Perjalanan ini sudah dirancang (baca:diangankan) sejak awal tahun lagi. Sebelum pulang ke Malaysia saya berhajat sangat ziarah sahabat-sahabat saya yang berada di merata UK. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt dua daripadanya telah terlaksana bila saya bercuti selama 6 hari 5 malam. Alhamdulillah.
Bermulanya perjalanan dari London ke Middlesbrough jam 3 petang hari Rabu 28 Julai 2010. Berbekalkan tiket tambang murah berharga 10 pound Megabus. Saya tawakal pada Allah swt berjaulah seorang diri. Biasanya ada Husna. Kali ini Husna bercuti jadi nak tak nak saya perlu berani. Yea. Berani naik bas sorang-sorang =)
Hari kedua di Teesside, Salimah bawa saya jalan-jalan sekitar bandar. Jom tengok gambar sambil saya bercerita.
Selamat datang ke Tside Uni. Ahaa, Inilah Salimah.
Salah seorang pelajar di sini. Merangkap sahabat saya. Pangkat adik sebenarnya. ;)
Kebanyakan pelajar Malaysia di sini belajar dengan tanggungan sendiri. Selain yuran, kos sara diri dan sewa rumah sangat berpatutan. 300 pound sudah cukup untuk sebulan. Ini tak termasuk duit shopping dan jalan-jalan ye. Bagi yang memang niatnya untuk belajar. Bolehlah fikir-fikirkan untuk sambung di sini.
Tumpang sekaki. Ini bukan pelajar. Pelawat saja.
Tak habis lagi musim bunga. Atau saya yang pantang jumpa bunga? ;D
Salah satu bangunan lama yang terdapat di sekitar Tside Uni. Tak tahu apa fungsinya. Salimah pun tak tahu. Saya apa lagi. Sekadar merakam gambar bangunan lama untuk dikongsi bersama korang.
Boleh kan?
Destinasi seterusnya adalah bandar Middlesbrough. Walaupun bandar ini kecil tetapi jangan wat peleceh. Shopping mall depa macam-macam ada. LENGKAP. Saya ja tak nak tawaf. BUANG MASA. Otak saya dah disetkan untuk tidak mencuci mata di semua kedai kecuali kedai-kedai tertentu. Kedai apa? eheehhh..~ kejit mata sket~
Salimah sedang memeriksa. Cukup ke tidak lagi bahan nak buat cheese cake? ;P
Middlesbrough Town Hall
Layan ayaq pancut sat.
Ini saya tahu bangunan apa. Sebabnya Salimah bagitau. heh.
Middlesbrough Central (Public) Library
Bangunan yang sama sudut saja yang berlainan. Layankan aje.
Salimah kata, Ini mercu tanda Teesside. Botol. :D
Bukan sebarang botol. Ini namanya Bottle of Notes.
Transporter Bridge (yang warna biru)
Video bagaimana Transporter Bridge berfungsi.
Bangunan berhadapan dengan train station.
Masa ni dah pukul 8.30 malam. Kawasan sekitar dah sunyi. Kami tak berani nak berlama-lama di luar rumah. Bahaya. Malam Jumaat adalah biasa bagi mereka untuk keluar minum di pub. Lepas ambil gambar terus pecut. Balik.
Selesai satu episod jalan-jalan di Teesside. Malam tu sesi masak-masak untuk Salimah dan kawan-kawan. Seronok depa tahu saya datang Tside. Macam-macam menu yang direquest. Akhirnya setelah sepakat membawa kenyang mereka nak saya masak Kari Ikan. Lawan dengan sambal belacan, ayam tandoori dan mango lassi. Syok tengok dorang makan sampaikan saya tak lalu makan. Dah pukul 1 pagi baru saya makan. Lepas budak lelaki semua balik. Haha, punyalah lambat.
Ok. Cerita akan bersambung. Destinasi seterusnya ialah York. Tunggu! =)
8 comments:
amboi..dah jd chef hebat.balik sini wat manggo lassi kat saye lak :D
ummu..
no hal.. sedia ja barang. bila2 masa sy leh wat. hehehh.
seni ukiran bangunan nampak cantik, tempat2 pun bersihnya..sedap mata memandang..untungnya dpt berjalan2 di sana sambil jumpa kawan2 lama..yg dlm botol tu sapa pulak..besar sungguh botol giant tu..
kak sweetsal..
betul.. sy suka bangunan2 lama. wpun nampak buruk tp ada nilai tsdiri.
dlm botol tu salimah :)
lawa bangunan2 d sana kan.. hehe kita serupa saya pun pantang nampak bunga..
:)
betul.. lawa bg peminat bangunan lama. ahaa, part bunga tu mmg sama. hikhikk.
banyak2 gmbr tu akak berkenan tang botol tu la...
nak lassi jugak....
kak fa10..
unik kan.. itulah Tside.
lassi.. boleh. kalau nak sy buat tunggu sy p edinburgh. hehe :)
Post a Comment