Friday, October 30, 2009

Autumn Oh Autumn.....

Subhanallah. Masyaallah.

Cantik. Segala pujian kembali kepada Yang Maha Pencipta.



Tak terucap dengan kata-kata.


Apatah lagi mereka yang merasainya.


Penghargaan diberikan buat insan tersayang Zuryna Muda kerana sudi berkongsi gambar-gambar yang di ambil semasa lawatan beliau ke Ireland.


Anda teruja. Jom datang merasai sendiri pengalaman berjalan di musim luruh sambil mendengar desiran angin berhembus.


Ceeeewaahhh. Yolah bibik...!!


Bak kata Airasia


Semua orang boleh terbang...



Jom jadi Superman. Weeeehooooo..!!!


Zam... Zam... Ala kazam...Weeeiiiiuuuu...!!! kahkahkahhhh.


Pandai & Terlebih Pandai...


Entry makan lagi.

Saya confirm semua orang boleh masak punya.

Ayam masak lemak cili padi.

Campak halia, bawang putih, serai, cili padi, asam jawa, garam dan santan.

Tunggu masak.

TAPI

Berani tak korang tuang sos tiram dalam periuk.

HAHAHA.

Itulah terjadi dengan bibik. Dek kerana dah boring dengan resepi yang sama. Pandai-pandai je p tuang sos tiram.

Bila rasa sedap la pulak. agagaaa.

Esoknya tengok dah licin.

Wallaaahhh. Syok. Syok. Nampak gaya resepi campak-campak dan pandai-pandai boleh diterima.

Eleeh, yang sebenarnya saya yang masak sikit. Ngam-ngam je.

Itu pasal habis.

Nak tau sedap ke tak. Cubalah.

Tinggal Setahun...

Setahun itu ibaratnya seperti sebulan
Sebulan seperti seminggu
Seminggu terasa sehari
Sehari sepantas satu jam
Satu jam seolah seminit
Seminit bak sekelip mata

Begitu pantas masa berlalu. Saya yakin semua merasainya. Hidup ini bila tidak dimanfaatkan sebaiknya rugilah kita. Sama juga dengan saya. Tinggal setahun saja lagi nak merasa tinggal di London.

Sejujurnya saya berbelah bahagi. Hati mahu pulang. Bila memikirkan seronoknya bekerja. Saya rasa mahu selamanya di sini.

Apakan daya. London ini jauh. Jauh dari orang-orang yang disayang. Saya tak mampu rasanya berjauhan lagi. ( Sila muntah kalau geli dengan ayat ini. KAHKAHKAH)

Jadi, setahun ini perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Kutip pengalaman dan nikmati sepuasnya empat musim yang Allah jadikan untuk bumi permaisuri ini.

Tahun depan balik. Horeeyyy...!!!

Err. Kalau di U ibaratnya saya ni budak tahun akhir la kan. agaga. Perasan.


Kak Ct. JOM BALIK..!!

Thursday, October 29, 2009

Butter Prawn Edisi London.

Dah lama tak buat entry makan. Memang hari-hari memasak. Lauk yang berulang. Dah jemu rasanya nak cari resepi baru. Rasanya habis dah kot semua resepi ayam saya cuba. Melainkan yang kena perap. Saya malas.

Asalnya nak cuba resepi ni semalam. Memandangkan hujan turun dengan lebatnya. Kensel. Kang tak pasal-pasal bukan jadi butter prawn. Mahu jadi Tear Prawn. KahKahKah. Sudah. Sudah. Alhamdulillah emosi dah stabil.

Jom layan entry yum yum. Walllaaaahhh....

Percubaan pertama bila memasak ni ialah Try and Error. Lebih-lebih lagi orang macam saya yang memang sangat jarang makan luar. Kalau makan luar pun kedai yang sama menu yang sama. Tak order bihun atau kue tiaw tom yam . Saya akan order Kue Tiaw Goreng Basah. Wallaaah. Teringat la plak kedai makan paling sedap kat Kuala Terengganu. Entah ada lagi entah tidak. Gulp. Telan liur.

Orait. Teruskan membebel. Malam ni bibik happy. Ada berita gembira yang bakal menanti. Jeng... Jeng... Jengg. Sampai masa akan diberitahu. HaHa. Tak suspen sudah.


Nampak gambar di atas? Tak nampak pakai teropong. Pinjam kat chika. Dia ada teropong. HiHi.


Gambar yang pertama adalah percubaan yang berjaya. Ewaah. Sapa cakap. Cuba panggil chef wan tengok. Dia cakap apa. Berapa markah dia nak bagi. Pheewiitt. Perasan je lebih bibik ni.


Gambar yang kedua bibik pandai-pandai tambah susu segar. Konon nak bagi adunan cair. Haram TAK MENJADI. LEMBIK. Padan muka.

Nak tambah lagi memadai-mandai bibik buat sarang tu dengan api yang SENGAJA dipasang. Cara asal kata biar minyak tu betul-betul panas. Tutup. Tuang adunan dan kacau biar bersarang. Bibik menderhaka.


Sooooooooo... Tadaaa daaa. Inilah hasilnya seperti udang goreng berempah je lagaknya. Gelak saya bila dah siap. tang mana butter prawn pun saya tak tahu. sumpah garu kepala saya. HAHAHA.

Sepatutnya. Ya. Sepatutnya kalau tak derhaka. Udang yang digoreng tu perlu dimasukkan sekali ke dalam adunan telur yang sedang dimasak. Kemudian kacau sehingga adunan menjadi sarang. Ini dah bibik baca arahan pun tak habis . Tu yang jadi memandai-mandai. Kan dah kureeeeng menjadi. Hii.

Ada juga yang saya baca dia just tabur je kat atas. Ehm, dah banyak sangat resepi jadi keliru pula. Andalah yang tentukan kat mana sedap. Saya memang tak tau. HuHu.

Ok. Nak resepi. Taip aje Butter Prawn. Macam-macam versi ada. Pilih mana suka. Memandangkan versi bibik belum menjadi. Dua bulan lagi kenalah cuba lagi. Resepi ini sesuai untuk mereka yang nak GEMUK je. Yang dah gemuk dan comel tak payah la ye. Marilah kita berusaha secara jemaah untuk kurus.

Semalam jumpa dengan sorang adik junior MATRI. Kurus sangat. Dia pulak nak gemuk. Haha. Terbalik.

Cubalah resepi di bawah. Klik saja di nama mereka.

Rinn Chan

Chetam


blog resepi

Nak lagi sedap kena g kedai la kan. Sure tak fenin sedap ke idok. Kat mana yang sedap. Korang lagi tau. Bibik ngak tahu dong. Hihi.

Selamat mencuba.


Wednesday, October 28, 2009

Bila Kelopak Mata Kiri Berkedip..

Sejak petang Ahad lepas mata kiri berkedip. Mulanya tak kisah kononnya dengan alasan dia sedang beraerobic. Huh, sangat tak logik alasan. Abaikan.

Dua hari kemudian yang mana hari ini sejak pukul 12 tengahari tadi saya mula menangis. Air mata tak henti mengalir. Buat kerja sambil air mata mengalir.

Ianya berlanjutan sehingga saya tak mampu nak tanggung. Dengan emosi yang tertahan saya menghubungi mak. Bertanya khabar. Dia pun pelik kenapa saya telefon pada malam hari. Kebiasannya saya akan telefon pada waktu petang. Saya diamkan sahaja. Lebih banyak bercakap nanti mak akan dapat mengesan saya menangis. Saya tahan dari menangis sebab tak nak mak susah hati. Alhamdulillah, selepas mendapat tahu semuanya sihat dan dalam keadaan baik emosi saya sedikit tenang. Saya boleh berbicara dengan lebih stabil. Bertanya itu ini sehinggalah selesai.

Saya pun sambung buat kerja sehinggalah sampai masa untuk solat. Masa inilah emosi kembali merudum. Angkat sahaja takbir airmata kembali mengalir. Habis semua saya teringat. Keluarga, sanak saudara, kawan-kawan dan terutama sekali Malaysia. Masyaallah, tak tertanggung rasanya.

Ya, memang sakit. Kalau inilah yang dikatakan HOMESICK. Makanya saya sedang menghadapinya dengan sangat dasyat. Sebelum ini saya tak pernah alami. Mungkin kerana paling lama saya berada di asrama atau kolej ialah tiga bulan. Kemudian cuti dapat bertemu keluarga. Selesai. Takde nak sakit rindu.

Ini sudah 1 tahun 8 bulan saya hanya mendengar suara dan melihat wajah mereka di webcam sahaja. Memang sangat rindu. Duduk dalam bilik jangan cakap la. Air mata mengalir tak henti.

Sehinggalah petang tadi ketika mahu memasak. Fatimah menegur. Kenapa hidung saya merah. Mata saya merah. Adakah saya tidur. Saya diam. Maryam pula menegur. Ya, hidung awak sedikit kemerahan. Saya diamkan juga. Mereka tak bertanya lagi.

Sambil memasak pun menangis. Sekejap ok. Sekejap ko. Sampaikan kak ct ajak makan pun saya tak nak. Takut saya menangis depan dia. Tak pasal-pasal semua orang tahu saya menangis.

Sekarang ketika menulis entry ini emosi masih tak stabil dan mata kiri masih berkedip-kedip lagi.

Jadi betullah telahan bila kelopak mata kiri berkedip tandanya nak menangis.

Untuk mengelakkan dari menangis lagi. Jom lah tidur. Selamat malam.

Harap-harap bangun pagi esok emosi semakin stabil. Insyaallah.

Oh tidak. Sahabat saya dunia dan akhirat baru masuk ym. Nak kena tegur. Semoga dapat kekuatan dari dia. Tangguh tidur. Publish entry.

Wassalam.

Sunday, October 25, 2009

Tolak Satu Jam.

Esok Ahad terakhir di bulan Oktober. Daylight Saving Time akan berlaku sekali lagi. Malas nak goreng entry sebab dah buat entry pasal ni dulu. Kalau rajin boleh la baca di sini.

Yang penting selepas ni beza Malaysia dengan Uk dah jadi 8 jam balik. Nampak gaya nak kena tukar otak. 8 jam. 8 jam. Huhu.

Layanlah gambar autumn lagi. Minggu ni cuti sekolah dah mula. 1 minggu.

Friday, October 23, 2009

Bila Perempuan Bawa Kereta...




Video ni buat saya gelak sorang-sorang pagi Jumaat. Saya gerenti semua pemandu perempuan pernah alami satu daripada situasi di atas. Lagi-lagi part nak ambil parking. Lawak betul. Haha.

Pengalaman saya masa awal-awal dapat lesen kereta memang boleh buat video. Kalau kat simpang jalan tu ada cctv memang layak masuk dalam video ni. Haha. 15 minit saya ambil masa nak masuk lorong. Dari takde kereta kat belakang sampai berderet-deret menunggu. Nak tambah lagi malu tepi simpang tu jugak ada kedai kopi. Sampaikan ada seorang mamat ni jadi polis trafik tak bergaji nak tolong saya. Malu tu tok sah cakap la kan. Rasanya muka ni nak campak keluar ja. Kak Inang yang jadi co pilot lagi la. Bukan takat malu. Dah jadi takut nak naik kereta dengan saya. Tak selamat langsung.

Ni sekarang dah 2 tahun tak bawak. Nasib la kau lesen. Jadi perhiasan. Balik ni nak g mana mahunya saya suruh adik je bawak. Nama je ada keta. Bawaknya tak reti. Kah Kah Kah.

Tuesday, October 20, 2009

Si Montel...

Ish.. Ish.. Ish.. anak menakan sapa la ni. Sejibik muka mak lang dia masa kecik. Mak Tok yang cakap. Mak Lang mana tau. Haha. Rasa nak geget-geget je pipi tembam tu.

Tang mata memang la ke laut sungguh. Mak Lang sayang ni mata sepet. Ni mata ikut abah. Nasib tak ikut ummi. Kalau tak samalah kita. Sepet. KuiKuiKui.

Sukanya dia.

Dengan kakak Wawa & Jiha.

Ya Allah. Apasal montel sangat ni..!!! Geram....

Setengah Jam Sahaja.

Petang tadi kononnya bersemangat nak keluar. Mengintai dari tingkap langit yang dari paginya mendung bertukar menjadi cerah. Hilang habis awan mendung yang menemani hari bibik seharian. Dalam duduk melayan sembang dengan Nasibah saya pun bersiap kononnya nak keluar la jalan-jalan kejap. Punyalah semangat siap bawak bateri lebih 4 ketul. Penghabisannya langsung tak guna.

Nak lagi santai kononnya hari ni tak bawa sorang pun anak-anak berjalan sama. Saya jalan sorang-sorang je. Memang bagus tak bawa mereka. Saya pun jalan sekejap sangat. Baru separuh jalan dah tak tahan. Sejuk sangat. Rasanya beku muka dan tangan sekejap. Asalnya mahu berjalan di tasik tapi sampai sahaja di jambatan saya melencong ke kanan memendekkan perjalanan.

Jadilah jalan-jalan petang ini hanya berlangsung selama setengah jam. Ehm, sempat warming up sajalah. Pastu balik. Tak tahan lama-lama kat luar.

Layan la dulu gambar minggu lepas. Tadi ambil juga gambar tapi macam tak best. Ini masa keluar dengan anak-anak bagi itik dan angsa makan.

Matahari mempengaruhi gambar di musim luruh. Sinar mentari memberi impak yang luarbiasa pada daun yang sedang menguning. Cantiknya dua kali ganda dari biasa. Masyaallah.

Masa ni saya tertanya-tanya. Adakah angsa juga mempunyai deria bau yang kuat? Mereka datang dari arah jambatan merah. Jauh tu.

Sekarang kalau berjalan dah bertiga. Syakirah dah masuk sekolah menengah. Sibuk dengan kerja sekolah yang cikgu beri.

Bila la nak p park..?

Tak jumpa lagi pokok yg ada daun merah, kuning, hijau dan oren.

Subhanallah, Maha suci Allah Yang menjadikan langit dan bumi untuk hambamu merasai kenikmatan yang bersifat sementara. Akhirat matlamat utama kita.


Wassalam.

Sunday, October 18, 2009

Duit Raya


Yeaahaa. Bibik pun dapat duit raya. Jauh bebenor duit ni terbang. Dari tanah air terchenta. Terima kasih kak nab. Susah-susah ajo. hehe. Bibik simpan duit ni. Sampai Malaysia tahun depan baru boleh pakai. Beli top up.

Buat anak jiran sebelah rumah. Duit raya korang 2011 baru la dapat eh. Sian la bila dengar omak den bagitau. Dorang tanya ' Mana kakak?' ekekee.

Bibik ada setahun lagi relax tak yah sedia peruntukan ghayo. Lepas tu siaplah ye. Haha. Mahunya bertambah bilangan sampul raya. Ecece ;)

Saturday, October 17, 2009

Paksa Atau Berlembut..?

Mata tak lepas tengok Dora

Dari semalam Fatih kurang sihat. Badan panas sedikit demam. Biasalah bila bulan menginjak ke musim sejuk demam, selsema dan batuk adalah lumrah. Bibik pun dah tak hairan. Selalu sangat dah sakit dan demam. Badan pun dah tak imune. Lebih-lebih lagi duduk dengan doktor. Sakit sikit dah buka peti ubat. Telan Ibuprofin terus. Tak main dah paracetamol. Ubat kat sini sedap. Rasa berangin. Letak atas lidah slumber je. Bukan macam panadol. Pahit. Bukan letak kat atas lidah dah. Letak kat dalam kerongkong pastu minum air macam tak cukup nafas. Sikit punya susah daa.

Sampailah satu tahap saya tahan diri dari mengambil ubat ketika sakit kerana mahu merasai kembali nikmat sakit yang dah lama saya tidak alami. Memang sangat nikmat sekiranya sakit itu kita hayati. Pelik bukan. Cubalah.


Kalau tengok tajuk memang sah-sah la kan takkan la orang tua yang nak kena paksa atau dipujuk makan ubat. Ada. Ada ke? Mungkin lebih kepada memberi peringatan bila sudah sampai masa. Ye kan..? Ehm tapi tak mustahil ada juga yang penakut makan ubat. Hehehh. Sapa nak mengaku. Senyum sorang-sorang la ye ;)

Berbalik kepada Fatih. Panjang bebenor bibik bawak kereta. Ikut jalan kampung tak pakai highway. Hehe. Saya rasa seperti kanak-kanak lain ada masa susah dan ada masa sangat mudah diberi makan ubat. Ehm, pengalaman saya bila melihat mak mengasuh anak orang dan saya menjadi bibik. Masa teruk sangat demam atau sakit masa tu lah kesabaran diuji untuk menyuapkan ubat pada mereka.

Perrghh. Masa tu dah la tangan dan kaki di pegang. Tak cukup tangan dan kaki mulut juga di pegang supaya senang ubat masuk ke dalam mulut. Eh tak habis lagi. Nak tambah lagi kalau mak saya siap ditiup sedikit di mulut atau muka tak pasti supaya mereka sedikit tersentak dan terus tertelan ubat. Pheww nampak ganas tetapi dah terpaksa. Kalau tak mahunya lambat baik sakit.

Saya yang melihat rasa nak nangis je bila melihat mereka mengelupur tak nak makan ubat. Sayu simpan dalam hati. Hehe.

Ada masa memberi ubat sangat mudah. Semudah memetik jari. Apa yang penting kita kena sabar. Ya sabar dalam menghadapi kerenah mereka bila mengelak mahu diberi ubat. Masa ni lah macam-macam alasan yang tak masuk akal dan menguji kesabaran saya. Kalau ikutkan malas nak layan. Biar aje lah. Dia yang sakit. HaHa. Sampai macam tu sekali bibik punya malas nak layan. Kalau macam tu sampai bila pun saya takkan belajar.

Selalunya saya akan tenangkan hati dulu. Kalau saya dalam keadaan marah atau nak cepat memang tak jadi. Pertama saya akan cakap. 'Fatih jom makan ubat.' Automatik dia akan jawab, ' Tak Nak.' Makanya saya akan diam biar dia ralit menonton kartun. Lepas 10 minit saya tanya lagi. 'Fatih demam. Meh makan ubat'. Jawapannya masih lagi 'Tak Nak.' Saya biarkan lagi sampai dia akan menjerit, ' Ma Dora habis.' Masa inilah saya akan cakap. 'Kalau Fatih nak tengok Dora, kena makan ubat'. Dalam masa yang sama kat tangan saya dah ada picagari yang mengandungi ubat. Saya tunjukkan saja ubat terus dia buka mulut. Dengan sekali tolak terus ubat masuk ke dalam mulut tanpa perlu dipaksa.

Mudah bukan. Yang penting kita sabar dan pandai mengambil peluang. Heheh. Sebagai balasan tepuk la tangan dan hadiahkan ciuman atau pelukan atas keberanian mereka makan ubat tanpa perlu dipaksa. Jangan pula lepas tu terus menonong ke dapur basuh picagari. Jangan kedekut untuk memberi pujian.

Eceeh. Cakap memang la senang. Lain anak lain ragam. Huhu. Meh cuba dengan anak yang lain. Haha. Boleh ke? Insyaallah berdasarkan pengalaman saya dengan Maryam juga begitu. Pendekatan berunsurkan nasihat saya gunakan adakala ianya mengambil masa sehingga setengah jam.

Semua ini adalah pengalaman untuk saya. Memang benar lain anak lain caranya. Kita sebagai ibu bapa yang lebih mengetahui perangai anak yang kita besarkan. Bibik tau tengok ja. ahaha.

Saya bertuah kerana bekerja dalam suasana majikan yang sangat membantu diri untuk menjadi lebih sabar dengan kerenah anak-anak. Alhamdulillah. Ada sesiapa nak belajar macamana nak sabar. Marilah mencuba. Promo jawatan kosong 'BIBIK 2011'. Boleh kan kak ct..? Tak lama dah ni. agagaa.

Wassalam.

Friday, October 16, 2009

How Clean Is Your House?

Sekarang tengah addicted. Eh. Tak. Tak. Ayat nak gempak je bibik ni. Kalau addicted mahunya hari-hari saya melangut depan tv tengok cerita ni. Tak jadi kerja pulak. Nak-nak lagi berebut dengan Fatih yang nak tengok kartun. Mahunya menjerit dia. HaHa. Cumanya seronok kalau ada kesempatan tengok rancangan ni di tv. Buat tambah ilmu tentang cara-cara nak mengemas rumah dan menyemarakkan semangat bekerja. Ececee. Yelah tu.

Mula-mula saya dapat tahu rancangan ni bila menziarahi sepupu di Uxbridge. Dah tak tahu nak buat apa tengok la tv. Cari-cari rancangan terjumpa dengan siri ni. Pertama sekali bila tengok rumah yang bersepah dan kotor tu memang mulut tak henti-henti berkata. Ya Allah. Kotornya. MasyaAllah. Nauzubillah. Astaghfirullah. Habis semua la keluar. Kotornya bukan sedikit. Memang kotor sekotor-kotornya. Bayangkan la mereka tak mengemas rumah selama sepuluh tahun. Ada tu yang sampai 17 tahun. Bayangkan macamana kekotoran yang ada. Dengan habuknya. Minyaknya. Kalau yang bela anjing tu penuh bulu anjing di lantai ataupun air kencing yang dah kering. Ishhh. Macamana la dua pengacara tu boleh tahan dengan bau dan habuk semua. Nak menampakkan real lagi bila mereka sanggup menghidu bau busuk dengan lebih dekat.. Eeeeyaarrkk..!! Mesti bayaran yang mereka dapat lumayan kan. akakakaaa. Ada ke sampai ke situ bibik ni fikir.

Kebiasaannya rumah yang mereka bersihkan mempunyai tiga bahagian sahaja. Ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Bila saya kata tambah ilmu mengemas ialah sambil mencuci mereka akan memberitahu penonton apa bahan yang digunakan untuk menanggalkan segala kekotoran degil yang melekat. Mana-mana bahan yang senang dan mudah didapati di rumah saya akan aplikasikan balik dan terbukti memang berkesan.

Bila melihat perubahan yang ketara pada rumah yang dibersihkan memang tergambar keterujaan pemilik rumah berkenaan. Tapi. Haa. Ada tapinya tau. Dua minggu selepas tu Kim dan Aggie akan membuat pemeriksaan balik pada rumah yang dibersihkan. Mana yang bagus memang rumah tu akan bertambah bersih. Yang tak bagusnya atau tak tahu diuntung bila melihat rumah tu kembali kotor. Aarrgghh.. Kalau saya pun nak juga naik hangin dengan mereka. Nasib mereka dibayar. Yang penting duit masyuk. KehKehKeh.

Bila dilihatkan penampilan mereka memang tidak menggambarkan keadaan rumah mereka yang sangat teruk. Errrk tak tahulah bau kan. HaHa. Bila buka sahaja pintu rumah mereka. Phewww.. Oh My God. Itu yang keluar dari mulut Kim dan Aggie. Macam-macamlah alasan mereka kenapa mereka tak mengemas. Ada tu boleh buat saya geram. Ada dia boleh cakap. Mana ada cikgu ajar cara-cara nak mengemas rumah. Ada tu dua remaja perempuan siap bagi alasan. Mak ayah mereka tak ajar pun cara mengemas. Alasan lain yang diberi bilamana ada kematian salah seorang ahli keluarga mereka terus jadi lemah semangat. Konon tak mahu teruskan hidup sampai rumah pun tak berkemas. Grrrr. Alasan pertama dengan kedua tu yang buat saya geram. Ehh. Boleh jadi pengajaran juga. Walaupun kita ada pembantu rumah macam saya ni kan. Hehe. Anak-anak kena juga diajar mengemas rumah. Jangan bila dah besar nanti dorang bagi alasan seperti di atas. Masa tu dah tak boleh kata apa dah cek oii. Telan aje lah alasan tu masuk perut.

Sekiranya kita kembali kepada fitrah Islam itu sendiri di mana "Kebersihan Itu Separuh Daripada Iman" insyaallah kehidupan kita tidak akan menjadi seperti mereka. Sepertimana Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).








Wassalam.

Tuesday, October 13, 2009

Bumi Telan Disko...



MasyaAllah. Peringatan untuk kita bersama. Tajuk asal mengatakan disko. Bila dilihat dengan teliti pada pendapat saya ini majlis perkahwinan atau keramaian di timur tengah.

Di mana wallahua'lam..

Anda mungkin lebih tahu.

Thursday, October 8, 2009

Bila Diri Digelar TERRORIST


Balik dari sekolah tadi selepas mengambil Maryam dan Fatimah kami bergegas menunggu bas 244 untuk pulang ke rumah dalam hujan yang masih renyai. Dalam perjalanan naik sekumpulan pelajar lelaki dari sekolah menengah yang berhampiran. Saya buat tak endah kerana tiada apa yang istimewa pada mereka. Sekadar budak hingusan yang sedang meningkat dewasa. Mereka berdiri berhampiran dengan saya memandangkan Fatih tidur di dalam stroller makanya saya lebih senang berdiri sahaja.


Dalam kerancakan mereka bersembang salah seorang menyebut perkataan TERRORIST. Saya tak hiraukan apatah lagi mahu membalas. Biarlah. Mungkin mereka sengaja menyebut atau baru belajar perkataan itu dari sekolah. Mereka meneruskan sembang-sembang sambil bergelak ketawa sesama sendiri. Entah apa yang dibualkan saya pun tak dapat nak tangkap dengan jelas. Lebih senang memandang luar menikmati pemandangan musim luruh yang baru bermula.


Tidak lama kemudian apabila penumpang semakin berkurangan mereka berganjak ke tengah ruang bas berhadapan dengan pintu keluar. Sekali lagi perkataan TERRORIST menyapa pendengaran saya. Dalam benak fikiran adakah saya yang ditujukan perkataan itu. Sambil mata melilau memandang sekeliling melihat ada atau tidak penumpang lain yang BERTUDUNG atau beragama ISLAM. Memang sah tiada melainkan kami. Sekali lagi ejekan mereka saya abaikan.


Apabila bas berhenti di perhentian ramai penumpang dan pelajar sekolah yang berasak-asak turun termasuklah kami. Memandangkan stroller saya sarat dengan beg dan payung maka menyukarkan sedikit pergerakan untuk keluar. Dalam sibuk menarik stroller dan memanggil Maryam turun terdengar sekali lagi perkataan TERRORIST menyapa pendengaran saya.


Memang saya yakin perkataan itu ditujukan untuk kami memandangkan hanya kami berdua ( saya dan Fatimah) yang mengenakan tudung pada ketika itu. Lebih meyakinkan lagi apabila sayalah orang terakhir turun dari bas pada masa itu.


APA PERASAAN SAYA..? Pada mulanya saya berlagak seperti biasa oleh kerana masih ragu-ragu kepada siapa perkataan itu ditujukan. Nak marah jauh sekali. Nak tumbuk. Alahai budak lelaki yang baru berusia 14 atau 15 tahun lagak gayanya. Kang tak pasal-pasal saya didakwa atas alasan mencederakan kanak-kanak bawah umur. ( Errkk. ada ke akta ini wahai tuan majistreet.. hihi)


Yang lebih penting demi keselamatan saya dan anak-anak berdiam diri lebih baik dari membalas ejekan mereka yang besar kemungkinan esok lusa tak mungkin saya jumpa lagi. Tak ada gunanya walaupun dalam hati ada juga rasa nak balas dengan perkataan STUPID. Tidak sekali-kali. Bukankan itu akan membuatkan saya jauh lebih rendah martabatnya dari mereka. Bukan ini caranya untuk kita mempertahankan diri apabila diselar dengan perkataan TERRORIST. Apa yang penting kita sebagai MUSLIM perlu bersatu bukannya hidup dalam erti kata ' Kau..Kau..Aku..Aku.. Kubur kita berbeza. Wallahua'lam.


Teruskan membaca Aku Anak Palestina oleh saudara Hilal Asyraf. Ada iktibar yang boleh kita kongsi bersama. Insyaallah.


Wednesday, October 7, 2009

Alhamdulillah...Dah Sampai Akhirnya...


::Lega::

Alhamdulillah penantian selama dua bulan enam hari sudah tamat. Walaupun LAMBAT SANGAT sampai sepertimana yang dinyatakan dalam perjanjian saya tetap LEGA. Kotak-kotak saya sampai dengan baik tanpa cacat cela.

::Seronok::

Gembira bila mendengar suara anak-anak saudara saya yang teruja keseronokan apabila mendapat tahu mainan mereka sudah sampai.


::Sedih::

Saya harap dapat main bersama mereka. Bunyinya seperti saya bersikap keanak-anakan. Itulah yang dirasa sebentar tadi. Kalau la saya bersama mereka di sana melihat reaksi wajah teruja mereka. Macamana ye. Sabarlah. Setahun lagi.


Ada empat lagi kotak yang sedang menunggu giliran untuk dihantar pulang. Nampak gaya tahun depan boleh car boot lagi. Mak pun tak bising bila tengok barang saya sampai bila dapat tahu semuanya berharga bawah satu pound. Hihi. LEGA BANGAT.

Tahun ini secara rasminya sessi car boot sudah ditutup. Bagi kami saja. Ada je car boot yang dibuka sepanjang tahun tetapi tak sebest yang selalu kami pergi. Minggu lepas pun akhi Fauzi bawa student baru pergi car boot di Manchester. Saya relax tak ikut sebab dah janji dengan diri ( sumpah menjengkelkan. haha ) dah tak nak car boot. Nak simpan duit untuk masa hadapan. ececee. Yelah bibik.!! Alasan yang paling utama dah tak ada tempat nak simpan barang selagi yang ada tak dihantar pulang. agagaa.

Haissshh... tak sabarnya nak balik. Setahun je lagi di sini. Sekejap la pulak rasanya. Errr...( ada HATI nak duduk lagi di London. KUIKUIKUIII)

Bibik sudah. Sudah.

TUTUP ENTRY.

Wassalam

Tuesday, October 6, 2009

Makaroni Bakar



Resepi klik di sini.

Bibik MALAS mahu meroyan kat blog. Muahaha.

Spaghetti Chicken Bolognese

Resepi sama seperti Spaghetti Bolognese. Cumanya tukar kepada ayam.

Tart Gulung

1st Round Punya Tart

Dah dua minggu kita menyambut Syawal walau di mana kita berada. Alhamdulillah hujung minggu semalam kami menghabiskan masa berhari raya di Manchester. Seronok dapat jumpa sahabat yang berkumpul di rumah kak che na beramai-ramai. Yang tak bestnya saya LANGSUNG tak ambil gambar. Punyalah beriya charge battery sebelum bertolak. Last-last kamera duduk sorang-sorang dalam kereta. HaHaHa. Nasib kamulah bibik.

Dalam banyak-banyak topik bercerita yang seronoknya bila Maryam puji tart yang saya buat. SEDAP. Ehhm. Tumpang syiok la. Walaupun jem tu kak ct yang buat. Nak kata sedap sampaikan dia buat perangai kedekut dengan member-member serumah. Dia bagilah juga kawan-kawan merasa sedikit. Selebihnya dia hadap seorang. Hehe. Lawak la awak Maryam. Nak buat macamana kan. Dah sedap dan sedikit ( satu tupperware dianggap sedikit kalau dah sedap kan..agagaaa) kalau di perantauan memang la sayang nak bagi banyak kat kawan-kawan. Tak pa. Akak paham. HuaHuaHua.

Meh bibik kongsi resepi tart yang sedap tu dengan semua orang. Nak lagi sedap kan Maryam kalau awak datang London. Kita buat sama-sama.

Ni resepi dari sifu masakan saya. Kak hanieliza. Terima kasih cikgu :)

2nd Round Punya Tart.

Terima kasih pada pembantu saya, Husna. Bersusah payah dia menahan perasan dengan bibik yang cerewet. akakaa. Nak semua sama je.

Anak murid copy paste nota cikgu ye. Langsung tak edit. Peace..!!


Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..
boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

JEM NENAS

1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu]
kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo]

Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar]

Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..]

Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat.

Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu..

Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..

kak liza tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam limau sebab nenas tu kak liza amik airnya..dah cukup masam dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda..

kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu]..

so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu..

aduhai panjangnye bab jem ni..

Berangan nak jadi tauke tart balik Malaysia. Semua nak buat. Tamak betul bibik ni. wakaka.

Anak murid derhaka.

Raya tahun ni dua round buat tart. Pertama kak ct yang bancuh dan saya tukang menyibuk je. Dia keluar ambil anak-anak dari sekolah saya p gulung seround. Haha.

Kali kedua tak sampai seminggu dah habis. Seingat saya raya yang ke empat dah buat adunan yang kedua. Masa nilah saya bancuh sendiri adunan. Nak jadi anak murid derhaka. Kononnya masa mengayak tepung ada la tertumpah sedikit tepung atas suratkhabar. Jadi dengan rasa senang hatinya saya tambah sedikit tepung nak bagi cukup la kononnya dengan berat yang sifu bagi. Saja je menambah-nambah. akakaa. Korang jangan la ikut ye kalau takde keyakinan yang tinggi. Hehehh.

Selamat Mencubalah. Gerenti sedap.

Langsung Tak Tipu.

Saturday, October 3, 2009

Manchester City


2-4 Oktober 2009

Panjang umur jumpa lagi

Wassalam