Thursday, December 10, 2009

Mak Di London - Hari Ketiga...

Mulanya berangan nak menulis setiap hari. Angan tetap menjadi angan bila batuk dan selsema menyerang. Alasan. HaHaHa. Dah buka blog tapi nak menulis takde mood. Bila toleh je sebelah novel dok tersengih. PAP.. Terus capai novel masuk dalam duvet dan tak pandang dah blog. Tenggelam dalam keseronokan membaca sampai la terlena. Nak tutup lappy pun jenuh bangun. Sampai la hari ni novel masih tersengih. Arrghh.. Tak peduli. Malam ni kena juga keluar satu entry. Entry separuh tergoda nama dia.

Ehm.. Sekejap nak ingat balik cerita hari ketiga. Oh.. begini mulanya...

Hari ketiga seperti yang dirancang sejak berminggu-minggu yang lalu ( ceehh.. rancang la sangat. Setakat tengok map tak sudah rancang la sangat ye bibik. Hehehe) kami memulakan pengembaraan menakhluk Kota London. Amboi. Sedapnya menggoreng ayat. Guna perencah apa bibik..? :P

Setiap hari kami akan memulakan perjalanan dari Woolwich Arsenal dan menukar tube di Canning Town untuk mengambil tube dari Jubilee Line menuju ke Central London . Setiap hari juga saya akan melayan pertanyaan mereka pabila bertanya tentang cara menyebut nama-nama tempat dengan betul.

Ma. Ni nak sebut macamana?

Woolwich Arsenal mak. Jangan disebut huruf Wnya.

Ma. Ni opah tak pandai nak nyebutnya. Cuba kau sebut dulu?

Southwark opah. Dengan lidah tergeliat say
a pun menyebut. HuHu.

Kita nak pergi mana ni ma?

Kita nak pegi tengok Big Ben, House Of Parliament dengan London Eye.

Oh..
Sambil mengangguk tanda setuju.

Aaarrgghh. Rindu suasana meraikan mereka berjalan dalam cuaca di musim sejuk. T___T

Seratus peratus perjalanan kami menggunakan perkhidmatan awam. Bagi saya dan mak ini amat menyeronokkan kerana sejak kecil kami memang sudah dibiasakan menaiki bas untuk ke mana-mana. Berbeza dengan opah dan makcik yang biasa memandu sendiri. HuHu. Kadang-kadang terpancar keletihan di wajah mereka bila kaki sudah penat berjalan. Kadang tu bila sesat atau tersalah train lagi la memenatkan. Nak buek camno. Pemandu pelancong takde tauliah. agagaa.

UK adalah destinasi percutian yang sangat sesuai untuk mereka yang suka berjalan. Kalau sesiapa yang dah terbiasa naik kereta bila sampai destinasi yang di tuju terus turun pastu jalan dua tiga langkah dengan kasut 3 inci jangan harap la nak tawaf London sampai malam. Kirim salam. Baik korang simpan angan-angan. Tak pun kalau nak jugak bergaya hadap la kaki melecet sepanjang masa. HuHu.

Bangunan pertama yang kelihatan bila keluar sahaja dari Westminster Station adalah Big Ben. Orang tak usah cakap la ye. Ramai bebenor. Walaupun hari bekerja. Sedang saya asyik menonggeng mencari sudut TERBAIK untuk mengambil gambar datang seorang perempuan menawarkan diri untuk membantu. Baik betul dia.

Jalan-jalan lagi di Westminster Bridge maka kita akan disajikan dengan pemandangan bangunan House Of Parliament yang terletak bersebelahan dengan Big Ben. Ewaah. ewaah. Ni dah jadi ayat pemandu pelancong je gayanya. Ngeee.

Jalan lagi kedepan mata dah dihidangkan dengan gahnya berdiri London Eye. Kat sini makcik tanya.

Kita tak naik ke benda ni ma..? merujuk kepada London Eye.

Saya jawab. Nanti minggu depan kita naik ye. Hari ni kita tengok je dulu.

Cehh, macam budak-budak je bunyinya
memberi janji. HuHu.

Dari Westminster Bridge kami bergerak mencari Trafalgar Square. Mak yang bersungguh-sungguh nak ke sini. Saya tak bercadang pada mulanya nak ke sini. Sejak awal lagi dia dah pasang niat nak bagi merpati makan. Bila saya bilang tak boleh kerana dilarang oleh pihak berkuasa terus mak terdiam. Dalam tak boleh mak tetap juga beri curi-curi. Sampai kami ditegur oleh seorang pelancong yang nampak kami memberi kerepek pisang kepada burung. Haha. Merpati makan kerepek. Merpati yang sempoi. Layan...

Mak sedang melayan panggilan dari akak. Masa ni tengah cakap dengan Wawa dan Jihah. Antara soalan mereka.

Mak Tok tengah main salji ke? Hehehe.

Puas mengambil gambar di Trafalgar Square, kami mula mencari tempat untuk solat. Part ni saya garu kepala. Nak solat kat mana. Mulanya dalam hati nak je suruh mak solat dalam train arah balik nanti. Memandangkan mereka dah tak boleh 'tahan'. Saya pun mula melilau mencari tempat.

Seberang jalan dari Trafalgar Square adalah bangunan Malaysia Tourism. Mak mencadangkan saya bertanya jikalau boleh kita menumpang solat. Saya dah cuak nak bertanya. Malu pun ada sebab tak biasa. Dua tiga kali juga saya berdolak dalih dengan mereka. Sampai bila mereka mendesak saya pun dengan TERpaksa buat muka tebal bertanya.

Alhamdulillah pakcik yang menjaga kaunter memberi keizinan menggunakan bilik rehat mereka untuk menunaikan solat. LEGA. Sebelum tu sempat lagi ditegur dengan mak. Kita sepatutnya takut dengan Allah bukan manusia. Kan dah kena batang hidung. KuiKuiKui. Jadi. Kalau korang datang London, singgah la di sana untuk solat. Insyaallah mereka kasi punya.

Sambil menunggu mereka selesai menunaikan solat saya sempat berbual panjang dengan pakcik yang saya dah LUPA namanya. Banyak ilmu yang saya dapat dari pakcik yang sudah 39 tahun bekerja di London.

Antaranya pakcik ada menyebut London tak sesuai dengan jiwa melayu. Kita bangsa yang hidup bermasyarakat. Keluar ru
mah biasa menyapa jiran. Ada kenduri kita berewang. Nak minum teh tarik kita ke kedai kopi. Kalau sakit ada saudara atau jiran yang datang menjenguk. Bla. Bla. Bla...

Err. Panjang kalau nak dikongsi. Apa yang penting saya juga merasakan London bukanlah tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal untuk selamanya. Tak kena dengan jiwa saya. Cukuplah paling lama
3 tahun merasa pengalaman di sini. Sekarang pun saya dah bosan menghadap kehidupan di sini. Tak sabar NAK BALIK.

Ok. Selesai mereka solat kami meneruskan lagi jalan-jalan mencari No.10 Downing Street. Mulanya saya pun tak tahu apa kebenda la nama yang mak sebut ni. Rupanya mak nak tengok pejabat Perdana Menteri. HaHaHa. Kan dah kena sekali. Jalan dengan mak bukan jalan menonong je. Dia dah siap buat 'homework' tempat-tempat yang MESTI pergi sepanjang di sini. HuHu. Malu sekejap. Pelancong lagi terer dari pemandu.

Dalam dok mencari dan bertanya arah No. 10 Downing Street kami bertemu dengan sekumpulan burung merpati yang sedang liar mencari makan di St James's Park. Lalu kami mencuba nasib dengan menabur serbuk-serbuk roti ke arah mereka. Dengan sekelip mata datang berpuluh-puluh ekor merpati yang kelaparan. Apalagi seronok la mak. Tak cukup di Trafalgar Square kat sini pula bersambung.

Jinak-jinak merpati. Kat tangan mak pun berani.

Bangunan House Of Guard.

House Of Guard.

Ehm. Lepas bergambar di sini saya masih mencari No 10 Downing Street. Bertanya dengan seorang pelancong lalu dia memberi arah. Jumpa dengan signboard Downing Street tapi saya tak jumpa pintu yang bernombor 10. HuHu. Bila saya google kembali barulah saya nampak jelas di mana kedudukan pintu tu. Ehm. Saya tak pasti samada pelancong boleh bergambar di depan pintu dengan bebas atau perlu kebenaran pengawal. HuHu. Entah. Pemandu pelancong tak tau.

Jalan-jalan kami tak habis setakat di Central sahaja. Bersambung dengan acara shopping di Woolwich Town. Saya layankan saja sambil makan French Fries dengan Fatih. Hehe. Penat lorrhh.

Akan Bersambung Lagi...


No comments: