Sunday, April 10, 2011

Mereka Dah Sampai Malaysia.

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah. Kali terakhir mereka pulang ke Malaysia pada tahun Disember 2008. Masa tu saya kat sana. Sekarang selepas dua tahun, mereka pulang lagi untuk menziarahi keluarga dan sanak saudara yang berada di Malaysia.

Mengikut kata Kak Siti mereka akan sampai jam 2 petang. Kali ini mereka mahu memberi kejutan kepada kedua ibu bapa Kak Siti dengan pulang tanpa memberitahu terlebih dahulu. Mahu menangis makcik Rasiah melihat anak, menantu dan cucu-cucu yang semakin membesar ada di depan mata. Malam ni mereka akan berada di Kedah.

Ikutkan hati saya yang rindu dengan mereka memang rasa nak je pergi KLIA petang tadi. Bila fikir-fikirkan balik, biarlah mereka bersama keluarga terlebih dahulu. Mereka lagi dah dua tahun tak jumpa. Saya baru empat bulan. Dua minggu lepas pun dah berskype dengan mereka semua. Oklah kan. Ayat sedapkan hati yang sedang rindu. =)

Pastu semalam teringat Pesta Buku Antarabangsa bermula bila Kak Siti sekeluarga ada di Klang. Rasa macam nak ajak dorang jalan-jalan pergi Pesta Buku. Tu pun kalau dorang tak ke mana. Almaklumlah, cuti pun sekejap ja. Mesti nak luangkan masa dengan keluarga.

Saya sendiri pun tak ziarah lagi makcik Rasiah (mak Kak Siti) sejak balik dari London. Insyaallah, ada rezeki nanti nak ajak mak sekali ziarah.

Tak sabarnya nak jumpa Fatih yang dah keletah. Dah survey kek Ben10 untuk dia. Teringat masa berskype dengan dia. Saya cakap kat sini ada kek Ben10. Terus dia cakap, 'Kak Irma, bring the cake here please.' Tak dapat kek terus merajuk. Lawaklah Fatih.

Fatih.. Fatih... Rindunya..!

1 comment:

Ummu~Ishak said...

dorang balik eh. jangan tak reti cakap melayu sudah, jenuh neneknye nak melayan kang, hihi.

kim salam pd kak siti ye