Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, dah selamat sampai rumah Danau petang tadi jam 6. Disambut oleh mak yang tolong bukakan pintu pagar sebab anaknya penuh tangan kiri dan kanan dengan beg tarik dan beg plastik termasuk beg sandang belakang. Kes beg beranak satu selepas dua minggu di kampung.
Sambil duduk bercerita, mak menyelongkar beg saya mencari ole-ole dari kampung. Satu dari yang dicari ialah emping. Rezeki saya bila balik kampung dapat memanjangkan langkah sehingga ke Jitra, Kedah. Selepas mengambil sepupu di asrama, kami ambil peluang singgah di Pekan Rabu Alor Star. Tu pasal dapat belikan emping untuk mak.
Biasa makan emping..? Kudapan yang terkenal di zaman dahulu kala. Kalau tanya orang muda sekarang mungkin ramai yang tak tahu. Saya tahu pun sebab emping ni makanan kesukaan mak. Sejak kecil memang selalu nampak mak makan bila ada kesempatan pulang ke kampung. Lama-lama saya sendiri suka bila dapat makan sekali sekala.
Emping dibuat dari padi separuh matang yang ditumbuk sehingga nipis. Padi yang separuh masak memang berwarna hijau. Jadi emping ni memang semulajadi warnanya. Bukan ditambah pewarna eh. :P
Dapat je emping terus mak masuk dapur kukur nyior muda. Lepas 10 minit kami sama-sama menikmati emping yang digaul dengan nyior muda dan sedikit gula. Sedap. Berkruk-kruk mulut mengunyah. Tak cukup satu mangkuk. Bertambah. Sedap sebab mak yang buat. :)
6 comments:
salam irma, Ya ALLAH lama nya tak dpt makan emping ni....lebih 10 thn tak dpt merasa....huhu..nak kena cari ni :)
sedapnye..terbayang2 kerangupan wlaupun tak pernah makan..
tak tau pernah makan ke tak tapi nampak mcm sedap...
setiap kali msk belog kak irma, mesti buat saya telan air liur tau..!! suka letak gambar makanan yg best2..
kalau tgh prgnant ni, habislah hsbd saya kene paksa cari jugak sampai dapat.. hahhahah
ms kecik dolu je mkn emping ni..dh hampir terlupa rsnyer..teringin nk rs lg..mn nk cr yer...huhu
mila. sy beli di pekan rabu.alor star kedah.
masa zaman sekolah rendah dulu selalu makan dengan mak. sebab mak saya pun suka makan. dah lamenye tak makan ^^
Post a Comment