Friday, March 5, 2010

PULANG MENEMUI PENCIPTANYA...


Jam 5.49 pagi ( waktu UK ) saya menerima panggilan telefon dari Malaysia.


Assalamualaikum Ma. Ni mak ni.

Waalaikumussalam... Ya mak. Ada apa..?

Ma sabar ya. Abang dah takda.

Allahu akbar... Innalillahiwainnailaihirajiun... Betul ka mak..?

Ya. Pagi tadi dekat hospital. Mak pun tak sempat jumpa. Doktor telefon suruh datang hospital. Ma tak payah balik. Mak tahu Ma jauh.Ma doa banyak-banyak ya. Ma sabar ya. Abang ucap terima kasih sebab belikan jersey. Dia dah pakai. Oklah Ma. Mak nak urus kebumi abang ni.

Assalamualaikum...

Waalaikumussalam.


Terdiam seketika saya di Subuh pagi Jumaat ini. Lantas tanpa membuang masa terus berwudhu' dan mengerjakan solat Subuh. Selesai solat saya sedekahkan bacaan Yaasin dan al-faatihah buat arwah.

Saya redha dengan pemergiannya. Cuma sesekali airmata menitis tanpa dapat ditahan. Teringat peristiwa sepanjang 3 bulan sebelum pemergiannya. Bagaimana dia menjadi seorang abang yang sangat prihatin terhadap adiknya yang jauh di sini.


Abang...

Urusanmu di dunia sudah berakhir...

Sudah tiba masanya kau dijemput kembali...

Menemui Pencipta Yang Maha Esa.

Doaku sebagai adik,

moga kau tenang dan aman rohmu di samping orang yang soleh.


Aku bermohon padaMU Ya Allah..

Moga kita diberi kesempatan untuk bertemu di syurga kelak...

Ameen... Ameen.. Ameen.



Al- FAATIHAH...

10 comments:

umiecuie said...

Salam...

Takziah...

Anonymous said...

salam. bwk bersabar byk2

sedkah al-fatihah.

takziah ye kak.

btw, kalo ta keberatan boleh sy tau arwah sakit ape?

Liz said...

takziah...

alfatihah utk allahyarham

Ummu~Ishak said...

salam irma
besarnya kasih sayang Allah utk abg awak..mudah2an awak tabah hadapi dugaan ni..takziah

Anonymous said...

redhokan pemergiannya... al-fatihah buat abang Irma

Aizar Azman said...

Akak..takziah kepada akak n family..
aiza baru tau,br bukak blog akak setelah lama tak bukak blog orang lain..sabar byk2 k kak?doakan yg terbaik utk abg akak..akak jg kesihatan..

syaheed awwal said...

semoga k.irma tabah...

Liyana s said...

al-fatihah
moga bertemu kembali di suatu masa nnt. amin

norazila said...

Takziah Irma

Al-Fatihah

Moga Allah ampunkan dosa2nya dan tempatkannya bersama orang2 yg beriman. Irma banyak2 sabar dan berdoa ye...

Kak Ila

Cujie said...

takziah...

moga rohnya dicucuri rahmat. amin.