Wednesday, June 29, 2011

Resepi Pavlova.

Assalamualaikum wbt.


Apa dia Pavlova ni?

Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. :) Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Takpalah. Biar depa bergaduh. Pentingnya kita cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.

Raaaajinnya cik Irma menterjemah teks yang disediakan di Joyofbaking.com ye. hihi. 


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Apa kata saya :

Sedap. Melalui pembacaan, mereka mengatakan rasanya seperti marshmallow. Selepas mencuba sendiri, apa yang boleh saya katakan, pavlova lagi sedap dari marshmallow. Makan sampai tak sedar dah habis sepotong. :)

Semestinya pavlova ni manis rasanya. Nak kata manis sangat tu tak lah. Saya pernah makan dessert yang lebih manis. Contohnya macaron. Bila dimakan dengan buah yang masam (strawberry, blueberry,kiwi) rasa manis tu dah hilang dalam rasa masamnya buah-buah ni. Mak saya tetap kata manis. Saya tak leh nak ambil pendapat mak saya sebab dia memang jaga kesihatan betul. Satu jug besar air teh dibancuh dengan satu senduk gula sahaja. Nak bagitahu jugak. Dalam mak duk kata manis. Habis juga sepotong pavlova. ;D

Bagi sesiapa yang merujuk pada resepi Joy of baking. Dia menggunakan suhu 130'C. Sebagai anak murid yang taat ( tang ni yang taat pun. tang lain ada je derhaka.) saya guna suhu 130'C. Selepas 50 minit pavlova saya masih lagi tak bertukar wajah seperti yang saya nak. Bila dipegang masih lagi rasa melekit dan tak betul-betul garing kulitnya.

Dalam masa yang sama saya tutup api. Jarangkan pintu oven untuk sejukkan meringue. 

Bila dah sejuk, saya sentuh lagi. Pasal tak puas hati, saya panaskan balik oven dengan suhu 150'C dan tunggu api panas. Saya masak balik selama 1/2 jam. Haaaa.. kali ni baru puas hati. Kulit dia bertukar menjadi keperangan dan ada rekahan kecil yang membuatkan saya tersenyum. :)

Kemudian dalam satu video youtube, dia gunakan cream of tartar menggantikan tepung jagung dan cuka masakan. Saya yang teruja dengan cara mudah telah menderhaka resepi Joy of baking. Kan dah kata. Ada je nak derhaka. ;)

Satu lagi terakhir, Joy of baking guna esen vanilla. Saya pulak ikut resepi yang tak guna. Jadi bila makan ada rasa hanyir sikit. Betul. Sikit ja. Tak mencacatkan pun rasa pavlova yang sememangnya sedap. Jadi gunalah esen vanilla ya. Kalau tak nanti ada bau hanyir. 


Sumber rujukan :

Joy of baking - klik sini.

Salam Dua Benua - klik sini

Delia's Strawberry and Vanilla Pavlova - klik sini.

Youtube - klik sini

Summer Pavlova - klik sini


Rasanya tu je kot nak kongsi. Kalau malas nak buat, order je dengan saya. ;) 

Tuesday, June 28, 2011

Selepas 2 TAHUN. Baru saya mencuba. PAVLOVA.

Assalamualaikum wbt.


Selamat petang. Mesti semua orang dah makan kan. Saya je yang belum. Duk sibuk menggodek cik adik manis Pavlova ni. Semalam dah siap bakar meringue. Hari ni baru saya siap hiaskan dengan whipped cream dan buah segar.

Rasa. Belum tahu lagi. Saya sejukkan dalam peti ais.

Nanti dah rasa, baru saya kongsikan resepi ya.Sekarang jamu mata dulu ya dong..!

Dua tahun dulu saya tahu Pavlova ni dari blog Kak Min. Salam Dua Benua.

 Lama betul baru saya cuba kan. :)

Monday, June 27, 2011

Jus Tembikai Laici.

Assalamualaikum wbt.

Biasa bila makan kedai, saya rajin juga mengorder air ni. Gabungan tembikai dan laici. Sedap kalau kena gaya. Kadang pernah juga beli, tak sedap juga. Lain orang, lain cara bancuhannya. Kadang rasa nak suruh je dia buat lain. Tak sampai hati. Minum la jugak sampai habis. 

Semalam bila ada tetamu datang rumah. Saya hidangkan air tembikai. Memang plan beli tembikai lebih, sebab nak buat jus tembikai laici pulak.

Memang puas hati bila dapat buat sendiri. Ramai orang boleh minum banding dengan beli di kedai. Dengan harga RM4.50 hanya dapat segelas sahaja.

Meh saya nak kongsi resepi.

Bahan untuk 4-5 orang minum.

1/4 biji tembikai. - lebih pun tak apa. 
1 tin buah laici (gunakan airnya untuk kisar tembikai)
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 mangkuk ais kiub

Cara-cara.

Masukkan semua bahan kecuali buah laici. Kisar sehingga semuanya hancur. Tuangkan dalam bekas yang mengandungi buah laici. Masukkan ais kiub. Sedia untuk diminum ketika sejuk. 

Mudah saja nak buat jus tembikai laici ni. Ikut suka kita nak cair atau pekat. Bagi saya bila namanya jus biarlah betul-betul jus. Baru puas hati minum. Tak sedar dah bertambah sampai 2-3 gelas. Kenyang air. hihi.

Satu lagi, nak kena pandai pilih buah tembikai. Tersalah pilih, akan dapat tembikai yang tawar. Masa ni kena tambah gula untuk memaniskan air. Nak selamat, suruh ja pekedai tu belah tembikai. Baru puas hati. Jangan pulak balik rumah sakit hati kalau beli sebiji tawar isinya.

Tip memilih tembikai.

Haa.. biasa tak tengok orang tepuk-tepuk tembikai sebelum beli. Seorang kawan saya ajar cara nak beli tembikai. Kena tepuk kulit tembikai. Kalau bunyi dia seperti kosong maknanya buah tu dah masak. Kalau tepuk rasa mampat. Maknanya belum masak.

Saya sendiri bukannya pandai. Tepuk-tepuk jugak. Dalam hati ada rasa tak yakin. "Eh, ni masak ke tak aa??"

Langkah paling selamat beli yang dah siap belah. :D

Pakcik saya bila ditanya kenapa dia tepuk buah tembikai. Dia kata, "orang tepuk. pakcik pun tepuklah."

Adoiii... apalah pakcik. Saya ingat dia terer pilih tembikai.


Satu gelas untuk anda yang membaca entry ini. Terima kasih. :)



Bila ada tetamu, angin rajin memasak pun datang.

Assalamualaikum wbt.


Semalam ada tetamu. Adik-adik yang sedang belajar di UM. Saya fikir nak masak yang senang dan disukai ramai. Jadi inilah menunya. Spiral bolognese. Blueberry cheese tart dan fruit cheese tart tu memang dah ada dalam peti ais. Lebihan dari tempahan hari Jumaat. Kek span pun lebihan mak dapat dari majlis bacaan yasin kat sini. 

Bila digabungkan dengan jus tembikai, maka lengkaplah hidangan untuk dijamu kepada tetamu. Senang je. Dalam masa sejam dah siap masak. Kalut jugaklah masak walaupun sekejap ja. Ingatkan dorang nak sampai awal. Rupanya dorang tersekat di rumah Asma. Tuan rumah tak bagi balik awal. Asma pulak segan nak datang. Semalam, Jumaat tu dia dah datang rumah ambil tempahan Blueberry Cheese tart. Rugi Asma tak datang. Eceh. Saja ja kan. ;)

Suka bila tengok dorang makan berulang tambah. Sambil mulut tak henti bercerita sambil makan. 

Dah habis makan, melepak depan tv melayan cerita hindustan. Kami tengok Devdas kat tv2. Dalam masa yang sama sembang dengan Asiah pasal bakeri. Terima kasih Asiah untuk tips membuat pastri. Tak sabar nak  pergi Setiu. Asiah nak ajar deco cake secara percuma. :)

Malam pula, bergelut menyiapkan tempahan cheese tart yang selamat diambil pagi tadi. Jam 8.30 pagi barulah saya dapat lelapkan mata. Letih tak yah cakaplah. Sedar-sedar dah pukul 2.30 petang.

Bangun. Periksa telefon. Ada satu lagi tempahan. Alhamdulillah. :)


Thursday, June 23, 2011

Cerita Putu Bambu yang sedap.

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak pergi beli barang bakeri di Bagus Melawati. Semenjak dah tahu ada kedai bakeri di Danau Kota. Memang jarang ke sana. Sebulan ada agaknya. Sampailah tadi bila dah senaraikan barang-barang nak dibeli, saya bagitahu mak nak pergi Bagus Melawati. Dah rindu nak tawaf dan belek barang di sana. :D

Allah izin turun je bawah, tak sampai 5 minit hujan turun dengan lebat sekali. Syukur ada payung. Berhujan jugak sekejap sementara tunggu teksi kosong.

Sampai je depan Bagus, sorang pekerja dah tersenyum bila nampak kelibat saya nak masuk. Saya senyum balik.

" Lama akak tak datang sini?"

Dalam hati, "Eh, dia perasan la saya dah lama tak datang." :)

Bila dah lama tak datang, saya perasan makin banyak stok barang di atas para. Kira takde la kosong ja sesetengah barang tu. Asyik takde stok je. 

Dalam duk asyik membelek barang baru yang tak pernah ada sebelum ni, datang seorang pekerja lain menegur. "Lama tak nampak akak datang ?"

Sengih saya dengar soalan yang sama. Kemudian kami sembang-sembang pasal barang bakeri. Barang yang dah ditarik balik kerana tiada tanda Halal. Kelas fondant. Tentang saya dan tentang dia. Kami punya minat yang sama. Seronok tengok hasil kerja dia membuat fondant. Kagum. Cantik.

Lama jugaklah saya menawaf kedai. Hampir dua jam. ngee..!

Sebelum keluar tadi, mak kirim beli putu bambu di Pasar Malam Melawati. Kata mak, putu bambu di sini yang paling sedap. Ada satu lagi di Chow Kit. Kata mak lagi, rasanya serupa macam yang dijual di Melawati.

Saya pula, dah berbelas tahun tak pernah ke pasar malam di KL. Semenjak pasar malam di Permata (sekarang tapak pasaraya Giant) bertukar di Melawati. Memang tak kuasa nak berjalan kaki sampai ke Melawati. 

Jadi bila pergi tadi, melilau kepala saya mencari gerai putu bambu. Kata mak, gerai dia di tengah pasar. Jalan punya jalan saya jumpa satu gerai . Dalam hati ni kot gerainya. Sebelum giliran saya, ada sorang pelanggan. Lepas je pelanggan tu beredar, saya tanya kat makcik yang menjual, "makcik, gerai ni satu je ke yang jual putu bambu?" Makcik sambil tersenyum menjawab, " ya nak. makcik sorang je jual putu bambu." Saya kata, "saya tak pernah datang sini. tu yang tanya. ni pun mak yang bagitahu. kata dia gerai makcik kat tengah pasar." Amboihhh... panjang lebar penerangan kamu Irma. Errr. nak cover malu. hikhiik.


Inilah rupanya Putu Bambu. Memang sedap -------> sangat..! :)

Siapa yang lalu pasar malam Taman Melawati pada hari Khamis. Cuba-cubalah berhenti sesekali. Beli putu bambu. Gerenti tak nyesal. Dari berhenti sekali terus berhenti tiap minggu. :)





Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday (7)

Assalamualaikum wbt.


;D

Kelas Cupcake di Bandar Saujana Putra.

Assalamualaikum wbt.

Ingat tak lagi entry Kaunter Pertanyaan Mahu Bertanya yang lepas? Lupa. Klik sini .

Lepas sahaja disahkan (ewah) menjadi pelajar Kak Edi, saya melipat gandakan usaha macamana nak pergi Bandar Saujana Putra. Mula-mula Google dulu kat mana BSP. Rasa macam tak familiar je kawasan tu. Makin lama makin stress jadinya sebab takde satu pun pengangkutan awam yang lalu sana. Sedih betul. 

Masa tu mula la teringat kat London. Nak pergi ceruk kampung mana pun ada bas yang lalu. Saya yang tak biasa pergi pun berani je redah pergi walaupun pertama kali. 

Bila pengangkutan awam di negara kita nak bertambah baik? Kesian pada kami yang SUKA (baca: mampu) naik bas je?

Dah habis usaha saya nak naik bas atau komuter, maka jalan terakhir adalah naik teksi terus sampai depan rumah cikgu. Dah malas nak fikir. Nak tenang-tenangkan fikiran. Esoknya kan nak pergi menuntut ilmu.

Pagi Sabtu jam 7.30 pagi saya dah keluar. Tunggu teksi. Biasa sekali tahan dah boleh naik. Hari tu LIMA KALI TAHAN pun, pemandu teksi tak nak hantar. Alasannya JAUH. TAK TAHU JALAN. 

Saya dah berdebar dalam hati. Jam dah menunjukkan pukul 8 pagi. Saya tak naik lagi teksi.

Sampailah teksi yang ke 6 berhenti. Bila saya kata nak ke BSP, dia mulanya tak tahu jalan. Saya tunjuk peta yang saya lukis. Dia dengan alasan yang sama tak berani nak hantar sebab jauh. Pakcik teksi tanya, 'Berapa yang awak biasa bayar?' Nasib saya dah kira-kira secara rambang tambang ke BSP. 

Pakcik teksi setuju untuk hantar. Dia minta tambah RM10 lagi. Takpalah kata saya. Sanggup. Asal sampai tempat yang dituju.

Dalam teksi sepanjang sejam perjalanan saya perlu dua kali lebih tenang dan sabar. Dalam diam akal ligat mencari jalan macamana nak bantu pakcik teksi yang tak tahu jalan. 

Pakcik teksi walaupun dia tak tahu jalan tetap juga cuba meyakinkan saya yang dia akan hantar saya walau macamana pun. Sampai satu ketika dia cakap, ' Pakcik dah lama perhati kamu tunggu teksi. Dua kali pakcik pusing, awak duk tunggu teksi lagi. Pakcik kesian. Tu yang pakcik berhenti bila awak tahan. Tanya nak pergi mana.' Terharu saya. Terima kasih pakcik.!

Sampai je kat Tol, pakcik teksi cuba tanya macamana nak ke BSP. Budak perempuan tol sendiri tak tahu. Aishhh. tak cekap betul. 

Masuk tol kedua pun sama. Tol gate girl yang tak dapat nak membantu. 

Syukur tol yang ketiga lelaki yang jaga. Dia pun cakap kami dah terlepas (baca silap) jalan. Kena patah balik dan ambil simpang selepas tiga pam minyak. 

Rupanya masuk Tol USJ (tak silap la) pastu nampak Lebuhraya Elite. Masa ni dah separuh LEGA. Alhamdulillah. 

Bila jumpa ja simpang Bandar Saujana Putra, lagi bertambah lega. Memang dah tak sesat la kan. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

5 minit sebelum pukul 9 saya sms Kak Edi. Kalau semua orang dah sampai, boleh je mulakan dulu kelas tanpa saya.

9.10 baru lah saya sampai. Punyalah lega sampai saya tambah lagi RM10 kat pakcik teksi. Tanda terima kasih saya pada dia kerana dalam 5 teksi yang saya tanya. Dia sorang ja sanggup hantar saya sampai BSP. 

Dari luar dah nampak kelibat Kak Edi menyambut kedatangan saya. Bila masuk ada 2 orang yang baru sampai. Lega lagi. Takde la saya lambat sangat. hehe. Masih ada 4 orang yang belum sampai.

9.30 Kak Edi mulakan kelas walaupun ada lagi 2 orang belum sampai.

Meh la tengok gambar pulak na. :)


Teruja betul dengan nozzle chekgu...!!


Mari bermain warna.


Tadaaa... Cantik betul contoh dari cikgu.


Contoh yang dibuat oleh chekgu.


16 biji yang dibuat oleh anak murid. Saya lah. Sapa lagi. :)


Kalau ada sesiapa yang nak belajar. Boleh la risik-risik pada Kak Edi. Klik sini untuk pergi ke blog dia.

Alhamdulillah, selesai kelas dalam pukul 1.30 petang. Syukur ada Kak Dina dan Kak Irma. Saya tumpang dorang sampai Wangsa Maju. Pastu naik teksi.

Terima kasih Allah kerana mempermudahkan perjalanan saya.




Tuesday, June 21, 2011

Gangguan Sementara Waktu.

Assalamualaikum wbt.


Inilah penggangu comel yang berada di rumah Danau untuk tempoh tiga hari. Barangkali lebih. Bergantung pada keadaan. 

Penggangu ni, bila datang pagi-pagi dah kacau mak lang dia. 

Buka je pintu, terus dengar suara. "Mak lang. Mak lang. Mak lang mana Mak Lang."

Orang yang tengah tidur pun boleh terjaga. Siap boleh senyum lagi dengar suara dia. Geram. 

Dah nampak saya terus cakap, "Mak lang nak wek wek." Selagi saya tak tunaikan permintaan. Selagi tu dia akan ulang sebut. Kadang saja ja saya melambat-lambatkan masa. Nak ngusik. 

Bila dah start dengan 'wek-wek', memang takkan habis la seharian. Bila dah penat layan 'wek-wek', saya ajak masuk bilik pulak. Main kat sana.

Tulah kerja saya dua hari ni. Sementara dia ada kat rumah kan. Nanti dah takde. Mulalah saya boring. :)

Masa tu saya dengan internet bagai isi dengan kuku kembali. 






Tengok gambar pun dah geram. Pipi tu memang jadi mangsa la. Duk cium tak sudah.

Baru je balik sejam dah mula rindu.

Nampak gaya kena tunggulah esok sehari lagi.

Oh... nak tahu apa dia 'wek-wek'. Sila klik di SINI. :D

Sapa ada anak saudara boleh la layan 'wek-wek'. hihi.

Thursday, June 16, 2011

KAUNTER PERTANYAAN MAHU BERTANYA.

Assalamualaikum wbt.

Ada sesiapa pembaca yang tinggal di BANDAR SAUJANA PUTRA, Jenjarom, Kuala Langat. Atau KAWASAN SEKITAR berdekatan dengan Bandar Saujana Putra.

Kalau ada sila angkat tangan (tinggalkan komen). Email pun boleh. ---> niel_2203[at]yahoo.com

Saya ada nak tanya sesuatu kat anda di sana.

Terima kasih pada yang sudi berikan kerjasama.

TERIMA KASIH BANYoK deh..!! ^_~

*** Alamat tuan tanah yang bertanya pun boleh silap. Bukan Hulu Langat. Kuala Langat. Terima kasih pada yang prihatin.





Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday (6)

Assalamualaikum wbt.



Tunggu ya. Klik SINI.

Friday, June 10, 2011

Gambar dekat. Imej atas pokok.

Assalamualaikum wbt.


Inilah gambar dekat. hehe. Sama tak dengan tekaan korang. :)

Masa kejadian saya teka orang tengah kutip teh. Konon belakang tu bakul nak letak teh la kan. Bila korang teka mat rempit. Munasabah juga. Last tadi Abu Adam teka orang potong rumput. Pun ada logik juga.

Macam-macam imaginasi korang. Senyum saya baca sorang-sorang.

Wednesday, June 8, 2011

Saya nampak sesuatu.

Assalamualaikum wbt.


Ce korang perati betul-betul gambar ni. Ada tak korang nampak apa-apa?

 :)





Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Assalamualaikum wbt.

Selepas puas (nak kabo, kawe dok beli. teme mok daghe je.) menghulurkan duit di Pasar Khadijah, kami bergerak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Siap dengan beli bekalan untuk makan di tepi laut. Sampai saja di PCB, cuaca masih lagi panas membahang dengan ditambah angin bertiup kuat. Habis terbang tudung kalau tak dipegang. 

Saya duduk je dekat pondok yang disediakan. Masa ni orang tak ramai lagi. Panas kan. Sapa nak pergi pantai panas-panas kecuali kami orang luar. :D

Dah puas duduk dengan perut pun kenyang. Barulah terasa nak turun dekat gigi air. Tak main pun air. Malas ah nak bagi kasut dan stokin basah. Zaman main air laut dah berlalu. Sekarang tengok je anak-anak kecil bermain termasuk sepupu bertiga sambil merakam aksi mereka.

Sekarang saya kongsi gambar pemandangan dulu. 
















Masa ambil gambar ni memang panas. Fuhh, matahari senget sikit ja dari atas kepala. Nak pakai topi pun tak berbaloi. Sekejap je dah nak diterbangkan angin.

Lama jugaklah kami di pantai. Ada lebih kurang tiga jam. Sempat main layang-layang. Sempat juga tengok orang buat pertunjukan main ular. Tapi tak habis. Sebab orang tu cakap banyak. Orang nak tengok ular. Bukan dengar dia cakap sambil jual ubat panas. 

Pukul 7 baru kami beredar balik ke rumah tumpangan di Wakaf Bharu.

Puas hati sungguh jalan-jalan kali ni ke Kelantan. Terima kasih Pak Uda. :)


Tuesday, June 7, 2011

Buah manggis. Dua minggu lagi masak la dia.

Assalamualaikum wbt.





Kata Mak Uda, " Sekilo harga dia RM1.50." Aaarrghhh. sedapnya dapat makan buah manggis. Duk telan liur je bila tengok pokok. Haa. baru tengok pokok. Makan isi apatah lagi kan. Gulp. Gulp. Sedapnya.


Harga sekilo manggis di Harrods 23.95 pounds. Rambutan 24.95 pounds. 

Orang Pantai Timur panggil manggis dengan nama lain. Buah semeta kan? :)

* Oh. silap deh. Oghe Kelate panggil buah setto. Maknanya orang Terengganu sajalah yang panggil buah semeta. Terima kasih Lily. :)




Emping makan dengan nyior muda.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dah selamat sampai rumah Danau petang tadi jam 6. Disambut oleh mak yang tolong bukakan pintu pagar sebab anaknya penuh tangan kiri dan kanan dengan beg tarik dan beg plastik termasuk beg sandang belakang. Kes beg beranak satu selepas dua minggu di kampung.

Sambil duduk bercerita, mak menyelongkar beg saya mencari ole-ole dari kampung. Satu dari yang dicari ialah emping. Rezeki saya bila balik kampung dapat memanjangkan langkah sehingga ke Jitra, Kedah. Selepas mengambil sepupu di asrama, kami ambil peluang singgah di Pekan Rabu Alor Star. Tu pasal dapat belikan emping untuk mak.

Biasa makan emping..? Kudapan yang terkenal di zaman dahulu kala. Kalau tanya orang muda sekarang mungkin ramai yang tak tahu. Saya tahu pun sebab emping ni makanan kesukaan mak. Sejak kecil memang selalu nampak mak makan bila ada kesempatan pulang ke kampung. Lama-lama saya sendiri suka bila dapat makan sekali sekala. 

Emping dibuat dari padi separuh matang yang ditumbuk sehingga nipis. Padi yang separuh masak memang berwarna hijau. Jadi emping ni memang semulajadi warnanya. Bukan ditambah pewarna eh. :P


Dapat je emping terus mak masuk dapur kukur nyior muda. Lepas 10 minit kami sama-sama menikmati emping yang digaul dengan nyior muda dan sedikit gula. Sedap. Berkruk-kruk mulut mengunyah. Tak cukup satu mangkuk. Bertambah. Sedap sebab mak yang buat. :)



Monday, June 6, 2011

Bila burung pulang ke sarang.

Assalamualaikum wbt.

Hari terakhir di kampung. Petang tadi sempat jalan-jalan buat kali terakhir menikmati kehijauan bendang yang sedang dalam proses menanam. 

Keluar pun dah lewat. Dalam saya berjalan di tepi bendang , ternampak sekawan burung (bangau kot) sedang terbang rendah menuju ke satu destinasi. Cantik je mereka bergerak membentuk pelbagai rupa. Sambil tu tangan tak berhenti merakam aksi mereka. 

Ingatkan ada sekawan sahaja. Rupanya selesai sekumpulan, datang lagi kumpulan kedua. Tak habis dengan dua kumpulan. Datang lagi sekumpulan kecil burung yang akhirnya mereka semua rupanya  mahu terbang pulang ke sarang.

Bila diperhatikan, binatang pun tahu hukum alam. Bila sampai sahaja masa untuk pulang. Mereka akan pulang. Pulang untuk berehat sehinggalah tiba hari esok untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala.
















Saya tanya mak menakan tadi. "Ucu bila padi masak?" Katanya dalam bulan Ogos nanti. Bulan puasa. Harap-harap ada kesempatan untuk saya balik kampung lagi.

Nak tengok padi menguning. :)

Masa balik dari bendang. Sampai rumah saya duduk berehat sekejap nak keringkan peluh. Punyalah leka sampai tak sedar kaki digigit pacat. Mak Uda yang perasan bila tengok pacat dah gemuk kekenyangan. Saya pulak dah siap mandi terus solat Maghrib dan Isya'. Takde pulak kaki rasa gatal atau berdarah. Musykil. Musykil.

Rezeki kamulah pacat. Dapat darah budak Kolumpo. Sedap ke? :P



Sunday, June 5, 2011

Selepas 5 hari tiada entry.

Assalamualaikum wbt.

Salam pada blog yang lama ditinggalkan. 5 hari yang memang tak sempat nak menulis.

Hari Isnin saya sibuk dengan urusan di dapur. Dari membasuh pinggan mangkuk untuk kenduri sampailah menyediakan dua biji kek karamel dan 100 biji apam polka dot. Pukul 3 pagi baru selesai semuanya.

Selasa, kenduri kesyukuran sempena meraikan anak sulung Pak Uda saya dapat memasuki asrama penuh. Sekali lagi seharian ligat di dapur menolong apa yang patut. Tak sempat menunggu malam. Jam 4 petang saya dah tak larat. Nak buka mata pun payah. Letak kepala terus lena. Nikmatnya tidur masa ni memang tak terhingga.

Tak habis lagi mengemas rumah dan periuk memasak, Rabu pagi kami dah bertolak ke Kelantan. Konon nak bertolak jam 7 pagi. Akhirnya jam 9.30 juga baru selesai semua masuk dalam kereta.

Perjalanan di siang hari memang menyeronokkan. Mata dihidangkan dengan pemandangan alam yang sangat mengasyikkan. Satu masa, mata saya mengantuk sangat. Pejam sekejap. Bila buka saja mata, saya terus pandang luar tingkap. Zoom... pemandangan sawah padi dan bukit yang sedang menghijau. Apalagi, terus tangan menggagau mencari kamera. Klik.

Sampai di Kelantan jam 6 lebih juga lah. Sesat mencari Wakaf Bharu. Berpusing-pusing kami dalam bandar Kota Bharu. Sampai satu ketika, saya turun bertanya pada seorang pemilik kedai mesin photostat. Syukur dengan bantuan dia, akhirnya kami sampai juga di Wakaf Bharu.

Malam pertama di Kota Bharu kami sepakat memulakan langkah menghulurkan duit di Wakaf Che Yeh. Satu tragedi terjadi di sini. Sedih. Geram. Apa pun pengajaran dari kejadian yang perlu diambil kira.

Hari kedua kami ke Pasar Khadijah dan Pantai Cinta Bulan. Dalam panas terik mentari kami menunggu sampai teduh untuk bermain layang-layang. Sempat membeli satar dan otak-otak untuk dimakan di rumah tumpangan.

Hari Jumaat di mana hari terakhir saya di Kelantan. Seawal pagi hari kami keluar dari rumah bertolak ke Pengkalan Kubor. Kemudian siap membeli belah kami bergerak pulang untuk berkemas dan terus pulang ke Perak. Hari masih awal, selepas berbincang kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Kononnya mahu melengkapkan perjalanan percutian kami di Kelantan. Alang-alang dah berjalan biar puas hati. 

Tak cukup dengan Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang. Kami singgah lagi sebentar di Bukit Bunga. Tujuannya untuk membeli keropok lekor sahaja. Saya pula menambah bilangan ole-ole untuk diberikan pada keluarga. 

Destinasi terakhir kami ialah singgah menunaikan solat Maghrib dan Isya' di Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa. Pertama kali saya sampai di sini. Subhanallah. Cantiknya pemandangan senja di sini. Udara segar. Pemandangan yang indah. Terasa betapa kerdilnya diri bila berada di sana. 

Kami sampai rumah lewat jam menghampiri angka 12 tengahmalam. Letih. Penat semestinya adat bila bermusafir. Yang penting, kesan dari musafir ini yang perlu dihayati. Alhamdulillah, selain dari berjalan. Saya berjaya menjadi penunjuk arah yang baik. Walaupun sesat pada hari pertama. Tak kenal jalan, maka tak cinta. :)

Hari ini kami sambung mengemas rumah yang ditinggalkan. Alhamdulillah. Selesai. 

Esok hari terakhir saya di kampung. Sedihnya. Isnin nak kena balik KL. Sedar tak sedar dah 2 minggu saya di kampung. Rasa tak nak balik pun ada. Bila fikirkan mak. Kena balik juga. Ada rindu dalam hati. :)










Kata Pak Uda, tiga tahun lagi boleh la panggil saya balik kampung lagi. Buat kenduri. Lepas tu pergi bercuti. Kata saya, 'Kita plan pi Bandung pulak.' :D