Wednesday, March 3, 2010

Puteri Yang Bernama Ayu...


Bahan-bahan:

3 biji telur
240gm gula
240ml santan
1 sudu besar esen pandan
Sedikit pewarna hijau...Gunakan air daun pandan asli pun ok.
270gm tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil ovallette
Kelapa parut muda, digaul dengan sedikit garam dan sedikit tepung jagung

Car-cara:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang, gunakan mixer.
2. Masukkan santan, ovallete, esen pandan, pewarna hijau. Putar dengan kelajuan rendah.
3. Sementara itu panaskan kukusan.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada dalam acuan kuih.
5. Ambil kelapa parut muda yg telah digaul dgn sedikit garam & tepung jagung dan tekan padat ke dlm acuan.
6.Tuangkan adunan tepung ke dlm acuan dan kukus selama 15 min atau kurang. Jangan terlalu lama.


Resepi asal dari Kak Rinn Chan..


2 comments:

fa10 said...

rajin cik adik ni masak... dah lama akak teringin nak mkn kuih ni, tp x tahu nak cari ovallette tu kat mana... kat mana ye ada?

p!nkerton said...

sedapnyaaaa! lama tak makan kuih ni. tererrr la u irma ;) i yg kat mesia ni pon tak penah buat lagi hihih ;p