Hari ni Kak Ct bagi pinjam netbook. Hehehh. PINJAM ya. Bukan bagi terus. Gaahh. Jangan perasan ya cik irma. Bluwek. Err.. Pelik binti Canggung sikit guna netbook ni. Dah la kecik. Kurang sesuai sikit dengan jari saya yang panjang ni. Hujung jari boleh sampai skrin tanpa perlu mengangkat. Biasa tapak tangan duduk kat atas laptop. Tapi dengan netbook, sebelah duduk atas permukaan netbook. Sebelah lagi bertenggek je kat hujung bucu. BAYANGKAN LAH YE. SEMPIT. Eh. Eh. Syukur. Alhamdulillah =)
Tapi... demi kamu blog. DEMI KAMU. Saya pun bersyukur dengan apa yang ada. KuiKuiKui. Kalau tidak. Setiap malam selesai solat isya' saya dah masuk dalam duvet sambil baca buku. Sebelum pukul 12 saya dah tidur. Waahh... sangat best. Dua minggu saya dapat tidur yang berkualiti. Cukup 8 jam. ngeee.
Akibatnya blog memang terabai lah kan. Tak boleh nak bercerita sampai berjela-jela. Apatah lagi resepi nak dikongsi bersama sambil telan liur. Sampai ada yang tanya. Takda resepi baru ka..? Sweet la bagi yang bertanya. Hehe.
Beli laptop baru. Oh... TIDAK. Lebih tepat lagi. TAK NAK. Tiada dalam senarai bujet 2010. Wallahweeyyhh. HEHE. Bujet jalan-jalan saja ada. Wink... Wink... Setakat nak check email. Buka Facebook. Siram pokok. Tanam sayur. Sembur racun. Kutip telur ayam dan itik. Cabut bulu kambing. Perah susu lembu. Bla.. Bla.. Blaa. Ehh.. Kamu ni bibik ke peladang. Hoho. Barn Buddy lorr. Boleh la pinjam pc anak-anak sekejap. Bila dihitung tambah dan tolak. Dalam sehari saya habiskan masa tak sampai dua jam mengadap internet. Berbanding sebelum ni asal celik mata saja. INTERNET. KehKehKeh.
Yahoo Messenger... Apa tu..? ~pura-pura tak tahu~ ;P
Ada hikmahnya. Laptop saya mula buat perangai tak nak ON sehari sebelum arwah abang meninggal dunia. Pada pagi saya menerima berita abang dah takda. Laptop boleh ON balik. Satu hari tu sahaja. Esoknya bila saya nak ON dah tak boleh. Berkali-kali saya cuba pun tetap GAGAL.
Bila jarang berONLINE (selalunya saya invisible saja) kurang sedikit ingatan terhadap arwah. Mana mungkin saya lupa. Setiap hari. 24 jam. Tujuh hari seminggu. Selama dua tahun saya di sini. Jarang saya tidak nampak kelibat abang di YM dan Facebook. Sentiasa ada. Pantang saya online sahaja. Ada saja benda yang nak dikirim. Ada saja benda yang nak disuruh bidding di Ebay. Sehinggalah saat abang mula sakit. Dia dah tak pernah kirim apa-apa. Dia jual superbike dan helmet untuk menampung kos rawatan perubatan. Terakhir dia minta saya belikan jersey Arsenal.
Semasa di hospital. Tak dapat online. Dia telefon. Kejutkan saya untuk bangun solat. Walaupun masa tu jam baru 3 pagi di sini. Pernah sekali kesan dari ubat doktor. Abang call saya semasa saya sedang keluar jalan-jalan di Hyde Park. Macam-macam yang ditanya. Tentang keselamatan saya di sini. Sampai ada satu ayat. Abang kata, ' Kalau jadi apa-apa kat ima. Abang tak dapat nak tolong tau.' Masa tu memang la saya tak rasa apa. Siap boleh gelak-gelak lagi. Tapi sekarang. Ayat itu rupanya sudah jadi kenyataan. Memang abang tak dapat nak tolong kalau apa-apa jadi pada saya. Insyaallah, Allah ada abang. PadaNYA lah sebaik-baik tempat pergantungan.
Bila saya ceritakan pada mak. Rupanya bukan setakat saya sahaja yang kena. Semua orang di rumah pun terasa perubahan sikap abang semenjak sakit. Abang menjadi sensitif. Pantang silap sikit. Cepat-cepat dia minta maaf. Kadang-kadang perkara kecil pun dia mudah terasa. Sampaikan adik-adik dan akak ingat abang mengada-ngada. Buat-buat sakit. Kesian kat mereka. Saya tahu bukan mudah mahu menjaga orang sakit. Mendengar cerita takkan sama dengan mereka yang merasai depan mata.
Alhamdulillah, Allah beri kami (terutamanya keluarga di Malaysia) peluang menjaga arwah yang sakit tak lama. Doktor pun cakap. Arwah kalau sihat pun takkan dapat menjalani kehidupan secara normal. Perlukan perhatian dari keluarga.
Jadi sebagai manusia. Lebih tepat lagi hamba Allah yang PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT redha bila Allah mengambil nyawa abang. Kita inikan pinjaman semata-mata. Lambat atau cepat hanya Allah sahaja yang tahu. Kematian itu peringatan buat kita yang masih hidup. Samada masih lalai atau sedar dan berusaha sungguh-sungguh untuk menemui DIA. Semua orang PASTI mati. Bagaimana kita mencorakkan kematian itu yang membezakan kita. Betulkan?
Begitulah... Allah pinjamkan abang pada saya selama 28 tahun. Merasa punya abang. Memanggil abang. Pada mak dan abah selama 33 tahun 9 bulan 10 hari. Sampaikan saya selalu sebut kalau bercerita tentang abang. 'Abang tu anak mak. Semua perkara mesti nak mak buat keputusan. Beli rumah nak mak tengok dulu. Ada makwe pun nak tunjuk kat mak. Kalau mak setuju baru dia teruskan.' Antara kami lima beradik, abang seorang yang duduk asrama setahun sahaja. Itu pun mak yang paksa sampai buat rayuan. Selebihnya, masa dia memang dihabiskan di rumah. Pergi kerja. Balik. Kalau keluar pun macamana lewat dia akan balik tidur di rumah.
Begitulah aturan kehidupan yang Allah dah susun untuk abang. Bila difikir kembali patutlah abang tak nak berjauhan dengan keluarga. Rupanya Allah pinjamkan dia untuk kami sebentar cuma. Sampai saat akhir kematian, dia bersama dengan mak yang telah berusaha sebaiknya menjaga siang dan malam.
Alangkah beruntungnya abang kerana Malaikat Izrail (mencabut nyawa) menarik nyawanya di hari yang penuh barakah. Penghulu segala hari. Di kala umat Islam berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Allahuakbar. Di samping mendengar dari mulut mak sendiri. Mak redha Allah ambil abang. Saya cemburu.
Sebagai adik saya hanya mampu hadiahkan doa yang tak putus sebagai tanda ingatan. Moga Allah tidak melupakan saya sampai saat nyawa saya ditarik balik. Kadang-kadang terdetik dalam hati. Abang takda anak yang soleh untuk hadiahkan doa (Doa anak yang soleh satu dari tiga amalan yang takkan putus bila seseorang mati). Sedih. Moga doa saya sampai untuk abang.
"Ya Allah! Ampunilah ia, kasihanilah ia, sejahterakanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah kedudukannya, dan jadikan kuburnya seluas taman-taman syurgamu ya Allah.”
Al-Fatihah...
~ Maaf. Emosi pemilik blog ketika menulis bercampur aduk~
Teringat perbualan dengan Ummu Ammar semasa dia di sini. 'Kak Siti kalau rindukan ammar, kak Siti akan tulis entry blog.'
4 comments:
Salam Irma,
Akak wife kpd kwn Arwah Abg Wadi. Masa Arwah di ICU Apg Puteri pernah ikut husband nak pegi melawat tapi tak dapat sebab cume keluarga terdekat je boleh masuk. Masa tu x tau nak contact Mak Irma mcm mana. Husband akak kwn2 bikers arwah... sama2 kita doakan arwah ye. Dia memang seorang yg baik & sayangkan keluarga... Irma jaga diri, dia pernah cerita pada husband akak yg dia risaukan Irma yg jauh dari keluarga tu... anw, take care ya. Akak suka blog Irma ;)
wassalam kak ekin...
sebenarnya kalau ikutkan doc mmg tak boleh. tp dlm kes abg ni mengikut cerita mak. ramai sgt kawan abg yg dtg melawat sampaikan doc & nurse pun tak boleh nak kata apa. memang ramai. mak pun kdg2 tak sempat nak lama2 dgn abg sbb bg peluang kat kwn2 abg masuk.
ya. sy tahu abg mmg ramai kawan. buktinya bila dia sakit * pergi ramai yg ada bersama arwah.
thanks akak. insyaallah. sama2lah kita doa. moga arwah ditempatkan bersama para solehin.
alfatihah.
suka blog sy. terima kasih =)
Irma, abg sakit apa?
ana..
abang start dgn jantung. 2 injap dia dah tak berfungsi. kemudian, effect dkt paru2 n buah pinggang. last tu mmg semua organ dah gagal berfungsi.
dah sampai masa dia ana =)
Post a Comment