Thursday, August 19, 2010

Mee Kari.

Assalamualaikum wbt...




Semalam kami berbuka dengan Mee Kari Sedap. Tak tipu. Memang sedap. Bagi saya dan mereka yang pernah rasa dan komen sedap la. ehee. Dah 3 tahun di sini. Sejak kali pertama bekerja untuk keluarga Kak Ct, dia dah bagitahu. Resepi Mee Kari ni sedap. Rasanya kalau tetamu datang berkunjung ke rumah. Antara menu yang dihidangkan ialah Mee Kari. Mesti guna resepi ni. Tak pernah tukar atau saja-saja nak cari resepi lain. Dah memang jatuh chenta dengan resepi ni. Senang pun senang. Sedap tu berdasarkan mereka yang dah rasa. Belum rasa kena cuba lah sendiri.

Meh nak kongsi dengan korang. Resepi Mee Kari Sedap.


Bismillahirrahmanirrahim....


Mee kari Sedap ( hidangan untuk 6-7 orang dewasa )


Bahan-bahan :

300 gram mee kuning (dicelur dan ditoskan)
1/2 kg kerang (direbus dan dikupas kulitnya)
20 ekor udang sederhana besar
1 mangkuk isi ayam
2 keping fishcake dipotong nipis / 10 biji bebola ikan (dibelah dua)
2 cawan santan pekat
2 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
3 cawan air rebusan udang
3 tangkai daun kesum
2 tangkai daun kari
1 ketul kiub ayam
Garam secukup rasa


Untuk hiasan - telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/limau kasturi, timun, daun sup dan bawang goreng. 

Tak ada semua bahan pun tak apa. Bergantung apa yang ada dalam peti ais pun boleh jadi.


Cara-cara menyediakan :


1.  Buang kulit udang dan bersihkan. Selawat. Rebus kulit udang dengan 3 cawan air. Air rebusan udang digunakan sebagai pemanis kuah.

2.  Potong ayam mengikut citarasa anda. Sebaik-baiknya seketul sekali suap kan. Tak payah dah nak potong-potong lagi. Potong fishcake atau fishball. 

3.  Bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau kisar untuk menumis.

4. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawnag putih sehingga garing. Masukkan rempah kari. Kacau sehingga naik minyak. Masukkan cili kering. Tunggu sehingga cili garing. Lebih kurang 10 minit dengan api sederhana.

5.  Masukkan ayam. Kacau sehingga separuh masak isi ayam. Kemudian masukkan santan. Apabila telah naik bau (lebih kurang 10 min). Masukkan fishball/fishcake, udang dan kerang. 

6.  Masukkan air rebusan udang. Tambah air mengikut citarasa anda. Dua atau tiga cawan. Bergantung kepada kepekatan kuah. 

7.  Masukkan daun kesum dan daun kari sebagai penambah rasa. Saya rasa ini yang membuatkan mee kari sedap (eceehh) ini lain dari yang lain. Rasa daun kesum dan daun kari membuatkan mee ni sedap bagi saya.

8.  Masukkan garam mengikut citarasa anda. Tak lupa kiub ayam. Kacau sehingga mendidih. Kemudian bolehlah ditutup api.


Semasa menghidang boleh ditabur dengan ulam hiasan. Kalau tak makan tak perlu bubuh. Ambil yang dimakan sajalah kan.


Psssttt... bila dirujuk Mee Kari tok guru. Rupanya Mee Kari saya tahap sempoi ja. hikhiikk.




Selamat mencuba ya.

=)

Resepi diambil dari buku masakan Praktikal (sapa pernah belajar di Uk atau Eire mesti ada buku ni. ) keluaran khas untuk masakan di UK dan Eire yang dah lunyai. Memang praktikal sungguh. :)


14 comments:

sweetsal said...

tengok pun dah tau..memang sedap ni..nak amik resepi manatau kut rajin nak cuba buat..anak2 pn balik, depa suruh masak macam2..

Fazlinil Irma said...

kak sweetsal.. seronoknya bila berkumpul ramai2 bukak posa. rindu kat rumah jugak..

Nur Ede said...

Salam Irma... klu irma kata sedap pasti sedap kan.. nanti akak nak cuba buat coz nanpak simple jer..

Akak ada cuba buat resepi Lagsane cara Irma tu... anak2 akak sukee sangat.. time kasih yer..

Fazlinil Irma said...

wsalam kak nur..

cuba kak. mak sy makan sampai bertambah. ngee. =)

lasagna.. mmg sedap kalau sapa minat cheese. sy pun dah 2 kali buat lasagna posa ni..

dina said...

best la k.irma ni...nk tau, sy ada try begedil tp guna ayam.. jadik! mmg sedap ... tq kak irma cumel

Fazlinil Irma said...

dina..

bergedil mmg sedap. tak kira ayam atau daging..

best kan :)

Anonymous said...

haruslah akak copy resipi ni yer... nak buat x tahu lagi bila

k siti said...

Ma, buku lunyai tu tanda dia dah berbakti lama kat dapur he he

YAT@e-one said...

wahhh...semua nampak menyelerakan jer.. Nak cuba resepi lain>>>???

Fazlinil Irma said...

kak fa10.. salin dulu.. posa ada 20 hr lg. hehe.

k siti.. kalau masuk muzium mesti depa terima. khazanah berharga. haha.

yat.. cuba.. sedap. alhamdulillah =)

Anonymous said...

mmg betul ema ....masa akak kat sana pon ni laa my feveret menu

Fazlinil Irma said...

haa.. bukti dah ada. menu ini mjadi santapan sejak dulu lg..

waahh, resepi turun temurun. hikhikkk..

cekodokpisang said...

kak irma..

mi kari ni MEMANG sedap. nak try buat nanti. tapi tatau la kat London makan dalam sejuk.. kat sini agaknye nak dapat feel sama kena pasang air cond sejuk2 la kot hihi

Fazlinil Irma said...

cekodok pisang..

kalau kat msia makan tepi sawah lg best.. cantik je pemandangan. mahu bertambah makan. hihi.