Friday, April 24, 2009

Bebas Ke Sana Ke Mari

Bebas di udara


Assalamualaikum wbt

Hoooreeeyyy.. Seronoknya. Lega. Macam seketul batu besar dialihkan dari badan. Bukan setakat kepala okey. Seluruh anggota badan terasa bebas. Pheeww.


Err, apasal suka sangat ni? Ada apa-apa ke?


Memang ada macam-macam apa-apa yang membuatkan saya gembira malam ni. Bersedialah untuk membaca kegembiraan saya. Eceeehh, macam orang lain tak rasa gembira. Ehh, kalau awak gembira kongsi la dengan saya. Sekarang saya nak kongsi kegembiraan saya pada anda semua. Yuhuuuu. Tak habis-habis lagi seronok ni.


Ok, yang pertama saya gembira sebab hari ini business saya mendapat hasilnya lagi. Walaupun belum sampai tahap mendapat untung, sekurang-kurangnya modal sudah hampir dapat diperolehi sepenuhnya. Syukur alhamdulillah. Moga Allah luaskan lagi rezeki hambanya. Ya. mari kita pergi car boot lagi. JOM..! Err, adik, kakak, abang, pakcik dan makcik jangan jealous ye..! HAHAHAHA. Kalau nak merasa suasana car boot sale mari la melawat saya di sini. Ewaah. ewaah. macam la rumah ni rumah awak ye irma. Huahuahua. Err, kak ct boleh kan? Nanti kita boleh kirim macam-macam dekat mereka. Lagi-lagi novel. Buat pengetahuan semua, saya tahu kak ct baca blog saya. Hahaha. Tadi saya nampak Feedjit tunjuk orang London masuk. Kena pulak dia YM saya dari tingkat atas. HAHAHA. Sememangnya dia la. Siapa lagi. Kuii.. Kuii. Kuiiiii. Buat rondaan eh kak ct. Gelak besar saya. HAHAHA. Ops, jangan gelak banyak sangat. Tadi baru je nasihatkan Maryam. Jangan gelak banyak. Nanti syaitan masuk dalam hati. Dia tak nak keluar sebab dia suka duduk dengan Maryam. Hehehe.


Sambung balik. Heeiii, kalau menceceh serah pada yang pakar. Wakaka. Saya gelak dalam hati je ni.


Kegembiraan kedua saya adalah. JENG.. JENG.. JENG..drumroll please.


Saya nak Andy Extrange yang buat drumroll untuk saya. Boleh? Kenyit mata sikit.


Berangan la kau sampai ke tua. Huahuahua. Ok, yang kedua. Dari tadi yang kedua tapi mana isinya. Ini kesinambungan dari entry yang lepas. Tentang kaki novel. Yelah, pesta buku tak habis lagikan. Mestilah cerita pasal buku yang nak dibeli. Jauh tak semestinya tak boleh beli. Ini kes meminta simpati mak yang tersayang belikan la. Hahaha.


Sejak semalam saya mencari novel terbaru karya penulis yang saya minati untuk menambah koleksi yang sedia ada. Banyak ke? Tak la sikit je. Hehehe. Jangan percaya cakap dia. Percaya cakap saya. Setelah habis mengorek semua blog website kaki novel di internet. Dapat la sembilan judul yang memang NGETOP DI PASARAN. Bukan saya yang kata okey. Mereka yang sudah membaca bagitau saya. Eh, bukan bagitau la. Mereka tulis rumusan jadi saya andaikan memang best la kan. Jangan pulak anda yang membaca entry ini bila beli novel yang saya senaraikan di bawah dan anda dapati SANGAT TIDAK BEST. Kemudian salahkan saya. JANGAN okey. Mungkin citarasa kita nyata berbeza-beza. Tiap generasi punya citarasa sendiri. Gaya terkini irama muda mudi. Weeii, jangan melalut. Itu sudah jadi lagu.Lagu siapa. Lu pikir la sendiri. HAHAHA. Saja je. Kalau anda tahu memang terror la korang. Give Me Five! Eh, tak boleh.. perempuan saja boleh.Hehehe.


Nak tahu apa tajuk novel-novel saya. Ni memang kes saja nak bagi jealous ke? Buat Aizar terutamanya. Jangan jealous okey. Sikit-sikit sudah.



NOOR SURAYA
NYANYIAN TANJUNG SEPI
PANGGIL AKU DAHLIA
KEBUN MIMPI

HLOVATE
Aa + bB
ROOFTOP RANT


LYNN DAYANA

JIKA BENAR CINTA


SITI HASNEEZA ABD HAMID
ANGIN DINGIN DARI UTARA

RAMLAH RASHID
QASEH QAISY

NURUL SYAHIDA
PLAIN JANE

SUHANIZA SULAIMAN
BELAIANMU

IMAEN
LABYRINTH

LILY HASLINA NASIR
MOGA KAU MENGERTI
AKU ADA KAMU

ROSE HARISSA
MULANYA SATU CINTA

ZURAIDAH OTHMAN
SUCI WAJAH RINDU

NAS ALINA NOAH
SELAMAT PENGANTIN BARU ISTERIKU

ANIS AYUNI
SUNGGUH AKU CINTA

NORHAYATI IBRAHIM
CHINTA
HARUM CEMPAKA
MURNI KASIH
KEMBALIKAN CINTAKU

NORA ISMAIL
TUHAN LEBIH TAHU

MIMIE AFINIE
BILA DAH SUKA

HILAL ASYRAF
VT
LANGIT ILAHI – TUHAN TIDAK LUPAKAN KITA

FATIMAH SYARHA MOHD NORDIN
SEINDAH MAWAR BERDURI
PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL
TAUTAN HATI
SYABAB MUSAFIR KASIH

Waaarrghh, banyak. Eceeh, buat terkejut pulak ye. Kui kui kui. Mak lagi terkejut. Hahaha. Sampai terpancul soalan. Ma, awak tak nak menyimpan ke? Nanti nak balik. NAK KAWEN? Aduiii, mak tersayang sudah berkias. HEHEHE. Saya pun apa lagi. Sudah bersedia dengan jawapan yang bernas. Mak, ini stok untuk setahun. Nanti lepas ni tak beli dah. Ma simpan la duit nak kawen pulak. Eleehh, ye la sangat tu. Nanti keluar novel Aisya Sofea beli lagi. Kak sya keluar lambat sikit ye. Biar reda penat mak memborong di pesta buku esok. Apa pun saya pesan pada mak, beli mana yang ada je. Kalau takde tak pa. Siap pesan pada mak, minta adik bawa beg galas belakang. Nak tolong bawakan buku saya. Boleh kan adik? Akak dah belanja makan esok. Bodek. Jangan tak bodek. Hehehe.


Ehm, lepas sembang dengan mak. Saya terfikir. Nanti kalau buku saya dah banyak sangat. Saya nak buat business sewa baca novel. Sebuah dua ringgit. Mahal tak? Dari saya simpan berhabuk. Baik kongsi dengan orang bacakan? Dapat jugak manfaat. Dah banyak untung boleh buat beli novel baru. Ehm, ada ke orang nak pinjam? Tak apa. Boleh difikirkan nanti. Simpan idea ni okey.

Ada satu lagi kegembiraan yang nak dikongsi. Apa dia. apa dia? Sabar. Sabar. Nak cerita ni. Ingat tak pakcik? Hahaha. Yang kami tinggalkan masa bercuti ke Lake District. Pakcik tu bapa saudara akhi Fauzi. Dia datang bercuti di sini selama sebulan. Jadi tadi hari terakhir dia di sini. Sekarang dah selamat berangkat pulang ke tanah air Malaysia. Huk huk sedih. Ceh, takde makna nak sedihnya. Suka lagi ada. Err, bukan saya benci dia kat sini. Sapa la saya nak benci dia. Saya kan bibik saja. Hahaha. Cumanya saya kurang selesa. Biasa paras bawah rumah ni saya yang kuasai. Ya, WILAYAH SAYA. Hahaha. Kalau ada tetamu pun setakat dua tiga hari pada hujung minggu. Ini kalau sampai sebulan. Memang sangat tidak selesa. Menyukarkan kerja-kerja saya di rumah. Lebih-lebih lagi bila bab nak sidai baju dan gosok baju. Selalunya bilik tetamu itu kami jadikan bilik untuk menyidai baju dan menyeterika sekali. Jadi bila ada tetamu semua kerja itu mesti dilakukan dalam bilik saya. Ehm, nampak gayanya bertambah malas la saya nak menggosok. Asyik nampak katil je. Hahaha.

Jadi sekarang bila pakcik dah balik. Senang la kerja saya. Nak naik turun buat kerja tanpa perlu takut dan bimbang. Huhuhu. Penat tau nak jaga aurat ni dari ternampak dengan orang bukan muhrim. Bukan penat nak pakai. Tapi penat emosi ni. Alhamdulillah, sebulan ini saya lalui dengan baik sekali. Tepuk tangan sikit. Eceeh..ceh..ceh. Ada lagi yang saya suka. Lepas ni pagi-pagi takde la kalut nak hidang nasi. Yahoo!



Ok, habis dah apa yang saya suka hari ni. Dalam saya duk suka ada jugak terselit satu berita sedih. Kakak kesayangan hamba ( eceh..! ) telah disumbatkan ( hahaha ) ke dalam hospital. Sempat lagi kau merapu ye. Serius..! Dia di syaki mengidap demam denggi dan talasemia. Ehm, memandangkan saya bekerja dengan doktor. Terus la menemuramah doktor Siti Fazilah Wak Sekak ( jangan marah ya kak ct. Kita JAWA kan. Bangga jadi anak jawa. hahaha ) pasal talasemia. Ehm, antara intipatinya. Talasemia adalah penyakit keturunan. Ehm. tak tau lah macamana. Adik nakalmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan. Err, baca novel aku jaga baik-baik. Jangan lipat-lipat atau kangkangkan dia. Buka sikit-sikit je. Hahaha. Sempat lagi tu nak bagi peringatan. Macam la kakak kesayangan hamba itu baca. Kalau dia baca pun mesti bila dah keluar wad nanti. Harap-harap kamu dan bayi yang dikandungkan sihat ya. Aku sayang kau..! Dunia akhirat..

Orait. Dah habis ke? Sebenarnya banyak je lagi kalau nak ditulis. Simpan-simpan la esok pulak. Dah pukul dua belas setengah malam. Dah masuk hari Jumaat.



Salam Jumaat yang penuh keberkatan.

Saya Sayang Kamu.



Wassalam.

2 comments:

mashelas said...

Irma, kalo awak nk buat business sewa buku novel, sy nk jadi penyewa tetap ye. :)

mashelas said...

Irma, kalo awak jadi buat business sewa buku novel, sy nak jadi penyewa tetap ye. :)