Friday, December 28, 2012

TEMPAHAN DURIAN CREPE DAH PENUH.

Assalamualaikum wbt...







TEMPAHAN DURIAN CREPE UNTUK HARI INI JUMAAT 28 DIS  DAH PENUH. 



SABTU DAN AHAD SAYA CUTI. 



HARAP MAKLUM. 


TERIMA KASIH.

Wednesday, December 26, 2012

TEMPAHAN DURIAN CREPE DIBUKA.

Assalamualaikum wbt...




Pada semua peminat Durian Crepe,


TEMPAHAN DIBUKA.


HARI :   RABU 26 Dis 2012 - DAH PENUH. SILA ORDER UNTUK HARI KHAMIS.

              KHAMIS 27 Dis 2012 - DAH PENUHSILA ORDER UNTUK HARI JUMAAT.

              JUMAAT 28 Dis 2012. - DAH PENUH. TERIMA KASIH.



SABTU dan  AHAD SAYA CUTI. SEBARANG ORDER TIDAK DITERIMA.



MASA PICK UP :   3.00 - 3.15 PETANG

                                 4.00 - 4.15 PETANG

                                 5.00 - 5.15 PETANG

                                 6.00 - 6.15 PETANG

                                 7.00 - 7.15 PETANG

                                 8.00 - 8.15 MALAM

                                 9.30 - 9.45 MALAM


Pilih satu masa di atas dan sila datang pada masa yang dah dipilih.


TEMPAT PICK UP : KLINIK ALAM MEDIK, PV12 DANAU KOTA SETAPAK.


 LANDMARK :
 1-Jalan Genting Klang - KL FESTIVAL CITY,  Kem Askar Wardieburn, JPJ Wangsa Maju.       

 2- Belakang Platinum Walk.

 3- BANGUNAN KE 4 selepas Old Town White Coffee.

 4- Satu bangunan dengan Mymydin, Klinik Alam Medik, Nice Coffee Station, Nasi Kandar Deen.
                         
 5- Dekat sangat dah dengan Uptown Danau Kota.






Hantar detail melalui SMS ke talian 013 258 8230. Irma.


                        NAMA - BILANGAN DURIAN CREPE - TARIKH - MASA PENGAMBILAN.


Terima kasih.








Friday, December 21, 2012

CUTI SEBENTAR.







Assalamualaikum wbt.


Saya akan mula bercuti pada 22 Dis Sabtu sehingga 24 Dis 2012 Isnin.


Tempahan Durian Crepe akan dibuka semula pada hari Selasa 25 Dis 2012.


Harap Maklum. Terima kasih.

Tuesday, December 11, 2012

TEMPAHAN HARI INI DAH PENUH.

Assalamualaikum wbt...



Mohon jasa para pelanggan tidak lagi menghantar SMS untuk tempahan Durian Crepe pada hari ini. 



Selasa 11 Dis 2012.




****************************************************



Saya buka tempahan untuk hari RABU 12 DIS 2012.


Hantar NAMA - BIL DURIAN CREPE - TARIKH - MASA PICK UP.

Rujuk entry yang lepas untuk penerangan lanjut.


Terima kasih.

Monday, December 10, 2012

TEMPAHAN DURIAN CREPE KEMBALI.

Assalamualaikum wbt.




TARIKH : SELASA , 11 DIS 2012.


MASA PICK UP : 3 PETANG

                              4 PETANG

                              5 PETANG

                              6 PETANG

                              7 PETANG

                              8 MALAM

                              9.30 MALAM

Yaaa.. Masa baru untuk pengambilan Durian Crepe. Saya dah tak terdaya untuk turun naik lif setiap masa. Jadi saya akan tunggu 15 minit setiap jam untuk memudahkan kerja penyerahan Durian Crepe.


Tempat Pick Up : PV12 Platinum Lake Condo Danau Kota Setapak.


                          LANDMARK :

                          1- Sepanjang Jalan Genting Klang - KL FESTIVAL CITY, Kem Askar Wardieburn,
                              JPJ Wangsa Maju, Hospital Columbia.        

                          2- Belakang Platinum Walk.

                          3- BANGUNAN KE 4 selepas Old Town White Coffee.

                          4- Satu bangunan dengan Mymydin, Klinik Alam Medik, Nice Coffeer Station, Nasi
                              Kandar Deen.
                         
                          5- Dekat sangat dah dengan Uptown Danau Kota.









Tunggu saya dekat Entrance PV12 atau Nice Coffee Station atau dekat Klinik Alam Medik.



Hantar detail :


                        NAMA - BILANGAN DURIAN CREPE - TARIKH - MASA PENGAMBILAN.


Jangan lupa sertakan nama ya..!! Tak kisah.. nak menipu letak nama Joyah pun saya terima.


Terima kasih.





Friday, December 7, 2012

TEMPAHAN DAH PENUH...


Assalamualaikum wbt...


TEMPAHAN DAH PENUH SEPANJANG MINGGU INI.


HARAP MAKLUM.


TERIMA KASIH.

Thursday, December 6, 2012

TEMPAHAN HARI JUMAAT, SABTU DAN AHAD.

Assalamualaikum wbt...


PENGUMUMAN



DENGAN RASMINYA TEMPAHAN UNTUK HARI INI  SUDAH  DITUTUP.


BAGI YANG BERMINAT BOLEH HANTAR SMS UNTUK TEMPAHAN PADA HARI


JUMAAT 7 DIS 2012

SABTU 8 DIS 2012

ATAU 

AHAD 9 DIS 2012


MASA PENGAMBILAN 

3 PETANG HINGGA 8 MALAM.


PICK UP POINT :

PV12 PLATINUM LAKE CONDO JALAN LANKAWI DANAU KOTA SETAPAK.


( Rujuk entry lepas untuk keterangan lanjut dan gambar)



HANTAR NAMA - BIL DURIAN CREPE - TARIKH - MASA PENGAMBILAN.


TERIMA KASIH.

Tuesday, December 4, 2012

TEMPAHAN HARI INI DAN ESOK DAH DITUTUP.

Assalamualaikum wbt...





DENGAN RASMINYA TEMPAHAN UNTUK HARI INI  DAN HARI RABU SUDAH  

DITUTUP.


BAGI YANG BERMINAT BOLEH HANTAR SMS UNTUK TEMPAHAN LUSA,

KHAMIS 6 DIS 2012.

HANTAR NAMA - BIL DURIAN CREPE - TARIKH - MASA PENGAMBILAN.


TERIMA KASIH.

Monday, December 3, 2012

TEMPAHAN DURIAN CREPE, SELASA 4 DIS 2012.

Assalamualaikum wbt...



Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Segala puji dan syukur atas segala rezeki yang dikurniakan.





Nak tanya... korang baca entry ni ada bau Durian Crepe tak..? hihi.. larikss.



Tak nak sembang panjang. Lepas ni nak sambung kerja lagi.

Insyaallah, esok saya buka lagi tempahan Durian Crepe. 



TARIKH : SELASA 4 DIS 2012.

MASA PENGAMBILAN : 12 - 1 tengahari / 3-7 petang / 9.30 -10 malam.

Pilih satu masa di atas.

HARGA : RM10 4 BIJI/BEKAS.



Pada sesiapa yang berminat untuk rasa atau ulang order boleh SMS seperti berikut.


NAMA - BILANGAN DURIAN CREPE - TARIKH - MASA PENGAMBILAN.


Contoh -

IRMA - 5 PACKS - 3 DIS - 5.30 PETANG.



Talian : 013 258 8230. Irma.


PICK UP POINT : 

PV12 PLATINUM LAKE CONDO 

JALAN LANGKAWI DANAU KOTA SETAPAK.





LANDMARK :

BANGUNAN KE 4 SELEPAS OLD TOWN WHITE COFFEE.

SEDERET DAN SELANG SEBUAH BANGUNAN DARI HAYAKI.

SATU BANGUNAN DENGAN MYMYDIN.



Cepat order.. Jangan tunggu lama-lama.

Sapa lambat kena tunggu hari lain pulak.

Jangan nanti ada yang bagi ikon muka sedih sebab order dah penuh. hihiii.



Alhamdulillah... setakat ni komen pembeli semua kata sedapaaap.. ~baca 4 harakat~ ;)



Terima kasih pada semua yang dah membeli Durian Crepe saya.




Friday, November 30, 2012

TEMPAHAN DURIAN CREPE DAH PENUH.

Assalamualaikum wbt.


Kepada semua pelanggan,

Tempahan Durian Crepe pada hari Jumaat 30 Nov 2012 sudah ditutup.

Diharap pada mereka yang hendak menempah tidak menghantar SMS kepada saya lagi.

Insyaallah... minggu hadapan saya akan buka tempahan baru.

Nantikan update terbaru dari saya.

Terima kasih.

Tuesday, November 27, 2012

Tempahan Durian Crepe Sudah Dibuka.

Assalamualaikum wbt...






Buat semua penggemar Durian Crepe. Tempahan sudah dibuka.

Pengambilan hari SELASA 27 Nov 2012  bermula pukul 3 petang hingga 10 malam

atau

JUMAAT 30 Nov 2012 pukul 12 tengahari hingga 10 malam.


HARGA : RM 10 untuk 4 BIJI/ BEKAS.



Sila SMS tempahan ke talian 013 258 8230.

Nama - Tempahan - Tarikh - Masa Pengambilan.

Contoh -

Irma - Durian Crepe 2 peket - Selasa 27hb - 5.30 petang.


Pick up point :

PV12 Platinum Lake Condo Jalan Langkawi 53300 Setapak.

Penjelasan lanjut sila klik sini - Cara nak sampai rumah saya.




Bangunan ke empat selepas Old Town White Coffee.




Tu diaaa.. Nampak kedai makan Nice Coffee Station.


Maaf... Saya tak buat penghantaran ya.



Terima kasih.





Tuesday, November 20, 2012

Selesai. Mari Fokus Tentang Aikol Fest.

Assalamualaikum wbt.





Alhamdulillah... selesai. Semua tempahan berakhir sampai hari ni.


Mulai esok saya kena fokus pada booth di AIKOL Fest.


Petang tadi dah dapat gambaran booth macamana. Esok ada sehari nak fikir nak letak apa. Beli apa.


Pertama kali la katakan. Alhamdulillah saya ada teman. Jika tak. Jangan harap saya akan terima.


Saya lebih senang bekerja di belakang tabir. Sorang-sorang dekat dapur.


Aii ni pemalu.. heww. heeww.  Penampar sekali..! ;P



Pada semuaaaaa yang telefon nak order kek bagai. Maaf dari pihak saya kerana tak dapat memenuhi hajat kalian semua.


Insyaallah... panjang umur. 3 Dis saya buka semula tempahan dari dapur mulus saya. :)





Sabaaaaqq naaa..! :D




AIKOL Fest 2012, UIA Gombak.

Assalamualaikum wbt.


Tempahan ditutup bermula 



20 Nov sehingga 2 Dis 2012



Jumpa saya di AIKOL Fest UIA Gombak.


(AIKOL tu singkatan untuk Ahmad Ibrahim Kulliyah Of Law)



Terima kasih.



Monday, November 19, 2012

Sabaaqqq.. Tunggu Esok Baru Kopek.

Assalamualaikum wbt...




Rezeki hari Isnin. Terima kasih Kak Sue.


Sekarang bau durian sudah mula menguasai rumah. Sikit-sikit ok lagi. Dah lama kang pening.


Nak makan pun tak berani. Dah malam. Kang ada yang tak lena tidur. Hangaatt..!!!


Jadi nak tak nak.. kena la sabaq sikit. Esok pagi bangkit tidoq. Ada la yang bersila mengadap durian buat sarapan. ngeeee.


Eerrr.. hat sebelah tu takpa. Makan tak hangat badan. :)










"Alang Rebus Tak Empuk."

Assalamualaikum wbt.


Tengahari tadi dah tengok filem Istanbul Aku Datang. Keluar rumah 12.25. Jalan laju-laju, pukul 12.40 saya dah duduk dalam panggung. heh. 


Masa beli tiket ingatkan dah tak sempat nak tengok wayang jam 12.40. Rupanya banyak lagi seat yang kosong. Masuk panggung lagi la. Kira kepala orang ada la tak sampai saploh orang je. Kata adik yang jual tiket, minggu ni tak ramai orang. Minggu lepas ya penuh panggung.


Takpe. Tak ramai orang lagi bagus. Saya duduk sorang dalam satu baris tu. Nak baring pun boleh. :)


Hockeeyyy... lepas 1 jam 30 minit duduk dalam panggung. Apa yang saya boleh kata.. 'okey.. not bad.'


Saya kan nak tengok Istanbul. Bila tengok cerita tu tadi terubat la sikit rindu saya.

Hew.. heww.. terubat la sangat..! ~libas tudung~


Dalam banyak-banyak babak saya memang gelak bila tengok aksi Lisa Surihani takut bila jumpa kucing. Tu diaaaa.. sakan betui dia lari. HaHa. Macam nampak harimau. ;P


Saya jeles tengok Dian duduk atas bot menikmati pemandangan Selat Bosphorus tanpa perlu menahan sejuk. Pemandangan pun cantik sangat.


Haiissshhh.. nak cerita berapa banyak saya jeles memang takkan habis. Simpan duit. Ada rezeki pergi lagi Istanbul.




Sekarang saya nak dating dengan Alang. :)








Tak Sabar... Tak Sabar... Tak Sabar...

Assalamualaikum wbt.






Hari ni saya cuti. Yeaayyy..!!!


Tak leh tunggu dah. Sebelum sibuk dengan Aikol Fest saya nak hiburkan diri sendiri dulu. hehh.. ;)





Sunday, November 18, 2012

Dah pakai baju.. :)

Assalamualaikum wbt...


Petang tadi jam 6 selesai sudah hantar semua Red Velvet pada pelanggan. 

Alhamdulillah.


Sampai je rumah terus mata tak leh nak buka. Ngantuk. Mana taknya.. semalaman tak tido.


Letak je kepala petang tadi terus lena sampai ke malam. Sekarang ni pun ngantuk lagi. Paksa juga bangun sebab nak tunggu dan salam cium sebelum mak balik tadi. Terima kasih mak gorengkan mee dan buat cucur udang untuk saya.




Mula-mula kena pakai singlet dulu. ;)




Sekarang dah pakai baju. Siap pakai skirt me'ah lagi. ehehh..!




Mula-mula kek Mu'iz sempoi macam ni ja. Tak letak aksesori lagi. 

Ada masa dalam 10 min sebelum Ct ambik kek. Saya pun letak gambar tambahan.





Upin Ipin..!!

Pandai-pandai je makcik kamu letak gambar Upin Ipin Mu'iz. Tak tau la kamu suka ke idak.. :)


Patutnya ada satu lagi Red Velvet untuk Kak Leen. Lepas siap je lepa kek saya dah ngantuk sangat masa tu. Sementara nak tunggu Kak Leen ambil, saya layan FB kejap. Tak teringat langsung nak ambil gambar. 


Dalam pukul 3.30 petang dah dapat feedback dari Kak Sakimah. Alhamdulillah, mereka sekeluarga suka kek yang saya buat. 


Pada yang lain... mahu mencuba Red Velvet Cake yang sedap. Dipenuhi dengan rasa cheese yang enak.

Boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.

Hanya SMS -


Nama - Item Order - Tarikh - Masa pengambilan.

Contoh -


Irma - Red Velvet 1.5kg + Edible Image Dora - 19/11 - 3 petang.


Mudah kan. Tak perlu kita berbalas mesej panjang-panjang. 


;)



Terima kasih pada semua yang mengorder hari ini.


Kak Sakimah - Nurli - Ct - Kak Leen.


Esok saya cuti... Yeaayyy...!!!!


Tak sabar... Tak sabar... Tak sabar....


;D





Tak pakai baju...!

Assalamualaikum wbt...




Red Velvet Cake sedang menunggu masa untuk dipakaikan 'baju'.


Selamat berhujung minggu kawan-kawan...!




Saturday, November 17, 2012

Rasa Tak Percaya...

Assalamualaikum wbt...


Rasa tak percaya hari ni saya boleh duduk berehat.


Lepak depan tv sambil layan FB, youtube dan melayari satu blog ke satu blog yang lain.


Bestnyaaaaa....!!


Sekali sekala boleh laa. Masa order tak banyak. Allah bagi masa untuk rehat.


Masa order berderet. Sekarang ni duk kalut berdiri depan dapur kelentung kelentang siapkan order.





Tengah cari semangat nak cerita pasal makan-makan di Istanbul, Turkey. Salah satu dari nikmat dunia yang paling sedap saya pernah rasa. Kacang pistachio. Tak jumpa lagi dekat KL kacang sesedap ni.



Selamat berhujung minggu. :)



Ikea Meatball. Sedap sangat ke..?

Assalamualaikum wbt...


Kejadian berlaku seminggu yang lepas. Hari Selasa tengahari saya dan kawan pergi la jalan ke Ikea. Saya nak cari rangka almari Trofast. Bekas dia beli dah setahun. Rangka dia nak beli tak muat keta. Panjang bebenor sangat. Nak suruh Ikea hantar saya yang kedekut. Baik la tunggu pegi sendiri.


Sebelum masuk Ikea kena la isi perut dulu. Dah terbayang dari dalam keta lagi masing-masing nak makan meatball yang tersangat la femes tu. Saya pun nak la jugak tahu sedap sangat ke rasa meatball dorang. Sana sini sinun sume orang duk sebut. Meh saya nak rasa jugak.




Tu diaaa... penuh satu meja. Tukang makan 2 orang ja. hehe. Yang syoknya siap ada troley lagi untuk letak makanan. Mana tak seronok order makan. Tak sedar diri masa order makan. Alasan kunun perut yang lapar minta di isi. Mata pulak rambang tengok macam-macam menu dorang ada. Waaahhh.. nak semua.. nak semua..!! ;P




Inilah dia Ikea Meatball yang menjadi pujaan ramai kan. Tengok rupa memang nampak sedap. Bagi saya lah kan. Besa je. Takde x faktor yang buat saya makan terus kata,'Woww.. sedap.. sedap.'


Neeyyy.. nak jadi cerita, lepas makan terus pening kepala. Tak tau la. Mulut saya ni kalau makan makanan yang ada Mak Aji memang mudah loya. Ni sampai pening kepala, entah berapa banyak MSG ada dalam makanan tu semua. Tobat takkan makan lagi dalam masa terdekat. 


Dalam banyak-banyak makanan tu semua saya suka puding karamel yang dalam bekas kecik tu. Sedap sangat. Harga pun murah. Singgit sebekas. 


Perut dah kenyang, makanan dah licin. Baru boleh jalan shopping dekat Ikea. Syok jalan hari tu. Tak ramai orang. Sekejap je dah setel beli barang.


Rasanya... tahun depan kena pegi lagi. Ada je barang yang tak cukup.


Psstt... sebenarnya. Macam ni la jadi bila list duduk dalam kepala je. Barang yang patut beli tak beli. Barang yang tak penting masuk dalam troli. Ikea tu bukan macam Jusco ye Irma. Setiap lorong barang dah kamu hafal. Ini pegi setahun sekali, ada hati nak letak list dalam kepala.


Takpe laarr.. bukan ke itu alasan yang terbaek untuk pergi Ikea lagi..? heh.. ;)




Friday, November 16, 2012

Ana Muslim.

Assalamualaikum wbt...










Rainbow Cake buttercream frosting dengan tema Ana Muslim.


Terima kasih.




Wednesday, November 14, 2012

Hijrah Seorang Pembuat Kek.

Assalamualaikum wbt...


Salam Maal Hijrah buat semua. Alhamdulillah... selesai doa akhir dan awal tahun Maghrib tadi. Doa dah selesai. Makna dalam doa tu yang nak dibawa sepanjang tahun. Moga Allah permudahkan kita untuk jadi hamba Dia yang soleh dan musleh. Aamiin..!


Teruk sungguh la semangat menulis bulan ni. Memang ke laut betul. Entah laut mana tercampak. Jauh sangat sampai tak tercapai nak ambil balik. Dah setengah bulan November baru rasa nak menulis. Sambil menaip, telinga duk dengar Shah Rukh Khan duk cakap. Mata jeling sikit-sikit je. Tak tengok subtitle pun dah boleh hafal skrip. Heh..! 


Ok laahh.. masa untuk buat tayangan amal kek yang saya buat sepanjang bulan November. Alhamdulillah... bisnes berjalan dengan baik. Sampai ada masa saya kena tolak tempahan pelanggan. Tak menang tangan. Terima kasih pada Dia atas rezeki yang tak pernah putus. 














Antara hasil tempahan yang berjaya saya ambil gambar sebelum dihantar ke pelanggan. Pavlova dan Red Velvet tu dah tak larat nak ambil. Sama je hasilnya setiap kali saya buat. Tak banyak beza melainkan pelanggan minta letak gambar kartun.


Psstt... saya dapat tawaran kerja di London selama 5 bulan. 


Boleh tak saya anggap tu hijrah saya untuk tahun ni. ;P




Wordless Wednesday - Deepavali Cake. (34)

Assalamualaikum wbt...




Waaa.... apa ni tuan tanah.

Muncul untuk WW je kewww..?

;)



Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday - Pavlova. (33)

Assalamualaikum wbt.





Pavlova 850gram saiz 9 inc RM45




Pavlova 1.2kg saiz 9 inc 2 lapis RM75


Untuk tempahan SMS Nama - Order - Tarikh - Masa pengambilan di talian 013 258 8230. Irma.


Terima kasih.






Wordless Wednesday - Rainbow Cupcake.(32)

Assalamualaikum wbt...




Untuk tempahan SMS Nama - Order - Tarikh - Masa pengambilan di talian 013 258 8230. Irma.


Terima kasih.




Saturday, October 27, 2012

Sentuhan Kasih Sayang Seorang Emak.

Assalamualaikum wbt...






Alhamdulillah.. tatkala umur menginjak 30 tahun, saya masih berpeluang menikmati sentuhan kasih sayang emak menjahit baju kurung saya. Seumur hidup saya ada 2-3 kali saja tempah baju. Selebihnya memang mak yang jahit. Saya membesar dengan pakaian hasil jahitan mak. 


Untung kan saya.. ;)


Sepatutnya say
a yang sembat. Tadi tengahari saya tunjuk dekat mak hasil saya kelim baju. Dah lama tak kelim, saya minta mak betulkan bahagian depan nak bagi dia labuh dari bahagian belakang. Mengada jugak la sebenarnya teww. Saja je. Selama ni boleh je saya pakai baju senget benget. Tak kisah pun.


Tup.. tupp.. saya tengok mak dah pegang jarum duk sembat baju saya. Huiii.. dalam hati ada rama-rama berterbangan. Suka.


Saya pulak duduk teman mak kat sebelah sambil makan nasi. Bertuah punya anak..!! ;P

Terima kasih mak..!!


Kenangan sembat baju kurung.


Ini cerita tambahan. Cerita di atas versi pendek FB. ;)


Sejak umur 8 tahun saya dah dipaksa menyembat baju kurung sendiri. Ya. Dipaksa. Peduli la saya menangis ke. Mengamuk tak nak sembat ke. Mak tak layan. Ko tak sembat, baju ko tak siap. Raya pakai baju lama.


Nak tak nak, dengan rela dalam terpaksa saya pun mula belajar sembat baju sendiri. Mula-mula memang terpaksa. Bila dah makin bertambah usia, saya seronok menyembat baju sendiri. Bila datang angin rajin saya akan sembat halus dan rapat-rapat. Bila datang angin nak cepat siap, saya akan sembat jarang-jarang. Setengah inci saya langkau. 


Pernah sekali, saya buat kerja tak ikhlas. Marah sebab mak siapkan baju saya lambat. Esok nak raya, hari ni baru siap. Saya pulak buat kerja memang ikut mood. Sampai sekarang. ;P


Bila mak dah siap cantum, saya terrr...paksa juga la sembat. Saya pun mula mengelim bawah baju. Bayangkan budak umur 12 tahun (tak silap saya la umur tu) terkial-kial nak kelim baju. Semua kudrat kaki dan tangan berjasa masa tu. Kain pulak licin dan ringan. Susaaaaaahhh betul nak bagi elok kelim tu terletak. Senget la. Tak sama besar la. Potong tak betul la. Macam-macam betul alasan yang keluar dari mulut budak yang buat kerja tak ikhlas ni. Mak buat tak peduli je dengan saya. Gasak ko lah nak buat macamana. Kerja mak dah beres.


Siap kerja mengelim. Saya mula menyembat. Sembat punya sembat sampai dah separuh jalan. Tiba-tiba bila saya belek baju, apasal pelik semacam ja baju ni. Saya cuba bentang atas simen. Aaarrghhhh.... saya kelim terbalik..!!!! 


Ya Allah... nak menjerit je masa tu. Masa dah suntuk. Saya pulak buat kerja separuh hati. Nak kena tetas balik jahitan. Memang dugaan betul. 


Ada lagi cerita... kali ni mak suruh sembat bahagian leher. Perkemaskan lebihan kain dengan cara sumbat dan sembat. Entah betul tak terma yang saya pakai ni. Sapa yang jahit baju tau kan. 


Saya selalu (baca 10 harakat) mengelat bila mak tanya nak letak piping atau nak jahit mata lalat? Saya pilih letak piping sebab senang kerja saya tak payah jahit mata lalat. Alasan saya, 'ala.. pakai tudung bukannya nampak pun jahit mata lalat ke... tulang belut ke..? Tengok... alasan budak malas. ~angkat kening dan kenyit mata~


Jadi, sekali tu saya memang tak nak sembat leher. mak paksa juga siapkan. Saya budak yang terlebih cerdik dalam diam saya gunting sekeliling leher tu bagi tinggal sikit ja. Kunun cantik la kan. Sekali bila dah basuh baju berulang kali, benang mula keluar sikit demi sedikit. Teruk betul bila ingat balik perangai saya masa tu. Memang ketegaq tahap dewa. :P


Haaiihhh... semua tu tinggal kenangan. Bila dah besar ni, saya memang dah jarang dapat sembat baju. Semuanya mak yang siapkan. Tahu-tahu seminggu atau dua lepas beli kain, baju saya dah siap boleh pakai. Tinggal nak gosok saja. Pastu melaram baju baru. 


Masa zaman mengajar dulu, tiap-tiap bulan ada peruntukan gaji untuk beli kain. Kadang sepasang. Kadang dua. Untungnya saya upah baju tak yah bayar. Emak kan yang jahit. ;) 


Sampaikan ada cikgu lain cemburu tengok saya melaram baju baru tiap bulan. Ahaakksss..!! 


Bila anak murid tengok lagi la dorang akan tegur,' Cantiknya baju baru ustazah..'


Pantang saya pakai baju baru. Mesti dorang perasan. Kadang saja saya bagi alasan,'baju lama ni. Ustazah baru bawak.' Ramai-ramai dorang jawab, 'Tipu... kitorang tahu. Ustazah buat baju baru.' 


Tu baju ok. Belum masuk kasut, kerongsang, handbag. Semua la kiranya. Memang dorang akan perasan bila ada je sesuatu yang baru saya pakai. 


Anak murid sekarang macam tu jugak ke..? :)


Tadi masa duk buat kek, saya tanya mak. 'Mak... kalau orang nak beli mesin jahit boleh..?'


Mak suruh saya cari mesin jahit terpakai je. Jenama Singer. Beli baru mesin jahit sekarang tak sama macam dulu. Kualiti tak sama. Mudah rosak. Bukan apa. Saya terfikir, sampai bila saya nak bergantung harap pada mak untuk jahit baju kurung saya. Sekarang atau esok, saya mesti belajar. Lepas baju kurung untuk saya cukuplah. 


Nanti dah terer baju kurung baru fikir pasal jubah seluar pulak. Berangan takpeeee..! :)
 

Maaa... jangan jadi Angan-angan Mat Jenin je taauu. Mesti belajar..! 






Baru Separuh Jalan...

Assalamualaikum wbt...





Buku yang saya sedang baca sekarang.
Baru sampai muka surat 489.
Phewww... lagi 500 ++ muka surat lagi nak habis.
Tak tinggal satu perkataan pun weihh. Kunun takut tak paham cerita nanti.
Eceehh... sedangkan sayang nak langkau. Sebab cerita ni best..!!


Fakta 1 : Penulis novel ni kelulusan Usuluddin dari UM. ~ angkat kening~

Fakta 2 : Novel ILUS laaaagi tebaaaal..!!! ~ lenguh tangan pegang lama-lama~

Fakta 3 : Saya malu masa nak bayar ASST. Bukan takat masa bayar, sebelum tu lagi, 3-4 kali saya tanya dekat budak MPH ada tak stok ASST. Bila tanya tu macam bunyi perempuan gatal tanya,'Awak Suka Saya Tak?' hahaa. Masa bayar pulak, sorang pakcik tua yang sama-sama nak bayar, baca tajuk buku ni. Ntah apa la dia kata dalam hati. Sebab pakcik tu beli kitab agama. ~waaa... pakcik buku ni bagus. Tajuk je yang ala-ala bunyi angau bercinta. huhuu~

Fakta 4 : Saya kena siapkan order untuk esok. Tak leh nak sambung baca lagi. ;)


Byeee...!


Yang benar,

Hilman Yong. ~Gatal..!!!~











Tak Sabar Tunggu...

Assalamualaikum wbt...












































Filem "Istanbul Aku Datang...!"