Thursday, August 19, 2010

Kembang Di bulan Ramadhan.

Assalamualaikum wbt...




Bunga matahari sangat cantik,
Kembang di waktu pagi...


Ahaaa... korang ingat tak lagu ni. Rasanya masa subjek muzik, lagu ini adalah salah satu dari banyak-banyak lagu yang ada dalam buku teks. Hari ni dengan izin Allah bunga matahari yang ditanam oleh Maryam dah mengeluarkan bunga. Semalam bila jenguk ke luar taman belum kembang sempurna. Petang tadi bila intai sekali lagi. Hurraayy... dah kembang cantik.


Terus lepas solat Asar saya keluar bersama Maryam. Waahhh... dari jauh dah menyilau kuningnya. Memang bersinar. Itu baru sekuntum. Belum lagi setaman. Sakit apa mata silau dengan warna kuning yang garang.
















Ada sekuntum lagi yang belum kembang. Ehmm... agak-agak kan, bila ya dia nak kembang. Seminggu atau dua lagi...? Nanti kita tunggu sama-sama eh...


Tak puas la tengok gambar bunga yang saya tangkap tadi. Esok nak ambil gambar lagi. Posing lagi! ~yeayyy~


Semoga anda semua terhibur... Ramadhan kareem!


9 comments:

Anonymous said...

teringat kuaci. huhuhu

marinahunny said...

subhanallah..subur betul bunga2 kat sana..

Fazlinil Irma said...

Q.. betul. kuaci mmg best.. tp mana nak kenyang. mcm makan main2 plak.

kak marina.. akak, saya tukang ambik gambar je. ehehhe. tukang cara bab tanah ni suami kak ct.

Ummu~Ishak said...

tingat kenangan melangut kat kebun bunga matahari masa kat mesir dulu.waaaa~

Fazlinil Irma said...

ummu.. sy try jugak cari kot ada kebun b. matahari kat sini. belum jumpa.

kalau banyak mahu kena pakai sunglasses. silau kuning. hikhikk...

Lady of Leisure said...

bestnya ada benih yang jenis besar i beli dalam paket kocik2 je huhu

Fazlinil Irma said...

lady..

sy pun kak ct yg belikan =)

Anonymous said...

awla punya tanam kat toilet jer... bunga tak besar sgt sbb tak cukup tanah.. huhuhu

Fazlinil Irma said...

kak fa10.. faham.. rumah student kan.. bukan mcm kat msia..

xpa.. nanti balik msia tanam =)