Thursday, May 13, 2010

Ma, Jom naik bas takde bumbung..

Assalamualaikum wbt...


Jam baru menunjukkan jam 6 pagi. Subuh sekarang bermula 3.15 pagi dan berakhir jam 5.30 pagi. Hooyeaahh. Hari ni berjaya mengagahkan diri untuk tidak tidur selepas subuh. Alhamdulillah. Esok. Moga berjaya juga. Dengan izin Allah.


Semalam sahabat saya Fathiyah dah pulang ke Malaysia selepas menghabiskan 2 minggu di bumi England. Waahh.. macam best ja guna perkataan England. Macam zaman dulu-dulu kala.


Hari ni saya dah rindu. Sunyi ja duduk sorang-sorang dalam bilik tetamu ni. Kalau Fathiyah ada. Seronok. Berebut pc. Saya nak tengok FB. Dia pun nak buka FB. Sekarang dah takda sapa nak berebut dengan saya. Boringnya... :(


Ini cerita semasa Fathiyah di London. Sempatlah saya ikut Fathiyah jalan-jalan di London. Bukan nak cerita tempat yang kami pergi. Nak cerita pasal pemandu pelancong kami yang hensem ni.



Hari ini saya pemandu pelancong anda. Nama saya Fatih.

Ehhmm.. kita nak naik bas takda bumbum..



Sebelum tu, jom tengok peta dulu. Kita nak pergi mana ye..?



Pemandu pelancong ni tengah fikir. Nak pergi mana lagi lepas ni.

Sepanjang naik bas. Langsung tak nak duduk. Berdiri aja. Naik seriau saya bila ada masa dia over excited. Dengan tangan duk melambai-lambai. Badan terkedepan. Haaiishhh.. anak orang. Dah la bujang sorang pulak.



Lepas puas ronda-ronda naik bas takda 'bumbum'. Kita naik boat pulak. Memandangkan hari dah petang. Boat menyusuri Thames River sampai takat Tower Bridge sahaja. Biasanya sampai Greenwich Pier. Takpa. Lain kali kita naik lagi ya Fatih. Errr.. ada lagi kah lain kali tu..?? Tunggu siapa nak datang London lagi. Boleh kami jadi pemandu pelancong lagi. =)




Suka benar pemandu pelancong hensem ni jalan-jalan. Sampai sekarang pantang dengar bunyi bas. 'Ma, jom jalan. Naik bas 380.' Tak pun satu lagi ayat dia. 'Ma, nak naik bas takda bumbum.'


Adoyaaiii.. habis la. Dah ikut perangai bibik nampak gaya ni. Suka jalan. Hehe.


Siapa nak datang London lagi. Boleh Fatih jadi pemandu pelancong.


Jom ke London.




2 comments:

Anonymous said...

Salam...ema, sayunya hati ini...tiba2 ana merindui saat2 itu...manis sekali...T__T

~fathiyah~

Fazlinil Irma said...

ana jugak merindui saat kita bersama.. sekejap tp manisnya masih terasa.

itulah nikmat ukhwah yg Allah titipkan dlm hati kita. moga ianya membawa kita bersama nanti ke syurga Allah.

insyaallah.. sayang anti kerana Allah swt..