Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem.

Assalamualaikum wbt.





Puasa Hak Prerogatif Allah - Solusi

" Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w yang bersabda: " Allah berfirman: " Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Moga ramadhan kita tahun ini lebih baik dari yang lepas.

Insyaallah.




Sedia Menerima Tempahan. Pavlova.

STICKY POST. Entry baru di bawah. Terima kasih.

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat Yang Barakah.



500 gram RM30

Irma 

013-2588230

niel_2203[at]yahoo[dot]com

Pick up point

PV12, Danau Kota, Setapak.

Jangan lepaskan peluang..!!


Pavlova. Edisi Terbaru.

Assalamualaikum wbt.


Pavlova

Berat : 1kg

Harga : RM65

Pick up point :

PV12 Danau Kota, Setapak.

( bersebelahan dengan Platinum Walk. Bangunan yang sama dengan Nice Coffee Station. Sebaris dengan Restoran Deen Nasi Kandar dan Mymydin)

Anda akan menikmati 4 jenis buah-buahan.



Mangga- Kiwi - Strawberry - Blueberry

Untuk tempahan sila hubungi saya di talian 013-2588230 atau email niel_2203[at]yahoo.com

Alhamdulillah, setakat ni saya menerima respond yang baik dari pelanggan yang pernah membeli pavlova. 

Terima kasih buat yang sudi menempah.

Anda... bila lagi?

;D











Saturday, July 30, 2011

Bermain dengan warna. Apam polkadot.

Assalamualaikum wbt.

Salam hujung minggu. Dua hari lagi Ramadhan bakal tiba. Allahumma baligna ramadhan.

Tadi saya buat apam polkadot untuk jamuan sempena menyambut ramadhan di rumah Danau. Makin lama saya jadi seronok duduk membuat dot-dot atas apam tu.

Sambil mengedot mulut pun jangan lah diam. Meh la kita berzikir. Bila ingat mulut tak henti berzikir. Makin lama eh senyap. Ralit mengira dot-dot sampai tak sedar mulut dah tak berbunyi zikirnya. :)

Bayangkan kalau kita buat 100 biji apam polkadot. Kali dengan 6 butir dot-dot tu. Subhanallah. mudah kan nak peroleh pahala. 























Buat sorang-sorang ambil masa lama sikit nak habis. Masa ni teringat dekat tiga beradik. Seronok kalau dapat buat apam polkadot dengan dorang. Mesti masing-masing nak pilih warna sendiri. Syakirah dengan purple dia. Fatimah dengan warna biru. Maryam suka pink. 


Rindu. Panjang umur (insyaallah) kita akan bertemu Ramadhan. Moga Allah beri kekuatan pada mereka untuk berpuasa. Tahun ni puasa jatuh ketika musim panas sedang berada di puncak waktunya. Siang di sana antara Subuh sehingga ke maghrib memakan masa lebih dari 15 jam. Barangkali tahun ni 17 jam lamanya.  Tahun lepas kita di Malaysia dah masuk sahur untuk hari kedua, mereka baru nak berbuka hari pertama. 

Memang cabaran yang memerlukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Moga Allah limpahkan keduanya buat mereka.



Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday (10)

Assalamualaikum wbt.

Salam hari Rabu tanpa kata-kata. ;)

Friday, July 22, 2011

Tutti Fruti cawangan baru di Platinum Walk, Danau Kota.

Assalamualaikum wbt.

Semalam masa balik dari rumah mak, saya nampak kain rentang Tutti Frutti di Platinum Walk. Saya bagitahu kat akak. Dia tak percaya. Katanya pejabat dia kot. Errr... entah la. Barangkali mata rabun sebab malam kan. haha. Abaikan. Esok kita lakukan penyiasatan. Yehaaa.

Petang tadi saya jalan kaki pegi beli barang bakeri dekat Yumie. Arah balik saja la lalu ikut Platinum Walk. Dari jauh saya dah nampak kain rentang Tutti Frutti. Haaa. kan betul. 


Dari seberang jalan saya dah keluarkan kamera. Lantaklah orang nak kata apa. Bukan kenal pun. :P


Haaa.. lagi dekat. Memang betul. Tutti Frutti bakal di buka. Memang terbaik lokasi dia. Sebelah dengan Mali's Corner. Sebaris dengan Sate Hj Samuri, Noodle Station, Old Town White Coffee. Cumanya kata kakak saya. Kurang strategik la dekat tingkat 3. Nak kena panjat tangga. Err. rasa ada lift kat situ.

Rasa saya la. tak kisah la tingkat berapa. Sekarang Tutti Frutti ni tengah laku di pasaran. Semua orang nak rasa. Selain dari berkhasiat dan elok untuk penghadaman. Bersiap sedialah dengan poket yang penuh. 



Saya pernah rasa sekali dekat cawangan Wangsa Walk. Saya ambil perisa red velvet dengan vanilla. Pastu campur dengan buah dan kekacang. Naahhh.. sekali harga dia RM20++. Perghh... harga. Memang mantaps..! Nak lagi mantap. Habis je semangkuk froyo terus nak pergi tandas. Bagus betul perut saya. ;P

Satu lagi. Tutti Frutti -----> bagi pembeli macam saya yang punyai perut yang sangat baik. Saya sangat berharap tandas di premis anda sentiasa dalam keadaan baik. Sekian. ~ayat macam pelanggan tetap je bunyi. haha~

Thursday, July 21, 2011

Sambal Udang dengan Belimbing Buluh.

Assalamualaikum wbt.

Tiga hari saya di rumah mak. Saja. Bila takde tempahan boleh la nak balik sana. Macam la jauh sangat kan rumah mak tu. eheh. 15 minit dah sampai.

Hari Isnin, mak masak nasi lemak untuk makan malam. Petang tu masa mak nak beli lauk, saya cakap teringin nak makan udang. Tak kisah la udang kecik ke udang besar. Janji udang.

Nampaknya bukan rezeki saya nak makan udang hari tu. Dah petang, udang kat kedai pun dah habis.

Esoknya, pagi lagi mak dah siap beli lauk. Mak suruh saya siang udang. Yeayy. Ada rezeki nak makan udang.

Sambil siang udang, saya cakap kat mak. "mak, orang simpan kulit udang ni. Esok kita buat mee kari." Sambal udang pun tak nampak rupa lagi dah merancang menu esok. :)



Resepi Sambal Udang dengan Belimbing Buluh.

Bahan-bahan :

500 gram udang 
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 sudu besar cili kisar
5 biji belimbing buluh -dibelah dua
1/2 cawan air
garam 

Cara-cara :

1- Udang dibersihkan. Buang kepala dan ekornya. Kalau nak simpan kepala dan ekor pun boleh. Nanti boleh guna untuk buat air rebusan udang kemudian hari.

2- Tumbuk atau kisar kering bawang merah dan bawang putih. Bagi yang suka letakkan belacan. Boleh letak sekali semasa menumbuk.

3- Tumiskan bahan yang ditumbuk sehinggan garing. Masukkan cili kering. Masak sehingga pecah minyak dengan api sederhana. 

4- Bila cili dah garing (pecah minyak), masukkan air. Kacau sampai sebati. 

5- Bila dah mendidih, boleh masukkan udang. Masukkan belimbing buluh. Biarkan sehingga udang masak dan kuah pekat.

6- Hidangkan dengan nasi panas. Perghhh... saya pulak telan liur bila ingatkan balik sambal udang mak. ;)

Hari sebelum tu saya mengadu kat mak senak perut. Tak sedar yang seharian saya tak makan apa-apa. Tup.. tup balik dari Jusco saya habiskan air teh Boh dalam tin. Memang cari pasal lah nak kena tazkirah pendek dengan mak. 

Jadi masa makan nasi ni mak dah siap petik pucuk berbuas dan pucuk kaduk. Belum makan dah kata pahit lah. Tak nak lah. Tak sedap lah. Bila dah mula makan. Eh, sedap lah pulak. Rasa pucuk berbuas tu berangin macam daun pudina. Sambil makan, mak pun bercerita. Pasal orang dulu-dulu yang badan masih sihat sebab amalkan makan ulam. Makan pria katak. Gulp. 

Saya selain dari pria katak boleh lagi. Masa kerja dengan Kak Siti pun bila dia beli pria katak. Kak Siti yang masak. Saya makan udang dengan suun ja. hehe. Saya akan cuba satu hari nanti yang entah bila. 






Bila balik rumah mak.

Assalamualaikum wbt.


Boleh main dengan budak kecik ni. 


Hari ni tengok gambar je la. Kan dah rindu. :(

Sunday, July 17, 2011

Pertama kali makan Nasi Mandy di Liverpool.

Assalamualaikum wbt.

Pertama kali saya merasa nasi mandy di Liverpool. Sampai saja, Kak Nina dah ajak pi makan. Sampai kedai, 'wahh.. kedai arab la'. Saya ni bila makan kat tempat yang tak biasa memang tak reti nak order. Saya serahkan pada Kak Nina yang pakar. Cuma bila ditanya nak lauk ayam atau kambing. Saya lebih suka makan kambing. 

Kata orang, di UK bila di kata makan kambing. Bukan la kambing betul. Kat sana kami makan kambing biri-biri. Tu pasal la tak de rasa panas lepas makan. Makin bertambah ada la. Lebih lagi bila musim sejuk. Makan sup kambing. Terus merembes air liur sekarang ni. Rindunya nak makan sup palembang. 



Naahh.. portion hidangan nasi mandy memang besar. Masa sampai hidangan tu memang terkejut. Jenuh nak habiskan. Rasanya ada 2 jam kami duk makan sambil bersembang kat sini.



Nasi mandy dihidangkan bersama salad, air asam style arab dan satu lagi yogurt pudina. 


Sepanjang kami makan di sini, saya perhatikan orang arab bila bersembang suara dorang kuat macam nak bergaduh. Bila saya tengok di pintu dapur tu takdelah ramai mana. Dua tiga orang ja yang berdiri. Bila bercakap, Ya ampun... gamat. Tak lama kemudian senyap sekejap. Lepas tu sambung lagi. Pum pang pum pang. Macam nak pecah kedai. Kuat sungguh suara depa.

Pernah sekali makan dengan kak siti sekeluarga pun macam tu jugak. Sekumpulan lelaki (ada dalam 10 orang lebih) masuk kedai nak makan. Ya ampun. Bisingnya. Saya pun bukannya faham bahasa arab dorang. Mai dari negara mana pun saya tak reti nak bezakan. Tahu-tahu yang datang dari timur tengah semua saya panggil orang arab. Tak kisah la hitam ke putih. Habis je dorang makan. Dah siap bayar. Keluar. Terus sunyi sepi kedai tu. Pheww... barulah aman rasa dunia. Kalau tak. Sempuuuuutttt...!! ;P


Perut dah kenyang. Kami pun pulang. :)







Liverpool, England.

Assalamualaikum wbt.

Hari ni rupanya ada perlawanan antara Harimau Malaya dengan Liverpool. Saya tahu pun bila tengok wall FB kawan-kawan naik status pasal bola. Ada jugak gambar kawan yang bersemangat sampai pergi stadium.

Saya...?? Dah habis game baru sedar. haha. Nampak benar tak berminat langsung nak tahu. 

Apa yang saya tahu. Saya dah sampai Liverpool. Melawat seorang kakak yang sedang melanjutkan Phd sebelum pulang ke Malaysia. Terima kasih Kak Nina untuk layanan istimewa sepanjang saya di sana. 

Liverpool terletak di utara England. Perjalanan ke sana mengambil masa 5 jam menaiki bas dan 3 jam dengan keretapi. 

Bandar Liverpool kecil sahaja. Sehari pun cukup untuk berjalan. Bandar dan Anfield Stadium untuk peminat Liverpool. YNWA. eceeh. ;)

Masa di bandar Liverpool saya jalan sendiri selepas Kak Nina belanja makan waffle dan coklat panas. Gambar klik sini

Petang tu Kak Nina kena masuk bekerja. Maka, bermulalah perjalanan seorang diri melihat bandar Liverpool.











 Tengah seronok nak tulis blog. Adik lelaki nak guna laptop pulok. Laptop sendiri masuk klinik.

Nanti saya sambung ya. ;)

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban.

Assalamualaikum wbt.

Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


kredit to : iluvislam.






Roti Kentang.

Assalamualaikum wbt.


Satu untuk mak. Satu untuk Kak Jah.

Pastu baru boleh saya ambil gambar. 

=)

Friday, July 15, 2011

Tower Bridge. Sudut mana yang cantik untuk bergambar.

Assalamualaikum wbt.







Pemandangan dari sudut kiri jambatan. Sekiranya datang dari arah Tower of London anda akan turun di Tower Hill atau Tower Gateway tube station.


Dari atas jambatan London Bridge.






Pemandangan di sebelah kanan dari The Queen's Walk. Sekiranya mahu pemandangan dari sini, anda boleh turun di London Bridge tube station.

Nota penting : London adalah bandar yang cantik dijelajahi dengan berjalan kaki. Sediakan kasut yang baik untuk memaksimakan perjalanan anda. ;)





Harrods at night, Knightsbridge London.

Assalamualaikum wbt.

Jarang saya dapat berjalan waktu malam di London kalau takde teman. Biasanya setakat pukul 8 atau 9 malam dah sampai rumah. Lagi kalau bawak anak Kak Siti berjalan. Tak elok lewat sangat. Sian dorang kecil lagi. Mesti la penat.

Bila ada kesempatan menjadi pemandu pelancong kepada kawan-kawan yang dewasa. Masa ni lah saya pun mula panjang langkah. ~eheh~

Antara impian saya nak tengok London pada waktu malam. Nak sangat sebelum balik Malaysia.

Musim yang terbaik nak tengok London waktu malam ialah masa autumn sampai ke winter. Masa ni siang pendek. Pukul 5 petang dah gelap. Cumanya bila masuk musim luruh (autumn) cuaca makin sejuk. Lama-lama di luar rumah memang mengundang sengsara. Sejuk sampai ke tulang.

Masa ni bukak mulut je keluar asap. ~hoohhh~ ;P

Lama menyimpan impian, akhirnya tercapai juga. Alhamdulillah. Masa tu Kak Ain dan Akhi Yusri datang ke London. Kak Ain tak pernah lagi jalan-jalan di London. Jadi sayalah yang menjadi pemandu pelancong mereka. Yeayy. Sapa tak suka jalan-jalan kan. Lagi-lagi dekat London.

Kitorang keluar lepas saya hantar Fatih ke nursery. Tengahari jugak la.

Bermula dengan Tower of London - Tower Bridge - Harrods - Bayswater  dan berakhir di Westminster. Siapa yang biasa pergi London mesti tahu kan. Keluar dari tube Westminster kita boleh nampak London Eye belah kiri, Big Ben dan Westminster di sebelah kanan.

Nak jadi cerita masa kitorang keluar tu ada demonstrasi tak silap. Banyak tube line yang ditutup. Jadi masa ni lah saya yang tak reti sangat nak bas. Terpaksalah belajar untuk kali terakhir naik bas di tengah London. Bas memang padat kalah ikan dalam tin sardin. Lagilah masa tu orang pakat keluar nak balik dari kerja.

Memang pengalaman yang takde kat Malaysia. ~ewah. bunyi macam tak puas hati je kan~


Baru saya ingat. Masa ni pekerja Tube melakukan mogok nak minta naik gaji tak silap. Tu pasal banyak tube line tak berfungsi. Jadi semua orang TERpaksa menggunakan perkhidmatan bas. Termasuk lah kami. ;)


Kitorang masuk dulu jalan-jalan dalam Harrods. Saya kan pemandu pelancong. Kak Ain nak beli macarons dari Laduree. Saya pun bawaklah dorang pergi sana. ;)


Pintu masuk Laduree dari Harrods. Pintu ni terletak bersebelahan dengan Krispy Kreme. Tersorok sikit. Kena jalan sampai dekat Krispy Kreme baru perasan Laduree ni. Kalau dari luar pun maca tu jugak. kena pusing sampai belakang Harrods baru sampai pintu Laduree. Tak nak sesat, jangan malu bertanya. ;)


Rindunya nak beratur beli macaron. Ikut peraturan tak boleh ambil gambar. Eheemm.. saya. Slumber je ambik gambar sorok-sorok. ;) Masa ni depan saya Kak Ain tunggu giliran nak dilayan. Masa ni saya tak beli walaupun kak Ain nak belanja. Tak larat nak makan macaron dah sebab sebelumnya dah beli. Lagipun, lepas tu saya memang plan nak ke Laduree lagi. Nak beli untuk orang tempah. ;)


Kak Ain belanja Red Velvet Cupcake untuk saya dan Carrot Cupcake untuk Kak Ain dan Akhi Yusri. Sumpah tak sedap. Kek dia dah kering. Tak lembab. Barangkali sebab dah seharian terdedah di udara. Pentingnya. Tidak menepati citarasa saya. Kak Ain sendiri kata. Red Velvet Cake saya lagi sedap. ~ Saya tulis ja apa yang Kak Ain cakap. ngee~




Rupa je cantik. Isi tak la sedap mana.


Portmeirion. Yang ni tak letak makanan pun dah cantik. Letak makanan yang tak sedap pun boleh jadi sedap. ~ahakss~


Adik beradik Portmeirion jugak. Masa ni baru mula Sale sempena Krismas. Biasanya orang beli Portmeirion dekat kilang. Saya pun tak tahu kat mana. Peminat Portmeirion je yang tahu. Saya pernah terdengar cerita. Portmeirion ni kalau takde orang Malaysia dah lama tutup kedai. ;D


Wedgwood. Harga - 6500 pounds x RM5 = boleh dapat sebiji kereta. Terus sesak nafas bila saya zoom dekat harga. Sempuuttt...!!


Agak-agak berapa la ye harga lampu gantung ni..? Mahunya boleh dapat sebiji Myvi lagi best. ;P


Ok... dah habis tawaf dalam Harrods. Tiba masa untuk menikmati keindahan lampu kelip-kelip di bangunan Harrods. Memang terserlah kemewahan lampu memenuhi ruang bangunan.


Masa ni masih lagi di tepi jalan. Susah juga nak ambik gambar dengan sudut yang cantik. layan aje lah kamera cikai yang bukan Dslr. ~ nak juga kamera bagak~


Bila tengok bangunan saja dah gah. Apa lagi orang-orang yang shopping kat dalamnya ye. Duitnya mestilah berganda-ganda gagahnya. ;P


Tahukah anda. Etika pengunjung yang nak masuk ke Harrods mestilah tidak menggalas beg di belakang (back pack). Kalau pengawal dia nampak. Mereka akan tegur dan mengarahkan kita menggalasnya di tangan. Kelas kan..! ;)


Masa ni saya dah berdiri di tengah jalan rasanya. Di perhentian lampu isyarat. Susah jugak nak dapat sudut yang cantik. Almaklumlah. Tukang pukul gambor pun main petik je. Selagi tak puas hati selagi tu dia tak berganjak. :D


Habis dah gambar Harrods. Alhamdulillah. Puas hati dapat jalan-jalan tengok lampu (macam budak-budak kan). Pernah sekali saya pergi Harrods terserempak dengan Rizman Ruzaini and the gengs. Saya perasan sebab dia kan designer baju Dato' Ct. Kenal aje guwe. ;P

Boleh tak saya sapa dia dengan menyebut 'haiii..'. Bila sedar. Saya pandang Ezzah pastu gelak. Haha. Patutnya bagilah salam kan. Ini mentang-mentang jumpa orang glemers. Terus berubah. Ishh.. tak patut. tak patut. ;P

Untung juga dia murah dengan senyuman. Takde lah ai malu syok sendiri. ~Auwww. Tiba-tiba~ 


Nanti saya sambung lagi ye.

Jumpa lagi...!