Assalamualaikum wbt
Dah lama tak menulis di blog. MALAS. Memang malas nak memerah otak nak cerita dan taip entry. Penat sejak balik dari bercuti. Dengan anak-anak ada di rumah cuti sekolah. Bertambah-tambah berganda kepenatan bila sampai malam hari. Hari-hari tak sempat nak tunggu Isya' mata dah mula kuyu. Arrghh, tak tahan nak bertahan lama. Lepas selesai solat isya' terus tarik duvey. Bila masa nak tulis entry baru. Eceehh, alasan bibik memang banyak. Haha.
Malam ni pun tak tahu la sampai mana saya boleh bertahan. Kalau sempat habis cerita pasal percutian. Kalau tak bersambung la esok nampak gayanya. Kalau tak esok, entah bila la. Sabar ajer lah. Lagipun menulis blog ni bukanlah keutamaan saya. Yang paling penting kerja dan ambil gambar. Ambil gambar itu penting ya tuan-tuan dan puan-puan. Sampai gatal tangan pergi padamkan gambar sendiri. Tu lah, tak nak belajar bagi pandai setting kamera. Sampaikan format memory card pun tak tahu untuk apa. Kan dah padan muka sendiri. Dah senyap. Jangan nak kenang lagi benda dah terjadi. Lain kali jangan gatal tangan sangat. Keh Keh keh. Gelak tapi sedih.
Menulis ini hanya sambilan mengisi masa senggang sementara menunggu mata mengantuk. Tapi bila ramai yang bagi respon suruh saya menulis buku. Buku yang berunsurkan keislaman pulak tu. Err, macam tak mampu la pula. Bukan mudah nak menyentuh hati manusia dengan apa yang kita tulis. Dah tu kalau saya tulis buku mahunya ambil masa sepuluh tahun baru siap. Huhuu. Nak membebel memang pandai. Hehehe. Sampaikan buat kuiz Facebook yang sengal tu pun boleh dapat keputusan yang saya memang kuat membebel. Hahaha. Tak percaya lagi. Percayalah. Nak bukti lagi pergi tanya anak murid saya. Bernanah telinga dorang dengar saya membebel. Baru mula mengajar sepuluh minit saya dah membebel. Hahaha. Mana datang kekuatan untuk bercakap sampai tak hengat dunia. Sedar-sedar dah habis masa. Keh Keh Keh.
Ops..Ops..Ooooopss.. nak ingatkan semua. Saja nak bagitau. Saya bukan sembarang saja membebel macam mak nenek yang tak ingat dunia dah bila bercakap. Saya kalau membebel setiap patah perkataan yang keluar ada nasihat yang nak disampaikan. Bukan saja nak membebel mengungkit cerita atau kesalahan anak murid. TIDAK. Saya dulu pernah NAKAL seperti mereka. Hasilnya saya layak menerima anak murid yang dua kali ganda nakal dari saya. Allah mahu saya menyayangi mereka dan mendidik mereka supaya menjadi manusia. Jadi saya tahu apa dan bagaimana perasaan mereka. Saya lebih suka mendekati anak murid yang bermasalah dari anak murid yang pintar. Eceeh, sebab awak tak puas lagi nakal masa sekolah dulu kan.. Tu yang nak masuk geng nakal jugak. Hahaha. Rindu pulak zaman sekolah dulu. Hehehe.
Mak ooiiiii.. Jauhnya ko melencong irma. Kata nak cerita pasal percutian ke Lake District. Ni dah masuk bab mengenang kisah lalu pulak. Memang la patut ko jadi cikgu yang kuat membebel a.k.a memberi nasihat. Waalaaaa, angkat bakul sendiri lagi. Huahuahuaaaa.
Ok.. ok.. ok.. mari kita mulakan cerita.
Pada suatu hari yang cerah. Berjalan seorang gadis yang COMEL. Ooooiiii, dah jangan nak berdrama angkat bakul sendiri kat sini. Cerita betul-betul. Anak murid nak dengar. Kah Kah Kah.
SERIUS.Ehm..
Jumaat jam 6 petang kami bertolak dari belakang rumah 57 Battery Road menuju ke Manchester. Aik..? Apasal manchester. Kata nak pergi Lake District. Uishh. Sabar la. Orang nak cerita la ni. Tak sabar betul. Hahaha. Best jugak menulis macam ni kan. Macam bercerita dengan anak murid darjah satu. Baru cikgu cakap tak sampai sepuluh patah dah ada anak murid yang menyampuk.
Ok, sabar ya anak murid. Duduk diam-diam. Pasang telinga dengar cikgu bercerita. Hehehee.
Plan asal kami nak bertolak selepas solat Jumaat. Kononnya pukul tiga petang paling lambat. Biasa la kan. Berjalan dengan keluarga ni masa memang tak boleh nak tepat. Kena bagi semua kenyang makan dan siap berkemas baru boleh bergerak. Jadi selepas bertungkus lumus dan berkejaran atas dan bawah. Kami pun bertolak meningalkan pakcik di rumah. Hehehe. Siapa pakcik? Kaya sangat ke kak ct nak upah pengawal keselamatan. Hahaha.
Kenapa kami pergi Manchester dulu? Sebenarnya program percutian bermula pada hari Sabtu malam. Memandangkan Lake District tu mengambil masa enam atau tujuh jam perjalanan sehala. Kami.. Err, sebenarnya Kak Ct dan Akhi Fauzi punya keputusan. BIBIK ikut saja. Hahaha. Saya sedar saya ni bibik je. Tapi ramai yang jeles dengan saya. Mana tak jelesnya. Bibik London. Glamer weeyyhh. Sakan bab berjalan. Lagi sakan bila time shopping car boot. Sedangkan kerjanya cuci jamban je. Errkk, bahasa ini tidak sesuai untuk anak murid darjah satu. Cikgu kerja masak-masak ya sayang. Mesti anak murid saya akan cakap saya buang tabiat panggil sayang-sayang. Kat Malaysia sayang tu KONONNYA panggilan untuk cik abang atau cik kakak TERISTIMEWA saja. Kalau umum masih lagi janggal diguna pakai. Sedangkan kita patut zahirkan rasa sayang itu pada anak kecil lagi. Ini tidak, kita malu nak menggunakan panggilan sayang pada ahli keluarga kita. Biar mereka dengar kita memanggil mereka dengan panggilan sayang supaya bila besar nanti mereka tidak tergoda atau terbuai apabila dipanggil sayang oleh orang luar. Saya suka melihat cara didikan kak ct dan akhi fauzi. Mereka tidak segan memanggil anak mereka dengan panggilan sayang. Sebabnya dia nak anak-anak biasa mendengar panggilan sayang dari mereka bukan dari orang luar. Katanya nanti bila orang luar terutamanya lelaki yang bergelar buah hati pengarang intan payung ulam jantung panggil mereka sayang, mereka tidak kisah sebab ummi dan abah mereka sejak kecil memanggil mereka dengan panggilan sayang. Jadi, jangan malu atau segan untuk memulakan panggilan sayang pada ahli keluarga anda. Mulakan dari sekarang. Jangan esok anda menyesal kerana tidak sempat untuk memanggil mereka sayang.
Sambung cerita. Itu selingan nasihat. Kan saya dah kata. Saya membebel memberi nasihat. Eceehh, ye la tu..
Kami singgah bermalam di Manchester sebelum menyambung perjalanan ke Lake District (LD - selepas ni saya akan gunakan singkatan ini. Penat nak taip panjang-panjang). Di Manchester kami bermalam di rumah kawan kak ct dan akhi fauzi. Esoknya pun begitu juga. Sibuk menyiapkan makan untuk pot luck di LD menyebabkan kami keluar lewat. Pukul tujuh malam baru kami berkonvoi dua kereta ke sana. Memandangkan perjalanan mengambil masa satu jam empat puluh lima minit sahaja. Kami menjadi orang terakhir yang sampai di situ. Macam tak biasa je. Orang dekat memang suka jadi orang terakhir. Bila sampai sana, kak syam dah sibuk membahagikan bilik untuk semua orang. Saya pun tumpang sekaki tengok kat mana la saya nak dicampakkan selama tiga hari dua malam ni.
Tunggu punya tunggu sampai la masa kak syam umumkan pembahagian bilik masing-masing. Naaaah, kau ambik. Saya di beri bilik bersama dengan DUA BELAS KANAK-KANAK PEREMPUAN. Haa, siap bold lagi. Punya lah haru. Eleeh, macam tak biasa pulak. Bukan awak memang suka budak-budak ke.? Adooii, pengsan saya bila dapat tahu kena jadi GURU BESAR bilik no 8. Dah la badan dah sememangnya besar. Kononnya bila saya jadi GB budak-budak takut dengan saya la kan. Huhuu. Takde maknanya nak takut. Mak-mak ni dah siap gelisah takut anak-anak ni buat bising. Orang putih ni memang pantang bunyi bising-bising ni. Lagi la bunyi suara anak-anak yang dah memang tak akan dengar cakap GB bila jumpa kawan. Yelah, mana tak terlampau gembira. Bukan senang nak jumpa kawan-kawan yang berbangsa MELAYU. Dorang tak berbangga jadi anak melayu yang bercakap melayu. Sebab mereka lagi syok cakap orang putih. Saja je nak bagi kak irma tergeliat lidah nak berkomunikasi. Bibik memang tak pandai cakap orang putih. Dia pandai ambil hati anak-anak melayu celup tepung gandum ni je. Ceewaaah, ye la tu. Tak percaya sudah. HAHAHAHA.
Jadi bab-bab bercakap memang saya serah pada yang pakar. Tak serah pun dorang dah cakap. HEHEHE. Bagus guru-guru kecil saya semua. Alhamdulillah, saya dibantu oleh empat orang GURU KECIL yang sememangnya kecil. TERIMA KASIH guru-guruku. Eh, GB memang takde kerja. Kerjanya mengarah guru-guru kecil membuat kerja saja. HAHAHA. Takde lah. Memandangkan guru-guru kecil ini lebih pandai berkomunikasi. Jadi saya serahkan tugas cakap-cakap dan handle anak-anak pada mereka. Saya selaku GURU BESAR merangkap BIBIK lebih suka duduk di dapur. Bermain dengan pisau dan periuk belanga yang semestinya tak perlu bersusah payah memikirkan apa yang nak dicakap. HAHAHA. GB bercakap bila perlu saja. Lagi-lagi bila masa nak marah. Masa tu baru dengar suara GB. Biasala kan. HEHE.
Malam pertama selepas selesai makan malam hanya berlangsung dengan majlis taaruf sesama ummi dan bakal-bakal ummi sahaja. Eceehh, tak sabar la tu. HEHEHE. Anak-anak sudah dipos ke bilik NO 8 untuk mengelakkan kejadian histeria berlaku semasa majlis berlangsung. Selesai majlis taaruf, GB pun dengan penat longlainya naik untuk beradu lena. Buka saja pintu bilik, anak-anak murid GB semua belum tidur lagi. Masing-masing masih teruja berjumpa dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Ada juga yang menunggu giliran memberus gigi di sinki. Jadi anda bayangkan cepat. Tengok GB ni. Dengan pembaca pun dia nak memerintah. KAHKAHKAH. Mari sayang, kita bayangkan sama-sama. Macamana keadaan bilik kami masa tu. Memang bising. Bukan senang nak uruskan mereka. Yelah, dua belas anak yang memang dari mak bapak yang berlainan. Ambil masa juga la nak suruh tidur. Nasib takde bedtime story je malam tu. Tak kuasa la nak layan story mory ni. HuHu. Yang penting mereka senyap dan tidur. Dah baring pun masih lagi dengar suara berbisik-bisik. Memang ikut perangai GB masa muda-muda dulu. HAHAHAHA. Selesai hal malam pertama kami di bilik NO 8 bila mereka semua lena diulit intan.
Saya pun dah penat tapi tak boleh tidur lagi. HUHUHU. Bibik mana boleh tidur. Memandangkan esok kami nak berjalan dari pagi sampai petang. Jadi malam tu kena la masak lauk untuk bekal makan tengahari. Kena pulak kak sal baru lepas melahirkan anak lelaki. Jadi dia dengan berbesar hatinya menaja dua ekor kambing untuk aqiqah. Bayangkan lagi, dengan keadaan kemudahan yang serba kekurangan nak masak kambing dua ekor. Memang kami hebat. Hahaha. Pertama kalinya saya menyiang bahagian organ kambing. Basuh kambing takde hal punya. Kambing sini takde bau maaa. Ini siang organ. Langsung takde pengalaman. Dalam hati tawakal je la. Potong jangan bagi hancur sudah. Lama juga la proses nak masak tu. Kami gunakan dua tungku dapur untuk letak periuk yang besar dan masak kambing yang memang banyak. Huuiii, memang sangat penat. Dua tiga kali juga la letak kepala lena sekejap atas meja. Dah pukul lima pagi saya menyerah kalah pada mata. Tak larat nak angkat dah. Kalau ada kayu nak sandar kat mata ni pun mesti terpatah dua. Tak larat nak tahan beban mata yang berat. Pukul lima tu dah ada la ummi-ummi yang bangun nak tukar shift. Jadi kami pun memang tak payah cakap, minta diri nak lelapkan mata sekejap. Naik je atas, gosok gigi terus cari bantal. Letak je kepala terus lena. Tu pun tak boleh lena betul sebab tempat baru. Saya ni memang payah nak tidur kalau berubah tempat. Apa pun dapat la merehatkan badan sekejap.
Ni dah masuk siang kira hari kedua dah. Nampak gayanya kena berhenti la dulu. Kalau nak cerita lagi tunggu la entry terbaru ye. Sekarang dah pukul dua empat puluh lima pagi. Saya selaku bibik di rumah no 57 battery road tak tidur lagi. HAHAHA. Nak kena tidur dah ni. Esok ada acara mingguan.
Apa lagi. Car Boot Sale maaaaa.. BERHENTI. TIDUR. Wassalam.
Saya Sayang Kamu.
No comments:
Post a Comment