Thursday, May 31, 2012

Rainbow Cupcake.

Assalamualaikum wbt.








Rainbow Cupcake untuk candy buffet majlis perkahwinan adik kawan saya.

Biarlah orang lain bagi hadiah. Saya bagi kek. :)

Kawan saya order sekali dengan Red Velvet Cupcakes dan Carrot Cupcakes.

Katanya... tak sampai sejam dah habis. hehe. Biasalah. benda comel dan warna warni memang senang tarik perhatian orang. Bukan saja budak, mak budak pun tumpang suka sekali. 

Untuk tempahan : 

Rainbow Cupcakes - 1 set 49 biji.

Harga : RM90 buttercream. Atau RM110 cream cheese.

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh call/sms - 013 258 8230. Irma.


Terima kasih Maya untuk tempahan awak. 




Sunday, May 27, 2012

Morning...!!!

Assalamualaikum wbt.




Selamat berhujung minggu..!!

Moga hari ini seceria warna - warna pelangi. ^ _^

Wednesday, May 23, 2012

Carta Mingguan Novel Melayu MPH.

Assalamualaikum wbt...




 Carta Mingguan Novel Melayu di MPH. Ini carta 11/5/2012. 




Ini carta minggu ni. Tengok... tengok... siapa berada di tangga teratas.

Tahniah Hannah Dhaniyah untuk novel Suami Aku Ustaz. Saya dah baca novel awak. Dah ulang baca lagi. Ahakss..!

Tadi dah beli stok novel baru. :)



Agak-agaknya yang mana saya akan baca dulu..? :)



Rainbow Cake. Tema Boboiboy.

Assalamualaikum wbt.













Dah hampir 10 hari kek ni selamat diambil oleh kawan saya. Kek untuk anak lelaki sulung menyambut hari lahir di sekolah. Happy Belated Birthday Syimir..! 

Rainbow Cake. Buttercream frosting.

Size 10 inc. Berat : 5kg ++

Harga : RM250.



Tiada Penghantaran. Mai Datang Ambil Sendiri Ya..!

Assalamualaikum wbt.

Ada segelintir bakal pelanggan bertanya,

'Tak boleh hantar ke?'

'Ala... jauhnya rumah u.'

'I tak familiar la kawasan sana.'

'Awak tak buat penghantaran ke?'

Macam tu la lebih kurang ayatnya. Ayat yang memberi maksud nak suruh saya hantar kek.

Pi Mai Pi Mai... bukan saja kereta. BAYANG kereta pun saya takde. ;P

Camana saya nak hantar. ~ Ini bukan alasan nak mengelak. Kenyataan.~

Nak tak nak, kenalah belajar cara nak datang ambil kek kat rumah saya.

Lebih tepat lagi, tunggu tepi jalan ja. :)

Kadang saya ni tak menang tangan buat kerja sorang. Camana nak buat penghantaran. Takut saya ada yang tidur sambil memandu. ~Nauzubillah~

Landmark rumah saya :

Dari Wangsa Maju ke Jalan Genting Klang -

JPJ Setapak.

Kem Askar Wardiburn

Parkson, KL Festival City.

Dah jumpa tiga landmark ni, ambil simpang ke kanan menuju Uptown Danau. Terus sampai jumpa Oldtown Coffee Station belah kiri. Ambil jalan susur ke kiri masuk Jalan Langkawi. 50 meter dari simpang akan jumpa signboard PV12 belah kiri. Seperti gambar di bawah. Tunggu tepi jalan berdepan dengan signboard PV12 atau Nice Coffee Station.


Dari Bulatan Pahang ke Jalan Genting Klang.

Hospital Tawakal

Courts Mammoth Setapak

Hospital Colombia

KL Festival City

Dah jumpa ke empat - empat landmark, sampai land mark terakhir KL Festival City, ambil susur masuk ke kiri menuju Uptown Danau. Terus sampai jumpa Oldtown White Coffee belah kiri. Ambil jalan susur ke kiri masuk Jalan Langkawi. 50 meter dari simpang akan jumpa signboard PV12 belah kiri. Seperti gambar di bawah. Tunggu tepi jalan berdepan dengan signboard PV12 atau Nice Coffee Station.


Dari Gombak.

Saya kurang mahir sikit arah ni. Setahu saya masuk Jalan  Taman Ibu Kota bersebelahan dengan Plaza Idaman. Terus sampai jumpa simpang empat. Sebelah kiri dia kawasan Uptown Danau Kota. Ambil simpang ke kanan Jalan Langkawi. Depan dia ada Oldtown White Coffee. 50 meter dari simpang akan jumpa signboard PV12 belah kiri. Seperti gambar di bawah. Tunggu tepi jalan berdepan dengan signboard PV12 atau Nice Coffee Station.

Gambar di bawah adalah landmark terakhir juga tempat menunggu sebelum saya turun hantar kek terus ke kereta anda. Tu kadang saya tanya, 'keta apa?'. Bukan nak menyibuk tahu korang pakai kereta apa. Senang untuk saya cari korang nanti. :)




Alhamdulillah, setakat ni ramai yang jumpa alamat saya ni. Paling jauh pun ada yang terbabas sampai ke PV10 je. Tu pun dekat je dengan PV12. 

Sekali lagi saya minta maaf bagi yang bertanya untuk penghantaran. Memang saya tak dapat tunaikan. Meh la kita jumpa tepi jalan PV12 ni ye.


Terima kasih buat semua pelanggan yang bersusah payah mencari kawasan perumahan saya. :)






Tuesday, May 22, 2012

Edisi Baru : Pavlova dengan berries segar.

Assalamualaikum wbt.


Meh jamu mata dulu. ^ ^








PAVLOVA  2 LAYER DENGAN BERRIES SEGAR.

 Harga : RM120 

Size : 9 inc.

Berat : 1kg ++

Tempahan bergantung pada stok buah. Sekiranya buah raspberry dan blueberry ada di Jusco baru saya boleh terima order. Untuk mengelakkan sebarang masalah di saat akhir, tempahan awal amat digalakkan. 

Tempahan dalam size yang kecil akan dipertimbangkan sekiranya ada tempahan yang sama lebih dari satu. Ini kerana, saya akan menggunakan semua berries untuk satu tempahan untuk mengelakkan pembaziran. Buah berries tak tahan untuk disimpan lama.

Untuk tempahan boleh hubungi saya 013 258 8230. Irma.

Terima kasih. 



 



Sunday, May 20, 2012

Permulaan Untuk Bergelar Jutawan.

Assalamualaikum wbt.


Jutawan Muslimah insyaallah! :)

Monday, May 14, 2012

Menunggu Memang Perlukan SABAR Yang Super Duper Tinggi.

Assalamualaikum wbt.










Adeeiiii... penat tau menunggu ni.

Lagi-lagi kalau menggangu rutin kerja seterusnya.

Janji pukul 3 petang. Sekarang dah 3.46 petang.

Alasan ----> Jalan jem.

Eehhhmmmm... apa nak kata. Sabar je la..!!

Kadang saya pun terlambat juga.

Fuuuuuhhhh.... pergi jauh-jauhh rasa nak marah.

 Astagfirullaahhhh.... ~zikir banyak-banyak..!!!!~

Selamat Hari Ibu, mak..!

Assalamualaikum wbt.




Sayangi mak
sayangi ayah
bagi yang sudah tidak ada ayah
bagi yang sudah tidak ada ibu
carilah satu amalan yang membolehkan ibu  dan ayah kita
dapat pahala dalam kubur

Tolonglah!
Carikan amalan yang pos pahala dalam kubur untuk ayah mak kita
dan tolong jangan buat maksiat
kesian arwah mak kita
kesian arwah bapak kita
kalau kita kekalkan maksiat
kalau kita kekalkan pergaduhan sesama keluarga
pertikaian  sesama keluarga
tersiksa tuan-tuan mereka dalam kubur

Maka mari kita ambil iktibar
kalau kita dah mati ayah dah mati ibu
cari jalan macamana nak dapat pahala untuk mereka
nak pos pahala untuk mereka

dan yang kedua
tolonglah eratkan silaturrahim
jangan berpecah belah
kesian mak bapak kita yang berada dalam kubur

saya pesan pada tuan-tuan yang masih ada mak
layanlah mak elok-elok

dia sakit, bela dia elok-elok
dia duduk dengan kita bela elok-elok
jangan sia-siakan mak kita
jangan lalai alpakan mak kita

bila mak kita mati
bila kita jadi macam ni
tak ada siapa lagi
tak ada guna apa lagi

jadi tuan-tuan
yang mana masih ada lagi ibu
yang mana masih ada lagi ayah
tolonglah layan elok-elok
tolong hormat elok-elok
tolong bela elok-elok
jangan maki jangan marah
jangan hembur perkataan kasar pada mereka

mak panggil datang
mak lambat pun sabar
mak marah pun sabar

mak seolah-olah kasih pada anak yang lain
tak kasih pada kita pun sabar
itu mak kita
jangan terasa langsung hati dengan mak
jangan kata : 'mak tak adil!' - 'mak kasih orang yang lain'
'mak sayang kakak!' - 'mak sayang adik!' - 'mak tak sayang saya'

jangan anggap macam tu
anggap mak kita sentiasa perfect
mak kita sentiasa betul
bapak kita sentiasa betul

sentiasa betul..!


Hadith :
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 
Riwayat al-Hakim

___________________________

kredit video :
Terima kasih pada TH Filem.

Mari kita berusaha jadi anak yang soleh dan musleh.



 
Selamat hari ibu, mak!















Friday, May 11, 2012

Fotopages.

Assalamualaikum wbt.

Tadi ada sorang rakan blogger  invite saya join group Ex Fotopages dekat FB.

Dah lama betul tinggalkan zaman FP ni.

Sebelum ada blog, saya menulis di FP dan Friendster. Dekat FP ada 42 entries jeww..!

Bila orang ramai sibuk perihal FP tu Yahudi punya. Saya pun bertukar ke blog.

Bila tengok balik entry-entry lama dalam FP buat saya senyum panjang. Haha.

Saya suka FP sebab ada emoticons yang macam-macam.

Tulis satu ayat pastu pilih emoticon. Macam budak-budak betul.

                        


Dari FP jugak saya belajar kenal cari resepi. Cuba resepi baru. Almaklum lah... masa tu hari-hari kerja di dapur. 

Dekat FP juga saya kenal dengan Kak Niza yang suka cantum-cantum gambar pastu letak bingkai bagai. Apa ntah nama kerja tu. Lupa. 

Masa zaman FP jugak seingat saya kalau FP yang femes orang suka berebut nak komen pertama. Pastu ada satu istilah perkataan yang digunakan untuk tukang komen. Errrkkk.. malu nak tulis. 

Saya tak sempat nak explore FP sangat. Belum sempat mahir dah tukar ke blog. 

Sampailah sekarang tatap setia dengan blog. Walaupun sekarang blog macam hidup segan mati tak mahu. Dah kurang masa untuk menulis dengan panjang lebar. Ada tak pun entry nak promosi bisnes. 

Saya rindu lah nak menulis. ;)

Kawan-kawan ada akaun Fotopages..?



 

Wednesday, May 9, 2012

Berdua.

Assalamualaikum wbt.

Baru sekejap tadi saya tulis kata susah nak balik Rumah Keramat.

Tup.. tup.. mak datang lepas Maghrib tadi.

Sekejap je permintaan saya ditunaikan. Terima kasih Allah.

Lagi best... siang tadi saya nampak seorang rakan FB upload gambar Daging Dendeng.

Dalam hati, 'bestnya kalau dapat makan rendang dengan nasi panas.'

Masa mak sampat tadi, Mak tanya, 'dah makan?'

Saya jawab, 'dah.'

'Mak ada bawak rendang dengan nasi ni.'

Terus tak cakap banyak. Lepas ajar budak-budak ngaji, terus basuh tangan ambik pinggan.

Makan sambil layan drama dengan mak.

Terima kasih mak.

Bila hujan, perut pun pandai minta di isi.

Assalamualaikum wbt.

Tempat saya tengah hujan lebat. Ehh.. kejap nak jenguk luar.

Tak lebat sangat. Nampak dah bangunan. Tadi ya. Hujan lebat sampai tak nampak bangunan. Tu belum masuk petir dan guruh. Bersilih ganti.

Sebenarnya mata ni ngantuk. Dah kekenyangan makan kuah durian cecah roti. ~nyum.. nyumm~

Nak elakkan mata terkatup, meh la saya taip sebaris dua ayat. Sekejap lagi dah masuk Maghrib.


Resepi Kuah Durian Campak-Campak.
 


Bahan utama semestinya durian. Takde durian tak jadi kuah durian. ;)

Bahan sampingan - santan, air, daun pandan, gula dan secubit garam.

Cara - Campurkan semua. Masak atas api perlahan sehingga mendidih. SIAP..!





Makan dengan biskut kering atau roti. ~nom nom nom~


Atau makan saja. Pun sedap. Yang ni saya buat TERpekat. Banyak sangat durian. Hari ni saya buat cair. Semestinya tak sama dengan mak buat. :(

Tak sabar tunggu mak datang hujung minggu ni.Sekarang dah susah nak balik rumah Keramat. Siang ada order. Malam ada kelas ngaji.

Maka jadilah saya pungguk rindukan hujung minggu. ~Eeehh!~

Tahniah Aisha - Terima kasih semua.

Assalamualaikum wbt.











Tempahan minggu lepas dari kawan sekolah rendah saya.

Lama kan.. Lapan belas tahun baru jumpa balik. Jumpa kat FB tak leh kira.

Ni yang buat saya seronok. Masakan membuatkan saya berjumpa dengan ramai orang.

Kawan sekolah rendah. Jiran yang tak pernah jumpa.

Saudara jauh pun ada. Tiba-tiba sms kata pavlova tak jadi. ~Adeiihh.. macam-macam tau~

Jumpa pembaca blog saya yang comel. ^ ^

Ramai. Tu belum campur yang tahu dari mulut ke mulut.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA.

Segala komen yang baik dan yang membina saya terima dengan tangan terbuka.

Friday, May 4, 2012

No Chocolate No Cheese.

Assalamualaikum wbt.






Makanya.. jadilah Butter cake dengan jem blueberry ditengah.

Dah siap... Happy Birthday Reihana. :)

Wednesday, May 2, 2012

Char Kue Tiaw, Mali's Corner.

Assalamualaikum wbt.




 Siap minta cili jeruk tambah. Sekali dia bagi. 

Tuuu diaaa.. semangkuk!

Marah ke dik? hiikkss...

Ini Char Kue Tiaw special. Udang banyak. Dah habis makan kue tiaw. Udang ada lagi.

Harga tak pasti. Rasanya dalam rm7.50 tak silap. Orang belanja memang tak kisah dah pasal harga. ;)

Dulu kedai dia satu ja. Sekarang dah jadi dua. Sebelah bahagian Nasi Lemak. Dan sebelah lagi bahagian Char Kue Tiaw. Dorang buat kerja memang cepat. DUA MINIT dah siap masak. Yelah.. tinggal campak-campak je kan. Semua dah siap dimasak sejak awal. Tak sempat perut nak berbunyi. ;P

Bagi sesiapa yang nak mencuba. Char Kue Tiaw Mali's Corner ni dekat dengan Uptown Danau. Dalam kawasan Platinum Walk. Sebelah Tutti Frutti. Dari tepi jalan dah boleh nampak.

Saya..? Jalan kaki 5 minit dah sampai. HeHe. Dekat sangat. :)





Tuesday, May 1, 2012

Pavlova 1 Mei.

Assalamualaikum wbt.










'Ma.. pavlova tadi ada lagi tak?

'Ada.'

'Akak nak bawak balik boleh?'

'Boleh.. boleh..'

'Nanti kira sekali dengan order akak hari Khamis ni ya.'

'Begheh..!' :)