Thursday, February 7, 2008

Salam Dari London

Alhamdulillah, hari nie masuk hari yang ke-4 saya berada di london..sumenya berjalan dengan lancar semasa di Heathrow Airport..Apa yang kak ct pesan alhamdulillah sumenya di gunakan masa berdepan dengan pegawai imigresen..yang penting KONFIDEN..kalau boleh nak tengok jugak muka macamana konfiden sampai pegawai tu mudah bagi lepas..he3!apa yang penting pergantungan kita pada ALLAH…kat mana kita berada ALLAH tetap sama..jangan putus pergantungan kita padaNYA..manusia tetap manusia..hanya makhluk ciptaanNYA juga..setakat nie tak p mana lagi..masa sampai hari pertama akhi fauzi bawak lalu je kat central london..jadi nampak la TOWER BRIDGE,EYE OF LONDON,BIGBEN..macam2 lagi..



Selama 4 hari saya berada di london nie,banyak perkara baru yang dapat dipelajari yang memang kat malaysia tak de..pertama,dari segi suasana kat sini..sini kalau sapa2 yang pertama kali datang tengok cara orang2 dia bawak keta memang sopan..takde yang laju atau memotong..relex je..kalau tengok keta jangan tanya la..mana ada keta jenis kancil atau wira..paling koman honda dengan jazz la yang saya nampak..keliling umah saya jangan cakap la..merc dan bmw..paling koman pun volvo..kawasan perumahan sini sunyi..macam dok dalam hutan malaysia..takde pun dengar bunyi keta atau motor lalu lalang..kalau kat bawah dengar la bunyi kapal terbang lalu..sebab kat sini laluan kapal terbang ke airport bandar..kalau kat tingkat dua,tak tau la nak cakap..punyalah sunyi..



Tapi perkataan yang lebih sesuai adalah TENANG..nak muhasabah diri memang sesuai..ketiga,kat sini pendidikan dan kesihatan percuma..sekolah takde yuran..kalau tengok budak sekolah relex je..takde beg yang berat lagi membebankan..setakat beg nipis macam fail je..buku sume tinggal kat sekolah..bukan macam malaysia la..keja sekolah pun tak banyak..budak2 memang tak stress..enjoy pegi sekolah..fatimah anak kak ct ada penyakit kulit..x tau nak sebut apa..kira kena sapu krim tiap2 hari..sume tu percuma..sekarang sejuk..memang takde salji..tapi sejuknya ya Allah…tak tahu nak cakap..hari pertama datang,tido malam kaki dah krem..sakitnya ALLAH je yang tahu..kalau kat malaysia selimut setakat buat hiasan..tapi kat sini toto tebal pun tak cukup nak mengurangkan kesejukan..kat malaysia kecik2 je merasa mandi air panas..dah besar jangan harap..tapi kat sini kalau takde air panas alamatnya tak mandi la..setakat nie pun mandi sehari sekali je..tue pun pagi..he3!malam dah surrender..tunggu la esok pagi baru mandi pulak..



Anak2 kak ct sumenya 4 orang..3 yang pertama perempuan..yang bongsu lelaki..kat sini tak payah nak jerit2 macam kat kelas..rasanya bukan bercakap tapi lebih kepada macam berbisik..sangat-sangat lembut bila nak bercakap..lagi2 dengan mariam..kalau tak kena gaya alamatnya nangis la..



Anak-anak banyak mengajar saya fikir dulu sebelum bercakap..bukan boleh cakap sembarangan..macam mariam semalam,masa tengah makan saya cakap mariam,tak baik membazir nasi tue..nanti jadi kawan syaitan..dia cakap "kak irma what syaitan..?banyak kali dia tanya..saya jadi terkedu..kalau kita kat malaysia apa2 yang buruk je kita kaitkan dengan syaitan..jadi nak explain kat dia syaitan tue apa,lama jugak la fikir..dari segi bahasa memang dorang nie senang kalau kita communicate dalam bi..yang susahnya saya..he3!jenuh jugak la nak berbahasa..kadang2 malu sendiri dengan fatimah dan syakirah..kalau dorang cakap laju sangat saya pulak yang tak dapat tangkap..sume tue pelajaran..saya belajar bi dengan dorang..dorang belajar bahasa melayu dengan saya..



Malam2 lepas maghrib dorang ngaji dengan saya..setiap manusia ada kekurangan..disebalik "kehebatan" mereka berbahasa inggeris,mereka jugak ada kelemahan..jadi menjadi satu keazaman jugak bagi saya untuk melembutkan lidah mereka supaya senang menyebut perkataan ALLAH..insyaallah,mereka masih muda..jadi belum terlambat untuk diperbaiki..
kalau cakap pasal makanan..kat sini alhamdulillah..dok pun dengan orang kita..hari pertama sarapan dah makan nasi lemak..tengahari makan nasi berlaukkan kambing…ada tiramitsu lagi sebagai dessert..yummy!



Ruang pun dah habis..insyaallah,ada kesempatan saya menulis lagi..
wassalam……

1 comment:

Unknown said...

Assalam kak irma...saya baca blog akak since tahun 2010 sampai 2011. terjumpa masa google resepi. I akways admire ur passion in cooking especially kek la. Then bila pindah tempat kerja, bertukar komputer semua, blog akak ni dah lama saya tak baca. hari ni la baru baca balik sebab terjumpa alamat blog akak ni dalam buku nota saya masa bekerja di tempat lama dulu. Happy and excited saya dan tengok akak pun dah macam2 benda buat. Saya rasa ketinggalan pulak. Dulu saya blajar buat pavlova, kek keju n kek tiramisu dari blog akak ni la. tapi saya tak pulak baca dari awal bagaimana akak boleh berhijrah ke London.

Actually itu la bende yang saya tertanya2 dari dulu...Bagaimana akak boleh nak berhijrah ke sana...Keluarga yang akak tinggal bersama ni bekerja sebagai apa kat sana... Rasa seronok baca coretan akak tentang suasana/perbezaan kehidupan kat sana dan keluarga yang akak tinggal bersama.

Saya ada saudara tinggal di LA. Cousin perempuan saya. Dia dan anak2 tak pernah balik ke Malaysia. dengar berita sekali sekala shj. We miss them. U are different from her. I hope ur family in London is different too. Kalau boleh akak cerita la sikit macam mana akak boleh berhijrah kat sana dan kenapa untuk 2 tahun lebih shj...semoga boleh jadi panduan kpd orang kat luar sana yang nak meninggalkan Malaysia