Friday, November 12, 2010

Chocolate Milkshake.

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat, penghulu segala hari.



Bahan-Bahan :

5 sudu besar ais krim perisa vanilla
1 cawan susu segar
1 cawan ais kiub
1/2 papan coklat bar
2 sudu besar gula
1/2 cawan double cream atau whipped cream - optional
serbuk koko - hiasan

Cara-Cara :

Satukan kesemua bahan. Kisar. Masukkan dalam gelas atau cawan. Taburkan dengan serbuk koko. Sedia untuk diminum.


Senangkan. Asalkan semua bahan ada di rumah. Boleh je buat. Kalau dah teringin pun, boleh je cari bahan kat kedai.

Kalau di Tinseltown ada macam-macam perisa milk shake. Mereka gunakan coklat bar yang dijual di pasaran seperti Ferrero Rocher, Kinder Bueno, Malteser, Kit Kat, Bounty, Galaxie, Crunchie... bla.. blaa.. blaa. Yang pasti milkshake Tinseltown memang terbaek. Tak leh lawan kot.

Saya pulak gunakan coklat yang ada je. Tu pun Fatimah dah bagi A+. Sedap katanya. Mula-mula macam biasalah, trade mark dia. Rasa sikit dulu. Hujung sudu je. Lepas tu, nah.. sampai separuh gelas dia minum sorang. 

Saya sanggup buat milk shake ni hari-hari untuk dia. Tu pun kalau dia suka. Nak bagi naik sikit berat badan. Bila tengok makin hari, makin kurus pulak.

Kalau jalan tak mustahil boleh terbang dek angin yang kuat sekarang. ^_^

Hari ni 11 haribulan 11 di bulan sebelas. Cantikkan nombor. Ni pun tahu dari blog Kak Faten. 



8 comments:

NaniRostam said...

Salam. betul faz. elok kita beli yang basic jer. lepas tu modify la dengan apa sahaja kesukaan kita....jimat kan?

p!nkerton said...

bestnya jadi fatimah, nak duduk dgn kak irma jugak lah :D

shafida said...

sedapnya irma....
tapi memnag xpandailaa nak buat, double cream atau whipped cream pun saya xpernah tengok..huhuhuhuuh
tapi sedapnya...... menjilat jari...

shafida said...

sedapnya irma....
tapi memnag xpandailaa nak buat, double cream atau whipped cream pun saya xpernah tengok..huhuhuhuuh
tapi sedapnya...... menjilat jari...

eLLy said...

akak nak resepi Kinder Bueno yg arii tuuu ;)

Anonymous said...

kak, 1/2 papan coklat bar tu agk2 bpe gram ye?

Fazlinil Irma said...

dear anon.

alamak.. akak pun tak pasti. kalau adik beli coklat yg kecik boleh pakai satu. akak sbb coklat besar, pakai separuh saja.

apa pun coklat lebih xde masalah. lagi bertambah sedap. ;)

Zaira said...

slurp slurp..lazat. dari muda sampai tua memang suka susu dan coklat.