Sunday, May 30, 2010

Sambutan Ulangtahun Syakirah.

Assalamualaikum wbt...




Salam hujung minggu yang panjang. Tiga hari cuti kan. Kami di sini pun dapat cuti tiga hari juga. Isnin ni cuti sempena Bank Holiday. Hooreeyyy...! Anak-anak lagi panjang cuti mereka. Seminggu. Tak de pun mereka bersorak. Bibik ni je yang lebih-lebih. :p


Okeyhh... bukan nak cerita pasal cuti. Nak cerita pasal kek coklat yang cantik. Cantikkan..? Menawan hati tak..? hehe. Kek ni berjaya menawan perut-perut kami sahaja. Oh, tak lupa dikongsi dengan jiran sebelah rumah kami. Kalau kami ja makan. Sebulan tak tentu habis. Dalam fridge sekarang pun ada lagi tak berusik kek coklat yang orang bagi.


Saya bukanlah peminat coklat sangat. Sepotong pun susah nak habis. Kalau suka gamaknya bertambah comel la saya nanti. :P


Kek ni memang BESAR. Bukan setakat besar. Tinggi pula tu. Ada kot dalam dua inci setengah. Kalau high heel tu boleh dah buat kaki-kaki yang sempoi memakai kasut flat TERPELECOK. Termasuklah saya. Err.. rasanya bukan takat terpelecok. TERSUNGKUR terus.. Gedebuk..! Macam..... ~ sila isi tempat kosong ~ ;)



Saya cari gambar Syakirah terbaru. TAK ADA. Memang tahun ni kami dah jarang keluar petang-petang. Semenjak Syakirah masuk sekolah menengah, jadual harian dia bertukar. Keluar pagi jam 7.30 dan pulang paling awal pun jam 5 petang. Kadang-kadang tu sampai pukul 7 baru sampai. Jihad sungguh dia nak mencari ilmu. Saya yang tengok pun kesian. Dah jarang dia balik sekolah menyapa saya di dapur. Bertanya masak apa hari ni. Sebabnya bila dia sampai tu saya dah siap masak. Melainkan kalau hari tu saya masuk ofis lambat. ;P


Kalau banding dengan umur dan tubuh badan yang kecil. Memang tak sampai hati tengok dia berulang alik ke sekolah. Itulah pengorbanan seorang pelajar. Kat sini sekolah agama ada satu ja. Rasanya kalau tak silap yang kak ct cerita. Tu pun swasta. Jauh pulak tu. Tiap-tiap hari kena naik train ulang alik ke sekolah. Ada hari pernah sampai terlepas station sebab tertidur. :)


Kak Irma doakan sempena ulangtahun kelahiran yang ke 12 tahun ini. Allah sentiasa permudahkan perjalanan hidup Syakirah sebagai seorang hamba Allah, anak dan pelajar yang solehah. Dah besar ya sayang. Tak boleh dah muncung-muncung lagi. Alhamdulillah. Dia matang di usia yang muda.



Kek yang membuatkan rakan-rakan di Facebook terliur. Pendapat peribadi saya. Kek ini cantik pada rupanya. Rasa biasa ja. Sedap lagi kek chiffon yang kak ct buat. Yelah kamu Irma. Kamu tak suka coklat memanglah tak sedap. Cuba bagi pada penggemar coklat. Mahunya dia bagi 10 bintang.


Saya bagi juga bintang untuk buah strawberi yang manis. =)


Friday, May 28, 2010

Giliran Saya Pula...


Assalamualaikum wbt...





Khas untuk peminat bunga rose.


=)





Thursday, May 27, 2010

Tunjuk Satu Helai Dulu...

Assalamualaikum wbt...




Sabar ya... saya sedang dalam proses mengambil gambar baju-baju yang dibeli. Siap nanti saya upload di sini.


Amacam... Cantik tak baju tu..?

=)



Sunday, May 23, 2010

Jeng... Jenggg... Jeeeennnnggg...



Assalamualaikum wbt...



Ubat terapi kedua untuk wanita ialah.....



Shopping... yeaaahhhh...!!


Hari Ahad shopping mana lagi...



CAR BOOT SALE laahhh...


=)


Fatimah awal-awal dah pesan. Kita nak pergi pukul 6.30 am tau.. :)


...TaTa...


Ubat Terapi Paling Bagus...

Assalamualaikum wbt...





Petang tadi saya dalam kesedihan selepas berbual dengan seorang sahabat. Tak tahu nak mengadu kat sapa. Saya keluar pergi Tesco. Tak tahu nak beli apa sebenarnya. Masuk je Tesco nampak strawberi yang cun melecun merah menyala ni. Kalau tengok harga memang malas nak beli. MAHAL. Errr.. dalam bujet seorang bibik yang kedekut memang mahal. :P

Pejamkan mata sahaja. Terus pergi kaunter bayar. Sedangkan kat dalam fridge ada je stroberi. Nampak sangat mengada kan. Nak sedekah duit kat Tesco.


Takpalah. Yang penting. BERKHASIAT.


Jom makan buah...!!


*







*







*






*








*












*


Hari ini akan menjadi sejarah dalam hidup yang takkan saya lupa bila terasa diri dikhianati. Inikah balasan seorang sahabat yang saya sayang.


T _________T


Friday, May 21, 2010

LAST... Cuci Mata Untuk Hari Jumaat...

Assalamualaikum wbt...


Dah katakan. Ini entry LAST pasal hasil rembatan saya di car boot minggu lepas. Oh.. bukan LAST untuk tahun ini. LAST untuk hari ini saja. Esok... Esok.. Esok... akan ada lagi. =)

Jom... Jom.. TENGOK..


Organiser & Greeting Card.

Duk kumpul ni. Senang nak bagi hadiah kat kawan-kawan =)


Elle Slingbag.

Memang peberet. Kumpul bag.

Tak kira jenama atau cikai. Belasah je. Asal elok dan MURAH.




Alas Meja Makan.

Sangat sesuai nak bagi kat makcik-makcik.

Eh.. mak budak pun ok pe kan.


Tie
. Sangat-sangat MURAH.

Nak bagi kat adik. Mana tau. Satu hari nak kena pakai tie.

P temuduga ke kan.

Nak tahu berapa. 20 pence. Sama dengan RM 1. Saya pau dia 6 helai 1 pound. ;)



Saya tak tahulah kenapa saya beli pinggan ni.


Saya bukanlah peminat pinggan mangkuk antik.

Saja perabis duit. Sebab MURAH. :P



Beli je buku masak.

Penghabisan tengok kat internet jugak. HeheHe.


Buat syarat. Nanti kat dapur. Ada buku masak.

TERSUSUN TAK BERUSIK
. Boleh..? ;)



Adik beradik pinggan lagi. Ngeee.



* * * * * * * * *


KENAPA SAYA TUNJUK GAMBAR-GAMBAR CONTOH NI..??


Memandangkan ini TAHUN TERAKHIR saya di UK. Insyaallah nak balik dah bulan 10 ni. Sekejap je dah 3 tahun. :(


Jadi. Pendek cerita. Kalau berminat nak beli BARANG-BARANG TERPAKAI DARI CAR BOOT SALE.


Jangan segan. Email saya di alamat email di bawah.


niel_2203@yahoo.com


Nanti kita sembang panjang bagaimana cara dan prosedur untuk membeli ya.


Terhad untuk 20 orang yang paling awal. Kalau lambat saya TAKUT tak sempat nak beli.


Nanti saya akan upload lagi gambar-gambar contoh apa yang ada di car boot. Jangan lepaskan peluang... :)


Wassalam.



Sambungan... Jom Cuci Mata Lagi..

Assalamualaikum wbt...


Dah sarapan ke..? Makan apa hari ni. Jangan makan angin sudah. hehe. Seperti yang dijanjikan. Saya nak sambung lagi adegan Cuci-Cuci Mata Di Hari Jumaat.


Mari mulakan... SEKARANG....!!



Anak Patung. Alahai.. Comel tak saya..?



Leap Pad. Little Touch.



Leap Frog. Alphabet Pal. Ulat Beluncas Kembar. hehe.



Sandal. Pumpkin Patch.



Baby Rompers.



Magnetic First Words. Play + Learn.



Apa tah nama ni. Tekap. Conteng. Kan..?



Samalah dengan yang atas. Satu set.

Bila time ambik gambar. Terpisah sekejap. ;P




Yeayyy.. Katak kata dah habis gambar.


HahaHa.


Belum laahh... Pandai-pandai je katak ni. Ada satu lagi entry. LAST. Nanti saya bagitahu. Apasal saya tunjuk gambar-gambar ni semua.



Sila Datang Lagi. Pukul 3 petang nanti ye.


=)


Ada Lagi... Takkan Beli Satu Je Kot...

Assalamualaikum wbt...


Mana cukup beli satu barang je kat car boot. Dari pukul 7.30 pagi sampai 1 tengahari. Satu ja barang. Kelentong betul bibik ni kan. kuikuikuiii...


Malas nak cerita meleret-leret.. Moh la cuci mata hari Jumaat ni kan.




Alphabet Desk. Satu mainan tapi pelbagai fungsi.



Pop Up Fun Book. Fairy Friends. Buku ni kalau dibuka ada gambar yang boleh bergerak.




Learning Drum. Sesuai untuk senaman tangan anak-anak kecil. =)



First Books. Ada macam-macam versi.



Magnetic Board For ABC. Inilah tukang rasmi permainan-permainan yang saya beli.


Boleh tak nak bersambung....? Ala-ala entry bersiri... Tunggguuuu...!! ;)


Mak Kata Tak Payah Beli...

Assalamualaikum wbt...

Salam Jumaat penghulu segala hari. Jumaat Yang sentiasa mengingatkan saya pada arwah abang. Al-Fatihah untuk arwah. Saya bukan nak cerita pasal arwah. Saya baru je kemas barang-barang yang di beli dari car boot. Yeaayy... car boot dah start. Jeng... Jeng... Jenggg... ~ kenyit mata sikit ~ ;)

Masa mengemas teringat perbualan dengan mak. Saya beritahu mak masa pergi car boot saya beli mangkuk Pyrex tiga beradik. Tahu mak jawab apa. 'Tak payah la beli pinggan mangkuk. Kat rumah dah banyak pinggan mangkuk.' Saya senyap. Tak kata apa. Sebab dah faham dengan mak saya tu. Almaklumlah sama-sama perempuan kan. ;P


Mulut mak memang kata tak payah beli. Bila tengok pengalaman lepas. Set cadar saya dah selamat dipakai untuk rumah arwah abang. Alasannya nanti saya jugak yang duduk sana. Bila datang rumah kak ct. Mak berkenan tengok bilik air kering kat rumah ni. Pastu dia rasmikan set alas kaki yang saya beli kat sini. Nak kata apa dah...

Dulu bila saya beli mainan, buku-buku dan baju terpakai di sini mak KURANG SETUJU jugak. Mak kata, 'Simpanlah duit.' Saya senyapkan jugak. Anak yang solehah kan. hikhiikk. Lama-lama bila dia tahu semua barang-barang yang saya beli MAHALNYA berkali ganda di Malaysia. Baru dia tak kisah saya beli berkotak-kotak. Selamat...!! ;)

Soooooooooooo... apa lagi. JOM SHOPPING DENGAN BERHEMAT...!! =)




~1 POUND~

~wink...wink~


Tuesday, May 18, 2010

Hotpot Potatoes.


Assalamualaikum wbt...


Bulan ni saya tak 'bakar' lagi entry pasal makan-makan kan. Syiok sangat dengan musim bunga yang sedang berlangsung sekarang sampai lupa banyak resepi yang tak dikongsi bersama kawan-kawan. Ok. Meh nak mencelah satu entry tentang masakan. Namanya Hotpot Potatoes. Simple dan senang sangat nak buat. Jom tengok bahan dan cara nak buat.


Bahan-bahan :

500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang.
1 sudu teh mixed herb
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis.
Garam


Topping :

5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper. Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa.

Cara-Cara :


Bismillahirrahmanirrahim..

1- Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.

2- Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.

3- Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.

4- Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.

5- Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.



Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan. Kalau tengok gambar di atas jangan hairan. Yang belah kanan untuk lidah melayu. Belah kiri lidah mat saleh :P



Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan. Kalau tengokkan gambar di atas. Kentang saya disusun agak jarang kan. Saya sarankan anda susun rapat sikit. Bila makan tak la berebut kentang kerana kuantiti inti yang saya buat memang agak banyak. kentang banyak lebih sedap. Betul..!! ;)



Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh. Saya guna cheese biasa saja. Dah itu yang ada dalam peti ais. :)


Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam.


Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang. Kalau takda pun tak apa.



Tadaaa... sekali pandang nampak macam Lasagna kan. Dua kali pandang selepas ditenung-tenung. Oh rupanya Hot Pot Potatoes.


Alhamdulillah... resepi ini diterima baik oleh Maryam dan Syakirah. Bila saya tanya Maryam. ' Yummy tak?' Dia jawab. ' This is not yummy. This is delicious. Very delicious. 3 kali dia sebut delicious. Bila saya tanya. ' Why not yummy..? ' Because yummy is a little only. But delicious is a lot. Amboiii.. pandai betul Maryam buat hati kak Irma meloncat-loncat kesukaan.


Fatimah pulak macamana? Anak yang saya jaga sorang ni ada ka dia bagi B 3/4. Gelak besar saya dan Syakirah. Susah betul nak dapat A+ dari dia. Mungkin kalau saya buat dengan daging cincang baru boleh dapat A kot. Kan sayang..? :)


Apa pun. Resepi ni memang mudah dan sedap. Resepi asal saya ambil dari sini. Saya dah olah buat cara saya sebab masa salin resepi tu saya tulis bahan ja. Cara saya tak salin. Tu yang hasilnya memang lain lah. Saya suka. Sebab cheese dia garing. :)


Selamat mencuba.



Sunday, May 16, 2010

Well Hall Pleasaunce, Eltham.

Assalamualaikum wbt...


Petang tadi lebih kurang sejam lebih kami menghabiskan masa di Well Hall Pleasaunce. Taman kecil yang terletak dalam kawasan Eltham ini adalah laluan untuk Kak Ct berulang alik ke tempat kerja. Setiap hari Kak Ct teruja dengan bunga yang ditanam dalam kawasan taman ini. Kan Kak Ct kan..? =)


Jadinya, petang tadi dengan kedatangan Nanot berhujung minggu di Kg London. Kak Ct pun mengajak kami semua menikmati angin petang di Well Hall Pleasaunce ni. Best... Alhamdulillah. Cuaca pun baik.


Jom layan gambar.



Welcome To Well Hall Pleasaunce, Eltham.



Horeeyy.. Anjing tidak dibenarkan masuk ke taman ni.



Nama saya Bluebell.



Adik beradik Pansy.



Tak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahukan. Saya Tulip Merah.



Tiger Lily nama diberi.



Tak tahu nama.. ;)



Lily Of The Nile..? ~ tak pasti~



Kombinasi warna putih, pink dan purple. Memang cantik.



Kalau diberi peluang duduk sambil membaca ni memang best. Bentang tikar. Layannn...!!



Macam Orked tapi bukan. Entah. ;P



Siapa tahu nama bunga ni..? Memang terer...









Tak tahu nama.



Buttercup.



Oh.. ini bukan bunga. Ini Nanot a.k.a Farzana. hehe.



Kadang kala saya tersenyum sendiri bila mengenangkan gelagat saya bila ke taman. Orang lain datang taman nak jalan-jalan. Saya pulak ambil gambar. Kat mana nikmat berjalan pun entah. Melayang ke laut. hehehh.


SELAMAT HARI GURU.