Tuesday, January 31, 2012

Cupcake Untuk Majlis Pertunangan.

Assalamualaikum wbt.

Tempahan di buat oleh kawan sekolah menengah saya. 

Eh.. tadi sekolah rendah. Ini sekolah menengah pulak. :)

Ni yang seronok bila buat kek. Saya ditemukan semula dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Dapat sembang tepi jalan pun jadilah. ;)

Cupcakes ni ditempah untuk majlis pertunangan anak kawan Akhirah.

Mulanya, pada sesi perbincangan mereka nak saya buat cupcake fondant. Dah saya tak boleh ( baca : tak belajar lagi) buat maka cupcake bertukar kepada buttercream.

Dah ramai yang bertanya tentang fondant cake. Nampak gaya nak kena belajar jugak lepas balik umrah nanti. Insyaallah.






Inilah hasilnya selepas berhempas pulas selama 3 jam di malam hari Khamis lepas. 

Mulanya saya kehilangan rentak untuk menghasilkan bunga yang kemas. Lebih dari 5 kuntum jugak lah praktis sebelum nak dapatkan yang kemas dan layak diletak atas cupcake. 

Terima kasih Akhirah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk hasilkan cupcake ini.

Untuk tempahan :

Cupcakes dengan tema roses.

Harga RM 100 untuk 16 biji.

Hubungi saya 013 258 8230. Irma.

Terima kasih.














3 comments:

EvisuKyme said...

cantik la...sy xpandai buat roses kalo xde kon...nk beli piring tu kat mana eh?sini payah dpt la....
itu cpcake sz brp oz?

MekNa said...

cantiknyaaaa

Afasz said...

cantik!