Petang tadi jam 6 selesai sudah hantar semua Red Velvet pada pelanggan.
Alhamdulillah.
Sampai je rumah terus mata tak leh nak buka. Ngantuk. Mana taknya.. semalaman tak tido.
Letak je kepala petang tadi terus lena sampai ke malam. Sekarang ni pun ngantuk lagi. Paksa juga bangun sebab nak tunggu dan salam cium sebelum mak balik tadi. Terima kasih mak gorengkan mee dan buat cucur udang untuk saya.
Mula-mula kena pakai singlet dulu. ;)
Sekarang dah pakai baju. Siap pakai skirt me'ah lagi. ehehh..!
Mula-mula kek Mu'iz sempoi macam ni ja. Tak letak aksesori lagi.
Ada masa dalam 10 min sebelum Ct ambik kek. Saya pun letak gambar tambahan.
Upin Ipin..!!
Pandai-pandai je makcik kamu letak gambar Upin Ipin Mu'iz. Tak tau la kamu suka ke idak.. :)
Patutnya ada satu lagi Red Velvet untuk Kak Leen. Lepas siap je lepa kek saya dah ngantuk sangat masa tu. Sementara nak tunggu Kak Leen ambil, saya layan FB kejap. Tak teringat langsung nak ambil gambar.
Dalam pukul 3.30 petang dah dapat feedback dari Kak Sakimah. Alhamdulillah, mereka sekeluarga suka kek yang saya buat.
Pada yang lain... mahu mencuba Red Velvet Cake yang sedap. Dipenuhi dengan rasa cheese yang enak.
Boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.
Hanya SMS -
Nama - Item Order - Tarikh - Masa pengambilan.
Contoh -
Irma - Red Velvet 1.5kg + Edible Image Dora - 19/11 - 3 petang.
Mudah kan. Tak perlu kita berbalas mesej panjang-panjang.
;)
Terima kasih pada semua yang mengorder hari ini.
Kak Sakimah - Nurli - Ct - Kak Leen.
Esok saya cuti... Yeaayyy...!!!!
Tak sabar... Tak sabar... Tak sabar....
;D
1 comment:
yummy!!!!!!
Post a Comment