Wednesday, March 30, 2011

Wordless Wednesday (2)

Assalamualaikum wbt.


Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah.

Medan Selera Bangunan MARA.

Jalan Tungku Abdul Rahman.

Bintang : 4/5. Sedap.



Tuesday, March 29, 2011

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga.

Assalamualaikum wbt.


Gambar mangsa gemba bumi di Jepun yang ditemui oleh pasukan penyelamat. Keadaan di mana seorang ibu sedang memeluk erat si anak untuk melindungi dia dari bahaya. Gambar ni saya tengok dari FB abang Azhar.


Ini semestinya gambar mak saya. Kami bertiga dengan anak saudara berjalan kaki nak ziarah kubur arwah abang. Mak nak tanam pokok bunga melur. Masa di London saya hanya mendengar segala rasa sedih dan luahan hati seorang emak dari saat arwah sakit sampai la bila kehilangan abang. Balik Malaysia berada di samping dia dan melihat sendiri dengan mata sendiri. Ya. Phewww. Air mata ni susah nak ditahan walau sudah setahun berlalu. Rasa rindu tetap ada dan takkan pudar. Lebih lagi sekarang saya tinggal di rumah yang dibeli arwah sebelum pergi. Sentimental value tu lagi tinggi. 

Mode muhasabah diri. 

Sayangi keluarga anda setiap hari.  ------- > Vitagen. Ehh. !



Saturday, March 26, 2011

Earth Hour 2011.

Assalamualaikum wbt.



8.30 - 9.30 malam.

Tahniah buat anda yang sama-sama menyokong Earth Hour tahun ini.




Friday, March 25, 2011

Chocolate Chip Muffins Siaapp..!

Assalamualaikum wbt.


Salam petang Jumaat.

Jemput minum petang. Chocolate Chip Muffins. 

=)

Kopi Kegemaran - Whittard of Chelsea.

Assalamualaikum wbt.

Saya bukanlah penggemar kopi jauh sekali sampai jadi ketagih. Biasanya seminggu ada la sekali dua bancuh kopi satu mug. Lama lepas tu dalam seminggu dua baru minum balik. Satu alasan saya tak suka minum kopi sebab tak suka keluar masuk tandas lepas minum. 

Masa di England, seorang kakak memperkenalkan sejenis kopi dari jenama Whittard of Chelsea. Aroma dia saja sudah cukup menggoda saya yang duduk di ruang tamu. Semerbak harum dari dapur. Bila dah mula minum masing-masing sibuk bertanya kopi jenis apa yang digunakan. Sibuk konon nak belilah lepas tu. 

Lama lepas minum kopi di rumah kakak tu sampaikan saya tak ingat langsung nak beli. Ni kes bukan penggemar tegar lah kan. Tak kisah. Ada teh pun dah cukup.

Satu hari seorang lagi kakak menghadiahkan saya sebotol kopi dari Whittard of Chelsea. Mula dari situlah saya semakin kerap bancuh kopi menggantikan teh atau susu. Dah ada depan mata. Guna aje lah. =)

Habis sebotol kopi yang dihadiahkan barulah saya tergerak hati untuk cari sendiri kedai yang menjual kopi jenis ni. Kedai dia tak banyak. Saya ingat lagi kedai yang saya beli ni terletak di Victoria Tube Station. 

Mula-mula teragak-agak juga nak beli atau tidak. Saya sorang ja minum kopi kat rumah tu. Kak Siti sekeluarga lebih gemar minum teh. Dalam duk teragak-agak saya sambar juga tiga botol pelbagai perisa. Masa tu ada promosi tiga botol 10 pounds. 

Sejak ada stok tiga botol ni lah saya semakin kerap minum kopi. Boleh kata ketagih jugalah. Untungnya saya minum kopi cair. Tak pekat macam yang dijual di kedai. Alasan boleh minum berkali-kali. =)

Sedihnya pula, saya tak bawa balik kopi ni ke Malaysia. Dah ingat masa minggu terakhir nak balik. Dalam duk kalut jadi pemandu pelancong. Kemas beg. Sampai lupa nak pi beli. 

Bila balik Malaysia pilihan yang ada hanyalah Nescafe atau pun kopi cap Hang Tuah. Mulalah teringat-ingat kat kopi di sana. Gulpp..!

Teringat ja. Takdelah sampai meleleh air liur bila tak dapat. ;)




INFO - Kopi Railway Kluang TAK HALAL. Baca sini.

Asam Pedas Sardin.

Assalamualaikum wbt.


Tengah duk belek-belek album gambar sampailah kat gambar asam pedas sardin ni. Duk tengah telan liur sekarang ni. Waaa.. dah pukul 2 pagi. Mana nak gagau serai, daun kesum dengan halia atau lengkuas bagai. Esok pun tak tentu rajin lagi nak masak. ;P

Harap-harap esok pagi hilanglah kempunan ni. Jika tidak, esok tengahari balik rumah mak di Keramat masak kat sana. 




Macam ni lah kot kawan-kawan saya rasa bila tengok gambar masakan saya. Sekarang, tuan yang masak pun meleleh air liur. :P

Daffodils, St James's Park.

Assalamualaikum wbt.

Baru lepas tengok album bunga daffodils Kak Niza di London. Bertambah-tambah rindu nak jalan kat sana. Sekarang bunga daffodil dah keluar menunjukkan seri kuningnya di taman. Teringat tahun lepas saya bertiga dengan Fatimah dan Maryam gigih keluar ke St James's Park semata-mata nak tengok daffodil kat sana.

Hati ni memang nak sangat pergi sebab dah tahun akhir kerja kat sana. Memang pulun habis-habisan keluar hujung minggu masa musim bunga.

Antara banyak-banyak taman yang ada di London, memang St James's Park sahaja yang ada banyak daffodils tumbuh memenuhi sekitar taman. Dari jauh dah nampak warna kuning bunga. 

Subhanallah, cantik!


















Ikutlah resmi daffodil. Semakin berseri tunduk ke bumi. =)



Thursday, March 24, 2011

Selalu Lupa Siram Pokok.

Assalamualaikum wbt.

Setiap kali mak tanya saya dah siram pokok ke belum. Jawapan yang banyak kali diberi ialah tak. Seminggu ada tujuh hari. Ada la sehari dua ja yang tak siram. Sian mak. 

Mak pun tanya bila saya tak siram. Ada banyak hari yang lain dia tak tanya pulak. Aisshh, saja nak bagi reputasi anak solehah + rajin terjejas. ;P

Apa la saya ni kan. Bukannya jauh sangat pun pokok tu. Duduk dari ruang tamu pun dah nampak deretan pokok dekat balkoni. 

Biasa bila dah ingat tak nak buat terus. Nak tunggu petang baru nak siram. Bila dah sampai petang ralit dengan kerja lain. Terus lupa. Bila jenguk luar. Eh dah malam. 

Dah terbiasa dengan rutin siram pokok mesti waktu petang. Jadi bila dah sampai malam konon tak boleh la siram. Tunggu esok je. Sian pokok dahaga.

Walaupun hujan tiap petang. Bangunan ni bagus sangat. Tak tempias langsung kat balkoni. Nak jugak kena siram.


Tengoklah. bukannya setaman nak kena siram. Sepuluh pasu ja. 

Azam umur meningkat : nak rajin siram mandikan pokok. =)

Wednesday, March 23, 2011

Kopi Susu.

Assalamualaikum wbt.




Kopi susu kurang manis tambah gula,

Badan lesu kerana hati kecewa,

Kopi susu dicampur gula melaka,

Kerana nafsu badan menjadi merana.


Wordless Wednesday (1)

Assalamualaikum wbt.





Tuesday, March 22, 2011

Hadiah Hari Jadi.

Assalamualaikum wbt.



TERIMA KASIH MAK..!!


Monday, March 21, 2011

Dragon Fruit Ice Blended.

Assalamualaikum wbt.



Tadi makan malam saya order air ni. Sedap sampai ke otak. 

Sejuknya. Masyaallah. Sampai takut jadinya.

 Setiap kali minum terus zaasss sampai otak. 

Air ni tak sesuai diminum bila dahaga. Takut beku otak terus. 

Bahaya..!!


Air Tangan Mak - Kerabu Mangga.

Assalamualaikum wbt.

Menu makan malam tadi. Mak masak ikan kembung masak taucu dengan kerabu mangga. Saya tolong cincang mangga, gaul dan jadi tukang rasa. Mak tak boleh rasa sebab puasa. Hari ni hari terakhir mak puasa selepas tiga hari. 

Lepas siap masak semua. Jiran sebelah datang hantar keropok lekor dari Terengganu. Sayalah orang yang paling seronok. Rezeki mak yang berpuasa. Saya tumpang tukang makan.


Macam biasa, lepas upload gambar kat facebook. Ada yang bertanya resepi. Jadi buat cik adik manis yang bertanya. Moga tak patah semangat untuk mencuba ya. =)

Bahan-bahan : ( 5 orang makan)

2 biji mangga muda sederhana besar. -mangga kecil. boleh tambah bilangan.
1 mangkuk tauge - tak perlu dicelur. nanti tak ranggup.
1 biji tomato- potong dadu
5 biji cili padi-tumbuk atau potong halus.
1 bawang besar- mayang.
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar beras - sangai sampai bertukar warna coklat. jangan sampai hangus ya. tumbuk atau kisar kering. jangan kisar sampai jadi tepung. kisar macam kita kisar kacang tanah.
2 ekor isi ikan kembung yang sudah direbus. Mak guna ikan goreng sebab dah sekali jalan dia goreng ikan. Guna ajelah ikan goreng tu. Kalau takde ikan kembung. ikan selar pun boleh.
Garam dan gula sedikit.
2 biji limau kasturi.-diambil jus

Cara-Cara :

1-  Mangga muda diparut. Lagi best kalau dapat sagat yang jadi panjang-panjang. Baru nampak cantik. Saya cuba parut dengan penyagat. Tak cantik. Jadi hancur. Barangkali mangga saya dah lembut. Jadi saya cincang-cincang saja.

2- Gaulkan semua bahan dengan penuh kasih sayang. Ramas-ramas sikit supaya bahan jadi mesra alam.

Petua mak - bila masak, bila nak masukkan garam dan gula, masukkan sedikit demi sedikit. Masukkan sikit rasa. Tak cukup masin, tambah sikit lagi. Melainkan kita dah pakar bolehlah tuang terus dua sudu. Peluang untuk jadi 'Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak boleh nak makan' tak lah berlaku. =D

Selamat mencuba.


Sunday, March 20, 2011

Blueberry Muffins.

Assalamualaikum wbt.



1.01 pagi.

 Sedang membakar muffins untuk mak.

Katanya nak dibawa ke rumah kawan.


Saturday, March 19, 2011

Teh 3 Layer.

Assalamualaikum wbt.


Salam hujung minggu semua. Tadi teman mak makan malam saya order air teh 3 layer ni. Nak tahu jugak rasa dia sedap sangat ke.  Slurrrrppp... boleh la. Ini pertama kali saya minum. Tak boleh nak banding dengan tempat lain. Kena cari kedai mamak lain nak tahu rasa apa. Ada beza dak.

Saya pernah tengok dalam blog masakan. Dorang guna susu cair + susu pekat. Pastu masak teh tu sampai pekat. Yang ini beza rasa dia. Dorang guna gula merah + susu cair + teh. Bagi saya rasa dia lemak pekat sangat.  

Bak kata mak, sedap lagi teh tarik. Orang belanja semua sedap. Tak sedap pun telan je. Jangan banyak songeh. Nanti takde orang nak belanja dah. =)

Dekat kedai bawah ada gerai jual makanan arab. Tadi dia bagi cuba makan falafil. Ramai jugak anak arab beli Fajitas tadi. Saya tanya, 'bila nak mula jual kebab?'.

Jawapan tokey, 'Esok.' 

Horreyyy..!! 

Esok boleh jumpa anak arab comel lagi.


Happy World Book Day.

Assalamualaikum wbt.

Rupanya 3 Mac adalah Hari Buku Sedunia. Saya tahu pun bila tengok iklan yang ditayangkan di TV3 setiap hari. Takde Hari Buku Sedunia pun saya tetap membaca. Setiap kali keluar berjalan mesti bawa buku sebuah dan ada masa bila tamak datang. Bawak sampai dua tiga buah buku sebab tak tahu nak baca yang mana satu.

Sekarang bila dah balik Malaysia lagi lah bertambah tamak. Tamak gila. Setiap kali pergi shopping mall mesti (baca:wajib) masuk kedai buku. Bila dah masuk tu jangan harap la nak keluar dengan tangan kosong. Paling sikit dua buah. Paling banyak sepuluh buah. Geram tengok lambakan buku yang bagus untuk dibaca. Sampai satu tahap bila tengok buku yang dibeli dah bertimbun. Insaf sekejap. Dalam hati duk kata, 'aku ni beli buku saja. bacanya tak habis-habis pun. duk keja belek je memanjang.'

Kesedaran tu hanya mampu bertahan paling lama dua minggu. Ya, dua minggu. Lepas tu dia buat tak sedar diri beli lagi buku. Beli dan beli sampai satu tahap. Bila buku-buku tu disusun dah tak muat rak nak sumbat. Yeaayy.  suka. suka. Sangat suka tengok buku yang teratur kemas satu ketika dulu di majalah. Rumah orang. Kedai.Kini berada di depan mata. Kepunyaan sendiri hasil titik peluh dari minat membaca.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Terima kasih mak untuk hadiah (sponsor) bina kabinet buku ni dalam bilik saya. Bayangkanlah kalau takde kabinet ni semua. Mahunya buku-buku saya yang banyak ni tersimpan dalam kotak saja.


Ini koleksi novel bahasa melayu yang saya kumpul (beli) sejak mula bekerja. Dapat gaji pertama terus beli novel. Masa tu gaji kecik. Jadi bujet pun beli dua buah ja. Tak boleh lebih. Tu pun dah seronok sakan. Malam tak leh lena selagi tak habis membaca.

Kerja-kerja membeli novel ni diteruskan juga walaupun saya bekerja di London. Siapa lagi mangsa belikan novel untuk saya kalau bukan mak. Penulis novel pun kenal mak saya yang tahu dia belikan novel untuk saya di London. Sayang mak.


Ini adalah koleksi bahasa inggeris yang majoritinya saya beli di car boot sale. Tujuan asal beli buku-buku ni untuk dijual. Bila balik Malaysia niat tu dah bertukar. Sayang la pulak nak jual. Sayang sangat. Ada beberapa orang yang berminat mahu membeli. Jawapan saya masih lagi sama. Not For Sale. ;D


Sudut kegemaran anak-anak saudara saya. Bukan mereka sajalah. Semua budak suka. Mak budak pun suka. Senang hati dorang nak bersembang lama-lama sebab anak-anak tak berzikir ajak balik bila dah mula main kat sini. Saya pun tumpang sekaki main dengan dorang. Seronok sekali sekala layan main barbie doll ni. Zaman saya kecik dulu main patung kertas yang dibuat dari surat khabar. Rupanya sebijik macam patung kat sawah padi untuk halau burung tu.



Sudut bacaan untuk kanak-kanak. Orang dewasa pun boleh. Takde masalah. 


Inilah pengguna setia sepanjang cuti sekolah selama seminggu ni. Bangun pagi terus main. Senyap sampai tak hirau makan dan minum. Seronoknya bila dorang tak kisah langsung nak tengok kartun. Leka main kat sini.




Hari-hari buat muka comel macam ni. Kensel mak lang nak marah bila tengok bilik bersepah tak berkemas lepas main. Sekarang dia dah mesra dengan saya. Pantang ajak berjalan. Nak aje.

Tadi dorang dah balik lepas seminggu habiskan cuti sekolah di sini. Sunyi sepi rumah sampaikan saya sendiri binggung duk sorang kat depan tv. Mak awal-awal dia dah masuk bilik. Tidur. 

Tinggallah saya sorang-sorang. :(


Tuesday, March 15, 2011

Meatball in Tomato Sauce.

Assalamualaikum wbt.

Haaiii.... ~ ala.. ala... sleeping beauty yang tidur 100 tahun baru bangun. Ini versi tuan empunya blog yang malas nak menulis entry. Maafkan kami.~

Ini pun saya tulis sebab nak kongsikan resepi. 

Oh... so sweet..!! ;P

Dah lama saya cuba resepi Meatball in tomato sauce. Tak la lama mana pun. Hari Jumaat lepas. Nyum... Nyum... wallah. Seronoknya bila mood rajin masuk dapur datang sekali sekala. Masa ni lah saya akan gunakan semaksima yang baik untuk memasak. Bila mood memasak ala kadar sahaja. Menu brunch saya ialah biskut dengan air milo sementara tunggu petang nak turun bawah pilih mana satu restoren yang nak cuba. Bila tak sedap (baca: tak kena selera) mulalah komen tak sedap. Bla. bla. bla. Esok cari kedai lain pulak. Sampai la dah boring nak makan kat kedai. 

Resepi meatball. 5-7 orang makan.

500 gram daging cincang
2 biji bawang besar -dipotong dadu
3 ulas bawang putih -dicincang
1 biji telur-dipukul sedikit
3/4 cawan bread crumb
1 sudu besar mentega
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh rosemary
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam

Cara -cara :

Gaulkan kesemua bahan di atas sehingga sebati dan mesra. Bentukkan menjadi bebola sebesar bola ping pong. Pastikan anda kepal dengan sebaiknya untuk mengelakkan bebola terlerai ketika dibakar.

Siap kesemua adunan bebola. Bolehlah dibakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 170 'C atau digoreng di atas kuali dengan kadar minyak yang sedikit selama 10 min. Syarat tak nak melekat. Jika ada kuali non stick lebih baik. Amalkan gaya memasak yang sihat. ;)

Sambil menunggu bebola daging masak. Boleh lah disediakan kuah tomato.

Bahan-bahan :

1 mangkuk tomato cincang/dadu, anggaran 3-5 biji tomato- kalau jumpa tomato soup dalam tin yang siap ada creamer tu lagi best. sedap.
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang halus
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan tomato paste
2 sudu besar oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 cawan air - boleh tambah air kalau rasa kuah pekat sangat.
minyak untuk menumis

untuk dibakar :

parmesen cheese 
mozarella cheese

Cara-cara :

Tumiskan bawang sampai garing. Masukkan cili kisar. Tunggu sampai cili garing. Masukkan sos tiram, cili dan tomato paste. Kacau sampai sebati.

Masukkan tomato cincang atau tomato soup. Kacau sampai mendidih. 

Masukkan serbuk lada hitam, oregano dan garam. Rasa secukupnya. Cukup masin, masam dan pedas. Boleh tutup api.

Alihkan sos tomato dalam bekas yang tahan panas. Susun bebola daging dan taburkan cheese.

Bakar dengan suhu 180'C selama 20 minit sehingga cheese bertukar kekuningan atau garing keemasan.

Boleh di hidang dengan spaghetti atau dimakan dengan roti macam Subway. Waahhh.. terliur lah pulak saya malam-malam ni. Gullpp..!!





Selamat mencuba ya kawan-kawan..!!