Tuesday, July 10, 2012

Ikut Gerak Hati.

Assalamualaikum wbt.

Bila menghias kek, saya selalu mengikut gerak hati. Kadang bila dah tengok kek orang lain pun, idea tak datang menjelma.

Sambil pukul buttercream, otak bekerja keras memikirkan apa yang nak diconteng atas kek.

Kerja jadi senang bila pelanggan kata nak macam ni. Nak macam tu. Buat begini. Buat begitu. Semuanya mengikut standard harga yang ditetapkan.

Ada juga pelanggan yang tak kisah. 'Akak buat la macamana pun. Janji cantik.'













Macam kek di atas... Sempoi binti simple je kan. :) 

Ini rainbow cake. Dalam dia mesti lah warna pelangi. Enam warna. Tak cukup tujuh sebab nanti kepala kek terhantuk dengan kotak. Heeee.

Harga RM90 untuk buttercream dan RM110 untuk cream cheese. 

Buat pengetahuan semua, kek saya dijual mengikut bancuhan 1 adunan untuk 1 biji kek. Berat adalah anggaran sahaja. Terima kasih.

Saya nak buat tawaran istimewa petang ni untuk Follower blog saya. 

Tunggu ya. Jam 3 petang.

Siapa cepat. Dia dapat. :)













6 comments:

mama tisya said...

kek pink..tisya sure suka...hehehe..wah ada tawaran kek

dayangredzuan said...

kaka mcm mane cra buat butter cream yg btul...slalu buat mesti xbest..rase mcm berpasir lagi

Eliss said...

aduhai cantik. sayang nak makan kalau dpat ni :p hrp2 x sayang makan pavlova nanti.hahahaha

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

menunggu tawaran hebat tu :)

ADEEYA said...

Cantik.

IntaNBerliaN said...

sempoi binti simple ni pun dah cantik sgt dah bg saya yg hanya reti mkn je ni.. hihi