Wednesday, October 26, 2011

Saya panggil Sambal Jawa.

Assalamualaikum wbt.

Semalam sebelum balik rumah mak boleh saya tanya, 'mak masak tak hari ni?'

Bila mak jawab masak. Saya terus kata nak balik makan. Perut dan dan tu jugak bunyi. Lapar.

Sampai rumah terus terjah dapur. Buka tudung saji tengok ada sup ayam. Ikan goreng. Sambal Jawa.

Ya Allah... sedapnya..!!

Sampai sanggup suruh mak tunggu kejap. Nak makan dulu.

Dah siap makan. Baru kami keluar pergi Kg Pandan.

Hari ni saya teringat-ingat Sambal Jawa.

Teringat sampai membawa saya masuk ke dapur hari ni. hehe.




Resepi Sambal Jawa.

2 genggam ikan bilis

5 biji bawang merah dihiris

3 biji bawang putih dihiris

7 biji cili padi dibelah tengah- nak pedas lebih tambah lagi 3 biji.

seketul belacan - anggaran sebesar ibu jari.

Cara-cara :

Goreng semua bahan dengan api yang panas. Satu persatu ya.

Kemudian tumbuk. Saya tak suka lumat sangat. Sekadar nak bagi bersatu ja. Macam dalam gambar.

Makan dengan nasi panas. Saya gerenti bertambah nasi. :)

Saya panggil Sambal Jawa. Ada ke nama lain lagi..?

Sebab kalau Google Sambal Jawa lain la pulak rupanya.

Apa yang pasti sambal ni adalah menu wajib bawak balik masa duduk KUSZA. :)

9 comments:

Ribbon Clown said...

sambal ni lah buat saya chubby hehe

saya panggil sambal hidup..x goreng and perah sket ng air limau..sedap! droooooolingggg..

e.l.i.s.s.m.i.e said...

ada orang panggil sambal gesek, sambal tumbuk. mcm2 la.eliss belajar buat dr kwn eliss :)

FaDh~LyNn~AloNg said...

sy pgl sambal totok. tp mak sy ckp sebutan dia dotok (ikut cara jawa ckp) sambal ni mmg mengancam jiwa! lebih power dr smbl belacan ;-p

CA said...

Irma...

Sambal jawa memang macam2..memang bisa tergugat jiwa...diet pun hancusss...hehe..

Qhaifa Nur said...

salam

simple je sambal jawa ni, namanya macam klasik je..

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

Salina Salehan a.k.a iena chomey said...

hai irma,

sya silent reader u...kalau saya panggil ni sambal totok..

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

sama...sama yanty pon panggil sambal jawa...eheheeee

Lady Lavender said...

akak buat sambal jawa cam lain skit. Selalunya menu tu time raya. Dah jadi menantu jawa kena lah belajar hiihii..

hOtMaMa said...

sedap tuuu.. saya tahu sambal nih pun bila mak mertua yg buat.. mmg lelehh! family mertua juga panggil sambal jawa.. berasap tinger! haha