Friday, December 4, 2009

Mak Di London - Hari Pertama...

Conteng-conteng sepanjang dua minggu mak di London. Ehm.. sekejap nak imbas kembali sejak hari pertama mak sampai.


~17hb November 2009~

Alhamdulillah mak selamat sampai seperti yang dijangka. Jam 9.20 malam waktu UK pada tarikh 17hb November 2009. Kami ( saya dan Husna) menunggu sejak jam 9 malam lagi di Stansted Airport. Sempat update status di Facebook menggunakan perkhidmatan internet berbayar. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang mendoakan mak agar selamat tiba di Bumi Permaisuri ini.


Selepas sejam lebih lamanya menunggu akhirnya saya nampak kelibat mak dari jauh. Perlahan-lahan saya merapati mak yang melilau-lilau mencari saya. Apabila semakin dekat saya menghulurkan salam lantas tanpa membuang masa memeluk erat mak yang sudah lama tak berjumpa. Selepas sekian lama tak berjumpa inilah peluang untuk saya mencium kedua pipi insan yang sangat saya sayang. Perlahan saya mendengar mak mengucapkan syukur dapat lagi berjumpa dengan anak yang jauh di perantauan.

Allah permudahkan urusan mak untuk masuk tanpa menuntut soal jawab yang panjang dari pegawai imigresen. Lantas kami pun segera keluar dari lapangan terbang kerana teksi yang disewa sudah lama menunggu.

Dalam perjalanan semuanya terdiam kepenatan. Masing-masing melayan mata dengan melihat pemandangan Kota London di waktu malam. Dalam hati masing-masing terucap seribu kesyukuran kerana diberi peluang untuk berjalan dan menikmati keindahan bumi ciptaan Ilahi.

Sampainya kami di rumah jam sudah melewati tengah malam. Saya sudah kepenatan pada asalnya. Melihatkan mak yang masih segar berbicara membuatkan saya menangguhkan seketika niat untuk beradu. Rupanya mak dah puas tidur dalam perjalanan tadi. Patutlah cergas saja lagak gayanya.

Dalam kepenatan sempat lagi mak memunggahkan barang-barang yang di bawa. Dalam hati berlagu riang bila melihatkan barang yang dipesan semuanya selamat tiba tanpa perlu diperiksa. Ada ikan keli goreng, keropok lekor, pewarna sirap, inti kueh koci, baju kurung, tudung dan yang paling best ialah NOVEL YANG MENIMBUN. Malam tu juga mak suruh saya simpan semua barang yang perlu dimasukkan ke dalam peti ais dan mengasingkan barang yang kering.

Sedar tak sedar jam melewati angka tiga. Selepas siap mengemas semuanya masing-masing pun mula terasa nak menarik selimut. Saya pun apa lagi. Ajak mak tidolah. Esok sambung cerita. Mengantuk tak boleh nak tahan lagi.

Bersambung...

2 comments:

-sumaiyah- said...

mane gambo mak nye.. hehe

fazlinil irma said...

sumaiyah.. sabar eh. ada banyak gambar mak akak.. hehehe

psstt..yang kat bawah ni x perasan ke..? ngeee...