Assalamualaikum kepada semua yang di sayangi…Harap-harap kalian semua berada dalam lindungan Allah swt hendaknya…
Alhamdulillah saya di sini sihat dalam kesejukan.. Wah, rindu pada peluh yang mengalir…rindu pada ketiak yang masam…wakakaaaa….kat sini cuaca sudah sampai kepada -3 C pada petang sabtu yang lepas….anda dapat bayangkan keadaan saya yang menggigil kesejukan walaupun lemak memenuh tubuh badan…he…he… bayangkan..bayangkan.. Mari kita sama-sama bayangkan.. Badan nie jangan cakap la.. Berbungkus dari hujung kepala sampai hujung kaki..heater banyak membantu untuk memanaskan badan..kadang2 bila kak ct bukak lambat heater,alamatnya kesejukan la sekejap…di Malaysia toto digunakan sebagai tilam tapi kat sini toto saya gunakan untuk selimut..kalau boleh lagi tebal lagi bagus..
Hujung minggu cuaca amat baik sekali..matahari memancar garang tapi tak bermakna kesejukan berkurangan…sejuk tetap sejuk…tapi bila matahari memancar terik, penduduk London mengambil peluang untuk keluar menghiburkan hati…
Semalam Prof Abu Azam dan Dr Abdullah Sudin datang ziarah rumah kami sebelum balik Malaysia petang tadi.. pagi tadi Dr sempat menyampaikan halaqah cyber bertajuk '10 Sifat Hati yang Keji dan 10 Sifat Hati yang Terpuji'.. Tapi saya tak attend halaqah sebab sibuk di dapur menyediakan sarapan…he..he…he…
Sekarang anak2 cuti sekolah seminggu….jadi esok meriah la rumah dengan keletah anak2…kalau ada kelapangan insyaallah, pagi esok nak jalan2 kat tepi Sungai Thames…
Jumpa lagi… Jaga diri baik-baik…
No comments:
Post a Comment