- Makanan halal - memang susah nak cari restoran yang HALAL. Lagi-lagi yang disahkan HALAL oleh JAKIM. HEHE. Kalau ada pun fast food macam KFC. Bukan KFC. Di sini takde KFC, mcD atau pizza yang HALAL. Semua haram. Boleh la kalau takat nak makan kentang dan ikan je. Pernah sekali makan Nando’s. Masa kat Malaysia tak pernah pun teringin nak masuk Nando’s. Tue pun bukan semua Nando’s kat sini halal. Kena cari.
- Medan selera - mana ada. TAK ADA okey. Gerai atau warung jangan harap la. Tak sesuai nak buka warung dengan cuaca yang sejuk gedik tiap hari. Rosak mood nak melepak. Jadi nak makan kena masak sendiri. Bila dah hari-hari masak, kadang-kadang nak juga makan luar. Tapi nak buat macamana kan. Ini bukan Malaysia.
- Pensil colour - Hampeh. Tak cantik langsung colour. Takde Faber Castle atau Staedtler. Stabilo. Yang ada entah jenama apa pun saya tak tau. Dah la saya minat mengaler. Nak je suruh Ezzah beli colour. Boleh zah..? he..he..
- Siang yang panjang - musim panas siangnya memang panjang. Kalau sampai waktu kemuncak. Subuh pukul 3 dan maghrib pukul 9. Honestly, kalau mata mengantuk, tak sedar terlena. Sedar-sedar dah terlepas maghrib. Macam tue jugak subuh. Jam dah kunci, tapi tido mati. Sedar-sedar dah pukul 6. Qadha la jawabnya. Bila dah jadi macam tue, sekarang saya solat subuh siap-siap pukul 2 pagi. Lepas tue baru tido..
- Surau @ masjid - susah nak cari masjid atau surau di Uk. Pernah sekali solat kat tepi supermarket beralaskan kain batik. Bila jalan susah la sikit..
- Semalam saya nak cari hadiah untuk program sukaneka aulad & banat. Ehm, susah nak cari hadiah. Tak banyak pilihan.
- ANJING - aaarrgghh…benci..menci..! kalau berjalan-jalan memang kena hati-hati. Oh tidak..! SANGAT-SANGAT BERHATI-HATI okey. Mata kena alert. Lagi-lagi kalau dekat car boot sale. Dah la besar-besar. Pastu bila lalu dekat kita memang nak menyondol. Kalau kucing tak pe. Geli-geli pun tak haram. Tak perlu samak. Ni anjing. Memang spoil. Ada masa, bila naik bas pun bawa anjing. Aduh, memang kena elak. Ada satu cerita, satu hari kami ( saya dan Fateh ) nak hantar Maryam ke nursery. Sedang kami seronok berjalan, tiba-tiba Maryam jatuh. Jatuh. Tak pa la sikit je. Tak luka langsung. TAPI..TAPI..TAPI... Maryam dengan muka gelinya beritahu ada poo kat tight dia. Saya pun tengok. Alamak, geram sangat-sangat. Kenapa la masa ni pula nak kena. Takkan nak balik rumah. Dah sampai nursery. Saya pun bersihkan saja. Sampai rumah cari tanah nak samak. Bila tengok kat belakang, mana ada tanah liat. Tanya kak ct, dia cakap guna je tanah yang kat belakang. Masa ni la nak praktikkan cara-cara menyamak. Kalau tak setakat teori saja la.
- Tandas - malu la nak cerita. Tapi memang tak best. Tak de air. Kalau nak masuk tandas kena bawa botol kecik. Tak macam Malaysia. Sekali masuk tandas rasanya sebaldi air kita guna. HAHAHA
- Kalau jalan-jalan kena bawa bekal dari rumah. Takde kedai atau restoran yang halal. Err, bukan takde tapi tak berbaloi nak ke sana. Mahal dan terhad. Tak banyak pilihan seperti Malaysia. Lagi-lagi Malaysia. Pegi balik Irma. Dah jangan datang-datang lagi London. HAHAHA
- Orang Tua - ni bukan cerita tak best. Tapi kesian dan simpati lahir dari hati saya sendiri. Orang-orang tua di sini yang menjalani hidup BERSENDIRIAN. Hari-hari saya jumpa orang tua yang pergi supermarket sendiri. Saya tanya kak ct, dorang tak de anak ke. Kak ct kata biasa la. Kat sini bila tua dorang tinggal sendiri. Anak-anak tak tinggal bersama. Ada tu, bila dah habis sekolah terus tinggal berasingan. Sian bila tengok. Ada tue dah terbongkok-bongkok bawa trolley naik bas. Kalau yang sihat ok. Jalan sama-sama pegang tangan lagi. Pernah sekali, seorang perempuan tua terjatuh dari tangga bas betul-betul di sebelah saya. Subhanallah, terkejut saya. Nasib saya sempat paut bahu dia dari jatuh tersembam di atas jalan. Bukan salah bas. Tetapi memang dia dah tak berupaya untuk berjalan. Sedih sangat bila ingatkan balik. Sangat-sangat sedih. Lagi-lagi bila kenangkan ibu bapa saya yang jauh di Malaysia. Semoga Allah beri saya kekuatan untuk menjaga ibu bapa saya sehingga akhir hayat mereka.
- Cuaca - kalau tengok paper, mukasurat 2 bawah sekali di tulis ramalan cuaca untuk 3 hari berturut-turut. Cuaca mempengaruhi manusia. Kadangkala saya pun terikut juga. Kalau tengok cuaca sini memang sakit. Kalau mendung, sehari la mendung. Tak pun hujan. Kalau panas, panas sangat sampai pening kepala. Ada sampai kes bunuh diri sebab tak tahan dengan cuaca mendung. Alhamdulillah kita sebagai umat Islam. Datang lah apa pun cuaca, semua itu adalah nikmat. Kena proses balik hati. Betapa beruntungnya saya berbanding mereka yang mengalami musibah akibat drai cuaca. Syukur, alhamdulillah…!
Ehm..ada lagi sebenarnya. Yang best dan x best di London ni. Nanti kita sambung lagi. Mungkin apa yang saya tulis ada yang tak setuju. Terserah pada yang membaca. Kita ada pendapat masing-masing. Apa pun saya sangat-sangat bersyukur. Di beri peluang untuk merasai hidup di negara orang. Lagi-lagi LONDON okey.. London.. Bila berada di negara jahiliyyah ni memberi saya banyak sangat peluang untuk muhasabah diri. Perbaiki diri. Banyak masa untuk berfikir. Syukur sangat. Walaupun bila rindu datang menjentik, saya ingin sangat balik bersama-sama keluarga. Tapi saya sedar peluang ini perlu saya manfaatkan sebaiknya. Bukan semua orang diberi peluang seperti saya. Saya adalah antara insan-insan yang terpilih oleh Allah untuk merasai nikmat ini.
Alhamdulillah..
Jumpa lagi, wassalam…
No comments:
Post a Comment