Friday, August 13, 2010

Bergedil Daging.

Assalamualaikum wbt...


Alahaiiii... siannya kamu bergedil. Senget. Sedih ke? hikhik

Hari kedua Ramadhan saya masak soto. Salah satu yang perlu ada bila nak makan soto mestilah bergedil kan. Kalau tak rasa kureng ja. Tak lengkap. Sejak pagi saya dah masuk ofis. Rebus nasi impit. Petang buat kueh. Pastu lepas asar buat kuah soto dan bergedil.

Kak ct bila tengok bergedil di dapur terus tanya, 'Apasal bergedil ni warna lain?' =D hohoho.

Terus saya bagitahu. Saya gunakan lebihan daging cincang lasagna untuk menyedapkan bergedil saya.

Hantam sajalah. Sedap je. eceh.

Ini saya nak bagi resepi betul. Bukan resepi campak-campak versi nak cepat saya.



Amacam. Nampak lain tak warna bergedil saya?

 kehkehkeh =)

Bahan-bahan :

5 biji ubi kentang saiz besar
100 gram daging cincang/ isi ayam yang disiat
3 batang daun sup dimayang halus
3 sudu besar bawang goreng (ramas sedikt semasa nak gaul)
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa

2 biji telur untuk menggoreng

Cara-cara :

1- Potong ubi kentang nipis-nipis. Kemudian goreng sehingga masak. Tak perlu sampai garing.

2- Tumbuk ubi kentang sehingga lumat. Gaulkan semua bahan dan bentukkan menjadi bulat.

3- Pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng bergedil sehingga masak dengan api yang sederhana.

Perrghhh... nak makan soto punya pasal. Sanggup. Memang renyah tapi sedap.

Selamat mencuba. 

12 comments:

hana said...

waaaa sungguh ensem begedil mu! posing maut sehhh! hehe... churros tuh ader lg tak?? leh makan2 nih masak moreh!

Fazlinil Irma said...

kak hana..

bergedil ja posing maut. yg lain x sempat. posing dlm perut ja.. kehkehkeh.

churros sudah habis la. moreh dgn som-som =)

nieda said...

bergedil mmg best mkn masa puasa...semlm tu saya masak bergedil

Ummu~Ishak said...

bila la saye ni nak jadi rajin memasak cam awak, isk isk

eLLy said...

Bergedil memang kegemaran ku :)

Nak cuba la besok ..

p!nkerton said...

umm sedapnya! (terus plan nak buat malam ni) ok ape kaler bergedil irma, nampak hijau, oren kalerful & ceria dari biasa :D

en_me said...

sodapnyerr begedil tewww..

salamm ramadhann..

Fazlinil Irma said...

nieda.. bergedil mmg akan jd menu wajib posa kan. kalau x sekali mesti berkali2 nak buat.

ummu.. sy doakan. sy pun sbb komitmen satu. tu yg kena rajin :D

elly.. selamat mencuba..

fatih.. kalau budak suka warna mesti dah syok nak makan =)

Fazlinil Irma said...

en_me..

ramadhan kareem.. mmg sedap. makan dgn sambal kicap kalau xde soto.

Lady of Leisure said...

huwa i love ebrgedil so much... makan dengan nasi putih je pun dah cukup lazattt tambah2 lagi kalau ada soto huiii bestnya
:)

Fazlinil Irma said...

lady..
yup.. sedap kan. sampai skrg terasa lg makan bergedil. pheww.. posa.. posa.. :)

ryhna said...

waa...licin ja kulit bergedil tu..bergedil yg saya wat berbulu2-serabai ngn salutan telur..hehe..
tenang mata menengok brgedil utzh