Thursday, September 20, 2012

Selesai. Enam Biji Kek Karamel.

Assalamualaikum wbt...


Selesai... Alhamdulillah. Dari pagi jam 7 sehingga pelanggan terakhir ambil kek jam 9.20 malam.


Terima kasih pada Dia kerana mempermudahkan urusan kerja saya hari ini. 


Walaupun ada sedikit insiden tersilap masukkan bahan dalam bekas. Semua tu tak mematahkan semangat untuk terus bekerja. Gelak sorang -sorang lagi ada. Punya lah kepala duk fikir hal London sampai tak sedar tangan masukkan bahan dalam bekas yang salah. Hai laaaa... Irma oh Irma..! :)


Untuk adunan yang ketiga sampai enam, saya kembali fokus. Serius kerja walaupun kepala masih tak lepas fikir pasal London.


Apa ada dengan London..? Rahsia la dulu.. :)


Rahsia la sangaaaattt. Dekat FB dah panjang berjela kamu melayan komen kawan-kawan. Teheeee...!!





Tempahan untuk minggu ini dah ditutup. Alhamdulillah... terima kasih pada Shariza yang menempah dua biji kek hari ini. Selepas menjamu rakan sekerja dengan kek di atas. Baru sekejap tadi dia call nak order lagi EMPAT BIJI. Campur dengan order yang lain. Memang saya tak dapat nak terima dah order lain. 


Lagipun hari Ahad ni nak ke Kuantan. Nak pi menuntut ilmu lagi. Kena rehat cukup supaya hari Ahad dapat jadi pelajar cemerlang. :)




9 comments:

Azira Y said...

cantiknye!! hehe. tringin sgt nk mkn kek kak irma. but im not a sweet tooth. haritu rs nk makan, order, order penuh pulak! ayayay. hehehe

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiiii terliur tgk...nampak sedapppp sgtttt

kakyongnida said...

rindu london ke kak? hihihi

kakyongnida said...

rindu london ke kak =)

faizah said...

Tekstur kek caramel ni sgt cantek...bg tips leh x mcm mana nk elak dari caramel jadi lubang2??? sy buat slalu jadi lubang2...sob3

Mama Zharfan said...

kek idaman me...one day nak order :)
irma nak pegi keje kat london lg yer...

Puan Eka said...

eka slalu tengok orang jual kek karamel..tapi akak punya ni paling kemas dan memang menyelerakan...

aummmm

nanonano said...

akak nak dtg kuantan?
menuntut ilmu ape kak??

IntaNBerliaN said...

wah.. sampai 6 bijik.. byknya kak...