Monday, September 10, 2012

Intro Tak Best, Sapa Nak Baca.

Assalamualaikum wbt...


Waaahhh... waahh... waahhh... (kemain panjang wah nyerr..!) :P

Dah seminggu tak update entry baru. Idea datang tak kena masa. Ada ke tengah duk sibuk di dapur bancuh kek, masa tu lah baik punya idea datang mencurah-curah dari cucur atap akal ku ini. Siap boleh hurai panjang berjela nak cerita apa. Bila dah elok duduk mengadap blog, habis hilang terbang melayang. Satu pun tak nak hinggap dalam kepala nak tulis apa. Memang sadis betul. 


Ni yang buat semangat keinginan bercuti melonjak-lonjak. Semata-mata nak menulis. 


Cutiiiii.... pergi Langkawi. Duk tepi pantai layan angin petang. Waahh... syioknya berangan. Semalam cuti sehari pun dah mengelupur 20 orang pelanggan tak dapat nak order kek. Duk tanya kat mana nak order kek selain saya. Sorry saya tak jawab pertanyaan kalian. Saya dah tak sempat nak fikir. Duk fokus nak siapkan tempahan pelanggan. 


Tu pun ada hati nak cuti 2-3 hari. Mahunya tak tenang cuti duk layan panggilan tempahan tak berhenti. Huhh... simpan sajalah angan-angan nak cuti ye Irma. Nanti-nanti la.. Tunggu lama sikit. 


Macam biasa lah kan. Entry Fazlinil Irma mana boleh takde gambar kek. Tak lena malam duk teringat apasal tak letak gambar kek. Teheeee.. :D



Chocolate Moist Cupcakkes dengan Strawberry.

Tempahan dari Kak As untuk majlis khatam quran. Terima kasih kak.


Korang naakk..?? Meh tempah - 013 258 8230. Irma.









2 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiii terliur jugak dimlm hari....mesti sedap tu

Mummy Akmar said...

Sedapnya..satu cup berapa ye?