Sunday, June 5, 2011

Selepas 5 hari tiada entry.

Assalamualaikum wbt.

Salam pada blog yang lama ditinggalkan. 5 hari yang memang tak sempat nak menulis.

Hari Isnin saya sibuk dengan urusan di dapur. Dari membasuh pinggan mangkuk untuk kenduri sampailah menyediakan dua biji kek karamel dan 100 biji apam polka dot. Pukul 3 pagi baru selesai semuanya.

Selasa, kenduri kesyukuran sempena meraikan anak sulung Pak Uda saya dapat memasuki asrama penuh. Sekali lagi seharian ligat di dapur menolong apa yang patut. Tak sempat menunggu malam. Jam 4 petang saya dah tak larat. Nak buka mata pun payah. Letak kepala terus lena. Nikmatnya tidur masa ni memang tak terhingga.

Tak habis lagi mengemas rumah dan periuk memasak, Rabu pagi kami dah bertolak ke Kelantan. Konon nak bertolak jam 7 pagi. Akhirnya jam 9.30 juga baru selesai semua masuk dalam kereta.

Perjalanan di siang hari memang menyeronokkan. Mata dihidangkan dengan pemandangan alam yang sangat mengasyikkan. Satu masa, mata saya mengantuk sangat. Pejam sekejap. Bila buka saja mata, saya terus pandang luar tingkap. Zoom... pemandangan sawah padi dan bukit yang sedang menghijau. Apalagi, terus tangan menggagau mencari kamera. Klik.

Sampai di Kelantan jam 6 lebih juga lah. Sesat mencari Wakaf Bharu. Berpusing-pusing kami dalam bandar Kota Bharu. Sampai satu ketika, saya turun bertanya pada seorang pemilik kedai mesin photostat. Syukur dengan bantuan dia, akhirnya kami sampai juga di Wakaf Bharu.

Malam pertama di Kota Bharu kami sepakat memulakan langkah menghulurkan duit di Wakaf Che Yeh. Satu tragedi terjadi di sini. Sedih. Geram. Apa pun pengajaran dari kejadian yang perlu diambil kira.

Hari kedua kami ke Pasar Khadijah dan Pantai Cinta Bulan. Dalam panas terik mentari kami menunggu sampai teduh untuk bermain layang-layang. Sempat membeli satar dan otak-otak untuk dimakan di rumah tumpangan.

Hari Jumaat di mana hari terakhir saya di Kelantan. Seawal pagi hari kami keluar dari rumah bertolak ke Pengkalan Kubor. Kemudian siap membeli belah kami bergerak pulang untuk berkemas dan terus pulang ke Perak. Hari masih awal, selepas berbincang kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Kononnya mahu melengkapkan perjalanan percutian kami di Kelantan. Alang-alang dah berjalan biar puas hati. 

Tak cukup dengan Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang. Kami singgah lagi sebentar di Bukit Bunga. Tujuannya untuk membeli keropok lekor sahaja. Saya pula menambah bilangan ole-ole untuk diberikan pada keluarga. 

Destinasi terakhir kami ialah singgah menunaikan solat Maghrib dan Isya' di Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa. Pertama kali saya sampai di sini. Subhanallah. Cantiknya pemandangan senja di sini. Udara segar. Pemandangan yang indah. Terasa betapa kerdilnya diri bila berada di sana. 

Kami sampai rumah lewat jam menghampiri angka 12 tengahmalam. Letih. Penat semestinya adat bila bermusafir. Yang penting, kesan dari musafir ini yang perlu dihayati. Alhamdulillah, selain dari berjalan. Saya berjaya menjadi penunjuk arah yang baik. Walaupun sesat pada hari pertama. Tak kenal jalan, maka tak cinta. :)

Hari ini kami sambung mengemas rumah yang ditinggalkan. Alhamdulillah. Selesai. 

Esok hari terakhir saya di kampung. Sedihnya. Isnin nak kena balik KL. Sedar tak sedar dah 2 minggu saya di kampung. Rasa tak nak balik pun ada. Bila fikirkan mak. Kena balik juga. Ada rindu dalam hati. :)










Kata Pak Uda, tiga tahun lagi boleh la panggil saya balik kampung lagi. Buat kenduri. Lepas tu pergi bercuti. Kata saya, 'Kita plan pi Bandung pulak.' :D




1 comment:

Granny Hani said...

lain kali datang lagi yer...akak anak kelantan.