Wednesday, April 22, 2009

Kaki Novel

Novel Yang Ada Di London



Assalamualaikum wbt



Hari Isnin saya telefon mak. Macam biasa tanya khabar. Alhamdulillah dia sihat. Sebenarnya yang lebih buat saya teruja bila abang bagitau mak pergi Pesta Buku dan beli semua novel untuk saya.



Yahooooo... sangat-sangat gembira. Bila sembang dengan mak kali ni dia cerita tentang pesta buku yang dia pergi bersama Enjang. Semua buku yang saya senaraikan ada di sana. Sampaikan setiap novel yang ada penulis dia ambil tandatangan. Waaahh, dasyat mak. Hehehe. Saya pun tak pernah atau lebih tepat malas nak ambil tandatangan dan yang lagi tepat MALU nak ambil tandatangan mereka. HAHAHA.



Kena mak saya beli siap ada tandatangan lagi. Mereka pun terkejut bila tahu mak saya baca novel mereka. Hehehe. Mak bagitau, novel-novel ni saya yang punya. Mak tumpang baca sekaki je. Mereka tanya kenapa saya tak datang beli sendiri. Mak jawab, anak makcik jauh kat London. Eceeehhh, glamer sekejap bibik ni. HAHAHA. Gelak lagi.



Dalam dok sembang, mak bagitau nak pergi lagi Pesta Buku jumaat ni. Waaalaah, bestnya. Saya pun apa lagi. Siap bagitau mak nak pesan lagi novel. Ehm, mak pun tak terkata apa. HEHEHE. Nak wat camana. Anaknya memang HANTU NOVEL.



Jadi tadi saya sempat cari lagi sembilan senarai novel best yang saya belum ada.


Nampak gayanya, balik Malaysia nanti saya tak payah ke mana la. Duduk rumah baca novel je. Eceeehh, ye la tu.



Sembilan novel yang saya cari -


Aku Ada Kamu - Lily Haslina Nasir.

Rooftop Rant - Hlovate

Kebun Mimpi - Noor Suraya

Chinta - Norhayati Ibrahim

Harum Chempaka - sama

Murni Kasih - sama

Kembalikan Cintamu - sama

Sungguh Aku cinta - Anis Ayuni

Tuhan Lebih Tahu - Nora Ismail.


Err.. esok nak sambung cari lagi. Sempat lagi. Mak nak pergi hari Jumaat.


Harap-harap semua ni mak dapat cari. Hehehe. Kalau ikutkan nak baca novel, memang nak balik Malaysia je. Tak pa..tak pa.. Sabar. Kumpul banyak-banyak. Nanti balik kampui balik baca semua.. Yuuhuuuuu. Best. Best.


Makan. Tak Payah Tidur. Baca Novel. Kah Kah Kah. Err, mak pun punyalah nak habiskan baca novel berjaga sampai pukul empat pagi. Sapa ikut sapa ni sekarang. Saya ikut mak atau mak ikut saya. Hehehe.


Okey. Dah lewat ni. Nak tidur.



BERANGAN. Balik Malaysia nanti nak pergi Pesta Buku bawa troli ni. Konon nak borong buku la kan. Tiga tahun tak dapat pergi. Boleh tak? Keh Keh Keh.

Saya Sayang Kamu.

2 comments:

nana said...

huhuhh.. xkisah la org kat londan xdpt dtg klibf09 ni org yg d malaysia pun xdpt turun kl . cuma kirimkan pada kwn . dia nak ke kl ptg ni . ema.. ada org suggest pd kami supaya baca novel VT . diaorg ckp leh kalahkan ayat2 cinta .

Unknown said...

huhuhu, kakchik pergi pesta buku 2007 pun bawa beg troli macam tu jugak, warna merah lagi tu.