Monday, February 13, 2012

Pavlova terakhir sebelum bercuti.

Assalamualaikum wbt.

Ini memang betul-betul tempahan terakhir. Semalam sebelah pagi. Petang ada satu lagi. Pavlova juga.

Ikutkan hati saya nak cuti awal. Kata mak, 'ambik je lah order. duduk saja pun bukan awak buat apa.'

Makanya dengan itu saya pun pulun la ambik order sampailah yang terakhir semalam.

Petang semalam lepas selesai hantar order pavlova, masuk satu panggilan telefon nak order kek. Saya kuatkan hati tolak tempahan baru. Kalau terima, sekarang ni nampak gaya saya masih di dapur pegang tepung dan gula menyukat bahan.

Tempahan dari Yazrin. Pavlova yang dipenuhi dengan berries dan markisa. Meriah sungguh dengan warna merah dan hitam.Mengancam kan!










Pavlova Berries.

Harga RM 75 untuk 1 kg.

Untuk tempahan boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.

Terima kasih Yazrin.


Untuk sebelah petang, tempahan dari Lily.






Pavlova.

850 gram RM45.

1kg RM 65.

Untuk tempahan boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.

Terima kasih Lily.








Kuch Kuch Hota Hai Cake.

Assalamualaikum wbt.

Tempahan dari Umi sempena majlis pertunangan beliau.

Alhamdulillah.. selesai.

Kek ni dibuat masa hari Sabtu. Selepas selesai kursus umrah di Andalusia. Balik terus bancuh adunan kek sambil tengok KKHH. Penangan hindustan lama yang tak pernah padam. :)



















Terima kasih Umi. Alhamdulillah, Umi pun dah bagi komen puas hati dengan hasil kerja saya.


Untuk tempahan boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.

Thursday, February 9, 2012

Kek Karamel Edisi RM 30. Size 8 inci.

Assalamualaikum wbt.







Kek Karamel Edisi Harga RM30. Size 8 inci.

Untuk tempahan boleh hubungi saya. 013 258 8230. Irma.

Terima kasih.

Kek Karamel untuk harijadi.

Assalamualaikum wbt.



Kek Karamel.

Harga : RM40. Harga tambahan RM10 dikenakan untuk hiasan dan tulisan.

Untuk tempahan boleh hubungi saya. 013 258 8230. Irma.

Terima kasih buat yang menempah. Dah lupa nama. :)

Order pertama pavlova 3 lapis.

Assalamualaikum wbt.










Pavlova.

Harga RM120 untuk 3 lapis. Dihias dengan buah strawberry, blueberry dan markisa.

Untuk tempahan boleh hubungi saya 013 258 8230. Irma.

Terima kasih Kak Alinur untuk tempahan di atas.

Chocolate Indulgence Cake.

Assalamualaikum wbt.








Chocolate Indulgence Cake.

Size : 9 inci.

Harga : RM 90. Charge tambahan dikenakan sekiranya menambah gambar, hiasan atau tulisan.

Untuk tempahan boleh hubungi saya. 013 258 8230. Irma.

Terima kasih Hani untuk tempahan ini.

Dalam hati ada salji. Eh!

Assalamualaikum wbt.



Harap - harap masa sampai nanti salji masih ada.

Mutawif dah pesan bawak baju paling tebal.

Syukur masa balik dari London, bawak balik sehelai coat tebal.

Ada guna jugak rupanya. Ingat nak buat kenangan dalam almari saja. ;P

Friday, February 3, 2012

Sedingin Lavender mengingatkan saya pada kenangan di sana.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah... hari ni tempahan selesai awal. Jam 12.30 tengahari tadi dah habis diambil oleh pelanggan. 

Hari ni dua orang je pelanggan. Masing-masing buat tempahan dalam kuantiti yang banyak.

Empat biji pavlova - dua biji makaroni bakar - 25 biji cheese tart - 16 biji Red Velvet Cupcakes.

Jujurnya saya belum tidur lagi sejak semalam. Tidur-tidur ayam saja. Sementara menanti pavlova masak.

Ngantuk tapi tahan mata ja ni. :(


Dah selesai order tadi, pukul 2.30 pegi JJ kejap. Beli stok buah lagi untuk order esok pulak.

Alhamdulillah. Rezeki mencurah-curah kebelakangan ni. Rezeki nak pergi umrah. Buat tambah duit poket. :)

Malam ni sambil buat order untuk esok. Seperti biasa melayan drama Sedingin Lavender di TV3.

Selalu mak yang nak tengok. Saya ikutkan saja. Layan. Bila dah tengok setiap minggu makin best pulak. 

Saya suka tengok adegan dorang masa kat ladang lavender. Mula lah teringat kenangan masa saya berkesempatan ke ladang lavender jugak. 

Rindunya nak pergi lagi. Duit... duit...! :)










Masa pergi dulu banyak binatang kecik serupa tebuan atau sengatan. Nak duk lama-lama dekat bunga pun seriau kena sengat.

Saya pernah buat entry pasal pergi ladang lavender. Boleh baca di sini.




Rindu nak bermusafir. Jalan-jalan sambil muhasabah diri. Tengok orang. Tengok budaya mereka. Ambil gambar.

Ini... hari-hari ambil gambar pavlova. ;P

Sampai kena tegur dengan mak. ' Haaiii... takkan hari-hari ambik gambar. Bukannya gambar lain. Serupa itu jugak tiap hari mak tengok.'

Aduhhh... mak...!

Ini namanya strategi memikat hati bakal pelanggan.. Betul kan... :D







Tuesday, January 31, 2012

Red Velvet Cake.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah... alhamdulillah. alhamdulillah.

Bila hasil kerja kita dihargai. Seronok sangat baca komen. Senyum sengih sorang-sorang.
















Terima kasih pada semua yang menempah.

Carrot Walnut Cheese Cake.

Assalamualaikum wbt.


Mula-mula saya hias macam ni saja. Bila tengok garisan bulat yang ketara sangat dalam dia nampak tak cun la pulak.

Apa saya nak letak supaya tak nampak sangat garisan tu..

Ehhmm... fikir punya fikir. Dapat idea.




Saya letak manik silver sekeliling garisan. Nak tutup cacat kek. ;P




Ini tempahan dari kawan mak. Mak suruh potong siap-siap. Senang nanti terus boleh makan.

Untuk tempahan :

Carrot Walnut Cheese Cake. Harga RM 90 untuk 10x10 inc.

Hubungi saya 013 258 8230. Irma.

Terima kasih.

Bila Coklat bertemu Coklat.

Assalamualaikum wbt.



Four Tier Chocolate Cake

bertemu




Chocolate Moist Cake.

Takde perang. Depa duk elok je dalam kotak masing-masing. hehe. 




Cupcake Untuk Majlis Pertunangan.

Assalamualaikum wbt.

Tempahan di buat oleh kawan sekolah menengah saya. 

Eh.. tadi sekolah rendah. Ini sekolah menengah pulak. :)

Ni yang seronok bila buat kek. Saya ditemukan semula dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Dapat sembang tepi jalan pun jadilah. ;)

Cupcakes ni ditempah untuk majlis pertunangan anak kawan Akhirah.

Mulanya, pada sesi perbincangan mereka nak saya buat cupcake fondant. Dah saya tak boleh ( baca : tak belajar lagi) buat maka cupcake bertukar kepada buttercream.

Dah ramai yang bertanya tentang fondant cake. Nampak gaya nak kena belajar jugak lepas balik umrah nanti. Insyaallah.






Inilah hasilnya selepas berhempas pulas selama 3 jam di malam hari Khamis lepas. 

Mulanya saya kehilangan rentak untuk menghasilkan bunga yang kemas. Lebih dari 5 kuntum jugak lah praktis sebelum nak dapatkan yang kemas dan layak diletak atas cupcake. 

Terima kasih Akhirah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk hasilkan cupcake ini.

Untuk tempahan :

Cupcakes dengan tema roses.

Harga RM 100 untuk 16 biji.

Hubungi saya 013 258 8230. Irma.

Terima kasih.














Rainbow Cake.

Assalamualaiku wbt.

Ini contoh tempahan Rainbow Cake yang dibuat oleh kawan sekolah rendah saya.

Sempena hari jadi anak yang ke 4 tahun.

Well.. bila cakap pasal Rainbow Cake mestilah kek ada lebih dari satu warna.

Warna pelangi. Tapi saya derhaka. heheh.

Tak ikut sangat warna pelangi. Ikut warna hati. Ecewaahh!



Pink - Biru - Kuning - Hijau - Purple yang tak menyerlah ( sigh!) dan oren.

Inilah pilihan warna hati saya. ;P

Saya sapukan filling blueberry dengan buttercream di setiap lapisan kek.

Bila dah jadi. Kek ni memang tinggi. Cuak sikit masa nak letak cream. Takut nanti tak leh nak tutup kotak.




Rainbow Cake dengan tema Dora The Princess.

Thanks Maya kerana memberi kepercayaan pada saya untuk hasilkan kek birthday untuk Sarah Mahirah.

Untuk tempahan :

Rainbow Cake. Size 9 Inc. Berat anggaran 3 kg+. Harga RM120.

atau

Rainbow Cake. Size 8 inc. Berat anggaran 2kg+. Harga RM100.

Tambahan Edible Image RM26.



Untuk tempahan boleh hubungi saya 013 258 8230. Irma.

Terima kasih.

Monday, January 30, 2012

Pavlova. Istimewa dari anak untuk emaknya.

Assalamualaikum wbt.

Pavlova ni saya buat khas untuk mak.

Sempena meraikan hari terakhir mak dan kawan-kawan yang dah habis kelas di UIA.

Mak minta buatkan pavlova.

Saya pun apa lagi. Terus kata, 'Boleeehhh.'

Masa ni lah nak cuba pavlova baru.

Selalu tengok orang lain buat. Dalam hati duk kata, 'bila la turn saya nak buat.'

Alhamdulillah, masa untuk saya pun dah sampai. Seronoknya.


Pavlova. Fuuhhh... memang mencabar nak pastikan 3 lapis pavlova disc ni sama besar.

Ini pun ada silap sikit. yg atas tu ada bahagian yg besar sikit.

Takpa. Next order akan diperbaiki persembahan jadi lebih baik. ;D








Bila balik mak pun cerita. Kawan-kawan dia semua pakat tak tahu dan tak pernah pun makan pavlova ni.

Kira pertama kali tengok bila mak yang bawak. Ecewaahh.. kira mak tukang perkenalkan lah dessert yang tengah meletup ni. Caya lah mak. :)



Untuk tempahan :

Pavlova. Size 10 inc dengan 3 lapis pavlova. RM 120.

Hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.

Friday, January 27, 2012

Rasa nak penampar je mulut tu!

Assalamualaikum wbt.

Semenjak laptop rosak ni. Dalam sehari saya akan peruntukkan sejam atau dua untuk check email dan layan internet di CC.

Satu je saya kurang berkenan dengan perangai anak muda sekarang ialah bila tengah syok main game tetiba mulut keluar perkataan mencarut.

Daanggg..! Rasa nak penampar je mulut yang mencarut tu. tak boleh ke main senyap-senyap. Kalah ke menang tak yah la nak mencarut bagai.

Sakit telinga ahkak ni mendengar. Nasib korang bukan adik akak.

Kasihan... rosak bahasa anak muda sekarang. Tu belum kira yang sembang dengan kawan-kawan. Ada jugak pernah sekali saya berselisih jalan. Tetiba keluar perkataan Bab*.

Heeyyy... kalau boleh saman. Nak je suruh polis saman korang ni.

Satu perkataan RM1. Boleh ke? ~ bengang punya pasal~

Tak sabar nak tunggu laptop siap dibaiki.

Tak sanggup dah dengar zikir cacian dorang.

Ahkak yang sedih.. huhuu. :(

Tangga.

Assalamualaikum wbt.

Saya rindu tangga. Rindu nak naik tangga dan turun tangga dalam rumah.

Sekarang dah rasa badan tak cergas macam dulu.

Mana taknya.. hari-hari jalan pun dekat kawasan rata.

Dalam rumah pun masuk pintu dah nampak balkoni.

Masuk lift. Keluar lift.

Kerja pun berdiri dengan duduk je. Jalan pun sekadar tak sampai sepuluh langkah.

Sekali naik tangga macam orang tua yang dah tak larat rasanya. ;P


Teringat masa kat London. Rumah sana memang tinggi ke atas.

Hari-hari memang kerjanya naik tangga turun tangga.

Satu hari rasanya lebih dari saploh kali naik dan turun tangga.

Waahhh.. terasa diri sangat cargas dulu kala.

Lagi-lagi kalau ada postman datang.

Masa tu duk mandikan Fatih kat tingkat 3. Dengar bunyi loceng.

Ding.. dong..! Biasanya kalau loceng bunyi ada bungkusan.

Meluru laju-laju turun tangga sambil menjerit suruh tunggu.

Sampai depan pintu dah semput. Fuuhh..!

Pastu naik atas balik tingkat 3 sambung mandikan Fatih.

Tak sampai 5 minit siap naik dan turun tangga. Bangga kejap dengan prestasi diri.

Masa tu laaa.. ;P


Sekarang nampak gaya kena mula balik aktiviti naik tangga.

Tapi... yang tak besnya.. naik tangga kat sini berpeluh! ;P

Mengada.!


Terima kasih pada semua member baru.

Moga ada manfaat untuk kalian bila membaca apa saja di sini. :)


Pada semua pelanggan dan bakal pelanggan,

Untuk tempahan masih lagi menggunakan cara SMS atau telefon. Terima kasih.

Friday, January 13, 2012

PENGUMUMAN PENTING.

Assalamualaikum wbt.

Buat semua bakal pelanggan,

Mulai hari ini segala pertanyaan dan tempahan kek harap dibuat melalui SMS sehingga diberitahu kelak. Email dan Massage melalui FB tidak dapat dibaca kerana laptop saya tidak dapat digunakan buat masa sekarang.

Irma - 013 258 8230.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.



Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday - Permudahkan Urusan. (19)

Assalamualaikum wbt.



Ya Allah... kiranya aku terpilih untuk mengunjungi RumahMu.

Permudahkanlah urusanku.

Tuesday, January 10, 2012

Serupa Tapi Tak Sama.

Assalamualaikum wbt.

Hujung minggu lepas ada tempahan kek.

Selepas berbalas-balas email, maka satu keputusan dah pun terhasil.

Pelanggan saya mahu kek macam yang ditunjukkan.

Saya pun setuju nak buatkan.










Inilah hasilnya. Dua set Chocolate Moist Cake. Simple je kan ghupenya.

Rupa sebenarnya memang cun.  Macam di bawah ni.

*


*


*


*


*




Betul kan?

Serupa tapi tak sama.


:D