Assalamualaikum wbt..
TEMPAHAN DIBUKA UNTUK BEEF LASAGNA.
Hari : Selasa.
Tarikh : 31 Julai 2012
Harga : Saiz 8x3x3 RM30 atau Saiz 8x8x3 RM55. ( Boleh rujuk gambar di atas untuk saiz)
Masa pengambilan : 2 petang - 7 malam.
Jom bagi sesiapa nak rasa lasagna boleh tempah hari ini.
Gerenti sedap..! ~ ewahh.. bukan saya kata. semestinya pelanggan yang dah rasa~ :))
Tempahan akan ditutup pada hari Isnin jam 12 tengah malam.
Boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. Irma.
Terima kasih.
Monday, July 30, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Easter Holiday : Torquay, Devon England.
Assalamualaikum wbt...
Lepas habis beraktiviti di kawasan pantai, kami bergerak ke kawasan tebing tinggi pulak. Alahaaiii.. memang lupa sungguh la nama tempat ni. Nak lagi best... bateri pun dah nak habis masa sampai sini. Gambar memang sangat terhad.
Kata-kata dari Imam Syafi'i : "Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. Dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iatu menghilangkan kedukaan, mencari rezeki, faedah ilmu, faedah adab dan menemani orang yang mulia."
Belum habis lagi gambar. Nanti saya sambung lagi.
Semalam saya bercerita tentang Hari Terakhir di London. Korang dah baca..? Sudah. Terima kasih. Hari ni nak cerita lagi. Bila saya belek-belek album (baca: folder) gambar. Banyak lagi rupanya cerita yang saya tak kongsikan. Ada juga gambar yang dah dikongsi separuh jalan. Pastu berhenti. Tak sambung sampai hari ni.
Rugi rasanya bila tak kongsi. Bukan nak riak atau bangga diri tau. Sekadar perkongsian cerita dari saya semasa di sana. Best sangat..! Korang ada rezeki duit lebih, gunalah untuk berjalan melihat bumi Allah ni. Banyak manfaat dan ilmu yang boleh kita dapat. Sangat banyak bagi mereka yang berfikir.
Kali ni saya nak sambung cerita tentang percutian kami bersama-sama rakan-rakan dan pelajar Malaysia yang bekerja dan menuntut di sana. Saya dah pernah cerita sedikit tentang Torquay ni. Ada di sini. Meh la baca kat sini. :)
Pembuka gambar cerita kita. Budak comel hensem ni nama dia Fatih. Bagi sesiapa yang baru jadi kawan saya barangkali tak tahu. Dulu masa di London saya jadi pengasuh. Gambar kanak-kanak empat orang di header atas ni bukan anak saya ya. hehe. Siang tadi ada yang menyangka mereka anak-anak saya. hikss. :)
Hari ketiga, kami menyambung perjalanan menuju ke pantai. Lupa dah nama apa pantai dia. Almaklumlah... dah lama peram gambar. Sekarang baru nak cerita. Apa pun pantai ni masih dalam kawasan Torquay. Saya masih lagi memegang jawatan pembantu juruterbang. Ahakksss. Perasan!
Depan tu, mini bas yang dibawa oleh suami Kak Siti.
Gambar ni nak bagitau betapa lajunya akhi Fauzi bawa mini bas tu. Mula kami boleh follow lagi. Tak lama lepas tu dah hilang. Sampaikan kena telefon beritahu jangan laju sangat. Ingat anak dan isteri duk ikut dari belakang. hahaha. :P
Cuaca hari tu elok je panas ada matahari. Baru la best nak ambil gambar walaupun dari dalam kereta saja. heh!
Masa ni awal musim bunga. Masa cuti Easter. Jadi pokok pun takde daun lagi. Gondol...!!!
Yeayyy... dah sampai pantai. Alaaa... bukannya boleh masuk pun dalam air. Sejuk ketaq. Takat main tepi ja. Buat syarat jumpa pantai. Mandi lagi la, memang takkan.
Subhanallah... cantik sangat bumi yang Allah ciptakan untuk kita semua.Sambil dengar lagu Maher Zain tajuk Open your eyes memang boleh buat nangis sorang-sorang. Insaf sekejap!
Main-main kamera atas pasir. Kat sana pasir pantai dia lebih kasar. Boleh kata macam batu-batu halus.
Masa ni awal musim bunga. Masa cuti Easter. Jadi pokok pun takde daun lagi. Gondol...!!!
Yeayyy... dah sampai pantai. Alaaa... bukannya boleh masuk pun dalam air. Sejuk ketaq. Takat main tepi ja. Buat syarat jumpa pantai. Mandi lagi la, memang takkan.
Tak dapat mandi, main-main pun jadi la kan. Ini pun saya duk ulang cakap, 'hati-hati Fatih.' Takut dia terlebih excited ke depan. Anak orang weiii. Bukan anak patung!
Tengah kami seronok bermain, ada sebuah helikopter mendarat. Semua pakat sibuk panjangkan leher nak tahu apa yang berlaku. Rupanya dekat hujung pantai ada orang sakit. Kecoh la sekejap.
Dekat hujung pantai sana berlaku kecemasan sampai kena panggil helikopter. Memang patut pun helikopter datang sebabnya kawasan pantai ni jauh dari bandar. Ada kebarangkalian pesakit boleh mati dulu sementara nak tunggu ambulans datang. ;P
Perasan tak awan dalam gambar di atas. Rasa macam nak capai dengan tangan. Rendah sangat..!
Rumah rehat entah siapa yang punya.
Lepas habis beraktiviti di kawasan pantai, kami bergerak ke kawasan tebing tinggi pulak. Alahaaiii.. memang lupa sungguh la nama tempat ni. Nak lagi best... bateri pun dah nak habis masa sampai sini. Gambar memang sangat terhad.
Kata-kata dari Imam Syafi'i : "Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. Dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iatu menghilangkan kedukaan, mencari rezeki, faedah ilmu, faedah adab dan menemani orang yang mulia."
Belum habis lagi gambar. Nanti saya sambung lagi.
Monday, July 23, 2012
Hari Terakhir di London.
Assalamualaikum wbt.
Saya buka album hari terakhir di bumi permaisuri.
Apa saya buat pada hari akhir di sana? :)
Ini namanya hari memborong macarons ya kawan-kawan..!
Caakkk..! Isi dalam paper bag.
Selesai sudah hari ketiga berpuasa. Sekejap je kan. Sambil rehat perut kenyang, saja belek-belek gambar lama. Saya klik gambar dalam album 2010. Bulan terakhir saya berada di London.
~haiiihhhh... datang dah angin rindu.~
Hatiku tertinggal di bumi permaisuri.
Tiba-tiba ada orang sekeh kepala. Sambil berkata, 'rindu la sangaaatt..!!'
Saya buka album hari terakhir di bumi permaisuri.
Apa saya buat pada hari akhir di sana? :)
Ini namanya hari memborong macarons ya kawan-kawan..!
Ada beberapa teman yang mengirim macarons sebelum saya balik Malaysia. Seronok saya nak pergi Laduree lagi. Bulan tu saja tak silap empat kali saya ke sana. Pergi sendiri. Bawa tetamu. Bawa pelajar. Betul. Betul. Empat kali saya pergi Laduree. Hebat kan. heeee. perasan!
Caakkk..! Isi dalam paper bag.
Ada macam-macam jenis kotak. Harga pun berbeza bagi setiap kotak. Sekarang saya masih simpan lagi kotak hijau dan ungu macam gambar di atas.
Dah habis borong macarons. Saya singgah Bayswater pulak. Nak beli souvenirs bawa balik Malaysia. Kedai ni memang jadi pilihan saya. Senang nak minta diskaun dan harga murah sikit banding kedai lain. Bila bawa tetamu jalan-jalan pun, saya akan suruh mereka beli di sini. Sampaikan tokey kedai dah kenal muka saya. Muka tak malu minta diskaun. HaHa.
Jubilee line - North Greenwich. Salah satu laluan train nak ke rumah Kak Siti. Bila turun kat sini, kena tukar dua bas. Satu lagi DLR dekat Woolwich Arsenal.Kat sini pulak lagi dekat dan tak payah tukar bas. Satu bas sahaja. Harga tambang yang membezakan. Turun dekat North Greenwich baru masuk zon 2. Manakala turun dekat Woolwich Arsenal, dah masuk zon 4. Memang agak jauh juga beza harga tiket antara zon 2 dengan 4.
Ini baru satu line. Tak silap ada sepuluh line yang menghubungkan tempat-tempat di London. Mula-mula memang pening. Lepas setahun dah boleh jalan sendiri. Dah boleh jadi pemandu pelancong lagi. heh!
Macarons dah lama habis. Yang tinggal hanyalah kotak saja.
Jangan ada yang tanya, 'nak kirim boleh?'
Memang sah-sah tak boleh ler sayang. Saya dah balik Malaysia.
Katakan.... satu masa nanti, saya ada kat sana nanti. Baru la boleh nak kirim. Doa banyak - banyak untuk saya. Tawaran dah ada. Tinggal tunggu kata putus ja lagi. hikksss..! :))

Dah penuh. Saya nak rak baru.
Assalamualaikum wbt...
Selamat bersahur semua.
Selamat bersahur semua.
Dah penuh. Ya... rak buku saya sekarang dah penuh. Kesian buku-buku terpaksa bersempit sesama mereka. hiks!
Sebelum ni, buku agama dan buku motivasi saya letak di belah bawah kiri rak. Bila novel bertambah, saya letak semuanya di rak luar dekat ruang tamu.
Bahagia rasa tengok buku tersusun kemas depan mata. Senang nak capai sebelum tidur.
Dalam kepala, duk berangan. Alangkah bestnya dapat tambah lagi rak buku dekat sebelah kanan katil ni. haha. Biar penuh bilik ni dengan rak. Saya suka. Suka bangat dong..!!
Makanyaaaaa.... mari kita mengumpul duit banyak-banyak. Targetnya tahun depan dapat tambah rak.
Duhet.... duhet... meh dekat saya meh..!!! ;)
Saturday, July 21, 2012
Bubur Lambuk Kg Baru.
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... rezeki hari pertama berpuasa.
Dapat bubur lambuk Kg Baru dari Haninah.
Haninah order Red Velvet Cake dan Pavlova. ~Sila bayang sendiri. Gambar nan ado!~
Pastu Haninah hulur beg plastik. ' Akak... ni ada bubur lambuk Kg Baru.'
Alahaaaaiiii... sweet sangat. Saya senyum sengih masa ambil beg plastik.
Dalam hati dah loncat-loncat seronok. Tak payah masak dah hari ni. Yeayyy..!
Masa nak salam sekali lagi. Haninah cakap.. ' Bau kek..!'
Hahahaaa... orang lain bau wangi. Salam cium saya dapat bau kek.
Hebat kan..!! ~perasan... dangg!~
Tak payah scroll ke bawah lagi. Memang takde gambar bubur lambuk Kg baru. ;)
Cerita saja hari ni. Demi menghormati semua yang berpuasa.
Terima kasih Haninah. Harap-harap kek dan pavlova selamat sampai Dengkil.

Ramadhan Kareem 1433.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah wa syukru lillah.
Dapat juga kita sampai pada hari pertama Ramadhan.
Hari yang cerah dan cuaca yang nyaman. Tak payah buka kipas. Angin sepoi-sepoi bahasa masuk dari tingkap.
Hari ni nak siapkan tempahan kek karamel, pavlova dan red velvet cake.
Lepas tu mari kita cabut balik rumah mak untuk berbuka. :)
Rasa macam nak masak tapi tak tau nak masak apa. Tak yah masak lah.
Balik rumah mak, tolong mak masak je. Senang kan jadi anak mak. ~pelempang~ ;P
Dulu masa hari-hari kerja memasak, masa-masa macam ni dah buka blog masakan.
Cari menu-menu best untuk berbuka. Salin resepi pastu cuba.
Sekarang dah takde masa nak tengok. Eh.. tipu..!
Tengok juga. Tengok gambar. Pastu telan liur. haha.
Apa pun, terima kasih pada blogger yang rajin mengupdate entry masakan.
Dari sudut positif... memudahkan sesiapa saja (sekarang bukan orang perempuan saja yang memasak. kan!) yang nak memasak dan baru nak belajar memasak.
Takde emak bukan alasan tak boleh belajar memasak. Semua di hujung jari. :)
Nak atau tak nak je yang jadi alasan. ~Ada jugak alasan lain. Sendiri tambah la yeww!~
Salam Ramadhan buat semua. :)

Friday, July 20, 2012
Menjelang Ramadhan.
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... selesai urusan tempahan untuk hari ni. Lega.
Rehat sekejap sambil buka blog. Dapur bersepah. ~Meh kita buat pejam mata sekejap.~
Ramadhan bakal bermula esok hari. Moga tahun ini kekuatan dan semangat untuk berterawih dapat dimaksimakan sebaik mungkin. Saya dah tolak projek moreh dan tumpukan pada tempahan dan projek cookies sahaja. Tu pun belum sempat buat tester lagi. Sibuk adalah alasan biasa yang tak dapat nak dielak. heh!
Tahun lepas saya berjaya menahan diri dari berbelanja di bazar ramadhan. Langsung tak pergi walaupun dekat. Apa yang saya buat untuk moreh, itulah juadah berbuka saya. Biasanya bila dah lepas hantar moreh, dah tak larat nak makan. Nampak katil je melambai-lambai. Penat.
Tahun ni tak janji. Ceh... belum puasa dah goyah. Dalam hati teringin nak masak. Teringin la sangat..! Takat makan sorang nak berhabis masa 2-3 jam kat dapur. Doakan saya rajin. Semenjak balik Malaysia, mana pernah saya kongsi resepi masakan. Perasan tak..?
Tu tandanya saya TAK PERNAH cuba resepi baru. Sedih. Skill memasak dah tak meningkat.Asyik makan kedai atau masak resepi yang dah tahu. Spagheti. Lasagna. Macaroni bakar. Tu je.!
Duk kongsi gambar kek pulak. Habis semua orang terliur. Tadi ada sorang pelanggan bagitahu. 'Puasa ni tak nak buka blog saya. Takut tergoda. haha. Gelak saya dengar. 'Hai Atiqah..!' ;)
Tu tandanya saya TAK PERNAH cuba resepi baru. Pura-pura sedih tapi seronok sebab nak makan apa semua ada depan mata. Sedap tak sedap nombor dua. Duit ada, beli saja. Ehh.. macam pantun la pulak. ;P
Terawih... Seronoknya bila sebut pasal terawih kan. Kata orang sementara bujang ni, rebut peluang yang datang sebaiknya. Walaupun penat kena buat. Penat orang bujang hanya badan seorang. Penat yang dah berkahwin, ada anak yang menghalang. Walaupun pahala jaga anak lebih lagi. Keinginan nak berterawih di masjid tetap ada kan. :)
Cukuplah... nak bercerita panjang pun ada kerja yang belum selesai.
Moga kedatangan Ramadhan tahun ini memberikan peluang untuk kita beramal sebanyak mungkin.
Salam Ramadhan dari saya. Segala salah dan silap sepanjang saya bercerita di sini harap dimaafkan.
Buat semua pelanggan saya,
Salam Ramadhan buat anda. Terima kasih di atas sokongan anda buat saya selama ini. Salah dan silap. Terlambat turun hantar kek. Terkensel tempahan sebab kek tak menjadi. Terbuat kek tak seperti yang dihajati. HARAP SANGAT DIMAAFI. Lain masa kita bekerjasama lagi.! :)
Wednesday, July 18, 2012
Wordless Wednesday - 1982. (24)
Assalamualaikum wbt...
Dah lama tunggu nombor ni. Semalam baru dapat.
Saje je. Nombor ni sempena tahun kelahiran saya.
Nak tunggu 22.3.1982. Memang tak lah kan.
Saya bukan Lisa Surihani. Saya IrmaSuridiDapur. Blerrghhh.. pitam sekejap..!! :))
Lepas ni nak tunggu 2012 pulak.
Terima kasih pada Nabila Azmi. Dia lah pemegang nombor Follower 1982 saya.
Salam perkenalan Nabila Azmi. Nombor blog dia pun dah nak cun. Lagi 5 nak jadi 888.
Terima kasih sudi follow blog ahkaakk ni kaann. ~feeling mak jemah sekejap~ :)

Thursday, July 12, 2012
Pemenang Cabutan Bertuah.
Assalamualaikum wbt.
Dah tengah malam baru sedar saya berhutang keputusan pemenang cabutan bertuah.
Cepat-cepat salin nama, gunting dan cabut.
Tanpa membuang masa saya umumkan tiga orang pemenang yang bertuah.
Ada sorang tu memang bertuah sangat. Sampai dua kali saya cabut nama dia saja. :))
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....
Maka inilah nama mereka yang bertuah -

( Inilah orangnya. Dua kali saya cabut nama dia.
Memang bertuah betul mak buyung ni.)
Memang bertuah betul mak buyung ni.)
Tahniah..!!!
Pada yang lain... jangan sedih-sedih.
Insyaallah, lain masa saya buat lagi cabutan bertuah ya. :))
Insyaallah, lain masa saya buat lagi cabutan bertuah ya. :))
Phewww... lega dah selesai hutang.
Selamat malam.
* _~
Wednesday, July 11, 2012
Masa Tamat.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah.. selesai satu lagi tawaran percuma dari saya.
62 komen sama dengan nombor 62 Follower di hujung.
Terima kasih pada semua yang menyertai. Pada yang tak sempat, lain kali pulak na.
Insyaallah... lebih banyak saya bagi. Lebih banyak Allah akan kasi. Percayalah. :)
Keputusan akan diumumkan selewatnya esok pagi.
Sabar sat na.

Terima kasih pada semua yang menyertai.
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih pada 20 orang yang sempat menyertai Tawaran Hebat Potongan Diskaun RM10.
Lagi bertuah pada mereka yang dapat diskaun RM20.
Anda memang hebat. Orang cepat bertindak memang tak rugi. ;)
Pada yang lain, tak saya lupakan. Nantikan tawaran yang seterusnya dari saya.
Cuba kawan-kawan scroll sampai bawah.
TAWARAN JAM 12 TENGAHMALAM.
TIGA KOMEN ENTRY INI AKAN MENERIMA CABUTAN BERTUAH IATU PAVLOVA PERCUMA BERNILAI RM45.
SILA TINGGALKAN NAMA DAN EMAIL UNTUK SENANG DIHUBUNGI.
TARIKH TUTUP 11 JULAI 2012 JAM 12 TENGAHARI.
ANDA DIBENARKAN MENINGGALKAN KOMEN SEBERAPA BANYAK YANG ANDA MAMPU.
PEMENANG HANYA TIGA ORANG SAHAJA. JIKA KOMEN ANDA TIDAK MEMENUHI SYARAT, AUTOMATIK AKAN DITOLAK.
UNTUK MEREKA DI LUAR KUALA LUMPUR JUGA LAYAK MENYERTAI. SAYA AKAN USAHAKAN UNTUK MENGHANTAR PAVLOVA SAMPAI KE RUMAH ANDA. :)
CEPAT BERTINDAK..!!!
Selamat malam..!
:)
*** Untuk yang dah join promo semalam pun boleh meriahkan cabutan bertuah yang ni. :))

*

Tuesday, July 10, 2012
Tawaran hebat. Potongan Diskaun RM10.
Assalamualaikum wbt.
Buat semua Follower blog saya... ~ sila klik Follow bagi yang belum ~
Tawaran hebat menanti anda untuk semua produk jualan saya. Potongan diskaun RM10.
Syarat -
1- Anda Follower blog IrmadiLondon.
2- Tawaran sah untuk 2 Jam sahaja.
3- Sila SMS Nama, No Telefon ke talian 013 258 8230. Irma.
4- Sekiranya anda memenuhi syarat di atas, anda layak menerima tawaran ini.
Tawaran bermula jam 3.00 sehingga 5.00 petang hari Selasa 10 Julai 2012.
SMS.. SMS... SMS sekarang..!!!
Cepat bertindak. Lambat rugi.
TAMBAHAN -
Cepat.. cepat siarkan promosi ini. :))

Pada blogger yang membantu promosi ini, anda akan menerima tambahan diskaun sebanyak RM10 lagi dengan hanya membuat SATU ENTRY berkaitan tawaran ini. TINGGALKAN LINK ENTRY dikotak komen untuk saya mengetahui. RM20 untuk anda. LUMAYAN kan..!!
Terima kasih.
Ikut Gerak Hati.
Assalamualaikum wbt.
Bila menghias kek, saya selalu mengikut gerak hati. Kadang bila dah tengok kek orang lain pun, idea tak datang menjelma.
Sambil pukul buttercream, otak bekerja keras memikirkan apa yang nak diconteng atas kek.
Kerja jadi senang bila pelanggan kata nak macam ni. Nak macam tu. Buat begini. Buat begitu. Semuanya mengikut standard harga yang ditetapkan.
Ada juga pelanggan yang tak kisah. 'Akak buat la macamana pun. Janji cantik.'

Macam kek di atas... Sempoi binti simple je kan. :)
Ini rainbow cake. Dalam dia mesti lah warna pelangi. Enam warna. Tak cukup tujuh sebab nanti kepala kek terhantuk dengan kotak. Heeee.
Harga RM90 untuk buttercream dan RM110 untuk cream cheese.
Buat pengetahuan semua, kek saya dijual mengikut bancuhan 1 adunan untuk 1 biji kek. Berat adalah anggaran sahaja. Terima kasih.
Saya nak buat tawaran istimewa petang ni untuk Follower blog saya.
Tunggu ya. Jam 3 petang.
Siapa cepat. Dia dapat. :)
Dari Jendela Pejabat.
Assalamualaikum wbt.
Nak kongsi pemandangan dari tempat duduk saya bekerja.
Memulakan pagi dengan cuaca cerah sangat mengujakan diri.
Baru perasan tarikh dekat kamera lambat sehari. Nampaknya dia ikut masa kat London lagi. ;D
Boleh pulak saya tak perasan.

Cerita Si Gadis Manis.
Assalamualaikum wbt.
Ingat tak saya bagi hint cerita tentang Untungnya Si Gadis Manis.
Bukan lah cerita yang gah dan hebat sangat. Kadangkala perkara yang kecil juga mampu menyentuh hati.
Ceritanya begini...
Hari ni saya jumpa pelanggan yang sangat sweet. Semua pelanggan saya sweet juga. Cumanya apa yang dilakukan oleh dia mencuit hati saya.
Alia Najiha namanya. Sebelum berlalu, kami bersalaman.
'akak nak cium pipi.'
Alahaaiii.. dah la kecik comel. Inai masih merah di jari. Barangkali seri pengantin tak habis lagi. Nak cium kakak yg bau kek tak mandi. Eehhh... ada bunyi pantun 3 kerat la. ;)
Gambar Alia Najiha takde. Ganti gambar pavlova yg ditempah. Untung lagi si manis sebab hari ni ada buah raspberry penambah seri. :)

Moral of the story... lepas ni nak jumpa pelanggan kena sembur perfume lebih sikit. Biar best nak salam plus cium pipi.
Ini tak.. bagi muka yang ada bau kek. Terkejut jugak la masa nak bagi pipi. Hihi.
Tempahan dibuka semula.
Assalamualaikum wbt.
Selamat pagi... ~ sambil buat muka senyum comel~
Dr Azizan kata kalau nak senyum sebut nombor TIGA.
Ya nombor Tigaaaaa..!!
Lebarkan senyum. ;)
Hari ni Selasa saya dah mula kembali bekerja. Alhamdulillah... syukur masih lagi bernafas untuk satu hari baru.
Terima kasih pada yang masih menghubungi saya sepanjang tiga hari bercuti bertanyakan tentang tempahan.
Waahh... awal pagi dah masuk pejabat. Pukul 7 dah duduk depan laptop. Ini pun kerja juga. Nak bagitahu kedai dah buka. Almaklum lah... kerja dari rumah. Mana ada buka pintu. :))
Tempahan hari ni. Kek karamel. Mari kita mulakan kerja dengan gembira. :))
Saya Kaya dan Berjaya.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah... alhamdulillah. alhamdulillah.
Selesai sudah Seminar Advanced Marketing Power bersama Dr Azizan Osman.
Tiga hari berkampung di Wisma MCA. Keluar rumah jam 7 pagi dan balik sekitar jam 9 malam.
Penat..???
Tiada istilah penat bila hati bersemangat setiap hari menerima ilmu dan bertemu dengan kawan-kawan baru dalam pelbagai bidang. Semuanya mahukan Hidup Luar Biasa. Semuanya mahu Kaya dan Berjaya. Insyaallah.
Kan best setiap hari dapat semangat macam ni. :))
Syukur dengan rezeki yang Allah berikan untuk saya sampai ke sini. Sungguh... bila kita ingin berbuat sesuatu yang baik, Allah akan mudahkan urusan kita.
Sekarang... masa untuk bertindak. Fast Action Fast Result.
:))

Monday, July 9, 2012
Pengumuman... Pengumuman..!!!
Assalamualaikum wbt.
Buat semua bakal pelanggan dan juga pelanggan yang sedia ada...
Pada tarikh 6 hingga 8 Julai 2012 saya akan bercuti selama tiga hari.
Segala tempahan tidak dapat diterima.
Harap maklum.

Update - Memang minta maaf sangat pada yang bertanya (SMS). Saya memang tak dapat nak terima. Memandangkan saya perlu fokus pada hal semasa cuti nanti. Takut keletihan semasa program berjalan. Insyaallah, ada rezeki di lain masa saya usahakan terima tempahan kawan-kawan. Maaf dari saya.
Nak habaq - mak saya nak buat kenduri sambut Ramadhan pun saya tak dapat tolong Sabtu nanti. :((
Harap maklum na...
Thursday, July 5, 2012
Kad bisnes dah dapat.
Assalamualaikum wbt.
Tadi lepas hantar kek untuk Miza and the geng (heheh) saya terus pergi kedai nak ambil kad bisnes.
Sorry Sharifah. Tak sempat nak bagi kat awak tadi. Lain kali ya. Nanti saya simpan satu. :)
Mana-mana kad bisnes awak Irma..?
Cer bagi tengok skek.
Nampak dah kan. Sama je dengan semalam. Cumanya semalam dekat skrin.
Hari ni dah jadi kad. Suka. Suka. :)
Duk senyum sengih tak habis lagi ni.
Esok siapa yang pergi IAMP (Intensive Advanced Marketing Power) Dr Azizan Othman, kita tukar-tukar kad eh.
Nak kena praktis senyum sambil hulur kad.
Ini kad saya. ;P
Jumpa esok di Wisma MCA.

Wednesday, July 4, 2012
Wordless Wednesday - This is my card. (23)
Assalamualaikum wbt.
Baru terkedek-kedek buat tengahari tadi.
AMP punya pasal. Depa suh bawak bisnes kad.
Syukur masa duk tengok adik tu edit kad saya. Idea datang sikit.
'Adik... nak letak macam ni boleh?'
'Boleh kak..'
Heeee... sampaikan baik hati sebab suka. Saya nak bagi upah lebih kat adik tu. Terus dia geleng kepala. ;P

Teaser - Untungnya si gadis manis.
Assalamualaikum wbt.
Esok atau esok-esok saya cerita lagi. :)
(Hadis Riwayat At Tarmizi)
Esok atau esok-esok saya cerita lagi. :)
Daripada Jabir r.a.:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca
surah Al Sajdah dan Al Mulk"
(Hadis Riwayat At Tarmizi)
Selamat malam semua..!! :)
Tuesday, July 3, 2012
Aktiviti Hujung Minggu.
Assalamualaikum wbt.
Jika diberi pilihan antara pergi Jusco dengan mandi dekat kolam.
Mereka akan memilih yang kedua. Selagi tak pergi, selagi tu dorang akan bertanya.
Kadang tengahari panas pun sanggup nak mandi kolam. Minta maaf. Permintaan tidak dilayan. ;P
Lagi la sekarang... dah tak main la kolam untuk kanak-kanak. Mesti nak masuk yang dewasa.
Siap ada jurulatih renang lagi. Mak saya. :))
Semenjak mak saya ajar dorang berenang, saya tak payah dah nak teman dorang lagi. Lega..!!!
Berenang adalah salah satu daripada tiga aktiviti sukan yang digalakkan dalam Islam.
Dua lagi adalah memanah dan berkuda.
Saya pernah cuba memanah. Memang best. Melatih diri untuk fokus. Salah fokus, anak panah masuk hutan. ~hoho~
Subscribe to:
Posts (Atom)