Salam Ramadhan buat semua. Dah masuk hari yang ke 12 di sini. Alhamdulillah puasa di musim panas tahun ini tidak menjadi beban kepada kami. Bayangkan ya. 17 jam berpuasa. Bermula jam 3.30 pagi sehingga 8.30 malam. Lama kan. Tetapi, Allah tu Maha Adil. Maha Penyayang buat hamba-hambaNYA. Sepanjang 12 hari berpuasa di sini, cuaca tidak menggambarkan musim yang sebenarnya. Setiap hari cuaca mendung, sejuk dan kadangkala hujan renyai turun seketika. Jadi 17 jam tidaklah membebankan sebenarnya.
Kalau Maryam mampu menghabiskan 2 hari berpuasa selama 17 jam. Memang sangat memalukan bagi mereka-mereka yang beratur membeli nasi bungkus di bulan Ramadhan. Allahuakbar.
Hari ni nak kongsi resepi lagi. Semalam kami menganjurkan majlis berbuka puasa sesama kawan-kawan dari Malaysia yang berada di sini. Salah satu menu 'istimewa' yang berjaya saya sediakan ialah Air Soya dan Tau Fu Fa. Seronok tak tahu nak katalah kan. Dalam hati terloncat-loncat seronok. Apalagi bila mendengar komen dari kawan-kawan. Ada yang kata, 'Boleh buat bisnes balik nanti.'
Moga kerajinan untuk mencuba masak di sini akan berpanjangan sampai di Malaysia. Bukan apa, saya takut nanti dah ada di Malaysia. Seronok hulur duit sana sini nak makan. =)
Resepi Tau Fu Fa.
Bahan-bahan :
2 liter pati air soya dari perahan yang pertama. Masak sampai mendidih.
1 sudu teh GDL
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air
Cara-cara :
1. Bancuh GDL, tepung jagung dan air dalam satu bekas kecil.
2. Masukkan pati air soya yang dimasak dalam satu jag.
3. Sediakan satu bekas atau periuk untuk membekukan tau fu fa.
4. Dengan menggunakan nikmat 2 belah tangan yang Allah berikan, sebelah kiri pegang bancuhan GDL, tepung jagung dan air. Sebelah kanan pegang jug pati air soya.
Masukkan keduanya serentak dalam bekas. Kacau dengan sekali pusingan. Kemudian tutup dengan kain tuala dan penutup periuk.
5. Biarkan selama 1 jam untuk tujuan pembekuan.
Bila dah beku, boleh buang air yang ada. Sedap dimakan semasa panas atau sejuk dengan air gula merah atau air gula putih.
Alhamdulillah, percubaan pertama saya menjadi. Percubaan tapi buat 4 liter. Memang percubaan berani mati ni. ehehh.
Mulanya saya takut juga bila membaca entry blogger yang pernah mencuba buat Tau Fu Fa ni. Pheeww... cuak jugak kalau tak jadi. Sapa nak makan?
Mulanya saya takut juga bila membaca entry blogger yang pernah mencuba buat Tau Fu Fa ni. Pheeww... cuak jugak kalau tak jadi. Sapa nak makan?
Tak lama kemudian, masuk ofis saya tawakal sahaja. Jadi tak jadi itu dah jadi NO 2. Yang penting cuba dulu.
Begitulah alkisahnya... dengan izin Allah swt. Percubaan pertama saya menjadi dengan baik. Nak tengok rupa dia macamana.
Jeng.... Jeng.... Jeng.....
30 minit selepas ditutup, punyalah tak sabar. Saya intai sikit dan goyang-goyangkan periuk. Uisshh.. lembik lagi. Tak pa. Tak pa. Sabar. Tunggu lagi 30 minit.
Lepas 1 jam. Inilah hasilnya. Tadaaaaaa....
Perghhh... sedap. Lagi-lagi bila sejuk. Pagi tadi masa sahur sempat lagi makan semangkuk. Memang berbeza kalau makan yang sejuk dan yang panas. Wallaaaahhhh..!
Dek kerana teruja tengok video inilah semangat untuk mencuba tu ada. Nampak senangkan. =)
Selamat mencuba ya.
14 comments:
irma,jgn mcm saya dah la.masa duk mesir bukan main giat belajar dan cuba masak itu ini.alih2 dah balik mesia,satu ape pun tak praktik dah,haha
tu la pasal. bila duk jauh ni. xda tempat makan. semua kena buat sendiri.
balik msia merata2 kedai makan. sedia duit ja.
haishhh.. camna ni. ;)
best kan makan taufu fa sejuk dengan gula merah..
:)
lady..
ya.. sy suka gula merah banding dgn gula putih..
wow menjadi pulak tau fu fa..pandainye masak..akak tau makan jer..anak2 suka makanan ni..bln2 posa kt bazaar ramadhan byk jual benda ni..memang xmiss beli..hehe
alhamdulillah kak. bila dah jauh ni semua kena buat sdiri. jd nak tak nak kena rajinkan diri :)
salam perkenalan.. sy mmg sll intai blog irma... tertarik la ngan tau fu fah nih.. sy mmg penggemar tau fu fah... cuma nk buat tu je x reti... bule try resepi yg irma bg nih.... kalu menjadi, bule la di post jugek kat blog saya.. :D
lupe nk tny tadi... GDL tu ape.. mintak maaf la sbb sy x tau. :D
kak sue..
selamat mencuba. baca bismillah banyak2. sy pun tawakal je ni. 1st time cuba..
kak sue. GDL tu bahan utk buat tau fu fah.
serbuk warna putih. halus ja. macam ajinamoto.
akak cuba cari dekat kedai bahan kek.
nama lain ialah sekko atau gypsum.
tanya dia GDL untuk buat tau fu fa.
nk kena gi cari kat kedai kek nih.. pe2 pn tq bby.. kalu jadi, akak akan khabarkan... x sabar nk mencuba nih.. :D...
kak sue.. selamat mencuba.. tawakkal dan letak kasih sayang banyak2 dlm tu. :D
salam kak, saya ni baru belajar benda masak memasak nie.. maklun la baru kahwin awal jun lalu.. GDL tu apa saya tak tau?... jgn marah ek
wsalam adik anon.
GDL tu serbuk putih yg mmg digunakan utk bekukan tau fu fa.
biasa akak tgok kat kedai bakeri ada jual. dia dekat bahagian serbuk2 putih sama deret dgn soda bikarbonat, baking powder.
nak senang tanya pekerja kedai.
Post a Comment