Saturday, January 7, 2012

That Little Gerai, AU5D. Sedap..!

Assalamualaikum wbt.

Bukan senang nak ajak mak saya makan di luar. Setiap kali saya ajak, ada saja alasan yang diberi. Satu alasan yang pasti, 'mak tak terbuka hati nak makan kat kedai tu.' Adeiihh... fenin saya kalau keluar dengan mak bila nak ajak makan. Kedai tu tak kena. Kedai ni tak kena. Last, kami balik atau makan kat kedai biasa saja. Restoren mahal-mahal bukannya mak mau cuba. Haaiihh..

Mak bukan lah jenis yang suka mencuba makan di tempat baru. Saya kalau nak cuba biasanya akan pergi dengan kawan-kawan. Bila balik cerita dengan mak pun, dia akan pertikai. 'Halal ke dak kedai tu?'

Sampailah satu hari, saya tunjukkan gambar hidangan di That Little Gerai di FB. Nak umpan mak senang ja. Dia suka makan Fish & Chips. Jadi apa lagi... anak dia pun tunjuk la gambar F&C. heheh.

Nak tambah lagi seronok. Kedai ni dekat sangat dengan rumah mak. Boleh jalan kaki je. 10 minit dah sampai.

Tunjuk gambar sudah. Makan je belum. ;)

Isnin lepas, saya balik Rumah Keramat. Saja. Takde order. Mak ajak saya makan kat That Little Gerai.

Yes...!!!

Akhirnya.. mak nak jugak makan kat luar. Apa lagi. Saya pun cepat-cepat bersiap lepas solat maghrib. Lambat karang. Mesti penuh. Kedai dia tak la besar sangat. Campur dengan orang buat reservation. Kami orang terakhir masa tu yang dapat tempat. Yang lain... FULL HOUSE!

Memang strategik tempat yang kitorang duduk. Meja kami di tengah kedai. Belah kanan tempat buat air. Belah kiri tempat masak. Memang seronok tengok kecekapan dorang memasak. Sekejap je dah boleh hidang. Tak perlu tunggu lama. Errr... tunggu lama pun tak pa. Dapat tengok chef masak.

Sekarang... tak yah cakap banyak. Biar gambar pulak berbicara.










Korang boleh kira bujet sebelum pegi makan. Serius. Tak rugi. Sedap sangat!

Bukti...


Mak dengan sabarnya menunggu Fish & Chips dia. eheh.

Air sampai dulu...


Saya kompius kejap. Saya ingat Roselle warna merah. Ini warna oren perang. Ehhmmm... pelik kan?




Air mak. Apple dengan asam boi. Mak kata sedap. Siap kata nak balik cuba.

Lepas 10 minit sampai hidangan kami. Ok la kan. Takde la lama sangat. Perut kami pun tak sempat berkeroncong lama.




Menu pilihan mak. Fish & Chips. Serius. Mak sangat puas hati dengan ikan dia. Lembut. Sampai hari ni mak duk cakap pasal apa yang dimakan. Promote baik punya!




Eheeemmmm... ini saya punya. Lamb Short Rib. Nyum. Nyum. Daging lembut. Sos dia perfect. Tak lebih tak kurang. Sampai rasa tak cukup pulak sos nak cicah. Licin. Tinggal tulang saja. ;)




Sesapa yang berminat. Lebih baik korang buat reservation awal. Number ada tertera dalam gambar di atas.

Seronok tengok mak makan sampai se'eh perut. Memang kena dengan selera mak. Siap promosi dengan sedara mara. :)

Korang suka makan western food? Jom cuba That Little Gerai. Gerenti puas hati.

Update terkini :

Cara nak ke That Little Gerai.

Dari MRR2, masuk Taman Permata. Kemudian akan nampak Giant di sebelah kanan. Terus lagi sampai jumpa lorong nak ke Jalan AU5D/1. Masuk simpang kanan. Jalan ni jugak hujung dia boleh pergi ke Carrefour Wangsa Maju. Dekat belah kanan kalau perasan rumah teres 2 tingkat jual kereta terpakai. Kemudian jalan terus akan nampak Syed Bistro. Ke depan lagi akan nampak deretan kedai. Depan dia ada bus stop. That Little Gerai terletak di belakang bus stop di hujung sebelah kanan.

GPS: N 03 12.189 E 101 44.994 




Harap tak sesat ya..! ;)






7 comments:

Aidy Adnan said...

Thanks for stopping by at TLG...glad that you & ur mum enjoyed the food. Do come again. Salam.


Chef Aidy

anumuchan said...

waaa tiba2 rasa lapa.huhu

Juana said...

Irma,
confirm sedap ya? nanti akak nak pergi cuba. thanks for sharing! :)

Hasnin Hisham said...

Salam Irma,

Could u please bagi akak the exact address kedai tuh? Terasa nak cuba....thanks a lot!

Hasnin Hisham said...

Salam Irma,

Could u please give me the exact address kedai tuh. Terasa nak cuba...! Thanka a lot

ITS Temerloh said...

dr rumah mak awak jalan kaki je la

ayukhairy said...

mmm..dekat je..tak pernah try