Monday, June 6, 2011

Bila burung pulang ke sarang.

Assalamualaikum wbt.

Hari terakhir di kampung. Petang tadi sempat jalan-jalan buat kali terakhir menikmati kehijauan bendang yang sedang dalam proses menanam. 

Keluar pun dah lewat. Dalam saya berjalan di tepi bendang , ternampak sekawan burung (bangau kot) sedang terbang rendah menuju ke satu destinasi. Cantik je mereka bergerak membentuk pelbagai rupa. Sambil tu tangan tak berhenti merakam aksi mereka. 

Ingatkan ada sekawan sahaja. Rupanya selesai sekumpulan, datang lagi kumpulan kedua. Tak habis dengan dua kumpulan. Datang lagi sekumpulan kecil burung yang akhirnya mereka semua rupanya  mahu terbang pulang ke sarang.

Bila diperhatikan, binatang pun tahu hukum alam. Bila sampai sahaja masa untuk pulang. Mereka akan pulang. Pulang untuk berehat sehinggalah tiba hari esok untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala.
















Saya tanya mak menakan tadi. "Ucu bila padi masak?" Katanya dalam bulan Ogos nanti. Bulan puasa. Harap-harap ada kesempatan untuk saya balik kampung lagi.

Nak tengok padi menguning. :)

Masa balik dari bendang. Sampai rumah saya duduk berehat sekejap nak keringkan peluh. Punyalah leka sampai tak sedar kaki digigit pacat. Mak Uda yang perasan bila tengok pacat dah gemuk kekenyangan. Saya pulak dah siap mandi terus solat Maghrib dan Isya'. Takde pulak kaki rasa gatal atau berdarah. Musykil. Musykil.

Rezeki kamulah pacat. Dapat darah budak Kolumpo. Sedap ke? :P



7 comments:

Unknown said...

salam kenal.... selalu jd silent reader aje...... cantik gambar permandangan nie..... sawah menghijau..... sejuk mata memandang.......

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam irma...cantiknya permandangan kat sawah padi!.klu saya kena pacat..melolong 1kampong leh dgr..hihi.takottttt..

New Mama Mia said...

suka dgn cara akk yg sentiasa menghargai dgn apa yg ada dlm kehidupan akk....
smoga akk sentiasa bahagia....=D

kak ina kl said...

suka tenguk pemandangan di sawah padi.teringat masa kecil kalau cuti sekolah balik kampung ikut wan atok gi bersawah. bila padi masak buat emping..fuhhh sedap

nieda said...

cantik pemandangan sawah tu...

Ummu~Ishak said...

padi kat kg saya dah kuning

anumuchan said...

nice view..lg2 yg ada burung byk tuh..huhu