Wednesday, May 27, 2009

JANGAN PETIK...!!!








..CANTIKKAN..

Apa pun jangan lupa kembali kepada penciptaNYA. Ucapkan zikir apabila anda kagum dengan ciptaan Allah ini. Subhanallah.

Ya, saya juga teruja apabila memandang bunga ini. Terus jatuh cinta pandang ke belakang. Hahaha. Tak yah nak merepek.

Lagi buat saya kagum ialah bunga ini LANGSUNG tidak dipetik oleh tangan-tangan manusia. Err, termasuklah saya. Hehehe. Sungguh bertamadun manusia di sini. Cumanya mereka tidak diberi hidayah untuk merasai manisnya IMAN dan ISLAM itu sendiri. Mari kita doakan mereka. Moga bertambah ramai lagi manusia yang diberikan hidayah. Insyaallah.

Bukan bermaksud saya mahu memperlekehkan bangsa sendiri. Tetapi realiti berlaku di depan mata.

Contoh la kan. Nak mandi bunga. Nak kena pakai tujuh jenis bunga berlainan bangsa dan warna. Kalau seorang yang mandi ok la kan. Ini kalau dah sampai sepuluh orang. Tak payah la kata seratus. Nampak sangat orang kita ni percayakan amalan karut. Wallahua'lam.

Takke habis bunga di laman orang. Kalau minta izin tak apa. Ini main petik je. Dah la tambah dosa. Lagi buat orang lain tambah dosa bila tuan empunya pun esoknya bila sedar bunga dia dah dipetik orang. Mula la keluar habis sumpah seranah. Tak ke dosa tu. Huh.

Contoh lain. Anda fikirlah sendiri.

Ehm, misi mengambil gambar bunga belum berakhir. Regent's Park sedang menanti. Ehm, sapa nak ikut. JOM.

Wassalam.

Saya SAYANG kamu.

No comments: