terima kasih. Sayang korang..!!

Nak tengok rupa buah markisa..??


Inilah dia rupa buah markisa.

Rasa dia. ----------------> MASAM ya ampun...!! Pertama kali makan saya rasa dengan hujung lidah saja. Memang tak leh masuk sekali gus. Dah cuba dua tiga kali, baru ok. Sekarang saya boleh makan satu sudu terus. Nyumm.. Masam dia memang mantaaapp..!

Tu la pasal bila makan dengan pavlova. Memang mabeles aahh..!! :)





7 comments:

nonierahman said...

saya pon tak pernah rasa buah markisa nie,baca entry nie pon dah buat kecur liur :)

Aniza_inar said...

salam irma.. ni kak roziana.. akak pernah order cake pavlova & red velvet dgn irma for raya.. Kt rumah mak akak kt kuantan ada pokok markisa ni & buah mmg lebat... dan sgt2 masam.. kalu irma nak try tanam.. boleh akak ambik benih pokok tu untuk irma...

hOtMaMa said...

hehe.. ada gak org tak kenal rupanya.. saya dari kecik dah biasa tgk.. sbb kt kg bersepah2.. pokok dia menjalar.. siap blh panjat ke pokok lain.. klu kt pasaraya tu mebi masam le kot.. sbb dipetik time muda sngt agaknya.. klu betul2 dia masak, buah tu akan gugur sendiri dari tangkainya.. rasanya ada masam, ada manis.. ala2 masam2 manis gitu.. *tu diaaa.. panjang lebar penjelasan ahkak! hikhik

Yours truly said...

salam irma, akak pernah tanam pokok markisa ni.. ada org kata tunggu sampai masak jadi manis kononnya.. tapii rupa2nya mmg buah ni masam..hahaha..

lina said...

pernah tengok masa buat lawatan..tp tak pernah merasa lagi...bila bawa balik buah tu dh rosak..Insya ALLAH nk cuba cari utk povlova...iii tak sabar nya.

MakSuSuE said...

irma..akak selalu beli buah ni..kalu kt pasar TTDI 1kg RM10.ada masam..ada gk yg manis..
selalu buat campur isinya dgn madu + anggur + buah oren..buah2 ni potong dadu + sikit air + ais=minum..
perhhhhh mublesssss..CUBA LA
baik tuk kesihatan
(petua:kalu nk beli jgn pilih yg cantik..ambik yg kedut 1000-cukup manis)

Nizs said...

Slm Irma,

omg! mahalnya 1kg rm10!!kt kg mak i,bersepah sepah takde org nak makan..Nizs