Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday - Pavlova. (33)

Assalamualaikum wbt.





Pavlova 850gram saiz 9 inc RM45




Pavlova 1.2kg saiz 9 inc 2 lapis RM75


Untuk tempahan SMS Nama - Order - Tarikh - Masa pengambilan di talian 013 258 8230. Irma.


Terima kasih.






Wordless Wednesday - Rainbow Cupcake.(32)

Assalamualaikum wbt...




Untuk tempahan SMS Nama - Order - Tarikh - Masa pengambilan di talian 013 258 8230. Irma.


Terima kasih.




Saturday, October 27, 2012

Sentuhan Kasih Sayang Seorang Emak.

Assalamualaikum wbt...






Alhamdulillah.. tatkala umur menginjak 30 tahun, saya masih berpeluang menikmati sentuhan kasih sayang emak menjahit baju kurung saya. Seumur hidup saya ada 2-3 kali saja tempah baju. Selebihnya memang mak yang jahit. Saya membesar dengan pakaian hasil jahitan mak. 


Untung kan saya.. ;)


Sepatutnya say
a yang sembat. Tadi tengahari saya tunjuk dekat mak hasil saya kelim baju. Dah lama tak kelim, saya minta mak betulkan bahagian depan nak bagi dia labuh dari bahagian belakang. Mengada jugak la sebenarnya teww. Saja je. Selama ni boleh je saya pakai baju senget benget. Tak kisah pun.


Tup.. tupp.. saya tengok mak dah pegang jarum duk sembat baju saya. Huiii.. dalam hati ada rama-rama berterbangan. Suka.


Saya pulak duduk teman mak kat sebelah sambil makan nasi. Bertuah punya anak..!! ;P

Terima kasih mak..!!


Kenangan sembat baju kurung.


Ini cerita tambahan. Cerita di atas versi pendek FB. ;)


Sejak umur 8 tahun saya dah dipaksa menyembat baju kurung sendiri. Ya. Dipaksa. Peduli la saya menangis ke. Mengamuk tak nak sembat ke. Mak tak layan. Ko tak sembat, baju ko tak siap. Raya pakai baju lama.


Nak tak nak, dengan rela dalam terpaksa saya pun mula belajar sembat baju sendiri. Mula-mula memang terpaksa. Bila dah makin bertambah usia, saya seronok menyembat baju sendiri. Bila datang angin rajin saya akan sembat halus dan rapat-rapat. Bila datang angin nak cepat siap, saya akan sembat jarang-jarang. Setengah inci saya langkau. 


Pernah sekali, saya buat kerja tak ikhlas. Marah sebab mak siapkan baju saya lambat. Esok nak raya, hari ni baru siap. Saya pulak buat kerja memang ikut mood. Sampai sekarang. ;P


Bila mak dah siap cantum, saya terrr...paksa juga la sembat. Saya pun mula mengelim bawah baju. Bayangkan budak umur 12 tahun (tak silap saya la umur tu) terkial-kial nak kelim baju. Semua kudrat kaki dan tangan berjasa masa tu. Kain pulak licin dan ringan. Susaaaaaahhh betul nak bagi elok kelim tu terletak. Senget la. Tak sama besar la. Potong tak betul la. Macam-macam betul alasan yang keluar dari mulut budak yang buat kerja tak ikhlas ni. Mak buat tak peduli je dengan saya. Gasak ko lah nak buat macamana. Kerja mak dah beres.


Siap kerja mengelim. Saya mula menyembat. Sembat punya sembat sampai dah separuh jalan. Tiba-tiba bila saya belek baju, apasal pelik semacam ja baju ni. Saya cuba bentang atas simen. Aaarrghhhh.... saya kelim terbalik..!!!! 


Ya Allah... nak menjerit je masa tu. Masa dah suntuk. Saya pulak buat kerja separuh hati. Nak kena tetas balik jahitan. Memang dugaan betul. 


Ada lagi cerita... kali ni mak suruh sembat bahagian leher. Perkemaskan lebihan kain dengan cara sumbat dan sembat. Entah betul tak terma yang saya pakai ni. Sapa yang jahit baju tau kan. 


Saya selalu (baca 10 harakat) mengelat bila mak tanya nak letak piping atau nak jahit mata lalat? Saya pilih letak piping sebab senang kerja saya tak payah jahit mata lalat. Alasan saya, 'ala.. pakai tudung bukannya nampak pun jahit mata lalat ke... tulang belut ke..? Tengok... alasan budak malas. ~angkat kening dan kenyit mata~


Jadi, sekali tu saya memang tak nak sembat leher. mak paksa juga siapkan. Saya budak yang terlebih cerdik dalam diam saya gunting sekeliling leher tu bagi tinggal sikit ja. Kunun cantik la kan. Sekali bila dah basuh baju berulang kali, benang mula keluar sikit demi sedikit. Teruk betul bila ingat balik perangai saya masa tu. Memang ketegaq tahap dewa. :P


Haaiihhh... semua tu tinggal kenangan. Bila dah besar ni, saya memang dah jarang dapat sembat baju. Semuanya mak yang siapkan. Tahu-tahu seminggu atau dua lepas beli kain, baju saya dah siap boleh pakai. Tinggal nak gosok saja. Pastu melaram baju baru. 


Masa zaman mengajar dulu, tiap-tiap bulan ada peruntukan gaji untuk beli kain. Kadang sepasang. Kadang dua. Untungnya saya upah baju tak yah bayar. Emak kan yang jahit. ;) 


Sampaikan ada cikgu lain cemburu tengok saya melaram baju baru tiap bulan. Ahaakksss..!! 


Bila anak murid tengok lagi la dorang akan tegur,' Cantiknya baju baru ustazah..'


Pantang saya pakai baju baru. Mesti dorang perasan. Kadang saja saya bagi alasan,'baju lama ni. Ustazah baru bawak.' Ramai-ramai dorang jawab, 'Tipu... kitorang tahu. Ustazah buat baju baru.' 


Tu baju ok. Belum masuk kasut, kerongsang, handbag. Semua la kiranya. Memang dorang akan perasan bila ada je sesuatu yang baru saya pakai. 


Anak murid sekarang macam tu jugak ke..? :)


Tadi masa duk buat kek, saya tanya mak. 'Mak... kalau orang nak beli mesin jahit boleh..?'


Mak suruh saya cari mesin jahit terpakai je. Jenama Singer. Beli baru mesin jahit sekarang tak sama macam dulu. Kualiti tak sama. Mudah rosak. Bukan apa. Saya terfikir, sampai bila saya nak bergantung harap pada mak untuk jahit baju kurung saya. Sekarang atau esok, saya mesti belajar. Lepas baju kurung untuk saya cukuplah. 


Nanti dah terer baju kurung baru fikir pasal jubah seluar pulak. Berangan takpeeee..! :)
 

Maaa... jangan jadi Angan-angan Mat Jenin je taauu. Mesti belajar..! 






Baru Separuh Jalan...

Assalamualaikum wbt...





Buku yang saya sedang baca sekarang.
Baru sampai muka surat 489.
Phewww... lagi 500 ++ muka surat lagi nak habis.
Tak tinggal satu perkataan pun weihh. Kunun takut tak paham cerita nanti.
Eceehh... sedangkan sayang nak langkau. Sebab cerita ni best..!!


Fakta 1 : Penulis novel ni kelulusan Usuluddin dari UM. ~ angkat kening~

Fakta 2 : Novel ILUS laaaagi tebaaaal..!!! ~ lenguh tangan pegang lama-lama~

Fakta 3 : Saya malu masa nak bayar ASST. Bukan takat masa bayar, sebelum tu lagi, 3-4 kali saya tanya dekat budak MPH ada tak stok ASST. Bila tanya tu macam bunyi perempuan gatal tanya,'Awak Suka Saya Tak?' hahaa. Masa bayar pulak, sorang pakcik tua yang sama-sama nak bayar, baca tajuk buku ni. Ntah apa la dia kata dalam hati. Sebab pakcik tu beli kitab agama. ~waaa... pakcik buku ni bagus. Tajuk je yang ala-ala bunyi angau bercinta. huhuu~

Fakta 4 : Saya kena siapkan order untuk esok. Tak leh nak sambung baca lagi. ;)


Byeee...!


Yang benar,

Hilman Yong. ~Gatal..!!!~











Tak Sabar Tunggu...

Assalamualaikum wbt...












































Filem "Istanbul Aku Datang...!"





Sunday, October 21, 2012

Demam Durian Crepe Dah Berjangkit.

Assalamualaikum wbt...


Salam hujung minggu buat semua. 


Hari ni hari terakhir saya cuti. Yeaayy..!! ~seronoknya dia nak mula kerja esok~ 


Sebenarnya... hari ni saya dah mula kerja. Dah mula petik suis oven dan mixer. :)


Errr... sebetulnya hari Sabtu semalam saya dah mula panaskan kuali dengan resepi Durian Crepe. Saja nak cuba resepi yang saya dapat. Saya tak belajar dengan Kak Ina di Seremban. Saya belajar dengan anak murid Kak Ina. Tak sempat nak pergi Seremban. Masa kelas demo diadakan saya dah ada urusan lain. Tak leh nak kensel. 


Malam semalam dengan semangat yang ada saya mula bancuh adunan crepe. Simpan dalam peti ais. Tengok bola sekejap. Walaupun saya bukan la peminat bola apatah lagi nak tahu peraturan permainan. Disebabkan saya terkejut dengar sorakan jiran, terus tukar tv1. Hahaa... nampak tak saya ni memang bukan nak tengok sangat bola. Tengok masa goal saja. ;P


Pastu saya tukar tv8 tengok cerita cina yang budak perempuan pandai menari tuh. Dah habis cerita tu baru saya tukar balik tv1 tengok bola sampai tamat perlawanan. Masa hujung-hujung tu dah terlelap. Habis je bola, saya keluarkan adunan crepe. Nak jugak buat crepe malam tu. Tak kira.


Maka bermula la sesi pembelajaran sorang diri di dapur. Mula-mula tu memang tak menjadi. Boleh kata 20 KEPING pertama dari 2 biji kuali yang saya guna semua jadi lempeng. Tekstur yang tak sekata. Ada bahagian yang tebal. Ada bahagian yang nipis. Ada yang jadi skirt kat hujung dia. Dalam semua yang terhasil, hanya satu je layak dibungkus dengan krim dan durian.




Bukan senang rupanya nak jadi cantik dengan tekstur yang sekata. Ada teknik dan gaya yang perlu diperhati. Salah teknik memang jadi lempeng. Lepas separuh adunan saya dah lempengkan. Saya pun tutup api. Esok je la sambung. Dah pukul 2 pagi. Mana la mata ni tak ngantukss..! :)


Pagi tadi dalam pukul 9 saya keluarkan adunan crepe. Nak sambung balik ler kununnya. Duk sibuk siapkan order kawan, pukul 12 jugak la baru saya masuk dapur.


Berdebar. Dalam hati duk ingat balik kesilapan yang saya buat semalam. Nak perbaiki hari ni. Dengan lafaz bismillah. Saya mula melempeng. Ni lempeng bukan sebarang lempeng. Lempeng datang dari Perancis. ;P


Kelentung... kelentang.. tang.. tang... lepas 45 minit selesai separuh adunan dilempeng-lempengkan. Marah cikgu saya panggil lempeng. 


Durian Crepe yee nama saya... :)






Nak masuk blog kena la duk atas katil cantik. ;)







Nikmat sungguh dapat makan Durian Crepe hasil tangan sendiri. Bukan apa, boleh letak durian lebih. Hikss..!


Gabungan 5 jenis tepung dan 2 jenis krim beserta isi durian jenis Musang King. Fuuhhh... memang sedap. Lagi-lagi saya dah jampi dengan selawat dan letak kasih sayang yang tak terperi. ~Ewaah.. lebih-lebih pulak ayat dia..~ ;P 


Tak sempat masuk peti ais, dah 2 ketul masuk perut. Alhamdulillah. memang sedap. Kenyang sampai sekarang. Hujan turun pun perut saya tenang saja tak minta diisi. Hehe. Melampau la Irma ni..! :)


Untuk tempahan... Sabar ya. nanti saya buat iklan lain. Ni baru test kuali baru namanya.


Nampak gaya saya kena cari kerusi tinggi nak buat crepe. Lengguh kaki weii berdiri lama. Ni baru 1 adunan. Kalau dah bancuh 3-4 adunan. Sendiri mau kira la. Pengsan berdiri lama.


Aduhh.. Durian Crepe punya penangan. Dasyat kan..!  :)








PENGUMUMAN... CUTI DARI TEMPAHAN.

Assalamualaikum wbt...


Bermula 11 Oktober 2012 Khamis jam 6 petang sehingga 21 Oktober 2012 Ahad. Saya tidak menerima tempahan buat sementara waktu. 


Segala tempahan akan dibuka semula pada 22 Oktober 2012.



Tuan tanah nak CUTI berehat... :)





Harap Maklum. Terima kasih.



Saturday, October 20, 2012

TEMPAHAN AIDILADHA DITUTUP.

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah... saya dah balik KL semalam. Ada 2 hari lagi cuti saya berbaki. Semalam saya dah siap salin tempahan yang masuk sepanjang cuti.


Minggu depan saya dah mula sibuk dengan tempahan Aidil Adha.


Pengumuman penting...

Dengan rasminya saya menutup tempahan untuk Aidil Adha serapat-rapatnya. :)


Memang dah tak boleh nak selit-selit dah.. PENUH..!


Ada pun hari Isnin dan Selasa yang masih ada kekosongan.


Hari Rabu dan Khamis dah penuh. Jumaat dah raya. Sabtu cuti.


Ahad saya buka order terhad sahaja.


Hari Isnin 29/10 saya buka tempahan semula. Masih banyak kekosongan.


Terima kasih pada semua yang memberi sokongan pada produk jualan saya. Insyaallah... saya cuba berikan yang terbaik untuk semua.



Jumpa lagi....






Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday - Aku Terima Nikahnya. (32)

Assalamualaikum wbt...




Fakta 1 - Saya dah habis idea nak pusing Berjaya Megamall. Nampak GSC. Saja la tengok ada cite apa. Jam masa tu pukul 11.30 pagi. Nampak cerita Aku Terima Nikahnya pukul 12.30 tengahari. Beli tiket. Pastu sengeh sorang-sorang macam tak caya beli tiket wayang. Muahahaa..!!


Fakta 2 - Turun bawah balik, cari McD nak sarapan. Errr.. konon nak makan Hash Brown. Tanya dekat penjaga kaunter. 'Hash Brown takde ke..?' Kakak tu jawab, ' HB pagi je dik.' Aduuhh.. melepas HB.


Fakta 3 - Perut kenyang masuk panggung. Duduk. Kira orang sekeliling. 12 orang. Gelak lagi. Hahaha. Macam tak caya masuk panggung lenggang. Apa pun bagus jugak. Takde la sakit hati.


Fakta 4 - Bila perut kenyang mata dah start bagi signal. MENGANTUK tak sangka-sangka dah ni. Saya tak tau lah samada cerita yang tak best. Atau saya yang memang mengantuk. 30 minit pertama boleh tahan lagi. 45 minit seterusnya dah memang sekejap-sekejap terlelap. Jaga. Lelap. Dah nak habis 15 minit akhir, masa Adi Putra jatuh masa nak makan ubat baru lah mata segar sikit. Pastu ada la feeling-feeling sikit. Terharu..! ~Bleerrrghhh..~


Fakta 5 - Sekarang baru saya tau betapa sakitnya hati bila ada pengulas tak bergaji duk buat ulasan sepanjang cerita berjalan. Gggrrrrr.... rasa nak je bangun cakap kat pakcik tu. 'Pakcik kan ke tadi Dr dah cakap, ingatan Johan setakat umur dia 31 tahun je. Masa tu kan dia tak kenal Arlisa lagi.' Haaisssshhh.. dah la mengantuk. Dengar pulak suara pakcik duk ulas cerita kat depan. Tension makcik..! 


Fakta 6 - Nora Danish memang comel. Tak yah cakap banyak lerr. Lagi-lagi part mata dia. Cekelat..!!


Fakta 7 - Jalan cerita Aku Terima Nikahnya ni biasa je. Saya suka (baca 6 harakat yaa..!) tengok dapur rumah dorang yang mengadap hutan tu. Subhanallah... cantiknya. Dalam hati...'bestnya kalau hari-hari buat kek kat situ..' :)


Dah la... tu je kut Fakta entah ke Auta yang saya sempat rumuskan untuk hari ni. hehee. Ni memang sah-sah dah tak jadi WW. Menceceeeehhh je dah berjela.. :)


Almaklum laaahh.. orang dalam suasana bercuti. Memang syok...! ;D


Byeeee... 



Eehhh.. satu lagi fakta. Tambang teksi Kuantan mahal ye.. RM10 dari Berjaya Megamall sampai Shahzann Inn. Tambang teksi kat KL dari rumah saya sampai PWTC yang jauh tu memang RM10. Pakai meter tu. 


Keee.. saya kena pau dengan pakcik teksi..?? ~ Eehhmmm....~


Ok... Bye sekali lagi..!! 

Tuesday, October 16, 2012

Jangan Rindukan Saya Ya..!

Assalamualaikum wbt...












Sabar ya bagi mereka yang bertanya.


Tuan saya sedang bercuti. Dia tak dapat terima tempahan sehingga 22hb. heh..! :)


Bagi chance lerr kat tuan saya berehat sekejap. Setahun ni dia dah pulun bekerja siapkan tempahan.


Terima kasih saya ucapkan pada mereka yang suka dengan saya. Tersenyum tuan saya bila dapat maklumbalas yang positif dari korang semua. Alhamdulillah..


Ok... Bye...


Yang benar,

Pavlova... :)




Hari Pertama di Kuantan.

Assalamualaikum wbt...


Yeaayy... dah sampai Kuantan jam 3.30 petang tadi.. Macam jauh bebenor je kamu bercuti Irma..! :)


Ada yang ingat saya bye-bye nak pegi London. Kan Mama Zharfan kan.. heee.


Kenapa Kuantan..? Eehhmm... saja. Nak cuba explore apa yang ada di Kuantan dan sekitar. 


Tadi lepas mandi dan solat, saya dah berjalan kaki ke Kuantan Parade. Niat asal nak pergi Teluk Cempedak. Entah macamana tangan tak telefon pulak pakcik teksi. Turun dari hotel terus je jalan kaki pergi Kuantan Parade. 


Teluk Cempedak esok pagi kut kalau rajin. heh.. Almaklum lah cuti kan.. Takut-takut tilam dan selimut tak bagi tinggalkan dorang. ;P


Pertama kali pergi Kuantan Parade. Eehhmm... biasa je kut. Kedai memang banyak. Saya tak masuk pun semua. Semestinya kedai pertama yang saya cari adalah kedai buku. Nak cari novel Melur Jelita yang pertama, Awak Suka Saya Tak..? Eerrr.. malu tau bila cari buku ni dekat rak takde. Then bila tanya dekat kaunter kena pulak pekerja dia lelaki. Tanya dekat pekerja perempuan takde la malu sangat. Heee..! :D


Cari dekat MPH Jusco pun habis. Dekat Kuantan Parade pun habis. Waaaa... boring la cuti saya takde novel. Sebenarnya.... ada je buku lain. Buku motivasi. Kunun target kena habiskan baca. Ni dah cari buku Melur Jelita. Tak tau la saya sentuh ke tak buku tu. 


 Buku yang dicari takde. Saya pun merayau cari kedai makan. Nak isi perut siap-siap. Kang dah balik bilik, saya malas dah nak keluar makan. Terperuk dalam bilik mengadap tv atau laptop. Macam sekarang ni.. duk mengayat dalam blog sendiri. 


Perut dah kenyang. Alhamdulillah... 


Saya sambung jalan-jalan masuk The Store cari bekalan makanan dan minuman. Tarik tu tarik ni. Bayar. 


Saya dah malas nak merayau sebab rasa macam bosan pun ada. Barangkali sebab hari ni bukan hujung minggu kan. Orang tak ramai. Lenggang je. 


Kee... sebab dah banyak shopping mall. East Cost Mall. Berjaya Mall. Kompleks Teruntum... Jadi dah banyak pilihan sampai tak tahu nak masuk yang mana. heh. Pandai je kamu Irma..! 


Dah habis goreng entry. Saya pun tak tau nak cerita apa lagi. Tu je la aktiviti saya hari ni. Kira baru panaskan kaki dekat Kuantan Parade. 


Gambar...? Nan adoo. Makcik korang ni sekarang dia malas sungguh nak keluarkan kamera dari beg. ;P


Tengok la esok. Saya ingat nak jalan-jalan dekat Teluk Cempedak. Tengok matahari terbit. 


Jumpa lagi..! 



Bye-Bye KL...

Assalamualaikum wbt...




Nak mencari ketenangan di tempat baru.

Gambar dari Flickr. Esok pagi baru saya dapat ambil gambar sendiri.

Harap-harap cuaca menyebelahi saya. :)









Monday, October 15, 2012

Red Velvet dengan Tema Ben 10.

Assalamualaikum wbt...


Masih dalam suasana Cuti-Cuti Malaysia. Memang kali ni saya cuti sakan betul. heh.


Hari Ahad pagi dah sampai KL lepas selesai meraikan majlis konvokesyen adik lelaki saya di UTM. Esok sambung lagi cuti. Minggu depan baru saya start balik enjin kerja. :)




Red Velvet dengan tema Ben 10. Tempahan minggu lepas sebelum bercuti.


Terima kasih...






Sama Tapi Tak Sebaya.

Assalamualaikum wbt...


Sejuuuuukkkk...!!!


Berapa ramai pagi ni yang liat nak pegi kerja. Gara-gara hujan kan. Semua pakat nak tarik selimut balik.


Saya yang boleh buat macam tu tak nak pulak tarik selimut. Lepas Subuh tadi dah duduk mengadap laptop.


Nak lagi best... sekarang tengah makan biskut celup biskut kering. Syurgaaaa..!!


Tak pandang dah nasi lemak ke.. bihun goreng... roti canai. Tak leh lawan dua benda ni bila dimakan masa hujan turun. ~ Eeerrr... sebenarnya malas nak turun pi beli.~ ;P


Alhamdulillah... dah kenyang.. Burrpp..!




Sebelah kiri - blogger yang saya suka baca entry dia. Kanan - anak saudara saya.


Dah lama saya perati... Anak saudara saya ni ada iras Sepet sikit-sikit. Nak kata banyak kang orang kata saya perasan. Korang sendiri tengok la.. :)





Thursday, October 11, 2012

Hiburan Di Pagi Hari.

Assalamualaikum wbt...

Sobahal khaaaiiirrr....! ~ Selamat pagi ~


Sejuk je pagi ni selepas hujan lebat semalam. Nyaman je udara yang disedut pagi ni. Terasa bersih memasuki rongga-rongga badan. Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah... Terima kasih pada Dia yang memanjangkan lagi umur kita sehari lagi. Manfaatkan sebaiknya.


Pagi ni saya masuk pejabat awal. Selesai solat Subuh dah kena bancuh adunan kek karamel. Customer nak ambil pukul 10 pagi. Sekarang saya tengah bersenang lenang di hadapan laptop sambil mendengar zikir dikir di Youtube. 


Dah seperti ketagihan duk ulang-ulang dikir zikir ni. Yang lain saya tak heran sangat. Satu ni punya penangan dengan badan-badan sekali bergoyang.. ;P





Tak salah berhibur... Carilah hiburan yang tidak melalaikan. Maksud nyanyian yang memberi pelajaran untuk kita..


Eleeehhhh... kadang kamu tu Irma.. datang angin galak. Dengar juga lagu Jennifer Lopez..! ;P





Pavlova Dalam Instagr.am.

Assalamualaikum wbt...





Gulppp... Saya sendiri telan liur tengok gambar ni..


Menggoda sungguh..!!


Korang tergoda tak..?? :D




Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday - Demam Durian Crepe

Assalamualaikum wbt...







Nampak gaya demam Durian Crepe sudah bermula.

Kalah dah pavlova nampak gaya..

Nak tau apa dia Durian Crepe.. Klik sini.

Maaf pada yang mencari resepi. Memang takde kat sini.

Kena pi belajar dengan Kak Ina Bzee Bakery ya. Memang berbaloi.


Durian Crepe oh Lulian Cleeepe..!!! ;D










Tuesday, October 9, 2012

Cake Stand Idaman Qalbu.


Assalamualaikum wbt...


Meh laaaaa tengok cake stand yang cun melecun. Letak kek coklat kosong pun jadi tambah berseri.


Aktiviti tengah malam semalam. Sementara nak tunggu pavlova sejuk sebelum nak simpan. Saya pun takde kerja pi buka Amazon UK nak tengok cake stand apa yang ada.


Makanya bermula lah aktiviti menyelongkar Amazon Uk. Ada yang mahal. Ada yang murah. Lepas tengok saya saja lah upload gambar dekat FB. Ramai pulak yang berminat. Hah..!!


Tak cukup dengan Amazon Uk, saya sambung buka Ebay Uk. Tak banyak yang cantik kat sana. 


Yang terakhir saya masuk Amazon Us. Waahhhh.... banyaknya cake stand yang cantik-cantik.


Habis rambang mata. Itu nak... Ini nak... Semua nak...!!


Pagi tadi buka FB, terkejut. Apasal banyak sangat notification. Bila saya periksa. Bertambah-tambah ramai yang minat rupanya.














































Nak bagitahu... saya kongsi gambar je ye. Takde niat nak jadi ejen jual cake stand ni. Korang nak, kena la cari sendiri sesapa yang duk UK atau US. Belikan bagi pihak korang.


Lekah pi cari kawan tolong belikan... :)







Kerja Saya Dah Selesai...

Assalamualaikum wbt..


Selamat pagi..!! ~baca dengan harkat yang panjang~ :)


Alhamdulillah... hari ni dah selesai menghantar 3 biji pavlova awal pagi tadi. Setel kerja..!


Sekarang dah boleh relax... layan FB sekejap... layan blog sementara nak tunggu kedai buka. Kejap lagi nak selesaikan urusan kat luar pulak.


Best kan kerja sendiri.. :)


Bye... novel dah panggil suruh baca...


Korang... korang... korang... Selamat bekerja.. :D




Sunday, October 7, 2012

Happy Birthday Ajwad.

Assalamualaikum wbt...


Kek dibuat istimewa untuk Ajwad.

Choc Moist Cake dengan tampalan kartun Ultraman.

Hiasan deco ni atas permintaan Birthday boy sendiri.

Ajwad tunjuk gambar deco pelangi yang lepas saya buat bunga ros mudah tu.

Saya pulak dah boring asyik corak yang sama je.

Memandangkan ibu Ajwad ni kawan kolej saya. Pandai-pandai je saya tukar corak deco. Heh..!


Alhamdulillah.... Ajwad suka.




















Untuk tempahan kek sebegini saya sarankan tempah awal.


Last minit order bergantung kepada tempahan sedia ada. Jika dah penuh saya tak dapat nak tunaikan permintaan deco sebegini.


Harga juga berbeza untuk setiap deco. Bergantung pada ringkas dan banyak mana penggunaan warna dan masa yag diperuntukkan untuk menyiapkan sebiji kek.


Tempahan boleh dibuat di talian 013 258 8230. Irma.


Terima kasih.