Thursday, August 30, 2012

Cayalah Nokia..!

Assalamualaikum wbt...




Kredit to FB.




Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday - Upah Hari Pertama Bekerja. (25)

Assalamualaikum wbt...




Baru sehari bekerja dah dapat upah.

Ikutkan hati, hari-hari nak upah buku.

Rabak la poket macam ni...!

Teheee. ;D




Tuesday, August 28, 2012

Hari pertama kerja. Rainbow Cake.

Assalamualaikum wbt...

Hari pertama kerja semalam. Bukan hari ni ya.

Hari ni dah masuk hari kedua. Tak sempat nak upload semalam.

Tempahan Rainbow Cake untuk Amirah.


HAPPY BIRTHDAY AMIRAH..!













Terima kasih Mama Amirah. Dia nak deco simple je. Pastu tabur Skittle.

Memandangkan saya tengah semangat semalam. Hari pertama kerja.

Tu yang saya teruja nak buat deco macam ni. Dah lama simpan angan-angan.

Cuma takde masa. Untuk deco ni saya mulakan jam 6.30 pagi. Pukul 9.30 baru siap.

Ye.. saya buat kerja macam siput. Lambat..!!

Sampaikan sian dekat Mama Amirah kena tunggu 15 min lewat. Janji nak ambil 9.30. :)



Untuk tempahan boleh hubungi saya.Untuk deco sebegini kena tempah awal.

Irma 013 258 8230.









Monday, August 27, 2012

Tinggal Separuh.

Assalamualaikum wbt...





Tart Nenas. Rupa memang takde sebab mak yang buat.


Mak kata,' biar rupa takde, asal rasa sedap tak terkata.' Cheewaahhh.. angkat bakul sendiri nampak..!~


Memang terbukti rasa mabeles gila. Saya makan sorang je tart ni. Makan sikit-sikit. Makan banyak nanti cepat habis. Nak buat malas.


Tart nenas ni, saya yang bancuh adunan. Selebihnya mak yang buat. Beli nenas. Masak Inti. Bentukkan jadi tart. Akhir sekali, saya yang bakar. Oven saya kan. Mestilah saya yang kena buat. ~ Nak dapat saham jugak..!~


Masa nak buat tart ni, saya dah derhaka dengan resepi sifu. huhuu. Saya tak pakai marjerin sebab takde dalam simpanan. Hantam saja guna butter semua sekali. Yang penting butter tu mau baek..!


Tu yang tinggal separuh balang tak sampai 3 hari. Nyum.. nyummm..!!!



Sunday, August 26, 2012

Dah mula regangan tangan. Birthday cake.

Assalamualaikum wbt...






Chocolate Moist Cake dengan tema Boboiboy.


Saya sendiri lupa ada tempahan semalam. Duk ingat cuti je. Tak sedar dah angguk kepala setuju sebelum raya nak buatkan kek untuk Alya. Anak saudara Kak Jah, teman serumah saya. Sehari sebelum Sabtu nasib dia ingatkan. Barang semua dah ada. Tinggal nak bancuh kek dan kukus. Sambil tengok Mohabbatein semalam siap juga kek sebiji.


Kunun nak panaskan balik tangan. Esok dah start kerja. hehh. ;)


Hari pertama kerja dah dapat order Rainbow Cake. 


Semangat... sila datang banyak-banyak kepada saya malam ni ya...!!





Saturday, August 25, 2012

Cerita Raya 2012.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…


Selesai sudah aktiviti pulang ke kampung. Tahun ni kami sekeluarga pulang ke Taiping pada hari Raya pertama. Selepas berhari raya di Klang. Rumah Mak Njang saya. Kami bergerak dengan dua buah kereta. Destinasi pertama semestinya rumah Tok Lang kami di Pondok Tanjung. Rumah wajib ziarah dan wajib singgah tidur walaupun hanya satu malam. Balik kampung bagi kami sekeluarga sepertinya tak lengkap kalau tak ke sana. Ibarat makan nasi tanpa sambal belacan bagi orang utara. Mesti teringat-ingat sambal belacan  lepas makan.


Kami sampai Pondok Tanjung dah lewat. Jam 3 pagi. Mana tak lewat, bertolak pun memang dah lewat. Orang dah masuk tidur kami duk atas jalan lagi. Tak kesaahh. Asal sampai kampung sudah.


Pagi tu lepas solat Subuh, mak, mak njang dengan tok lang dah duduk di dapur. Sambil sembang tangan depa ligat sediakan sarapan pagi. Tak lama kemudian, semerbak bau ikan masin di goreng. Harum mengoda betul. Kacau hidung saya yang tengah sedap baring dalam bilik. Mata terpejam tapi hdung duk sedut bau ikan masin goreng. Sedapnyaaa..!


Tak lama pun saya boleh tahan godaan bau ikan masin. Dasyat sungguh penangan ikan masin Tok lang. Mata yang mengantuk pun boleh kalah. Sedar-sedar dah bersila dekat dapur sambil senduk nasi hangat makan dengan sambal ikan bilis dan ikan masin. Sedap sampai bertambah. Makan nasi kedai pun tak teringin nak tambah macam tu.


Tengahari.. kami bergerak ke pekan Taiping. Beli barang untuk masak nasi minyak. Kata mak, ‘Tok lang teringin nak makan nasi minyak.’


Kereta punyalah banyak sepanjang jalan di bandar Taiping. Jalan sesak. Raya la katakan. Sampaikan ayam dekat Econsave pun tak sempat nak baring lama lepas dipotong. Berebut  orang ambil nak masukkan dalam plastik masing-masing. Termasuk la mak saya. ;P


Petang… bermula aktiviti masak nasi minyak. Rumah Tok lang saya ni special banyak. Dah la kecik. Tok lang saya ni dia ada satu perangai yang tak berubah semenjak saya kecil. Dia memasak menggunakan dapur arang. Bukan takde dapur gas. Tok lang saya ni penakut. Dengar bunyi dapur gas nak dinyalakan pun dia boleh melatah. Sememangnya, dapur gas hanya menyala setahun sekali ataupun bila ada saudara yang lain datang bertandang. Jangan harap nak suruh Tok Lang saya guna. Dia sanggup lagi guna dapur arang atau dapur kayu. Tok Lang saya penakut..!


Prung.. prang.. prung… prang.. sambil duk bergelak ketawa. Pukul 5 petang baru boleh makan. Sempat la hujan satu pusingan. Baru nasi minyak mak saya masak. Bruppp.. alhamdulillah kenyang.


Lepas makan siap berkemas. Dah tak tahu nak buat apa. Mula lah aktiviti takde kerja pi cari kerja. Orang KL la katanya. Memang la jakun sikit bila masuk kampung. Segala macam yang takde kat KL nak dicuba. Satunya… main api. Huahuahuaaa.. Kan tadi saya dah cakap. Tok lang saya masak guna dapur arang atau dapur kayu. Dah kenyang tak tahu nak buat apa. Saya pun mula lah cucuh api bakar sabut. Bukannya main api sangat pun. Sempat la sementara api nak menyala makan asap dulu. Hahahaaa.


Malam tu lepas selesai solat isya’ dah kena balik. Hajat hati memang nak berlama lagi. Seronok duduk dengan Tok lang. banyak ilmu yang boleh saya dapat jika kena gaya sembang dan bertanya. Almaklum la orang tua. Mereka kan dah banyak pengalaman banding saya yang baru nak belajar hidup.


Oh lupa nak cerita. Masa kat Pondok tanjung ni juga, buat pertama kali saya dapat ziarah kubur arwah Tok Nil. Arwah Tok Nil dah lama meninggal. Semenjak mak berusia 8 tahun. Dulu susah nak pergi ziarah kubur Tok Nil. Kawasan perkuburan jauh atas bukit. Nak naik ke sana tak boleh guna kereta. Dari bawah bukit kena menapak jalan kaki naik ke atas. Memang jauh la jugak nak berjalan. Baru setahun dua ni jalan nak ke sana diturap dengan tar untuk memudahkan kereta keluar masuk.


Nak cerita punyalah lama mak tak ke sana, sampai dah tak jumpa batu nisan arwah Tok Nil. Mak punyalah sedih sampai menangis bila tak jumpa kubur mak dia. Tak lama lepas mengecam beberapa batu nisan yang ada sekitar bawah pokok nangka. Barulah mak nampak dan yakin batu nisan kepunyaan arwah Tok Nil. Batu Nisan dah tertimbus dengan daun pokok nangka. Tebal sangat. Tu yang tak dapat nak cam. Nama dekat batu nisan langsung tak membantu. Dah hilang.


Lepas selesai di rumah Tok Lang, kami bergerak untuk ziarah Tok Cik Zah di Kg Jambu Taiping. Dah lama betul tak ziarah rumah Tok Cik Zah di Taiping. Selalu jumpa Tok Cik Zah di KL bila dia datang rumah anak-anak perempuan atau nak ke hospital. Jenuh berpusing jugalah sebelum nak sampai. Terima kasih pada cik GPS yang dah membantu walaupun dia hentam suruh guna laluan sehala. Syukur takde kereta yang berlanggar. ;P


Selesai ziarah rumah Tok Cik Zah, destinasi terakhir sebelum sampai rumah Pak Uda saya ialah rumah Ucu. Kesian Ucu dok tunggu kami dari awal Maghrib. Kami ni singgah la jugak sekejap. Sekejap-sekejap pun habis juga ketupat palas 3-4 biji mak makan sambil duk sembang. Mana tak habis, ketupat baru tanak. Sedap makan macam tu saja.


Dah selesai beraya rumah Ucu, kami pun balik rumah Pak Uda untuk tumpang bermalam.


Esoknya sambung beraya rumah Pak Lang Sahak dekat Semanggol. Alhamdulillah... Pak Lang saya nampak sihat selepas keluar dari IJN. Kami dijamu dengan bihun sup. Paling best dapat dodol sedap. Memang sedap sangat sampai makan tak leh berhenti. Lembut, lemak manis. Biasa saya tak suka pun makan dodol. Datang la macamana pun rupa dodol, saya takkan teringin nak cuit sikit. Ewaahhh.. velagak betul minah sorang ni..! hahaaa.. ;P


Kali ni, entah macamana. Dalam kereta nak ke Penang, saya tanya mak pasal dodol. Naahhh... sekali dah cuba. Saya makan tak berhenti. Duk cubit sikit-sikit masuk mulut.


Dah selesai beraya rumah Pak Lang, kitorang teruskan perjalanan ke Penang. Rumah Tok Ndak. Kali ni kami singgah sekejap je. Sampaikan bila Pak Lang Faisal pelawa makan nasi dulu pun kami tak nak. hehe. Sebenarnya ada projek panjang langkah lagi lepas tu. Memandangkan drebar tengah mood baik nak bawa, mak ajak makan Pasembor dekat Padang Kota. Merasa la saya makan Gani Famous Pasembur. Kami order pasembur, sotong kangkung dan kerang bakar. Dah rasa, lepas ni kalau tengok kat blog orang lain takde la nak terliur bagai. Biasa je bagi saya.


Nak balik ke kereta, kitorang lalu dekat gerai jual jeruk. Fuhh.. terus meleleh air liur masa tu juga. Mana boleh tak beli kan. Nak tak nak beli juga jeruk salak satu. Nyum.. Nyumm..!


Esoknya hari Rabu dah balik KL. Sebelum sampai KL, singgah rumah pakcik saudara dekat Felda Besout, Sungkai. Bagus tak masa kitorang sampai. Elok je tengahari. Makcik saya dah siap masak. Tunggu masa je nak makan. Saya pula ambil peluang melepak dekat depan rumah menaip entry raya ni. Separuh dari entry di atas saya tulis di sana. Pastu dah kena panggil makan. Kena la berhenti. Sambung malam ni dekat KL sambil tengok Cerekarama.


Belum duduk makan lagi dah terasa kesedapan lauk yang makcik saya masak. Menu tengahari tu, Masak Lemak Lala, Ayam panggang, Sambal tumis petai, ikan masin, sambal kelapa dan tak lupa sambal belacan. Makan pulak dengan nasi panas. Semua orang makan tak panggung kepala. Laju. Sekejap je saya tengok adik lelaki saya dah bertambah. Memang rugi tak tambah. Sedap bangat. Sampai sekarang terasa lagi sedapnya masak lemak lala makcik saya. Dalam hati sempat lagi buat plan. 'Makan sedap macam ni, saya sanggup balik kampung sebulan sekali. Nak makan punya pasal.' :)


Perut dah kenyang, sambung aktiviti dekat belakang rumah. Jalan-jalan dekat kebun. Kutip segala bagai pokok herba. Macam-macam ada.


Alhamdulillah. Selesai dah ziarah raya tahun 2012. Walaupun kurang meriah balik kampung tahun ni. Pentingnya dapat ziarah semua saudara di kampung. Syukur dapat jumpa saudara mara lagi. Tak tahu la bila lagi nak balik. Tahun depan..? Moga panjang umur dapat jumpa lagi. Insyaallah.


Dah habis cerita. Yeaaayy..!!!
Lama betul saya tak cerita panjang lebar kan. Teheee. ;)








Tempahan dibuka semula.

Assalamualaikum wbt...


Tempahan sudah dibuka. ~sambil berlagak seolah buka pintu kedai sendiri. ewah. berangan..!!~

Untuk tempahan bermula minggu hadapan 27hb Ogos 2012, boleh la sms atau terus telefon saya untuk tempah tarikh. Jangan tempah last minit. Nanti ada yang terpaksa saya tolak tempahan dek kerana order dah penuh.

Saya akan menghadkan tempahan hujung minggu bagi memberi laluan pada diri sendiri untuk berhari raya juga. :)

Untuk tempahan boleh hubungi saya, Irma 013 258 8230.










Terima kasih pada Raisha.

Raisha tempah Chocolate Mascarpone Cake dan Rainbow Cake dari saya.





Friday, August 24, 2012

2 hari lagi baki cuti raya.

Assalamualaikum wbt...

Tinggal 2 hari lagi cuti hari raya saya berbaki.

Lepas tu dah mula pegang spatula dan bertangga depan oven. Kerja..!

Sambil rehat tengok tv, ambil mood nak kerja dengan tengok balik gambar-gambar kek lepas.

Banyak rupanya gambar kek yang saya simpan tak masuk dalam entry. Kunun nak hormati bulan puasa.

Ada jugak yang terbabas keluar satu dua gambar. heee. Nak cerita pasal bazar ramadhan, 2 kali je saya pegi dalam masa 29 hari puasa. Cerita pasal menu berbuka. LANGSUNG SEKALI pun saya tak pegang periuk. Dah jadi pelanggan tetap kedai mamak atau kedai makan kat bawah PV ni.

Sekarang la masanya untuk saya keluarkan gambar-gambar kek yang lepas. Senang buat bakal pelanggan saya rujuk untuk tempahan. :)









Rainbow Cake Tema Disney Car.

Untuk tempahan dan sebut harga boleh hubungi saya, Irma. 013 258 8230.

Terima kasih.






Hanya di kampung. (4)

Assalamualaikum wbt.



Dapur kayu. Mana nak jumpa kat KL.

Kalau ada pun replika buat tayangan dekat shopping mall.

Tu pun tak real. Takde asap. Takde api.



Ini lah keja budak bandar. Main api. Sedut asap.

Konon nak test power, boleh dak hidupkan api.

Jenuh kenyang makan asap.




Tu diaaaa... tangan budak bandar duk kuis api.



Cuba hampa teka. Apakah benda hitam yang ada kat tengah api tu..? hehe..

Gila takde keja pi bakaq sayur tu tapi tak kena cara. Dah membazir tak leh makan. ;P


Rindunya kat kampung..!!






Wednesday, August 22, 2012

Hanya di kampung. (3)

Assalamualaikum wbt.




Dah sampai KL. Rindunya nak jalan-jalan lagi kat kampung.

Tak sempat nak pergi tengok sawah Ucu. Sawah Ucu belum tuai padi lagi. Lepas raya baru dorang nak ambl padi.

Sapa suruh tido balik lepas Subuh tadi. Kan dah terlepas nak jalan sebelum balik.

Padan ler muka. huhu. :(

Sambung cuti di KL. Tengok je la bangunan mencacak kat luar balkoni. ;P





Hanya di kampung. (2)

Assalamualaikum wbt...




Ambil gambar tengah jalan raya. Korang ada..? ;)



Hanya di kampung.

Assalamualaikum wbt.



Tenang. Lengang. Lenggang. ;)




Sunday, August 19, 2012

Eid Mubarak. Syawal 1433H.

Assalamualaikum wbt.

Eid Mubarak.

Kullu Am Wa Antum Bi khair.

Taqaballa Allahu minna wa minkum.

Saya bercuti 19 - 26 Ogos. 1 minggu.

Bagi saya peluang cuti lama sikit eh. Cik Oven pun nak berehat sama. Sian dia. All out 3 hari terakhir tanpa henti. Tenkiu Cik Oven. ;)




Thursday, August 16, 2012

Lasagna dan Pavlova.

Assalamualaikum wbt...


Tempahan untuk hari ini. Terima kasih Roslinda.

Untuk hari jadi anak lelaki dia.

Happy birthday boy..!!!



Lasagna berpasangan dengan pavlova.


Sapa tak tergoda memang rugi. Sedap..!!



Lasagna : mewah dengan inti daging atau ayam. Dilapisi dengan kepingan lasagna, sos putih dan isi ayam.



Kombinasi lasagna 8x8x3 RM55 dan pavlova 10 inc RM65.

Jumlah bayaran RM120.

Untuk tempahan - 013 258 8230. Irma.





Raikan Cinta.

Assalamualaikum wbt...



Yee.. bercinta dengan kerja mengukis. Alhamdulillah dah siap.

Esok bermula cinta 3 hari 2 malam dengan kek pula.

48 biji. Doakan saya dapat sudahkan kesemuanya.

Rabbi yassir wala tuassir....



Friday, August 10, 2012

Moreh Orang KL. Pavlova. :)

Assalamualaikum wbt...




Hebat kan..? heee. ;)


Selamat bermoreh Atiqah dan kawan-kawan nyerr..!!

Thursday, August 9, 2012

Jatuh Hati Dengan Balang Kuih.

Assalamualaikum wbt...




Tadi pegi JJ Wangsa Maju. Seperti biasa sebelum masuk pasaraya, mesti singgah sekejap MPH dan bahagian peralatan rumah. Saja cuci mata walau tak beli apa pun.

Sekali... tengah duk jalan-jalan, mata melekat dekat balang kuih ni. 

Sudaaahhh... hati dah berkenan..!! 

Tengok harga takde la mahal sangat. RM49.90 jewww. heh..!

Alaaa... hati duk teringat-ingat nii...



 

Thursday, August 2, 2012

Rainbow Cake Untuk Amar dan Bazli. :)

Assalamualaikum wbt...





Saya gerenti ramai yang tunggu episod akhir Dejavu Di Kinabalu kaaannn.. :)




Siap tulis sweethearts bagai.. ~ sila jangan percaya~


Selamat menonton..!!!


Jangan leka sampai lupa nak berbuka ya..


 Terima kasih Rafidah untuk tempahan Rainbow cake hari ni. 

:))

 

Wednesday, August 1, 2012

Mati Itu Pasti.

Assalamualaikum wbt...





 Nasihat Kubur: 

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..


 Sumber : FB.