Tuesday, May 26, 2009

Surat Ungu Untuk Nuha








Surat Ungu Untuk Nuha

Terima Kasih
untuk yang telah sudi menjadi pantai lautku

aku lautan luas
engkau pantai sempadan penggaris daerahku
memagar aku dalam ruang lingkup hayat ku
setia tabah adalah milikmu
jadi hadiah setiap kehadiranku
jadi perisai setiap ketiadaanku
ingin memetik kejora tujuh warna
jadi hantaran ku semat ke dada mu
tapi aku terpenjara dalam bentuk ku
lalu karangan isi ku sebagai pengganti

maafkan aku pantai
kerana tengkujuh adalah sebahagian
daripada aku
tidak bertimbang rasa
tidak pernah adil
( aku keindahan yang membunuh peraih rezeki menggantung harap pada ku )
menghempas melukai pesisiran perasaan mu
menghakis mengubah bentuk jadi mu
aku pecah terluka setiapkali melukakan mu

terima kasih pantai
kerana memahami laut
kerana setia di sisi
izinkan laut selalu di sisimu...

muzammil muaz :
dari Kota Kuala Muda - Hobart-Kota Kuala Muda
Hanya Nuha bertakhta di hati

1 comment:

syaheed said...

akak, actually saya suka sangat nuha tu...kelakar rase bila nuha dan muzammil asyik gaduh2...alang rebus tak empuk la katakan...ehe..rambut afro pulak tu yea...best crita jemari seni...bagi 120%