Sunday, March 3, 2013

1001 - Kadang sempat. Memanjangnya idak.

Assalamualaikum wbt...


Baru sampai post yang ke 1001. Sedeyh la sangat dengan diri sendiri yang semakin malas menceceh di blog sendiri. Setakat letak gambar dengan detail yang nak tak nak je tulis. Memang la sedeyh sangat. Cee. 


Ni dah masuk perenggan kedua. Entah apa lagi nak tulis. Memang buntu sungguh.


Ok... apa kata kita kongsi je terus gambar kek yang sempat saya ambik.






Rainbow Cake dengan edible image Barbie. Asalnya customer nak gambar princess atau Dora. Boleh pulak stok takde. Ganti dengan Barbie. 


Ehmmm... saya kurang puas hati dengan persembahan akhir kek ni. Bagi orang yang tengok memang nampak cantik. Bagi saya yang membuatnya. Saya nampak kurang kemas. 




Saya nak buat corak macam ni dengan deco di atas. 


Ehmmm... nampaknya percaturan saya menggunakan nozel open star dengan swirl roses seperti di atas menyebabkan ada ruang-ruang lompong yang perlu saya tutup dengan deco.





Deco sebegini memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. 2 jam duduk mempaip 6 warna berbeza secara bergilir-gilir memang memerlukan kesabaran dan fokus yang tinggi. 


Kadang bila fikir balik patut la saya boleh buat kerja sebegini. Kerja yang memerlukan saya duduk sorang-sorang. Membelek satu benda. Teliti. Sampaikan pada satu tahap, mak sendiri geram dengan saya. 'Buat keja lambat'. 


Heee. Saya suka! :)





7 comments:

nabila azmi said...

cntinyee kak..nk bljr blh? msti rse sedp nihh=)

Puan Eka said...

fuhh memang cantik ! kak irma memang berseni ! hehehe

Akira Ryuhanna said...

google2 cari resipi pavlova jumpe blog akak ni...trus la follow....:) sedapnye tgk kek2 akak....:)

zarifnuhin said...

cantiknya MasyaAllah..kak irma..roses yang kecik secoit tu akak guna nozzle nombo berapa ek? terima kasih kak.

zarifnuhin said...

salam kak irma...

MasyaAllah cantiknya kek akak...kemas ..kak yg mini roses kiut miut tu akak guna nozle nombor berapa? tq kak

Yati Ali said...

cantiknya deco kek ni irma...untuk kek yang macam tu brp hrgnya?

bel said...

salute irma...cantik kek yang u decor kat first page....nyummm...naza