Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah, dah sampai kampung.

Assalamualaikum wbt.

Meh cuci mata dengan kehijauan kampung saya. Lima tahun tak balik, ada banyak perubahan yang berlaku. Kedai apek dah diganti dengan orang baru. Depan rumah Opah dah ada orang jual burger. Rumah Opah sendiri dah ada aircond. Hangat. Kalah summer di London. Peluh macam kena simbah ayor. ;)

Paling penting, saya ingat Pak Uda guna broadband je. Rupanya ada Streamyx. Suka. Suka. :)

Meh layan gambor kampung saya. Best. Sejuk mata memandang. Hijau.









Seronok duduk kampung bila bukan musim cuti ni, jalan lenggang. Berdiri tengah jalan pun tak takut. Tadi dah pi kedai apek beli air menet (lemonade). Nanti saya buat entry pasal kedai apek.

Plan esok nak pi bendang. La padi tengah menghijau. :)

Selamat malam dari Kg Selinsing, Taiping.

Saturday, May 21, 2011

Malam ni balik kampung. Yeayy..!

Assalamualaikum wbt.


Tuan tanah mahu bercuti. Barangkali seminggu.  Ada kemungkinan jadi dua minggu.

Bye-bye blog.

\^ _*/

Friday, May 20, 2011

Pakai kamera apa? Cantik gambar awak.

Assalamualaikum wbt.

Saya suka bergambar ambil gambar. Sejak memegang kamera pakai filem lagi saya memang gila ambil gambar. Sebulan memang ada peruntukan dua hingga tiga gulung filem. Bila ada majlis akan bertambah-tambah pembelian filem. Zaman tu memang parak la bujet bulanan. Dah ambil gambar mestilah nak cuci. Syukur sepanjang menggunakan kamera filem tak pernah lagi mengalami masalah filem rosak atau gambar tak jadi. Berkat beli kamera bagus. :)

Ingat lagi, masa tu zaman belajar kat KUSZA. Kebanyakan kawan-kawan bila dapat duit pinjaman semua pakat beli handphone. Masa tu zaman Nokia 3310. Sapa pakai memang kira hebatlah. Saya berbelah bahagi. Minat saya lebih kepada kamera berbanding handphone. Selepas difikir-fikir, saya tekad membeli kamera dan menjadi pengguna setia telefon awam Telekom. hi hi.


Inilah pilihan hati saya. Kamera Olympus. Memang puas hati pakai selama tujuh tahun. Kualiti gambar sangat cantik. Sempat jugaklah saya jadi tokey cuci gambar. Semua kawan pakat nak cuci gambar yang saya ambil. Tak menang tangan.

Tahun 2008 kamera ni menghembuskan nafasnya yang terakhir di Dubai. Tak sempat nak sampai London. Memang tak dapat nak diselamatkan lagi. Dah tak boleh nak tekan shutter button. Memang rezeki dia kebumi dalam tong sampah London. 

Sebulan selepas kamera pertama rosak, saya mula buat survey nak beli kamera apa seterusnya. Tanya pendapat kawan. Baca review di internet. Selak poket tengok bajet. Akhirnya saya jumpa kamera yang sesuai.


Canon Poweshot IS A590. Ini je lah bujet yang ada masa mula-mula sampai London. Pegi mana memang sentiasa bertemankan kamera. Hatta masuk dapur pun dia ada sama. :)

Nak kata puas hati memang tak la. Ada je yang tak kena. Ke tuan dia yang tak pandai guna. ;P

Tiga tahun kamera ni berbakti pada saya. Alhamdulillah. Beribu gambar yang diambil dengannya. Ada yang jadi. Ada yang gegar. ggrrr.

Tahun 2010 masa di Cardiff, kamera ni jatuh dalam kondisi zoom dia terbuka. Saya pun tak perasan. Duk kalut keluar masuk kedai. Sedar tak sedar, kamera dah duk atas tanah. Bila dipegang rupanya zoom dia dah tersekat masuk ke dalam. Terkehel. Nak tarik pun dah tak boleh. Hantar kat kedai pun katanya kena hantar service. 

Balik London pun saya masih lagi cuba tarik zoom tu keluar. Mana tau. Ajaib. Boleh. Dua hingga tiga hari jugak lah saya cuba. Tetap macam tu juga. Menggigil tangan takde kamera. Dah terbiasa pergi mana bawa kamera. 

Tak lama. Kali ni dalam tempoh seminggu je saya dah order kamera baru. Pantas. ;P


Masih setia dengan Canon. Kali ni bujet lebih sikit. Mula nak sambar DSLR. Bila bincang dengan keluarga, mereka kata tak payah beli DSLR. Arwah abang ada tinggalkan satu kat rumah. Nanti balik Malaysia kalau nak merasa pakai. Ambil je. Sampai sekarang baru sekali je saya pegang. Leceh. Gabak. Tak boleh masuk poket baju. 

Sekarang, inilah kamera yang saya usung ke sana ke mari. Canon Powershot SX210 IS. Kamera ni memang best. Cuma dia tak leh nak capture imej bergerak. Confirm gegar. 

Saya ni bukanlah pandai sangat ambil gambar. Dek kerana minat, saya belajar. Saya berkawan dengan orang yang ada minat yang sama dengan saya. Tengok cara dorang ambil gambar. Lepas tu tiru. Cari artikel-artikel tentang cara ambil gambar. Faham dan cuba aplikasi.

Biasanya bila hujung minggu masa di London, saya akan keluar jalan sendiri. Kadang bertemankan anak-anak Kak Siti. Masa ni lah saya akan ambil gambar tak ingat nak jalan. Mana taknya, jalan sikit berhenti. Jalan lagi berhenti. Bila keseorangan senang. Tak perlu fikir siapa. Bila dengan anak-anak kak Siti saya kena ikut rentak mereka. 

Pernah, masa di London saya menjadi pemandu pelancong merangkap juru gambar mereka. Jalan sikit berhenti. Jalan lagi berhenti. Mula-mula memang dorang tak larat layan kerenah saya. Bila balik rumah, tengok balik gambar. Sukanya dia. Tak henti bercerita pasal saya dengan kawan yang lain. :)

Begitulah. Di sebalik gambar yang cantik. Sebenarnya ada sepuluh gambar yang tak cantik pernah saya hasilkan. Yang penting minat. Bila minat, kita akan belajar. Bukan setakat berdiri. Pegang kamera. Petik gambar sesuka hati. Kamera kalau mahal mana sekali pun, kalau kita tak pandai guna. Rugi. 
























































Bila dah minat, lautan api pun sanggup ku renangi. Cewaah..!

Orang tengok gambar saya cantik. Saya tengok gambar orang lain lagi cantik. Jeles. Tapi bila fikirkan nak bawak kamera gabak tu kat leher. Aduhai. Kensel. 

Nota di hujung entry : Kenali kamera anda. Pasti gambar yang dihasilkan akan bertambah cantik.  :)





Wednesday, May 18, 2011

Four Tier Cake. Inspirasi dari Jr Masterchef. Saya suka tengok Pierre.

Assalamualaikum wbt...










Hari ni hari apa?

Hari Rabu.

Hari Rabu biasanya tak payah tulis apa-apa kan.

A'ah... Betui la kan. Tak payah tulis la na.

Tak payah. Wordless Wednesday.

;)

Tuesday, May 17, 2011

Terima kasih wahai Tuhanku. Selepas hujan yang bermanfaat.

Assalamualaikum wbt.



16/5/2011

3.52 PM

Pemandangan di tempat yang sama selepas beberapa hari hujan turun.

Alhamdulillah. 

Pemandangan yang sangat menenangkan mata dan mententeramkan jiwa. Biarpun hanya sekejap cuma. Cukup untuk merehatkan minda.



Beza sungguh dengan pemandangan sebelum hujan turun. Pada 11/5/2011.

Terima kasih Tuhanku, kerana menurunkan hujan yang bermanfaat.

Cerita Pejabat Pos. Bukan Di London Tapi Di Malaysia.

Assalamualaikum wbt.

Petang tadi saya keluar ke Pejabat Pos Jalan Gombak untuk menyelesaikan urusan bil dan beli sampul Pos Ekspres. Pertama kali selepas balik dari London pergi ke Pejabat Pos, ada adegan lucu yang berlaku. 

Sampai sekarang bila ingat balik saya boleh senyum sorang-sorang sambil teringat adegan lucu di Pejabat Pos London. Baca sini. 

Begini ceritanya...

Sampai saja di Pejabat Pos, kan kena ambil nombor giliran. Saya tak pasti sama ada perlu menekan butang bil sahaja atau pelbagai. Jadi saya tekan kedua-dua sekali. Aishh, membazir kertas sahaja kamu ni Irma. Bila menekan, mata saya tak pandang ke arah nombor yang keluar. Dah dapat kedua-dua nombor saya mula kebingungan. Sedang duduk sambil memerhatikan skrin nombor giliran saya berfikir. "Aku nak pergi nombor yang mana satu?" 

Lama saya fikir. Sempat berjalan ke sana ke mari dalam Pejabat Pos. Tiba-tiba (jeng... jeng... jeng) saya terpandang kaunter Pos Laju, Pos Ekspress dan Setem. Saya tanya adik tu, "Assalamualaikum. Nak beli sampul Pos Ekspress kat mana?"

"Beli kat sini kak". 

Selesai urusan beli sampul Pos Ekspress sambung fikir balik. Nak bayar bil pakai nombor apa?

Malas nak fikir panjang. Tekan aje lah nombor baru. Kan senang. Boleh tahu terus nombor apa untuk bayar bill.  he heh.

Keluar saja nombor. 2344. Oooo ( 10 harakat) nombor ni ke. Baik. Baik. Saya tunggu nombor asal saya. 2332. Syukur belum terlepas. ~la la la~ ;)

Bila sampai giliran saya. Kakak tu terus jumlahkan kedua-dua bil saya. Saya dengar RM 584. Terus gabrah. 

"Eh, apasal banyak sangat kak? "

"Adik nak bayar bil ni kan ?". Sambil tunjuk jumlah bil Unifi. 

"A'ah. Saya nak bayar semua."

"Betul la dik. Jumlah sekali dengan bil air RM544."

"Oh (pendek je. takde harakat), saya ingat bil Unifi saja."

"Adik dengar berapa jumlah bil tadi?"

"RM584." Sambil sengih macam kerang segar. Dalam hati ketawa berdekah-dekah. Ha Ha. Silap der.

Sambil kakak tu selesaikan urusan saya kira duit. Satu. Dua. Tiga. Terus Saploh. Terus hulur duit.

Tengah duk sembang tanya itu ini. Kakak tu hulur duit RM50. Haiisshh, silap lagi. ;P

Tak lama kemudian kakak tu hulurkan duit baki. Saya ucapkan terima kasih. Lepas masukkan duit dalam beg, dengan slumber saya nak balik la. Elok je  nak pusing. Kakak tu tegur.

"Eh dik, tunggu. Sabar dulu. Akak tak bagi slip bil lagi."

Aduss. Malunya. Apa la serba tak kena petang ni. Nak kata tak baca doa keluar rumah. Tak henti saya baca ayat  kursi sepanjang perjalanan. Takut o dengan kes simbah asid sekarang ni.

"Ok, sekarang baru boleh balik." Sambil menghulurkan slip bil.

"Terima kasih kak. Assalamualaikum. " 

Alahai Irma oh Irma. Sambil berjalan keluar dari Pejabat Pos saya senyum tak habis. Terus teringat kisah Pejabat Pos di London dulu. Bluweekk. ;P






Monday, May 16, 2011

Suka hujan turun. Jangan lupa baca doa ya..!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Hujan sedang turun. Lebat membasahi bumi.

Kat mana-mana sekarang semua orang mengharapkan hujan untuk mengurangkan kadar kepanasan dan habuk akibat Jerebu. 


Jadi mari kita berdoa.

Doa ketika hujan:



اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا



 Allahumma Shoyyiban Na’fian 


"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari)



Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab:


“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika 

waktu hujan”. 


(HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).


Selamat beramal.




Special Offers From TEFAL. Jangan Lepaskan Peluang..!!

Assalamualaikum wbt.

Salam tengahari buat semua yang sedang menikmati makan tengahari. Saya dah kenyang makan bubur nasi semalam. Mak masak  lebih. Jadi hari ni tak payah turun bawah cari nasi kedai. he he. Kantoi. Makan kedai. :)

Ni saja-sajalah nak bagi info kat semua peminat TEFAL. Sekarang TEFAL tengan ada tawaran istimewa. Banyak betul barang yang ditawarkan dengan harga murah. RAMBANG MATA. CUCI MATA sampai bersih na. 




Sapa suka. Sapa suka. Ce angkat tangan.

Meh tengok lagi apa ada.








Murahkan. Mana nak dapat harga macam ni kat Malaysia. Untung sesiapa yang ada di UK. Pesan saya, belilah siap-siap sementara ada di sana. Ni kira pelaburan jangka masa panjang. Nanti balik Malaysia tak heran dah tengok barang-barang ni kat Malaysia. Semua dah cukup. Ewah.

Bagi sesiapa yang ada kat UK nak buat bisnes pun boleh.  Memang berbaloi. Silap-silap dapat beli barang TEFAL dengan duit bisnes. 

Bagi sayalah kan. Saya syorkan sesiapa yang nak beli barang TEFAL. Selain dari set periuk Non Stick yang memang baik. Saya suka sangat steam generator iron. Pergghhh. Sangat best untuk kerja-kerja menggosok. Saya kan dulu pernah kerja sebagai pembantu rumah. Masa tu akhi Fauzi beli steam generator jenama Morphy Richard. Saya siap promosi dekat kawan-kawan yang datang rumah. Ada sorang kawan beritahu, sejak dia beli steam generator iron. Anak-anak semua suka menggosok. Bayangkan saya menggosok baju kemeja tangan panjang jenis cotton. Cuma ambil masa 5 minit sahaja. Jimat masa bukan.  :)

Bagi yang ada rezeki lebih boleh sangat nak beli macam-macam. ;)

Satu lagi. Saya sarankan sesiapa yang nak membeli. Cuba survey di Amazon UK. Biasanya mereka menawarkan harga yang lebih murah sedikit dari website TEFAL sendiri. Kena rajin buat survey.

Jangan lepaskan peluang. Sekarang dah bermula SUMMER SALE. Shopping yuk..!! :)






Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum wbt.



Selamat Hari Guru buat semua guru saya di :

Tadika 

Sek Kebangsaan Lembah Keramat.

Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI).

KUSZA.

Guru memasak saya di internet.

Guru bakeri.

Terima kasih untuk semua ilmu yang diberi.

Buat semua guru di luar sana. Jangan jemu mencurahkan ilmu. Ikhlaskan hati biar siapa pun anak murid yang kita hadapi. Moga Allah ganjarkan setiap usaha yang dicurahkan dengan balasan yang  setimpal. Ameen.