Wednesday, September 5, 2012

Kek Karamel laris di Aidilfitri...

Assalamualaikum wbt...

Aidilfitri dah berlalu hampir 3 minggu yang lalu. Kemeriahan rumah terbuka masih tak surut pergi. Makin rancak lebih lagi di hujung minggu. Pergi mana jalan raya pasti sesak. Setahun sekali. Tak pe la kan. :)






Disebabkan rumah terbuka juga, kadang saya sendiri tak dapat ikut pergi. Duk sibuk di dapur siapkan tempahan. Alhamdulillah... rezeki dari Dia. 


Ini antara tempahan kek karamel yang saya paling gembira dengan hasilnya. Tak selalu saya dapat hasil yang cantik macam kat atas ni. Kadang karamel saya gelap. Kadang karamel pecah-pecah kat tepi. Untuk saiz 10 inc ni jarang sangat karamel dia nak pecah. Tapiiiii.... untuk saiz 8 inc memang sangat menguji hati saya. Barangkali tak mahir lagi. Tu yang ada je tak kena. Sorry ye, pada pelanggan yang menempah saiz kecil. Persembahan kek tak memuaskan hati. 


Bagi yang teringin nak rasa. Ada masa lagi nak tempah untuk minggu ni. Cepaatt... sebelum saya tutup tempahan yang hampir penuh.


Harga RM40 saiz 10x10 inc.


Hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.


Sapa lambat dia rugi...! :D











7 comments:

Marsha~ said...

ni yang malas nak masuk sini je..... huwaaaaaaaaaaaaaaa..... bila lah boleh datang rumah irma ni... nak makan sume kek yang ade... muhahahah

thebinipolischeritha said...

saya sudah! hehehe.. cantik sgt kek karamel tu kak.. xsabar tunggu next week! sy order 3biji utk office raya gathering tu.. xsabar nk ngapp!! hehehee...

~::Chenta::~ said...

wahhh giler sedap

Cik Puan Izan✿ said...

cantiknyaa...terliur dah niii... saya masih tak pass buat kek karamel...huhuhu...

IntaNBerliaN said...

napelah akak ni duk jauh sgt.. kalu duk kedah, dh lama sy tempah.. dh berbijik2 agaknya.. heheh

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Salam Kak Irma,

Terima kasih untuk kek Karamel hari tu. Ya Allah sedap nya yang pernah merasa je tahu. Cuma Yana tak pandai potong, habis pecah2, dah disebabkan terlalu soft, cacat jadi nya bila potong masuk pinggan. tapi puas hati sebab ramai yang cakap sedap !

Kathy Tuah said...

memang cantik! terliur tengok ni..adeh!