Thursday, August 13, 2009

Perginya Takkan Kembali

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
Kata-kata yang di petik dari blog Ustaz Asri Ibrahim.

Seawal jam 5 pagi saya menerima perkhabaran berita dari abang di Malaysia melalui statusnya di Facebook mengenai berita kematian Ustaz Asri Ibrahim ketua kumpulan nasyid Rabbani. Pada mulanya sukar mahu mempercayai apatah lagi mahu dikongsi bersama rakan yang lain. Menunggu seketika reaksi dari rakan-rakan Facebook yang lain. Tidak berapa lama kemudian, Ustaz Hasrizal telah mengeluarkan status yang sama. Berita kematian Ustaz Asri yang rebah di serang sakit jantung ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri jam 11 pagi waktu Malaysia. Terkejut tetapi menerima berita ini dengan redha. Hilang sudah sebutir permata yang kita kagumi dalam arena nasyid di Malaysia.

Al-Faatihah buat beliau. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin.

Wassalam.

2 comments:

mrswongjowo said...

Salam...
pagi tadi IKIM.fm interview one of the Rabbani guy..Azaddan..sedih akak dengar citer dia tentang detik terakhir arwah ustaz..orang baik tuhan sayangkan...al fatihah for him.

-mwj-

Fazlinil Irma said...

wsalam..
mesti mereka terasa sangat kan..ibarat patah sayap untuk terbang la juga..
bagaimana rabbani tanpa ustaz asri..
sedikit sebanyak hilang seri dalam kumpulan. wallahua'lam..